Asyik belikan beg tangan puluhan ribu. Mengejutkan tiba tiba teman lelaki Ruhainies tampil bersuara dedahkan kenapa masih tak kahwin lagi dengan Ruhainies.

Artis

Kekasih hati pelakon Ruhainies, ahli perniagaan yang juga yang dikenali sebagai Mr. E menghadiahkan beg tangan mewah edisi terhad sempena ulang tahun kelahiran yang ke-28 pelakon itu semalam. Mr. E berkata, dia sudah menghadiahkan lebih enam beg tangan kepada pelakon itu dan setiap satu dianggarkan bernilai puluhan ribu.

” Sebenarnya, Ruhainies amat menyukai beg tangan. Beg tangan terbaharu yang saya hadiahkan sempena ulang tahun kelahirannya adalah beg yang keenam buatnya. ” Sebelum ini pun, saya ada hadiahkannya beberapa aksesori lain seperti jam tangan.

” Macam beg tangan, harganya tidak perlulah saya kongsikan. Cuma ya, saya boleh kata dalam puluhan ribu. ” Hadiah istimewa untuk yang tersayang, mengapa tidak? ” Lagipun saya memang suka berikan hadiah edisi terhad yang tidak mudah didapati di mana-mana untuk Ruhainies.

” Bagi saya, dia seorang yang cukup istimewa di mata dan ia bukti cinta sejati saya terhadapnya,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan hari jadi Ruhainies yang diadakan di Hotel W, di sini, semalam. Selain keliibat Mr.E, majlis terbabit turut dihadiri rakan terdekat dan peminat tercinta pelakon itu.

Menurut Mr E, dia mengakuii sudah bersedia untuk memiikul tanggungjawab sebagai suamii kepada aktres itu. ” Saya sudah bersedia menjadi suamiinya sampai bila-bila. Hal ini juga sudah kami bincangkan secara serius.

Permintaan ibu bapa Ruhianies, tunggu kakaknya kahwiin dahulu

” Insya Allah jika tiada aral meliintang, kami akan mendirikan rumah tangga selepas kakaknya berkahwiin, sebagaimana permintaan ibu bapa Ruhainies. ” Kalau bukan tahun ini, kami mungkin akan mendirikan rumah tangga tahun hadapan.

” Apa pun, kami akan kongsikan berita gembira itu kepada semua nanti. Doakan yang terbaik,” katanya. Lahir 27 Julai 1992, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Binti Zainul Ilyas berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang.

Beliau mula dikenali ramai menerusi drama Hello, Mr. Perfect! yang mana beliau memegang watak sebagai Alya Adriana dan Nurul Ain. Selain bergelar pelakon, Ruhainies juga merupakan duta kepada produk jenama Ruza dan Ruhainies Rosy Secret. Beliau juga ialah adik kepada pelakon Risteena Munim.

Sementara Risteena yang kini berusia 30 tahun sudah bertunang dengan pelakon Isa Khan pada 23 November lalu sewaktu bercuti di Bali, Indonesia. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: asiakini via klmenjerit

Sumber : TTK

Ruhainies tak guna produk mahal untuk cantik

PELAKON popular Ruhainies menghabiskan hampir RM2,000 sebulan untuk penjagaan badan dari hujung rambut ke hujung kaki. Ruhainies, 27, atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata, dia tidak menggunakan produk mahal untuk penjagaan kulit wajah.

“Saya tak pakai produk mahal pun untuk menjaga kulit. Pemikiran kebanyakan orang pakai produk mahal baru kulit cantik. “Alhamdulillah, kulit saya tak perlukan produk mahal untuk kekal sihat dan tak bermasalah. Produk saya gunakan pun biasa-biasa saja.

”Saya peruntukan kurang RM2,000 sebulan untuk keseluruhan penjagaan badan,” katanya kepada Harian Metro. Ruhainies yang ditemui pada pelancaran cawangan kelima sebuah butik kecantikan di pusat beli-belah di Puchong berkata, dia juga tidak mempunyai tip tertentu dalam penjagaan kecantikan dan kekal langsing.

