Ramai yang teruja tengok Rides Genting Skyworld. Dah seakan akan taman tema luar negara.

Hiburan Info inspirasi

Semenjak musim pandemik melanda, rasanya sudah lama kita tidak bercuti ke mana-mana kan? Jadi bila baru-baru ini viral beberapa foto dari Genting Skyworlds Outdoor Theme Park di media sosial, ramai yang dah pasang angan-angan nak bercuti ke sana!

Menerusi perkongsian Traveltopia di Twitter, beberapa imej telah dikongsikan Greg Pearn iaitu antara individu penting dalam pembinaan taman tema ini menerusi akaun Instagramnya yang menarik perhatian ramai. Antara yang dipaparkan Greg ialah rides dan lokasi menarik yang dah siap dibina di Genting Skyworlds yang seakan-akan taman tema di luar negara. Wow best tengok! 

Ada 26 jenis tema dalam Genting Skyworld, semua best belaka!  Menurut Traveltopia, ada 26 jenis kemudahan hiburan dalam taman teman ini dan selain daripada roller coaster, ada juga permainan air. Selain dari itu, taman tema ni juga katanya boleh tahan besar. Ia dikatakan sebesar 19 padang bola dan dijangkakan mengambil masa 4 hari untuk lengkapkan semua permainan yang ada di dalamnya. Wow! 

“Dah boleh kumpul duit” 

Rata-rata warganet yang melihat foto yang dikongsikan di atas sudah tidak sabar-sabar lagi nak mengujungi taman tema di Genting Skyworlds ni. Ramai yang berharap kemungkinan tahun depan bolehlah ke sana jika COVID 19 sudah lenyap nanti. Sama-sama kita doa okay? Okay dah boleh start kumpul duit dari sekarang gais!