Tak keluarkan cecair merah langsung. Isteri ini terkejut bila doktor maklumkan gigitn manja kucing bahaya dan boleh menyebabkan sesuatu ini dan harap semua maklum dengan perkara tersebut

Viral

Seperti yang kita tahu kucing terkenal dengan sifat suka bermanja manja dengan manusia dan disebabkan itu jugalah ramai menjadikannya sebagai haiwan peliharaan. Walaupun begitu,ramai tidak tahu bahawa kesan gig1tan kucing yang mempunyai sifat emulajadi manja dengan menggig1t dan mencakr boleh membuatkan anda hembuskan nafas terakhir.

Menerusi perkongsian seorang wanita, dia berkongsi pengalaman buruk dilalui suaminya akibat gig1tan si bulus jalanan yang dibela mereka sejak dua bulan lalu. Menurut Anis Khalidi, suaminya, Syahmi Rabani mula rasa tidak sedap badan dan tangan kiri mula berdenyut selepas dig1git kucing peliharaan mereka yang berusia enam bulan pada Ahad lalu.

“Suami saya main dengan kucing tu. Biasanya kucing tu dia bermanja dengan cara mengg1git dan mencakr. Gi1gitan tu memang dalam tapi tak berdarah. Kesan gig1tan kucing pada tangan suami Anis.“Keesokan harinya (Isnin) suami saya dah start lemah badan. Dia senyap je satu hari tu. Malam tu dah mula rasa tangan dia berdenyut,” katanya kepada mStar.

Mula tidak sedap hati dengan keadaan itu, Anis membawa suaminya mendapatkan rawatan awal di sebuah klinik kesihatan pada keesokan harinya (Selasa).Namun wanita berusia 30 tahun itu berkata keadaan tangan suaminya menjadi semakin teruk menyebabkan mereka pergi ke Hospital Selayang untuk rawatan susulan pada Khamis.“Keadaan tangan tu tinggal kesan jadi purple, kebas dan makin berdenyut. Suami dapat rasa kuman dah merebak sampai ke pergelangan tangan.

“Jadi kami terus pergi ke Jabatan Kecemasan Hospital Selayang. Bila doktor tengok keadaan tangan tu, suami pun terus warded pukul 4 pagi Jumaat.“Pagi doktor pakar datang check confirm memang ada inf3ction. Sabtu malam, doktor buat X-Ray dua kali sebab nak tengok sama ada kuman tu masuk tulang ke tak. Alhamdulillah tak ada,” katanya.

Kemudian, Anis berkata suaminya menjalani operasi untuk mengeluarkan tisu lembut pada tangan kiri yang terkena jangk1tan kuman daripada air liur si bulus peliharaan mereka.“Pukul 1 pagi doktor buat operation. Isnin pagi doktor buka memang saya terkejut. Saya tak expect kesan luka tu besar sangat.

Suami Anis sedia untuk menjalani operasi pada tangan kirinya.“Doktor jumpa banyak soft tissue dah mti disebabkan jangk1tan kuman tu. Jadi luka tu dibiarkan terbuka sebab kena cuci selang dua hari,” katanya.Namun Anis lega kerana keadaan suaminya beransur pulih selepas operasi dilakukan.

“Alhamdulillah kesihatan suami semakin baik. Bengkak macam belon warna purple tu pun dah kurang. Memang lega sangat-sangat.“Doktor beritahu kalau lambat dirawat boleh buat awak kehilangan nyawa dan pvtus tangan. Memang tak sangka g1gitan kucing sangat berbahaya walaupun tidak berdrah,” katanya.

Mengenai postingnya yang tular, Anis berkata dia sekadar mahu berkongsi dengan orang ramai mengenai bahaya g1gitan si bulus tanpa kita sedari.“Saya hanya ingin berkongsi pengalaman buruk dilalui suami saya tapi tak sangka tweet tu tiba-tiba blow up.“Saya ingin nasihatkan orang ramai supaya sentiasa basuh tangan selepas pegang kucing tak kiralah kucing tu dah vaksin ke tak.

