Tak perlu ada pembelian mengejut dan ada yang mengatakan ada sekatan jalan raya. DS Ismail Sabri tampil jelaskan perkara tersebut

Berita

Kerajaan mengingatkan orang ramai untuk tidak membuat pembelian panik yang kononnya negara akan sekali lagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani penularan Covid-19.Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, buat masa ini rakyat tidak perlu bimbang dan lebih baik menunggu inti pati sah pengumuman yang akan dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin.

Menurutnya, orang ramai jangan mudah terpengaruh dengan khabar angin yang tular di media sosial berikutan pengumuman yang bakal dilakukan Perdana Menteri.“Saya nak bagi tahu, tak perlu ada pembelian panik. Jangan terpengaruh dengan khabar angin. Contohnya malam tadi ada satu khabar angin mengatakan sekatan jalan raya akan dibuat dan orang ramai tidak boleh keluar tetapi tiada pun sekatan jalan raya dilakukan.

“Jadi jangan bimbang akan pengumuman esok, selepas pengumuman barulah kita tahu apa perkara yang sebenar,” katanya kepada pemberita pada Ahad.Beliau ditemui pada Majlis Penyerahan Barang Bantuan Kepada Mangsa Banjir Negeri Kelantan oleh Menteri Kanan Pertahanan di Kem Pengkalan Chepa.

Hadir sama, Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Sri Muez Abd Aziz, Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd Zain, Panglima 8 Briged, Zamsari Abu Hasan dan wakil pemimpin tempatan, Akbar Salim.Mengulas lanjut, Ismail Sabri meminta rakyat untuk bertenang dan tidak menyerbu pasar raya dan sebagainya.“Kita tahu rakyat ketakutan hari ni kerana penularan Covid-19 yang sedang meningkat, tapi kena jaga juga keselamatan,” katanya.

Sampai Seminggu Larikan Diri Ke Hutan Sebab Takut Dijangkiti COVID19. Tiba Tiba 40 Orang Asli Ini Pulang Semula Dan Ini Punca Utama Mereka Bawa Diri

Minggu lalu, sekumpulan masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Simpang Arang di Iskandar Puteri didapati melarikan diri dari kampung mereka sendiri, gara-gara khuatir dijngk1ti COV1D-19.Bagaimanapun kira-kira 40 penduduk daripada 15 keluarga dari Kampung Orang Asli terbabit pulang semula ke penempatan asal mereka, semalam.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas Dewan Undangan Negeri (JPKD) Kota Iskandar Pandak Ahmad.Pulang kerana guru agama di kampung itu sah negat1f.Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas guru agama di kampung berkenaan yang didakwa posit1f COV1D-19 menunjukkan surat rasmi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkannya negat1f wbak berkenaan.

” Alhamdulillah, satu pertemuan muhibah diadakan antara guru agama, masyarakat Orang Asli yang melarikan diri serta wakil Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) diadakan di Balai Raya Kampung Simpang Arang 9 malam tadi.” Perbincangan diadakan secara harmoni dengan guru agama terbabit menunjukkan surat rasmi daripada KKM yang mengesahkannya negatif COV1lD-19.

” Penduduk Orang Asli yang melarikan diri ke hutan semalam memohon maaf terhadap guru agama berkenaan kerana percaya kepada khabar angin dan secara tidak sengaja menyebarkannya sehingga mendatangkan kebimbangan penduduk lain,” katanya ketika dihubungi.

Jumaat lalu, media melaporkan akibat bimbang dijngk1iti wbak COVl1D-19, kira-kira 40 orang daripada 15 keluarga dari Kampung Orang Asli Simpang Arang, Gelang Patah, di sini, melarikan diri ke dalam hutan, sejak Isnin lalu..Tok Batin Kampung Orang Asli Simpang Arang Noore Kasi dilaporkan berkata, anak buahnya mengambil tindakan berkenaan selepas mendengar khabar angin guru agama di kampung berkenaan positif COV1lD-19.

Katanya, khabar angin berkenaan menyebabkan mereka ket4kutan dan tiba-tiba menghilangkan diri pada Isnin lalu.Tinjauan media di kawasan hutan berkenaan Jumaat lalu, mendapati kawasan muara sungai itu adalah kawasan lapang yang sudah dibersihkan, dengan penduduk dilihat membawa kelengkapan termasuk dapur dan tong gas untuk memasak.

