Tengah tengah malam suami hantar isteri kat ktm. Duit isteri suami koyakkan. Bag baju pulak suami campak. Akhirnya ini tindakan isteri buat suami terkedu.

Kisah Rumah Tangga

Hai dan asalamualaikum kisah ini berdasarkan kisah saya sndiri. Saya tak tahu macam mana nak mula tapi ini sebagai pengajaran pada semua isteri2 yang teraniaya. Supaya bangun dan jgn biarkan para suami menindas mental dan fizikal kita. Saya berkahwin dgn bekas suami ketika usia saya 20 tahun. Dia kawan spupu saya.

Keluarga saya sgt menyenangi dia kerana budi bahasa, kerjaya polis nya dan rupa parasnya. Pada peringkat awal prkenalan memang dia layan saya dgn sgt baik. Lama2 dia mula tunjukkan sikap panas baran dia. 2 tahun kenal saya terus nikah dgn dia.

Disinilah bermula kisah pahit derita saya makan hati. Dia abaikan perasaan saya. Dia hanya pentingkan perasaan keluarga nya sahaja. Dia ajak kawan dan adik tinggal di rumah sekali dgn saya. Masuk sebulan usia perkahwinan kami. Saya mengandungkan anak sulung kami. Bermula la episod yang pada saya sgt hitam utk saya kenang. Dia paksa saya bekerja kerana wang perbelanjaan utk kami tak cukup.

pada awal kehamilan saya dipaksa bekerja di kedai kuku Basuh kuku dan kaki orang Sampai la saya jatuh sbb lari kejar teksi. Dia buat saya macam tak wujud. Kantoi pulak dia ber whatsapp dgn bekas teman wanita yang mngatakan dia menyesal kahwin dgn saya. Hancur hati saya. Saya keluar rumah pkul 11 malam. Ada 2 org adik lelaki dia dan sorang kwan dia. Saya keluar dari berek polis berjalan dalam keadaan lemah sbb tak makan. Tapi sorang pon tak risaukan saya.

Lebih mnyedihkan masa saya balik jam 1 pagi dia boleh lagi main game tanpa mnunjukkan reaksi risaukan saya pd masa itu. Allah sedihnya allah yang tahu. Masuk usia kandungan 5 bulan. Saya dah tak bekerja. Dia buat hal lg dgn buat hubungan sulit dgn wanita.

Saya kecewa sgt. Saya tanya dan dia kata saya fitnah dia sdgkan saya baca dan tengok sendiri gambar dia berpelukan di depan ict. Sedangkan saya sarat dipaksa buat keja rumah. Duduk 24 jam di rumah. Tanpa makanan. Saya sampai pernah korek ikan lama dalam peti ais hanya utk melegakan perut saya yang lapar.

Allah boleh jd saksi betapa hancurnya hati bila saya hidup dlm keadaan macam tu tp dia berseronok di belakang saya. Saya gadaikan emas saya supaya dia boleh bayar hutang tp rupanya dia buat pergi joli. Lepas saya tanya dia pasal gambar tu dia terus marah marah saya.

Saya tak tahan saya turun dr kereta. Bayangkan dekat setengah jam saya jalan tanpa hala tuju. Dia jumpa saya dgn bawak beg saya. Dia hantar saya ke ktm seremban. Campak beg saya dengan campak duit yang dia koyakkan. Bayangkan apa yang saya boleh buat. Duit takde sbb koyak dan henfon kebetulan tinggal dalam kereta dia sbb habis bateri. Saya duduk termenung di ktm dekat satu jam berharap dia akan patah balik. Tapi tak.

Akhirnya saya jalan kaki dari ktm seremban sampai rumah. Dekat 15 km jugak la dengan sarat mengandung 6 bulan . Sampai kat rumah dia marah marah lagi. Tapi saya dah nak pitam dah time tu. Last2 admit ward sbb baby tak bergerak. Tapi saya tipu nurse cakap baby tak gerak sbb saya minum coke.

