Teka teki terjawab jua akhirnya. Terbongkar siapa yang gunakan helikopter mendarat di istana bagi menghadiri Mesyuarat Khas Raja Raja

Berita

Baru baru ini,ramai yang tertanya tanya siapa yang ke Istana Negara menaiki helikopter hari ini. Difahamkan helikopter itu dinaiki oleh Pemangku Raja Pahang,tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Al Sultan Abdullah. Hari ini berlangsung di Istana Negara Mesyuarat Khas Majlis Raja Raja berikutan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri Khas jumaat lalu.

Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu itu dihadiri oleh semua raja-raja Melayu kecuali Sultan Kelantan.Kenderaan rasmi Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menjadi kenderaan terakhir yang tiba. Terdahulu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tiba di Istana Negara jam 1.30 petang diikuti dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada jam 2.14 petang.

Kenderaan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pula tiba jam 2.18 petang, disusuli Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada jam 2.20 petang.Kenderaan rasmi membawa Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir tiba jam 2.23 diikuti Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail tiba jam 2.28 petang.

Menerusi hantaran terkini dari Istana Negara, berikut adalah keputusan yang telah diambil.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berpendapat kerajaan sekarang sudah berjaya menangani wbak C0vid 19 dengan baik dan berkesan.Malah, Seri Paduka Baginda amat mempercayai keupayaan Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wbak C0vid 19 dari terus merbak.Sumber : KosmoOnline/TV3

Yang di-Pertuan Agong tolak cadangan darurat

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menolak pengisytiharan darurt kerana tiada keperluan untuk melaksanakannya di negara ini atau mana-mana bahagian negara ini ketika ini.Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dicapai selepas Yang di-Pertuan Agong memperhalusi permohonan dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu hari ini.

Menurut beliau, selepas melihat situasi yang sedang dihadapi negara, Al-Sultan Abdullah merasakan kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak Covid-19 dengan baik dan berkesan.Katanya, Seri Paduka Baginda amat mempercayai keupayaan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak Covid-19 itu dari terus merebak.

Berikut kenyataan yang penuh dikeluarkan:Adalah dimaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan memperhalusi permohonan yang telah dipersembahkan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di majlis menghadap di Istana Abdul Aziz, Kuantan Pahang pada Jumaat lalu (23 Oktober 2020).

Permohonan tersebut ialah pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi ancman wabak Covid-19 di negara ini.Setelah memperhalusi permohonan dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu dan melihat situasi yang sedang dihadapi oleh negara, Al-Sultan Abdullah merasakan kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan.

Seri Paduka Baginda amat mempercayai keupayaan Kerajaan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak Covid-19 ini dari terus merebak.Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurt di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia.

Kendatipun begitu, Seri Paduka Baginda ingin mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politiking yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.Al-Sultan Abdullah turut berpendapat bahawa tiada perlunya Ahli-ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu-gugat kestabilan kerajaan sedia ada.

Kenyataan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di Sidang Parlimen adalah amat penting kepada rakyat dalam menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Justeru, peruntukan kewangan amat diperlukan oleh petugas barisan hadapan bagi melancarkan tugas dan tanggungjawab mereka. Sesungguhnya, Al-Sultan Abdullah amat prihatin terhadap kegelisahan seluruh rakyat ekoran daripada kenaikan mendadak beberapa kluster baharu dan kes positif harian Covid-19 di negara ini.

Al-Sultan Abdullah menzahirkan keyakinan bahawa dengan semangat perpaduan dan juang yang tinggi seperti yang telah pernah dipamerkan bersama, kita mampu sekali lagi berganding bahu memerangi gelombang ketiga penularan wabak ini.Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda menyeru seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang dan khususnya fahaman politik, mengenepikan segala perbezaan dan perbalahan untuk bersatu padu dan bersatu hati memainkan peranan masing-masing dalam membantu kerajaan dan pihak-pihak berkuasa membendung wabak Covid-19 demi keselamatan diri dan kesejahteraan negara yang kita cintai bersama ini.

Al-Sultan Abdullah turut mengambil kesempatan ini mengajak seluruh rakyat untuk bersama Seri Paduka Baginda berdoa semoga wabak Covid-19 ini dapat dibanteras dengan berkesan dan diakhiri dengan segera.Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin

Bersempena Dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020. Agong Serta Permaisuri Agong Dan Anakandanya Memakai Sesuatu Ini Sebagai Simbol Untuk Hari Tersebut.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta anakanda, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan, hari ini berkenan mengenakan reben hijau bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020 yang jatuh pada 10 Oktober setiap tahun.