Bagaimanapun, setiap keluarga dilihat hanya berlindung dengan khemah kanvas atau pun atap zink semata-mata sekali gus keselamatan mereka tidak terjamin.Difahamkan 40 orang asli terbabit termasuk kanak-kanak dan bayi membabitkan 15 keluarga itu berpindah ke kawasan hutan bakau.

Sementara itu, Pandak yang juga Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) berkata, pihaknya lega isu berkenaan berjaya diselesaikan secara harmoni.” Ini kerana sekarang sudah masuk musim hujan, jika mereka hanya berteduh di bawah khemah sahaja, akan mendatangkan ancman terhadap keselamatan keluarga terutama anak kecil.

” Selain itu, faktor cuaca dan tempat tinggal yang mereka dirikan sekadar khemah sementara dan bangsal tinggal itu juga didapati tidak sesuai dan selamat untuk diduduki,” katanya.Difahamkan terdapat lebih 800 orang yang mendiami kira-kira 180 rumah di Kampung Orang Asli Simpang Arang.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share

40 Penduduk Lari Ke Sesuatu Tempat. Khabar Angin COVID19 Membuatkan Penduduk Di Situ Menghilangkan Diri Dan Lamgsung Tidak Ikut Arahan

ISKANDAR PUTERI: Akibat khabar angin kononnya guru agama di Kampung Orang Asli Simpang Arang, Gelang Patah di sini dijangkiti COVID-19, kira-kira 40 penduduk melarikan diri ke hutan sejak Isnin lalu.Mereka daripada 15 keluarga yang ada membawa bersama bayi itu, bimbang dijangkiti wabak COVID-19.

Tok Batin Kampung Orang Asli Simpang Arang, Noore Kasi, berkata khabar angin itu menyebabkan mereka ketakutan dan tiba-tiba menghilangkan diri.”Saya mendapat maklumat mereka lari bersembunyi di kawasan hutan kira-kira lapan kilometer dari Kampung Simpang Arang di kawasan muara sungai.

“Saya ada memujuk mereka pulang semula ke kampung kerana ujian saringan guru agama disahkan negatif, tetapi mereka tetap tidak mahu pulang.”Saya memaklumkan perkara ini kepada Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas Dewan Undangan Negeri (JPKD) Kota Iskandar, Pandak Ahmad bagi memohon bantuan kerana risau keselamatan mereka termasuk daripada haiwan bvas kerana hanya tinggal di bawah khemah sahaja,” katanya.

Terdahulu, tinjauan di hutan berkenaan mendapati kawasan muara sungai sudah dibersihkan dengan penduduk dilihat membawa kelengkapan termasuk dapur dan tong gas untuk memasak.Bagaimanapun, setiap keluarga hanya berlindung di khemah kanvas atau pun atap zink semata-mata yang tidak menjamin keselamatan mereka.

Mengulas lanjut, Noore berkata, terdapat kira-kira 1,000 masyarakat Orang Asli di Kampung Simpang Arang dengan majoriti penduduk tidak ikut berpindah selepas mendengar penjelasannya mengenai perkara sebenar.Sementara itu, Pandak yang juga Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) berkata, beliau akan memaklumkan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad mengenai isu berkenaan, esok.

“Hari ini, saya datang meninjau kawasan hutan yang dijadikan tempat tinggal sementara kira-kira 15 keluarga Orang Asli suku Seletar dari Kampung Simpang Arang.”Keadaan tempat tinggal mereka tidak sempurna kerana kebanyakan keluarga hanya menggunakan khemah kanvas sahaja dan mendedahkan mereka kepada ancman haiwan bvas dan cuaca buruk apatah lagi terdapat bayi dibawa bersama.

“Saya akan dapatkan surat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sebagai pengesahan bahawa guru agama berkenaan bukan sahaja negatif COVID-19, malah khabar angin yang mereka dengar juga tidak tepat,” katanya.Beliau berkata, pihaknya juga akan terus berusaha memujuk mereka pulang semula ke kediaman di Kampung Simpang Arang yang lebih sempurna yang dibina kerajaan,” katanya.