Kesan luka pada tangan suami Anis selepas operasi amat besar.“Kalau kena g1gitan kucing manja ke tidak, terus jumpa doktor walaupun tak berdrah sebab bakteria pada air liur kucing boleh membawa bahaya” katanya.Selepas kejadian itu, Anis berkata dia tidak lagi membela anak kucing tersebut kerana masih lagi travma.

“Kucing tu kami dah letak bawah apartmen. Kami dah paranoid sejak kejadian tu. Bila kucing tu buka mulut je kami dah jadi takut.“Doktor veterinar pun dah terangkan kalau vaksin pun tak guna juga sebab bakteria dah ada dalam badan kucing tu,” katanya.Beberapa individu turut berkongsi pengalaman sama pernah dilalui mereka.

“Dulu abah pernah kena camni. Gurau-gurau dengan dengan kucing yang tengah tidur. Geletek-geletek perut. Memang kami bela kucing tu. Agaknya dia ngantuk sangat diajak gurau, dig1gitnya tapak tangan abah. Mula-mula tak rasa apa, sakit biasa je. Lama-lama berdenyut. Pergi klinik, ambil injction. Air liur kucing memang bahaya,” kata seorang warganetn.Sumber:Mstar via teh tarik kaw

Dah Dua Tahun Tuan Dia Pergi Menghadap Illahi Tapi Setiap Hari Oyen Jenguk Tuan Nya. Oyen Hanya Balik Bila Dia Laparr Je. Tergamam Bila Menantu Dedahkan Rupanya Ini Kebaikan Yang Bapa Mertua Selalu Buat Pada Kucing Tu.

SEBUT sahaja kucing oyen (oren), pasti rata-rata warganet tidak dapat menahan rasa lucu dek kerana banyak kisah mencuit hati yang dipaparkan di media sosial melibatkan haiwan bulus ini. Namun kisah seekor kucing oren yang mulai tular baru-baru ini pasti membuatkan warganet sebak dan tersentuh.

Menerusi perkongsian pelayar bernama Hazlynn Nozi di Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia, kucing jantan yang diberi nama Nana membuktikan betapa sifat kasih dan setia seekor haiwan kepada manusia sememangnya wujud.

“Dua tahun lebih pemergian abah, masih setia. Dari tanah merah dan basah sehingga hari ini. Al-fatihah buat Abah.”tanah prsmadian ni belakang masjid, dan masjid tu sebelah rumah kami. Tiap pagi balik rumah untuk minta makanan kaki basah-basah kena embun, baru balik dari situ. “Semoga terus menjadi pengajaran buat kita semua, berbuat baiklah walau pada seekor kucing,” tulisnya pada perkongsian tersebut.

Gambar Nana ketika hari pertama tuannya pergi menghadap illahi.

Menurut wanita berkenaan, Nur Hazlynn Mohamat Nordin, sudah menjadi rutin Nana untuk menziarahi bapa mentuanya, Abd Aziz Ismail setiap hari sejak dia pergi menghadap illahi, dua tahun lalu. “Sebenarnya si oyen ni saya yang bawa ke rumah abah sebab masa itu dekat rumah saya, dah ada beberapa ekor kucing. Kebetulan ketika itu abah baru saja pencen sebagai guru, anak-anak pula tinggal berasingan, jadi dengan oyen ni la abah hilangkan rasa bosan.

“Nama Nana pun abah yang pilih. Dia memang rajin mengekor abah pergi masjid yang terletak di sebelah rumah. Waktu Subuh kalau abah nak keluar rumah, dia siap tunggu dekat tangga sebab abah akan berinya makanan. “Abah pelihara Nana ni style kampung saja… tak ada bawak pergi grooming atau salun kucing pun. Makanan pun beri yang biasa-biasa, tak mahal. Abah tak manjakan Nana macam tu

“Tapi memang abah yang selalu layan Nana berinya makanan. Sebab itu Nana rapat dengan abah, lagi pula dah enam tahun duduk bersama di kampung di Tanah Merah, Kelantan,” kata wanita berusia 25 tahun ini kepada mStar. Bercerita lebih lanjut, Nur Hazlynn berkata bapa mentuanya pergi menghadap illahi pada Ogos 2018 kerana komplikasi pelbagai penyakit kronik.