Reben hijau ialah simbol kesihatan mental antarabangsa, selain sebagai tanda sokongan bagi kesedaran dan penyebab kesihatan mental serta membantu membina solidariti untuk komuniti itu. Menurut kenyataan Istana Negara hari ini, Tengku Puteri Iman Afzan ialah Penaung Antarabangsa bagi Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020, selepas menerima undangan daripada Gabungan Badan-Badan Kesihatan Mental Sedunia, baru-baru ini.

Pelantikan Tengku Puteri Iman Afzan itu bukti usaha murni Malaysia dalam meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental, cara-cara perawatan dan cabaran dasar. Usaha itu diperakui Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang lain.

Naungan diraja Tengku Puteri Iman Afzan itu hingga Oktober 2021. Menurut kenyataan itu, Tengku Puteri Iman Afzan dalam perutusannya sebagai Penaung Antarabangsa, mengajak rakyat dan kerajaan di seluruh dunia bersatu dalam usaha memartabatkan kesihatan mental kerana perkara itu tanggungjawab semua.

Anakanda Seri Paduka berdua itu turut dipetik bertitah, akan betapa pentingnya meluangkan masa dan memberi perhatian, sokongan, kasih sayang serta belas kasihan sesama kita, bagi menjamin kesihatan dan kesejahteraan mental yang lebih baik. – BERNAMA

Korang semua tahu tak apa tu masalah mental? . Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai sakit mental, jom baca selanjutnya kat bawah ni untuk pengetahuan semua dan jangan lupa tau untuk LIKE & SHARE PAGE KAMI KUCINGASM MEDIA.

Reaksi Tunku Hajah Azizah Aminah Dan Anakandanya Meraih Perhatian Orang Ramai Selepas Melakukan Swab Test. Ini Reaksinya Sehingga Membuatkan Ramai Terhibur.

Pandemik Covid-19 di Malaysia kembali menunjukkan peningkatan sejak beberapa minggu lalu. Hal tersebut pasti membimbangkan semua pihak kerana hampir kesemua sektor sudah mula beroperasi. Oleh itu, ramai yang mulai menyedari kegawatan tersebut dengan mengambil inisiatif untuk melakukan swab test atau ujian saringan bagi memastikan diri bebas daripada wabak tersebut.

Lakukan ujian saringan Covid-19. Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut tidak ketinggalan melakukan swab test dan perkara itu dikongsikan baginda di laman Instagram miliknya. Selain Tunku Azizah, anakanda baginda iaitu Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah turut sama melakukan proses ujian saringan berkenaan. Namun begitu, kapsyen comel daripada Raja Permaisuri Agong telah berjaya meraih perhatian warganet kerana berseloroh dengan reaksi anakandanya semasa melakukan proses tersebut.

Comellah Tuanku & Tengku Ahmad. Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah tinggalkan pelbagai komen selepas menonton video tersebut. Rata-rata memuji kecomelan Tunku Azizah dan Tengku Ahmad Ismail selain mendoakan agar baginda dan keluarga dilindungi Allah SWT. Kita jaga kita. Semoga Tuanku & anakanda diberi kesihatan yang baik

Sumber: Airtangan_TunkuAzizah

‘Susah Kalau Orang Sakit Jiwa!’-Tuanku Permaisuri Agong Jawab Komen tak baik warganet Di Instagram

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya terkenal dengan sikap ramah beliau bersama rakyat jelata terutamanya di media sosial. Sering berkongsi resipi masakan dan aktiviti menyulam yang dilakukan di akaun Instagramnya, beliau bagaimanapun tidak terlepas daripada perangai tak elok sesetengah warganet. Perkara itu dikongsikan sendiri beliau baru-baru ini menerusi satu hantaran dengan berkongsikan kembali tangkap layar komen buruk dari warganet yang di hantaran sebelumnya. ‘Apa masalah anda dengan saya’ Komen tersebut bukan sahaja tak sopan dengan memberitahu individu yang mengalami cirit birit agar hanya membuang air besar namun turut mengandungi kata-kata kesat seperti ‘si*l’ di penghujungnya.