Kira Kira 400 Penduduk Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi Tak Balik Rumah. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Sampai Minta Bantuan Polis Kesan Penduduk Kampung Hilang

Dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) semalam, kira-kira 400 penghuni Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi dilaporkan hilang atau gagal dikesan untuk membuat ujian saringan COVID 19. Menurut Harian Metro, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencara Daerah Sepang, Mohamad Zain A Hamid berkata dia telah meminta bantuan polis untuk mengesan penduduk yang hilang apabila mereka didapati tidak pulang ke kediaman di situ selepas pihak polis mengepung kawasan tersebut pada 6 petang, Selasa lalu

Malah katanya lagi, pihak mereka juga telah mengubah strategi dengan mengepung awal kawasan itu sebelum PKPD diisytiharkan bagi mengelak penduduk lari daripada melakukan ujian saringan.Antara 700 ke 800 penduduk yang tinggal di kawasan itu dan pihaknya sedang mengesan penduduk yang hilang melalui rakan sebilik, jiran serta menggunakan aplikasi MySejahtera.

Kita merayu penduduk yang tidak pulang kembali membuat saringan kerana perkara ini membabitkan kesihatan bagi mengelak berlakunya kluster baharu di luar kawasan,” katanya pada sidang media, hari ini.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakon mengumumkan pusat perniagaan Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang dikenakan PKPD sehingga 25 November.PKPD ini melibatkan sebanyak 284 premis dan 800 penduduk. Sehingga semalam, KKM katanya telah menyelesaikan hampir 399 saringan dan ujian kedua akan dilakukan pada hari ke-13 nanti.

Kawasan itu juga dikenakan PKPD kerana terdapat dua kes awal positif COVID 19 dalam kluster Bah Medan pada 4 Oktober lalu.“Kita menggesa penduduk yang tidak pulang membuat saringan termasuk di pusat kesihatan berdekatan.“Sekiranya gagal berbuat demikian dan dapat dikesan polis, mereka akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Pnyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya.Kalau dalam diri tu ada rasa bertanggungjawab, tolonglah balik dan buat ujian saringan. 

Tiada Simptom Tapi Kanak Kanak Ini Tidur Dalam Tempoh Masa Yang Agak Lama. Mengejutkan Sekali Kanak Kanak Itu Dilaporkan Sudah Tiada Lepas 15 Jam Keluar Dari Hospital

Dilaporkan seorang kanak kanak telah menghembuskan nafas terakhir disebabkan oleh COVID19 dalam tempoh 15 jam selepas dibenarkan pulang dari hospital,lapor Irish Mirror. Kata ibunya,kanak kanak itu telah jatuh sakit pada Selasa lalu dan dia mula tidur dalam tempoh waktu yang lama. Seterusnya, dia telah dibawa ke hospital pada Khamis setelah mula mntah.

Disebabkan dia tidak mengalami simptom COVID-19 yang biasa seperti demam atau batu, ibu bapanya tidak mengesyaki bahawa dia telah terkena COVID-19.Walaupun doktor telah memberi jaminan bahawa dia boleh keluar dari hospital dan akan baik-baik saja, kanak-kanak tersebut semakin lemah sepanjang malam.

Mnd1ang didapati tidak bernafas dan tidak sedarkan diri ketika diperiksa oleh ibunya pada pukul 3 pagi.Masih lagi berduka dengan pemergian kanak-kanak itu, ibunya berkongsi perasaan sedihnya di Instagram.“Hati saya sangat kosong, bagaimana saya boleh tidur pada waktu malam? Saya sudah kehilangan cinta hati saya,” katanya.Kajian oleh British Medical Journal mendapati bahawa 1% kanak-kanak dan orang muda yang dimasukkan ke hospital UK dengan mempunyai COVID-19 pergi buat selamanya antara Januari dan Julai.Sumber: Irish Mirror

Pesakit Tanpa Simptom COVID19 Mudah Lebih Cepat Hilang Antibodi Berbanding Individu Yang Mempunyai Simptom. Lebih Mengejutkan Individu Berusia 18 Hingga 24 Tahun Lebih Mudah Kena Atas Satu Sebab Ini

Imperial College di London yang menduduki tangga ke 9 dalam carta universiti terbaik seluruh negara menjumpai kajian baru berkenaan virus pandemik itu. Laporan BH mengatakan,satu kajian besar besaran di Britain menunjukkan pesakit COVID19 tanpa simptom dikesan kehilangan antibodi lebih cepat berbanding mereka yang mempunyai simptom.