Taknak dia kantoi. Saya tak ngadu dgn family sbb saya taknak dia nampak buruk kat mata family saya. Saya sayag sgt kat dia. Pastu dia hantar saya tggal dgn family saya smpai saya beranak. Tu pon spanjang saya duduk dgn family saya slama sebulan lebih. Dia tak penah wasap sepatah pon tanya keadaan saya dan baby.

Saya pegi checkup scan semua dari awal pregnant smpai la lahir saya pergi sendiri. smpai anak saya lahir. Makin susah sbb ekonomi makin teruk. Dia dah mula stress dgn duit yang tak ckup. Kami decide utk berniaga tepi jalan. Kami niaga sama2.

Masa tu saya rasa bahagia sgt dgn kasih sayag dia pada saya dan anak. Walaupon ribut badai pon saya pergi niaga demi nak tlg dia. Tp tu smua skejap. Biasala niaga ni ada turun naik. Makin lama makin teruk. Saya pon decide berhenti dan dia suruh saya keje kat kilang under suggestion kawan dia. Saya ikutkan sbb ksian dia tanggung semua sorg. Keje saya gaji tak banyak jd smua habiskan bantu dia.

Keadaan saya masa tu tak payah cakap la. Usia muda tapi badan dan rupa dah macam usia 50 tahun sbb faktor letih dan takde duit nak beli barang kecantikam ni. Jadi lagi teruk la layanan dia pada saya. Macam sampah saya dibuatnya. Dia dah mula mbuk dan pergi kelab malam.

Bila bergduh dia akan kasari saya. Sebenarnya dia kasari dari saya mengandung lagi tapi masa tu dia mnta maaf. Tp bila dia dah kerap kasari saya. Saya pon bongok tak buat report dia jd dah tak rasa bersalah kasari saya. Dia siap cakap pada mak dia. Dia cuma tampar saya. Sedangkan dia sendiri tahu apa yang dia buat pd saya. Kadang2 depan anak pon dia marah marah saya.

Dia buat saya macam tak wujud. Kali pertama dia lepaskan saya sbb dia dalam keadaan mbuk. Saya sedih sgt. Saya menumpang rumah saudara tanpa pengetahuan family saya. Anak saya tk terurus dgn situasi saya. Tapi dlm situasi itu dia masih anggap saya punca kegagalan rumah tangga kami. Saya masih merayu demi anak dan kami rujuk. Tapi tak ada perubahan.

Dia masih kaki mbuk pijak kelab malam. Main perempuan. Dan kaki lepak. Kadang2 tak balik rumah. Kecewa dgn itu saya tanya dia dan macam biasa kami mmg akan bergduh smpai la dia lepaskan saya utk kli kedua. Dia halau saya balik kerumah keluarga saya dgn cara paling hina saya rasa.

Lepas pengorbanan yang saya lakukan. Dia buang saya dan anak macam ni je. Siap kata2 hina dari mak dia dan dia. Dulu saya masih merayu kerana merasakan tanpa dia saya takkan kuat. Rupanya saya silap. Untuk apa saya makan hati bertahun2 hanya utk mnyakitkan hati dan mental sendiri. Sekarang saya teruskan hidup dgn anak saya. Saya bersyukur walaupon saya tak belajar tinggi tapi rezeki allah utk anak saya tak pernah putus.

Mungkin allah nak bagi ingatan pada hambaNya. Bekas suami pula ada yang bagitau jumpa dia berpegangan tangan dgn perempuan. Takpe la saya doakan yang baik2 utk dia. Walaupon dia tak sayangkan saya tp dia sayag sgt pda anak dia. Nafkah tak pernah putus.

Walaupon nafkah utk saya dulu tak pernah ada dari segi zahir dan batin. Doakan saya kuat. Dan tolong pada isteri2 yang teraniaya jangan la bongokkan diri sebab sayang. Kita berharga. Jgn rendahkan harga diri kita utk org yang tak layak.