Kononnya nak ke lokasi rare. Tapi lain pula jadi sampai kena marah dengan mak ayah.

Terkini Viral

“Fobia terus ya geng.” Itulah kata-kata seorang gadis setelah perasaan teruja untuk mandi di sungai bertukar menjadi ser4m gara-gara satu suara di dalam hutan. Video yang dimuat naik oleh gadis berkenaan setakat ini meraih sebanyak 51,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Bercakap kepada mStar, Nur Aziera Atasya Zolkhifly, 20, berkata, keja.dian berlaku jam 11:30 pagi sewaktu dia dan rakannya Nur Diyana Kamal Rudin, 20, dalam perjalanan pulang dari sebuah sungai di Kledang Saiong, Perak. Sebelum itu, mereka berdua mendaki Bukit Kledang dan selepas itu merancang untuk meluangkan masa di sungai setelah lama berada di bawah Perintah K4walan Pegera.kan (PKP).

Aziera merakam detik perjalanannya menuju ke kawasan sungai tersebut bersama Diyana.

“Saya dengan Diyana baru lepas hiking dekat Bukit Kledang. Arah nak balik tu kami rancang nak singgah ke sungai di Kledang Saiong untuk rendam kaki je sebab dah lama tak pergi. Tapi sungai tu tutup pula, itu yang saya pergi ke satu lagi lokasi di dalam video tersebut. Rasa excited sangat sebab pernah nampak senior saya kongsi dekat Instagram Story dia, macam best tempatnya. Sebab itu juga saya terus buat video untuk merakam sepanjang perjalanan nak ke sana, tapi tak sangka lain pula yang terj4di,” katanya yang menetap bersama keluarga di Ipoh, Perak.

Lebih mesra disapa Aziera, katanya, mereka berdua tetap meneruskan perjalanan seperti biasa walaupun terde.tik perasaan ser4m ketika lalu di beberapa kawasan menuju ke sungai tersebut. Bagaimanapun mereka akhirnya sampai ke sungai yang tersembunyi dan tidak diketahui ramai itu setelah 15 minit berjalan di dalam hutan. Masa dalam perjalanan saya tak ada rasa apa sangat, cuma ada beberapa bahagian je yang rasa macam ser4m sejuk sikit. Sebab kawasan hutan kan suasananya sunyi. Tapi waktu itu kawan saya macam okay je nak teruskan perjalanan sebab masing-masing macam dah excited nak sampai ke sungai cantik tu.

Laluan kecil (anak panah kiri) yang mereka berdua gunakan untuk menuju ke kawasan sungai.

“Tempat itu memang agak tersorok dan betul-betul nampak ada privasi. Cuma ada la sedikit sampah sarap, mungkin sebab tak ada orang yang menjaga,” katanya yang merupakan pelajar Diploma Pengursan dan Teknologi Pejabat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang.

Walaupun sudah tiba di situ, Aziera dan Diyana hanya menghabiskan kurang dari lima minit sahaja di lokasi tersebut kerana terdapat sekumpulan kanak-kanak sedang bermandi-manda dan tiada tempat yang lebih selesa untuk mereka berdua. Namun dalam perjalanan pulang ke kereta, Aziera tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat namun tidak pasti sama ada ia suara binatang bVas atau makhlVk halus.

“Saya mula rasa takvt sebab rasa macam ada sesuatu yang tak kena, bila nak patah balik bulu roma tiba-tiba naik. Masa tu saya memang terfikir binatang buas yang akan muncul. Sebab saya seorang je terdengar bunyi yang kuat macam bernafas dan bunyi seperti mengeram. Kawan saya pun dah mula ris4u sebab t4kut kalau kami tersesat.

Aziera (kanan) mencapai tangan Diyana dan berjalan secepat mungkin untuk ke kereta.

“Saya terus capai tangan Diyana dan terus jalan laju-laju. Tak nak beritahu Diyana dekat situ juga apa yang saya dengar, nanti dia jadi lagi cem4s. Memang mulut tak berhenti baca ayat Kursi dan ayat pelindung diri sepanjang perjalanan balik. Alhamdulillah selamat keluar dan sampai kereta selepas 20 minit berjalan,” katanya yang merupakan anak jati Perak.

Menurut Aziera, dia terus memberitahu kedua ibu bapanya Azizah Zolkhifly, 61, dan Zolkhifly Shaari, 67 tentang apa yang telah berlaku sebaik sampai sahaja di rumah. Dia mengaku kesilapannya kerana tidak meminta izin mereka untuk ke kawasan tersebut tanpa ditemani sesiapa. “Memang kena mar4h la sebab pergi pun berdua dan last minute bagitahu mereka. Ibu ayah dah pesan awal-awal, lepas ni elakkan pergi ke kawasan hutan dan tempat bah4ya macam tu.

Tak semua tempat viral cantik yang kita tengok di media sosial tu selamat untuk kita pergi.

“Mereka ris4u kalau kami tiba-tiba ses4t atau kena sorok dengan makhluk lain, sebab takvt kita ni kac4u tempat tinggal mereka. Kalau tiba-tiba ada ‘pak belang’ memang tak boleh nak lari ke mana dah, sia-sia je tak jumpa famili,” tambahnya.

Setelah berdepan kejadian yang cem4s itu, anak bongsu daripada enam beradik ini serik untuk masuk ke hutan tanpa pengaw4san ibu bapa. Jelasnya lagi, faktor keselamatan adalah penting walaupun ketika sedang berseronok.

“Kalau nak pergi mana-mana pastikan beritahu ibu bapa dan yang paling penting sekali dapatkan kebenaran daripada mereka. Jangan beritahu last minute, sebab sekurang-kurangnya mereka tahu kita dekat mana sekiranya ada apa-apa yang terjadi. Tak semua tempat viral cantik yang kita tengok di media sosial tu selamat untuk kita pergi.

Diyana (kiri) tidak tahu yang Aziera terdengar bunyi kuat ketika mereka berada di dalam hutan.

“Keselamatan diri itu penting, jangan la terlalu ikutkan nafsv nak berseronok je. Kalau rasa masih nak jumpa famili, jagalah diri. Sebab kita tak tahu macam-macam boleh jadi bila dah masuk kawasan hutan yang tanpa penjaga,” katanya. Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.