Penemuan oleh Imperial College London dan firma kajian pemasaran Ipsos Mori itu turut mendedahkan kehilangan antibodi adalah perlahan dalam kalangan berusia 18 hingga 24 tahun berbanding mereka yang berusia 75 tahun.Kajian dari ratusan sampel

Sampel daripada ratusan orang dari England antara pertengahan Jun dan lewat September lalu menunjukkan antibodi virus menurun ke tahap satu per empat.Kajian menunjukkan tahap imun pesakit COVID-19 berkurangan secara beransur-ansur selepas dijangkiti.Seramai 365,000 orang dewasa terlibat dan dipilih secara rambang antara 20 Jun dan 28 September lalu untuk kajian ini.

Hasilnya, mereka mendapati jumlah mereka yang hilang antibodi adalah 26.5% dalam tempoh tiga bulan.Tempoh imuniti masih misteri.Bagaimanapun, Pakar Fakulti Kesihatan Awam Imperial College, Paul Eliott, berkata pihak sains yang terbabit lebih bimbang berhubung perkara yang tidak diketahui mengenai ketahanan antibodi terhadap virus itu.“Tahap imun antibodi ini masih tidak diketahui atau sampai bila sistem imun ini akan bertahan.”

Disahkan Bebas Dari COVID19 Tapi Ada Kesan Sampingan Yang Tak Kita Sangka. Seorang Lelaki Ini Dedah Alami Masalah Deria Ini Sepanjang Hidup

Makluman terkini. Tempoh pemulihan pesakit yang telah dijangkiti COVID-19 berbeza-beza, bergantung kepada tahap ketahanan badan masing-masing.Bayangkan, disahkan bebas dari COVID-19 tetapi hakikatnya kita masih perlu menanggung kesan jangka panjangnya seumur hidup.Menurut data yang diambil dari Mayo Clinic, antara kesan-kesan yang direkodkan oleh bekas pesakit termasuk mengalami keletihan berpanjangan, sakit otot dan kesukaran untuk bernafas.

Meskipun COVID-19 diketahui umumnya menjangkiti paru-paru, namun ia sebenarnya boleh menjejaskan beberapa organ dalaman manusia. Dalam kes lain, ada pesakit yang turut hilang pendengaran selepas dijangkiti virus itu. Memetik laporan Kompas, kes tersebut membabitkan seorang lelaki Inggeris berusia 45 tahun selepas berlaku kerosakan pada saraf pendengarannya.

Dia dikatakan mula mendengar gema dan dengung di telinga sebelum pekak secara tiba-tiba di telinga kiri — kira-kira seminggu selepas keluar daripada unit rawatan rapi.Ujian dibuat seterusnya mendapati berlaku kerosakan saraf pada telinga, dan gangguan pendengarannya tidak dapat disembuhkan.Bagaimanapun ia sebenarnya bukanlah kes pertama seumpama itu yang pernah direkodkan.

Menurut kajian International Journal of Audiology, 13 peratus daripada 121 pesakit pernah melaporkan perubahan atau gangguan pada deria pendengaran mereka selepas dijangkiti COVID-19.Kajian juga menunjukkan, jangkitan virus boleh menyebabkan pesakit mengalami sudden sensorineural hearing loss dengan cara mengganggu sistem imun dan merosakkan sel halus dalam telinga.

Pengantin Perempuan Disahkan Positif COVID19. Pasangan Ini Sanggup Sarung PPE Dan Teruskan Perkahwinan Di Pusat Rawatan

Sebuah video dimuat naik di Twitter menunjukkan satu pasangan di India disatukan dalam suasana lain daripada yang lain telah mendapat perhatian ramai.Menurut India Times, video itu menunjukkan majlis perkahwinan satu pasangan yang diadakan di sebuah pusat rawatan Covid-19 Kelwara di Shahbad. Pasangan itu serta paderi yang menyatukan mereka dilihat memakai PPE selepas pengantin perempuan disahkan positif pada hari perkahwinan mereka.