Walaupun tidak dapat dipastikan daripada hantaran mana komen tersebut dibuat namun akaun @farisisbi**h merupakan akaun palsu berdasarkan nama dan gambar akaun yang digunakan warganet terbabit. Tidak mahu perkara tersebut terus berlaku, Tunku Azizah kemudiannya membalas kembali komen tersebut dengan bertanyakan ‘apa masalah anda dengan saya’ sebelum membuat hantaran berasingan dengan menyifatkan akaun tersebut mempunyai masalah sakit jiwa.

Rata-rata warganet kemudiannya yang melihat hantaran itu mengkritik perbuatan buruk itu dan mencadangkan agar beliau mengambil tindakan terhadap individu yang bertanggungjawab memberikan komen itu. Raja Permaisuri Agong sebelum ini juga aktif di Twitter sebelum menutup akaunnya. Baca penjelasan penutupan akaun seperti yang kami kongsikan sebelum ini di pautan di bawah. 

Sumber: TheVocket

Raja Permaisuri Agong Jawab Isu Tutup Akaun Twitter

Selepas hampir dua hari menutup akaun Twitter, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kembali menghidupkan akaun Twitter rasminya pagi tadi. Baginda turut menzahirkan rasa kecewa berhubung tindakan polis menahan beberapa individu yang didakwa berkata negatif Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di media sosial. Menurut Tunku Azizah, walaupun sebelum ini baginda dan suami seringkali menerima kritikan namun tidak pernah membuat laporan polis. Baginda mengetahui isu penahanan individu tersebut daripada puterinya, Tengku Puteri Afzan Aminah Sultan Abdullah. Selain itu, Tunku Azizah berharap orang ramai bertenang dan sempat berseloroh dengan mengatakan ‘bertenang semua’ seperti yang selalu dipesan oleh puterinya setiap kali baginda bersedih.

Mendengar berita kembalinya Raja Permaisuri Agong di Twitter, rata-rata warganet berasa teruja dan gembira. Namun, akaun tersebut kembali ditutup selepas beberapa jam. Ini mungkin keputusan baginda untuk menutup akaun Twitter dan sebagai Rakyat, kita haruslah menghormati keputusan yang diambil oleh baginda. -TheVocket

Kerana warganet kurang sopan, Permaisuri Agong Tutup Akaun Twitter?

Sebagai rakyat biasa, adalah tidak mudah untuk kita dapat berinteraksi dengan keluarga DiRaja. Akan tetapi, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang aktif menggunakan Twitter rasmi miliknya @cheminahsayang membuatkan rakyat berasa mudah untuk berinteraksi. Raja Permaisuri Agong yang sering menggunakan medium tersebut untuk berinteraksi bersama rakyat dan berkongsi saat-saat indah baginda sebagai Permaisuri Agong selalu meraih perhatian warganet di Twitter.

“when i found out our Permaisuri Agong had deactivated her account, i am really devastated and i know all of us will miss her cute, cheerful tweets so here is some tweets that i ss-ed and haven’t deleted yet. just in case some of you want to reminisce the glory of @cheminahsayang ” Akan tetapi, semalam kecoh di media sosial Twitter apabila ada seorang pengguna Twitter yang telah berkongsi dengan bangganya telah block akaun Twitter Permaisuri Agong. Tidak cukup dengan itu, ada juga yang menyokong tindakan pengguna tersebut dan melemparkan kata-kata yang tidak sopan. Setelah itu, rata-rata warganet mengkritik tindakan yang dilakukan oleh pengguna Twitter tersebut. “Saya sudah memaklumkan perkara ini kepada JSJ Bukit Aman, semua punca komen dr awal, komen yg kurang enak sudah sy serahkan bukti serta account profile yg menulis.”

Kemudian, ada yang mencadangkan untuk block dan report akaun pengguna Twitter yang bersikap tidak sopan itu. Malah, ada juga yang telah membuat laporan polis untuk menangkap pengguna tersebut. Setelah kekecohan berlaku, warganet terkejut apabila akaun Twitter Permaisuri Agong tiada lagi kerana telah ditutup. Berikutan itu, warganet menzahirkan rasa sedih mereka dan berharap agar baginda akan membuka akaun Twitter semula.”Tuanku permaisuri agong is the one that cheered my twitter. She was like a caring mother who is trying to get closer to her children.”