Tak sangka ini sebab pengarah drama Shahrulezad Mohameddin ketawakan Fizo Omar. Rata rata memberi komen positif tentang lakonan Fizo.

Pelakon Fizo Omar mendukung watak sebagai Ikram menerusi drama bersiri, Adellea Sofea ada berkongsi impak yang terjadi dek peranannya di dalam drama berkenaan. Difahamkan, atas watak yang dibawanya, bintang kelahiran Kota Bahru, Kelantan itu memaklumkan dia kehilangan lebih 5000 pengikutnya di akaun Instagram.

Menurut Fizo, ia berlaku mungkin disebabkan lakonannya di dalam drama Adellea Sofea yang ditayangkan di slot Akasia, TV3 itu. “Penangan Ikram! Lebih 5000 unfollow aku dkat ig bro!! Hhahha..tuan director @budakijat gelakkan aku siot!. “Ni abg punya pasal lah…hahhaha. btw tqvm @budakijat yang menjahatkan ikram dan mengasah aku dkat set.tqvm bang. “P/s : yg dah unfollow tu jgn emo sgt yea, nanti dah hbs #adelleasofea ni korang follow aku blk yea..hahhaha. “Lagi 2 hari je pastu aku taubat dah! And aku sanggup berubah kalau dapat sofea!,” tulisnya lagi.

Turut didedahkan menerusi posting itu ialah paparan berbualannya dengan pengarah drama berkenaan, Shahrulezad Mohameddin yang ‘direpost’ kembali. Dalam pada itu, rata-rata peminat memberi pelbagai reaksi di ruangan komen perkongsian bapa tunggal ini. Selain Fizo, Adellea Sofea turut didukung Mira Filzah, Ungku Ismail, Jasmine Suraya, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi.

Sumber : Media Hiburan

Hari jadi ‘berbeza’ buat Fizo Omar

“MAWAR ada hantar mesej ucapkan selamat hari jadi, cuma dia tak dapat hadir untuk raikan bersama hari ini kerana ada hal lain,” kata pelakon Fizo Omar yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-34, hari ini. Sedikit berbeza sambutan hari jadi dibuat Fizo apabila dia membuat ‘prank’ kepada ibunya, Hasnah Jidin, 59, dengan menghadiahkan kerusi urut bernilai RM20,000.

Fizo berkata, tidak ada istilah kekurangan pada hari jadi kali ini walaupun sebelumnya disambut bersama bekas isteri, Mawar Abdul Karim. “Tak ada yang kurang pun. Saya ada jemput Mawar datang, tapi dia ada hal lain. Bagi saya, perkara lepas biarlah berlalu. Saya teruskan dengan kehidupan baru.

“Saya pun ada keluarga besar dan pasukan. Saya dan Mawar baik saja dan tidak ada masalah pun. Jadi, tak timbul soal kekurangan, cuma mungkin berbeza sedikit apabila saya ‘back to normal’. “Sebelum ini mak tinggal dengan saya selama berbelas tahun sejak saya bujang lagi. Jadi tak ada isu kekurangan pun. Malah, Allah beri lebih lagi iaitu ketenangan, kebahagiaan dan rezeki untuk saya. Alhamdulillah,” katanya.

Fizo yang ditemui di kediamannya di Bandar Baru Bangi berkata, ‘prank’ yang dibuat itu adalah acara wajib setiap kali menyambut hari jadinya. Menurut Fizo, dia menghadiahkan kerusi urut kerana ibunya sudah lama teringin untuk memilikinya.

“Mak memang sudah lama nak kerusi urut ni, tapi dia tak cukup duit. Itu sebab saya hadiahkan. Saya nak berterima kasih pada mak sebab doakan saya selama ini. “Mak sudah menjaga saya selama 34 tahun, jadi tak salah kalau saya yang beri hadiah. Mak banyak sokong saya sehingga saya berjaya.

“Memang setiap tahun pada hari jadi saya, saya suka beri hadiah pada mak. Saya rasa yang perlu dihargai adalah ibu yang menjaga, mendidik dan mendoakan saya. Sebab itu setiap kali hari jadi saya, satu kepuasan saya apabila dapat buat ibu gembira,” katanya. Fizo berkata, sebelum ini dia pernah menghadiahkan ibunya pakej umrah, haji dan percutian.

“Setiap tahun fikir macam mana nak ‘prank’ mak. Sebelum ini bawa pergi Langkawi, haji dan umrah. “Pernah juga hadiahkan kerusi urut, tapi itu enam tahun lalu. Saya berasa itu lebih baik dan tanda terima kasih pada mak.

“Semoga doa mak terus dimakbulkan untuk saya terus berjaya. Apa saya dapat sekarang bukan sebab saya hebat, tapi Allah angkat doa mak saya. Doakan semoga mak terus sihat, panjang umur dan murah rezeki,” katanya.

Sumber : myMetro

About ApamPink 104 Articles
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah-ertikan, kami tidak akan bertanggungjawab. JIKA ANDA SUKAKAN SALAH SATU ARTIKEL, JANGAN LUPA SHARE...