Melalui video tersebut, mereka dilihat mengenakan persalinan lengkap PPE dan melafazkan ikrar perkahwinan. Selain mereka bertiga, terdapat seorang dua individu lain dipercayai ahli keluarga yang turut hadir dan memakai persalinan PPE.

Tidak melupakan adat dan budaya, meskipun menyarung PPE pengantin lelaki tetap memakai serban tradisional. Pengantin perempuan juga dilihat memakai pelindung muka dan kedua-duanya dilihat memakai sarung tangan sepanjang upacara itu berlangsung.

Majlis mereka itu dijalankan mengikut norma baharu Covid-19 dan protokol yang telah ditetapkan oleh kerajaan tempatan. Disebabkan kenaikan kes Covid-19 di Rajasthan, Ketua Menteri Ashok Gehlot memutuskan untuk melanjutkan perintah berkurung sehingga 31 Disember 2020.

Wanita Ini Sanggup Botakkan Kepala Semata Nak Taja Majlis Perkahwinan. Lebih Menarik Sekali Ini Yang Kawan Dia Buat Lepas Kantoi Dan Siap Ada Yang Nak Derma Wang Sebab Lakonan Menjadi

Toni Standen (kanan) turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan pembohongan itu lebih nyata.LAIN manusia lain ragamnya.Begitu juga dengan seorang wanita ini yang sanggup mengaku kononnya dia mempunyai sakit teruk atau knser terminal.Lebih teruk, Toni Standen, 29, turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan pembohongan itu lebih nyata.

Perbuatan itu berjaya membohongi rakannya sehingga ada yang bersimpati dan menaja majlis perkahwinannya.Di Facebook, dia turut memuat naik kenyataan bahawa hayatnya hanya berbaki dua bulan lagi.Tidak lama kemudian, rakan-rakan mula menghidu pembohongannya.

Malah, dia tampil dengan idea baharu, kononnya dijangkiti Covid-19 pula.Namun segalanya terbongkar sehingga menyebabkan rakannya berang.Malah, salah seorang rakan yang menderma wang mendakwa lakonan wanita itu boleh melayakkan dia untuk memenangi Anugerah Oscar. – Daily Star.

Tiga Beranak Termasuk Pengantin Perempuan Hembuskan Nafas Terakhir Setelah Dapati Mereka Positif Covid19. Berikut Kisah Tentang Kluster Kenduri Kahwin Yang Berlaku Di Indonesia

Seorang pengantin perempuan yang baru saja beberapa hari melangsungkan perkahwinannya dilapor sudah menghembuskan nafas terakhirnya setelah dijangkiti COVID-19.Lebih memilukan, jangkitan itu turut mengambil nyawa kedua orang tuanya — dalam satu kejadian yang berlaku di Kabupaten Sragen, Jawa Tengah, Indonesia.

CNN Indonesia melaporkan, pengantin perempuan didapati baru pulang dari Jakarta pada 22 Oktober lalu, iaitu dua hari sebelum majlis pernikahannya.Dia kemudiannya mengadu sakit pada 26 Oktober dan dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif COVID-19.Setelah beberapa hari diletakkan dalam kuarantin, pengantin perempuan tersebut akhirnya hembuskan nafas terakhirnya pada 5 November.

Sehari kemudian, ibunya pula disahkan positif dan hembuskan nafas terkahirnya pada 6 Oktober. Ia turut disusuli bapanya yang hembuskan nafas terakhirnya pada 9 November.Kes tersebut turut diklasifikan sebagai kluster baru yang dikesan pada 24 Oktober lalu. Menurut laporan jabatan kesihatan tempatan, susulan itu seramai 113 kontak rapat dikesan dan diarah menjalani swab test secara berperingkat.

Tular Majlis Perkahwinan Yang Berlangsung Di Amerika Syarikat. Majlis Tersebut Terus Jadi Super Spreader Sehinggakan Lebih 100 Orang Terkena COVID19 Malah Kes Pemergian Juga Direkodkan

Sekurang-kurangnya tujuh pemergian manakala 177 yang lain disahkan dijangkiti virus Covid-19 selepas hadir satu majlis perkahwinan yang diadakan di Millinocket, Maine, Amerika Syarikat, lapor CNA.Majlis perkahwinan yang diadakan pada awal bulan Ogos lalu telah dihadiri oleh 65 orang tetamu yang secara tidak langsungnya telah melnggar had rasmi yang ditetapkan kerajaan iaitu 50 orang.

