Terkini Khairy Jamaluddin dedahkan kerajaan akan tambah trak vaksin bergerak terutama sekali dekat kawasan zon merah sekitar lembah klang.

Berita

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin hari ini memaklumkan bahawa kerajaan dalam perancangan untuk memperluaskan inisiatif Trak Vaksin Bergerak. Menurut Berita Harian, inisiatif itu akan memfokuskan kawasan kategori merah di sekitar Lembah Klang sebagai usaha meningkatkan kadar pemberian vaksin Covid-19.

Kata beliau lagi, inisiatif itu akan dilakukan kerana program perintis di ibu negara yang bermula baru-baru ini disifatkan sebagai berjaya. Inisiatif Trak Vaksin Bergerak ini digerakkan ke penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Muhibah kelmarin dan semalam digerakkan ke tapak pembinaan MRT.”

Ia membabitkan seramai 1,000 orang penerima di setiap lokasi. Kita mendapati program ini berjaya dan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) merancang untuk meningkatkan lagi jumlah Trak Vaksin Bergerak yang dapat digerakkan ke kawasan tertentu seperti PPR dan tapak industri.”

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata program yang memberi tumpuan kepada kawasan industri dan lokasi majikan mempunyai ramai pekerja itu berupaya memberi suntikan vaksin Covid-19 antara 15,000 hingga 20,000 dos sehari kepada warga Wilayah Persekutuan.

Katanya lagi, langkah itu diharap dapat membentuk SOP yang baik, selamat, berkesan dan paling penting, melipat gandakan proses vaksinasi di negara ini. Pada hari pertama Projek Rintis Trak Bergerak MYMedic@Wilayah Isnin baru-baru ini, rata-rata penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah menzahirkan rasa gembira dengan inisiatif tersebut kerana ianya mudah, cepat dan teratur.

Menurut Awani, seramai 1,000 penduduk di situ diberikan dos pertama vaksin mereka di mana kebanyakan penerima merupakan warga emas dan golongan kelainan upaya. Salah seorang warga emas, Anuar Ibrahim, 63, berkata, Kemudian terus kita diberikan suntikan vaksin, dan ia mengambil masa tidak sampai tiga minit untuk melakukan satu suntikan vaksin.”. Jarum pun halus sangat… mana ada rasa (sakit), tak rasa pun… cucuk macam kita terima suntikan biasa sahaja.”