“Pada hari pertama selepas abah pergi menghadap illahi, Nana pun ikut kami ziarah Abah. Ingatkan dia saja-saja ikut sekali sebab ramai-ramai pergi. “Tapi selepas itu pun, Nana pergi sendiri. Adik beradik kami mana yang tinggal berdekatan memang akan pulang rumah umi sebab setiap pagi Jumaat selepas sarapan, kami ziarah Abah.

“Bila sampai saja di tempat abah, nampak Nana dah ada di sana… dia sampai lagi awal. Selalu siapa-siapa yang ziarah, memang akan share gambar dekat group WhatsApp. Port kegemarannya di nisan bahagian kepala abah. “Sampai sekarang asal hilang saja, mesti tahu dah Nana pergi mana. Orang masjid pun tahu tabiat Nana. Dia akan lompat pagar menyeberang dari rumah ke masjid. Nana akan balik bila lapar,” ceritanya lagi.

Tambah Nur Hazlynn, dia berkongsi mengenai Nana di group Facebook sekadar untuk suka-suka. “Selalu ramai share pasal oyen mereka yang lucu, kemudian saya teringat kami juga ada seekor oyen. Tapi oyen yang ini sentimental sikit.

“Kami sekeluarga pun tak sangka boleh jadi tular namun bersyukur, asbab daripada perkongsian mengenai si oyen ni, ramai yang tahu pasal abah. “Mudah-mudahan apabila ramai yang membaca kisah ini, dalam masa yang sama dapat sedekahkan Al-Fatihah buat abah. Tiada apa yang kami harapkan… semoga kisah Nana jadi manfaat untuk semua,” katanya.

Terjumpa Dan Teringin Nak Bela Anak Kucing Terbiar Tapi Serba Serbi Tak Tahu Untuk Langkah Seterusnya. Berikut 5 Perkara Dan Persediaan Yang Anda Boleh Lakukan

Sebenarnya, langkah-langkah selamatkan kucing ni mudah je. Meh admin ajar. Yang penting, korang ikhlas nak tolong kucing tu.At least check dulu ibu dorang ada ke tak. Kadang-kadang ibu nya sesat, kadangdah hembus nafas (selalunya kena lnggar kereta lah), kadang kena ambil orang (ada yang ambil, maybe tak tau kucing tu ada anak) dan sebab-sebab lain yang tak dijangka.

Haa, macam mana nak check kucing-kucing tu ber-ibu? Meh admin bagitahu. PENTING YA. Puting ibu nya boleh memberi kesan kalau takda yang minum susu. So before ambil, tolong check dulu.TENGOK TIDUR DORANG SELESA TAK, dorang selesa menunjukkan yang dorang dijaga ibu nya.

SELALU TIDUR, anak kucing lumrahnya kuat tidur sebab yang dorang tahu minum susu sampai kenyang lepastu tidur. Lagi-lagi yang baru lahir.TIBA-TIBA HILANG SEKOR. Kalau rasa bahaya, ibu dia akan gonggong sekor-sekor pindahkan kat tempat lain. Rajinkan sikit berjalan tengok-tengok sebab biasanya tak jauh ibu dia bawa. Cakap cat lover!OK apa nak buat kalau dorang dah confirm tak ada ibu?

Ambillah, bawa balik anak kucing tu.Korang dah baca posting ni bermaksud korang dah ada niat nak selamatkan anak-anak bulus tu. Teruskanlah niat murni korang ni.Nak kurvng sangkar boleh, taknak kurvng pun boleh. Tapi senang korang kurvng lah biar tak hilang budak tu tiba-tiba. Dahlah kecik kang terselit celah mana-mana.