Menurut CNA, majlis tersebut telah berlangsung di sebuah gereja dan kemudiannya diikuti dengan majlis resepsi di Big Moose Inn.Sepuluh hari kemudian, berpuluh-puluh orang yang hadir majlis perkahwinan tersebut telah disahkan positif Covid-19. Susulan daripada itu Pusat Kawalan dan Pencegahan Pnyakit (CDC) di Maine segera membuka siasatan berkenaan perkara itu.

Pengarah CDC Maine, Nirav Shah pada hari Khamis (18 September) telah mengeluarkan perincian berkenaan kes tersebut sambil menambah bahawa tujuh orang yang sudah tiada itu tidak menghadiri majlis perkahwinan berkenaan.Siasatan awal mendapati bahawa seorang warden pnjara yang bertugas di sebuah pnjara yang mempunyai lebih 80 kes positif Covid-19 terletak 370km daripada lokasi majlis perkahwinan itu telah dijangkiti sebelum dia hadir ke majlis terbabit.

10 kes lain pula ditemui di sebuah gereja Baptis di kawasan yang sama, sementara 39 jangkitan – dan enam pemergian – didapati di sebuah rumah jagaan 161km dari Millinocket.Bagi penduduk setempat yang telah menerapkan peraturan penjarakkan sosial seperti yang diperkenalkan pada awal krisis, berita itu telah mengejutkan mereka.“Ketika kami mendengar wabak tersebut tercetus … semua orang benar-benar berasa sedih,” kata Cody McEwen, ketua dewan bandar.

“Sebaik sahaja wabak itu tercetus, kami terus menutup bandar ini kembali sepenuhnya.”Sesetengah penduduk jelas berasa berang dengan penganjur majlis berkenaan.“Saya rasa mereka tidak seharusnya mengadakan majlis perkahwinan. Saya rasa ia seharusnya dihadkan seperti yang sepatutnya,” kata Nina Obrikis, seorang ahli gereja Baptis di mana majlis itu diadakan.“Kami tidak dapat pergi ke mana-mana atau melakukan apa-apa kini,” katanya.

Gabenor Maine, Janet Mills pada hari Khamis telah mengeluarkan amaran kepada 1.3 juta penduduk negeri itu.“COVID-19 bukan berada di sebelah pagar sana, tetapi ianya sedang berada di kawasan halaman kita kini.”Sejak tercetusnya wabak pada awal tahun ini, kejadian superspreader yang serupa telah dilaporkan di seluruh dunia.

Yang pertama berlaku di Amerika Syarikat adalah pada persidangan bioteknologi di Boston pada bulan Februari yang dihadiri sekitar 175 orang, dan satu majlis persemadian di Georgia di mana lebih daripada 100 dijangkiti dengan virus tersebut.Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kluster jangkitan seperti itu dapat dilihat tercetus du kampus universiti sehingga memaksa pelajar mengosongkan kawasan universiti.

Universiti Oneonta, di utara New York, mempunyai lebih daripada 670 kes Covid yang disahkan dalam satu bulan.Kementerian Kesihatan Malaysia juga turut berkongsikan tentang perkara ini.“Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati, tujuh individu yang sudah tiada tidak menghadiri majlis perkahwinan ini”Sumber: CNA

“Family paksa teruskan majlis” – Pengantin Lelaki hembuskan nafas terakhir 2 Hari Lepas Kahwin, Lebih 250 Sah Positif Dalam Seminggu

Hanya sempat bergelar isteri kurang dari seminggu, seorang wanita dari India terpaksa menerima kenyataan suaminya sudah tiada akibat Covid-19. Kenyataan itu harus ditelan selepas pasangan itu melnggar perintah berkvrung di negara berkenaan demi untuk melangsungkan majlis perkahwinan besar-besaran.Menurut USA Today, seorang pengantin lelaki berusia 30 tahun disahkan sudah tiada dan menjadi penyebar Covid-19 yang telah menjangkiti 80 orang tetamu mereka yang hadir.