“Setiap minggu saya luangkan masa sekali pergi urut dan spa. Selain itu saya berenang untuk kesihatan dalaman. Saya memang tak pergi gimnasium. “Untuk kekal langsing saya tidak ada tip. Saya beruntung sebab metabolisma tinggi. Jadi, kalau makan nasi jam 2 ke 3 pagi pun, saya okay. Saya tak kawal sangat. “Orang kata apabila sampai satu tahap umur tahap metabolisma makin turun dan badan akan cepat naik. Waktu itu baru saya akan jaga. Buat masa sekarang nak nikmati apa saja makanan,” katanya.

Dugaan terbesar Ruhainies

TIGA tahun bercinta bukan tempoh yang singkat. Dalam pada diulit bahagia, tentu ada dugaan kecil yang perlu dihadapi setiap pasangan bercinta.Situasi sama dilalui pelakon cantik, Ruhainies yang kini hangat bercinta dengan jejaka yang dikenali sebagai Mr E. Kisah bahagia mereka sering menjadi perhatian banyak pihak termasuk media dan peminat.

“Tipulah kalau bercinta tidak ada dugaan. Saya pun macam orang lain juga, ada pancaroba dalam perhubungan. “Saya dapati orang sekeliling saya pun berdepan pelbagai dugaan dalam perhubungan mereka. Namun, saya percaya pada takdir Allah SWT. Tidak kisahlah lama atau sekejap bercinta, jika tertulis itu jodoh kita, maka ia akan terjadi,” katanya.

Menurutnya, antara dugaan terbesar dalam hubungan cintanya ialah kemunculan individu yang juga memancing hati Mr E. “Ada juga orang yang cuba kacau kekasih saya. Buat saya lebih keliru, dalam kalangan artis pun ada yang mencuba nasib. Apabila jumpa depan mata, pijak semut pun tak mti. Belakang saya, mereka galak mencuba.

“Konsep saya mudah saja, kalau yakin boleh dapat, cubalah,” Katanya. Berkongsi lanjut mengenai kisah cintanya, Ruhainies berkata dia tidak mahu terburu-buru untuk menyimpul hubungan itu dengan perkahwinan kerana ingin memberi laluan kepada kakaknya yang juga pelakon, Nur Risteena untuk berumah tangga terlebih dulu.

“Saya nak tunggu kakak dulu dan kalau boleh tak mahu melangkah bendul. Namun, kalau ditakdirkan saya berkahwin dulu sebelum kakak, saya okey. “Kekasih saya pun ada bercakap dengan saya, kalau boleh nak mempercepatkan supaya kami dapat hidup bersama. Bagaimanapun, seboleh mungkin saya nak bertunang dulu. Lagipun, saya masih muda,” katanya.

Beralih perihal kerjaya, Ruhainies berkata dia kini perlu membahagikan masa antara dunia lakonan dan perniagaan. “Setiap benda yang saya lakukan, saya akan buat bersungguh-sungguh. Tak kiralah dalam lakonan ataupun perniagaan. “Tahun ini saya buka kafe yang diberi nama Bites Dessert. Insya-Allah, tahun depan saya akan mantapkan lagi kerjaya lakonan dan pada masa sama mengembangkan perniagaan yang diusahakan,” katanya.

Meskipun seronok berniaga, Ruhainies tidak akan sesekali memperlahankan kembara seninya. “Sesibuk mana pun, saya tetapi akan berlakon macam biasa. Alhamdulillah, kekasih saya pun menyokong keputusan ini dan bersama-sama mencari idea untuk mengukuhkan bisnes,” katanya.

Terbaharu, Ruhainies baru selesai penggambaran dua telefilem iaitu Ustaz Rock dan Ara. Selepas ini, dia akan terbabit dengan drama 26 episod, Bisikan Cinta Ramadan yang akan memulakan penggambaran Disember nanti.