Kenalpasti Umur Dorang.Nak senang korang bawa kat vet je, doktor boleh check kan. Untuk consultation, bayaran ikut klinik masing-masing tapi ada yang semurah RM20. Boleh survey kat facebook, tanya kat page klinik yang korang nak pergi.Umur ni penting sebab kang korang tersalah bagi makan sakit kucing tu.

Kalau korang plan nak bela pula, kena tahu tahu 2 benda ni:SUSU sangat penting untuk dorang. Anak kucing sangat-sangat bergantung dengan susu nak dapatkan nutrisi. Untuk yang baru lahir, jangan terus bagi makanan kering mahupun basah. Sekurang-kurangnya tunggu dorang umur 4 minggu.

Bagi susu khas kucing, JANGAN bagi susu lembu @ susu yang kita minum. Kat shopee tak mahal pun, ada yang belas-belas ringgit je.Kucing minum susu botol. Botol susu ni korang boleh beli kat shopee atau kedai jual barangan haiwan. Harga kat shopee boleh dapat dalam RM4 hingga RM8. Guna botol untuk yang baru lahir sebab dorang minum pun tak pandai, so kena ajar dulu. Kejap je guna botol ni,

Guna mangkuk pun boleh untuk bagi susu. Ni admin suggest kalau anak kucing tu banyak sebab senang nak tengok banyak mana dorang minum. Memudahkan korang untuk buat pemantauan. Rekod kat buku pun bagus juga.NEXT! Ajar guna tandas kucing

Untuk yang baru lahir, jangan guna bentonite clay sebab nanti dorang cepat kotor. Bentonite clay ni sifat dia melekat lagi-lagi kena air. Takkan korang nak jilat bulu dorang ganti mak dia kan. Nak mandikan pun tak boleh sebab kecik lagi.Admin suggest guna Tofu litter. Mahal sikitlah dari bentonite tapi tahan lama. Guna untuk anak kucing je kan.Nak lagi jimat, letak kertas surat khabar je kat bekas, tapi ni kena rajin sikit (banyak) sebab lepas dah guna je korang kena tukar.

Bawa pergi vet

Jumpa anak kucing sakit, bawa lah ke klinik haiwan sebab anak kucing ni lemah, senang dijangkiti bakteria, pergi pun senang. Jangan takut bawa ke vet, kalau tak mampu korang boleh minta anggaran @ quotation harga dari vet yang korang hantar then boleh minta derma k1lat kat mana-mana page kucing. Ramai yang sudi bantu asalkan jelas niat nak membantu.

Buka adoption di mana-mana page berkaitan. Perlu ke? Perlu. Untuk yang berniat nak selamatkan anak kucing tu tapi tak nak bela korang boleh buat macam ni. Cari je mesti korang akan jumpa. Tapi pastikan orang yang korang nak serahkan kucing tu dipercayai! Admin biasa cari kat facebook je. Itu saja perkongsian admin, ni admin dah buat seringkas yang mungkin dah. Panjang-panjang kang takut pula korang nak ambil tahu. Lepasni, nampak anak kucing terbiar, janganlah biarkan. Kesian dorang.-lobakmerah

“Boleh sambung tidur pulak” – Warganet Pecah Perut Tengok Gelagat Kucing Ini Mengigau Sampai Jatuh Ke Bawah

Korang yang bela kucing mesti pelik dan jealous kan tengok dorang tidur je memanjang kat rumah tu. Entah apa yang penat sangat dia buat seharian sampai tidur je kerjanya.Cerita pasal kucing tidur ni, admin ada satu video dari @cattitudecsrvs nak share dengan korang kali ni. Seekor kucing yang tengah sedap tidur kat rak TV tiba-tiba mengigau sampai jatuuh ke bawah. Yang bestnya dia boleh sambung tidur balik lepas jatuuh tu.