Majlis besar-besaran itu berlangsung pada 15 Jun lepas dengan kehadiran lebih 360 tetamu di Paliganj. Keluarga pengantin lelaki tersebut juga dilaporkan tetap bertegas untuk meneruskan majlis meskipun dia mengalami demam panas sebelum itu kerana tidak mahu menanggung kerugian jika ia dibatalkan.Walaupun dia (pengantin lelaki) berasa kurang sihat pada 14 Jun dan mahu majlis ditangguhkan namun ketua keluarga kedua-dua pihak tidak bersetuju, dengan alasan akan mengalami kerugian yang sangat besar.”

Pada hari perkahwinannya, suhu badan dia dilaporkan sangat tinggi dan ramai sanak saudara mula berasa risau serta turut berharap ianya tiada kena mengena dengan Covid-19. Pihak keluarga dikatakan telah memberi ubat jenis panadol kepada lelaki tersebut namun keadaannya menjadi semakin teruk selepas itu.

Menurut New York Post, lelaki itu dilaporkan sudah hembuskan nafas terkahir dua hari kemudian ketika dalam perjalanan ke hospital namun suaminya telah dibkr sebelum sempat pihak berkuasa menjalankan ujian Covid-19 ke atasnya.Bagaimanapun, dia dipercayai menjadi penyebar utama virus itu di kawasan terbabit apabila hampir 300 individu disahkan positif hanya seminggu selepas majlis itu berlangsung.

Kampung itu kini ditutup dan dikawal ketat daripada mana-mana individu yang mahu masuk atau keluar dari situ. Jurucakap pihak berkuasa di bandar itu berkata,Keutamaan kami sekarang adalah untuk mencegah jangkitan ini dan putuskan rantaian.Pengantin perempuan itu bagaimanapun dilaporkan negatif Covid-19. Kebanyakan tetamu mereka terdiri daripada kakitangan sekolah, guru dan murid-murid kerana bapa pengantin lelaki merupakan seorang guru.-lobakmerah

“Tak ikut SOP” – Ibu & Adik hembuskan nafas terakhir, 30 Tetamu Positif Covid-19 Lepas Pengantin Buat Majlis Resepsi Besar-Besaran

Dua disahkan sudaah tiada, seorang dalam keadaan t3nat dan 30 individu disahkan positif Covid-19 gara-gara sebuah majlis pernikahan yang berlangsung, lapor Jateng Suara.Menurut Ketua Pejabat Kementerian Agama Semarang, Muhdi Zamru majlis pernikahan pasangan itu tidak diadakan secara besar-besaran di masjid. Sebaliknya, ianya hanya majlis tertutup yang dihadiri tidak lebih daripada 10 orang seperti yang sudah ditetapkan protokol Covid-19.

Tidak di masjid, tapi di rumah pengantin. Memang rumahnya di belakang masjid.”Katanya majlis yang berlangsung pada 11 Jun lepas itu diadakan di rumah pengantin perempuan dan dua individu yang sudah tiada itu merupakan ibu dan adik pengantin tersebut manakala pesakit yang tenat pula adalah bapanya.Namun, kedua-dua individu dilaporkan tidak menghadiri acara pernikahan itu dan ianya telah dilangsungkan mengikut SOP yang ditetapkan untuk proses ijab kabul di Indonesia.

Penghulu kami sudah mematuhi aturan itu. Bahkan, menurut keterangannya ibu dan adik pengantin yang sudah tiada karena Covid-19 tidak hadir di prosesi ijab kabul itu.”Bagaimanapun, apa yang tidak diketahui Muhdi rupa-rupanya pihak keluarga telah mengadakan resepsi di masjid dan dihadiri tetamu yang melebihi 30 orang.

Tugas kita hanya sebatas menikahkan. Setelah itu, kalau ada pesta bukan tanggung jawab kami. Kami hanya memastikan jika ijab kabul digelar sesuai protokol kesehatan.”Majlis resepsi itulah yang dikatakan tidak mengikut SOP pencegahan Covid-19 dan telah menyebabkan kluster baru yang menjangkiti 30 tetamu termasuklah 5 daripada 9 ahli kariah masjid.-lobakmerah