Ruhainies tak ambil pusing

BELUM pun reda kisah makan nasi kandar dalam kereta Ferrari, nama pelakon cantik, Ruhainies kembali ‘berkicau’ apabila berkongsi anggaran perbelanjaan penjagaan kecantikan RM2,000 sebulan dan memuat naik kekasihnya membeli anggur RM148.

Meskipun pelbagai tanggapan dan kritikan dilemparkan kepada pemilik nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, ia sedikit pun tidak berbekas di hatinya. Malah pelakon berusia 27 tahun ini menganggap perkara itu seperti angin lalu. Apatah lagi mereka yang berkata sedemikian hanya berani menulis di laman sosial dan bukannya bercakap depan mata.

Pada masa sama, Ruhainies yang mula dikenali menerusi drama Hello Mr Perfect! sentiasa bersikap positif terhadap semua orang. Paling penting dia enggan terperangkap dalam aura negatif. “Kalau perasan, saya tidak pernah beri maklum balas terhadap apa saja yang sengaja ditularkan warganet. Saya hanya gelak sebab lucu melihat sikap mereka. Perkara sebegitu pun mereka nak jadikan isu besar.

“Nampak sangat mereka menjadi ‘stalker’ tegar saya di IG. Saya okey dan positif saja. Tidak pernah pun lagi saya menangis atau memberontak disebabkan komen mereka. “Namun, sekali mereka jentik atau mengaitkan dengan maruah dan keluarga, ketika itu saya takkan berdiam diri. Mungkin saya akan mengikut jejak langkah beberapa rakan artis yang membuat aduan ke pihak berkuasa.

“Bagi saya, waranet tidak boleh diberi muka. Kalau dibiarkan, mereka akan bermaharajalela. Sesuka hati saja menghina dan memftnah orang lain,” katanya. Ruhainies berkata, apa yang membuatkan dia masih boleh bertahan dengan permainan media sosial ialah kerana tidak suka ambil pusing.

Menurut Ruhainies, dia sentiasa inginkan kehidupan tenang dengan dikelilingi mereka yang menyayangi dirinya. “Saya percaya, kalau kita baik dengan orang, mereka akan buat perkara sama. Namun, saya sentiasa pesan kepada diri, baik itu perlu berpada-pada. Memang saya nampak pendiam dan pemalu, tetapi sebenarnya seperti pepatah ‘diam-diam ubi berisi’.

“Cuma, apa yang saya sentiasa lakukan adalah menjalani kehidupan seharian dengan positif. Kalau ada masalah, saya cuba selesaikan. Saya tidak suka bawa pergi kerja atau biarkan ia tertangguh. Nanti hati jadi tak tenang. Nak bekerja pun susah.

“Disebabkan itu pentingnya orang sekeliling yang juga bersikap positif. Tak bermakna saya tidak bergaul dengan orang lain, cuma pastikan ia kena dengan cara,” katanya. Siapa sangka penampilan dan gaya hidup dipaparkan Ruhainies di IG menjadi rujukan dan ikutan orang lain untuk menjadi sepertinya.

“Sudah lama saya perasan perkara ini, tetapi diamkan saja. Saya anggap ia mungkin kebetulan. Bagaimanapun, apabila membabitkan kehidupan peribadi, ia dikira sudah tahap obses. “Sejak itu saya mula perhatikan setiap apa yang dimuat naik di IG. Ternyata ia benar. Tidak mengapa, saya anggap dia mengagumi saya. Selagi dia tidak menyusahkan atau mengganggu ketenteraman saya, buatlah apa nak buat pun.

“Kadang-kadang terfikir juga kenapa perlu menjadi orang lain. Kenapa tidak mahu menjadi diri sendiri? Bagi saya, ia lebih baik,” katanya. Berkongsi mengenai kerjaya seni, Ruhainies sibuk menjalani penggambaran telefilem selain laris mendapat jemputan menghadiri acara jenama terkenal. Selain itu, Ruhainies juga bersyukur apabila dilantik menjadi duta beberapa jenama terkenal. Kesibukan itu juga tidak menghalangnya fokus dengan perniagaan kafe Bites Dessert yang beroperasi dua bulan lalu.