Tidur tak basuh kaki

Mak bapa kita selalu pesan untuk basuh kaki sebelum tidur. Barulah tak dapat mimpi yang pelik-pelik sampai mengigau atau terjaga time tengah sedap tidur. Admin syak kucing ni tak basuh kaki kot. Bantai tidur je terus, tu yang mimpi pelik-pelik sampai terjatuh tu.Kental.. memang kental. Kalau kita terjath sikit dari katil pun bangun, sambung tidur atas katil balik. Ni dia boleh sambung teruskat situ gak. Mungkin tengah mimpi sedap kot.

Kalau gaya macam tu, macam lari tak cukup tanah je. Lena betul tidur sampai dah jatuh pun boleh sambung macam takde apa berlaku. Steady betul.Teori mimpi kena kejar anjing ni paling logik yang boleh diterima. Tapi kalau tanya dia sendiri pun kita tak faham bahasa kucing. Mungkin lah mimpi kena kejar anjing, tu yang lari tak cukup tanah tu.-lobakmerah

“Dorang buat acara 100m ke?”-Comel! Pemuda Main Kejar-kejar Dengan Kucing Gebu Miliknya

AMARAN content ini terlampau comel!Kucing sememangnya makhluk tuhan yang(paling) comel lebih-lebih lagi masa dorang bermain, kalau gebu lagi lah berganda-ganda kecomelan dia!Tapi sayang, susah nak dapat kucing yang suka bermain zaman sekarang ni. Dorang pun dah berjangkit dengan perangai manusia agaknya, makan tidur makan tidur je. Haa

Tular semalam di laman sosial twitter, video rakaman aksi kejar mengejar antara seorang pemuda dan kucing-kucing miliknya di halaman rumah mereka.Pemilik asal posting tersebut yang dikenali sebagai @ziraa0 menyatakan bahawa pemuda di dalam video itu adalah abangnya sendiri.*Korang jangan risau, walaupun gadis tu tulis abang dia tak main twitter, dia sudahpun memaklumkan hal tersebut tak lama selepas membuat posting.

Sehingga kini, video tersebut mendapat lebih 11,000 ulang kicau dan 16,000 ribu tanda suka. Nampaknya ramai terhibur tengok gelagat mereka.Banyak juga warganet berkongsi gambar kucing mereka sebagai respon kepada posting itu.Oyen memang macam ni eh.P/s : Penulis telah mendapat kebenaran pemilik posting untuk berkongsi kisah di Lobak Merah.Nampak(memang) comel tapi, kena kejar kucing ni adalah mimpi buruk buat mereka yang takut akan haiwan itu.-lobakmerah

‘Patut la kucing ni masuk uni’ – Bijak! Kucing Pandai Buka Pintu Sendiri Buat Warganet Terhibur

Tidak dapat dinafikan, kucing memiliki fizikal yang gebu dan comel membuatkan ramai yang geram dengan haiwan ini. Personaliti kucing yang manja dan rapat dengan manusia juga menjadikan ia antara haiwan popular dipilih untuk dipelihara.Jika sebelum ini gelagat kucing dengan panggilan ‘oyen’ sering menjadi tumpuan ramai, namun kali ini kucing berwarna bulu lain pula yang ‘buat hal’. Menerusi satu video yang tular, kelihatan seekor kucing berwarna putih dan tompok hitam bersantai di depan pintu bilik.Pada awalnya, memang nampak tiada apa yang pelik, biasalah kucing bersantai di kaki lima kan? Tetapi tiba-tiba kucing ini buka pintu bilik tersebut dengan cara melompat dan menekan tombol. Fuh! Bijak betol!

Video gelagat kucing tersebut yang berdurasi 17 saat itu setakat ini meraih sebanyak 200 ribu views! Wow! Menurut Aiman lagi, kucing itu sudah terkenal kerana kucing tersebut merupakan ‘super senior’ di Unisza.Sementara itu, aksi comel kucing tersebut mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat ‘si bulu’ itu. Tidak terkecuali, ada juga yang mengimbau kembali kenangan di universiti yang bertapak di Terengganu itu.Lama sangat repeat paper kucing tu, sampai dah pandai bukak pintu sendiri dah.. Hahaha-lobakmerah