Terduduk wanita ini bila bayi kembar hilang dalam kandungan lepas bidan lampir ni usap perut wanita ini. Mengejutkan rupa rupanya dia dah dikendurikan.

Kisah Rumah Tangga

Terduduk wanita ini bila bayi kembar hilang dalam kandungan lepas bidan mak lampir ni usap perut. Mengejutkan rupa rupanya ini puncanya.

Gambar sekadar hiasan. Assalamulaikum. 4/2011 tahun yang amat bermakna untuk diri aku. ye la rezeki bertimpa timpa. dapat keje tetap dan disahkan “twin pregnancy”. Aku bukan jenis upload UPT kat FB. canang baby bumb, share gambar scan 3D bagai. Bila ada yang tanya status secara depan depan baru ceq habaq.

Jadinya time raya aku still tak heboh yang aku bakal melahirkan kembar seiras kelak. Cerita aku bermula pada 27.11.2011. tengah siap siap nk pegi kenduri aqiqah kawan mak tetiba ayah dapat call adik dia sekeluarga nk datang rumah.. tanpa rasa sangsi ayah terus on.

So bila dorang sampai aku yang sambut maklum la dah 36 minggu. Tak larat dh buat pape kat umah mak. Bila dorang sampai makcik aku sorang ni dia teruja lain macam. Sampai sampai je salam sambil pegang perut aku. Pastu aku declare la yang pregnancy ni adalah twin seiras dan due 1.1.2012.

dia boleh tak caya. siap meragui pulak keje doktor kata salah cek.. hahaha. Abis warm up sembang. aku pegi la dapur nk tolong mak angkat angkat cawan nk bagi dorang minum. tetiba makcik aku ni datang dapur nak tolong. “eh..biar uteh tolong sian mak buyung buat keje” (sambil pegang perut aku) .

kita pn seronok la sebab badan tak larat. ada pulak yang datang bantu. Memang kena time la bantuan dia. by the way, mak cik aku ni ada 2 anak dara tau. Tapui anak dara dia suma pemalas. hehehe.. Dah ready makan minum, so dorang pun makan la kat meja yang disediakan.

Aku pulak duduk bertentangan dengan makcik aku kat sofa. Dia perhati je ape yang aku buat. Time tu tengah suapkan anak makan. So piring tu stand atas perut buat macam meja. hehehe. Dia tegur “tengok tu perut dah besar smpai boleh letak piring”. settle cite pasal ank lelaki dia yang nak bertunang bulan 2/2012, dorang pun start nak gerak balik.

ehhh.. lagi skali pegang perut aku.. 3 kali dh dia pegang.. Esok malamnya lepas lepas isyak, tetiba perut aku berombak. Pergerakkan twin sangat sangat agresif. Ke kiri ke kanan dorang. Sampai mak dengan husband tengok perut aku yang tengah berombak tu. Senak beb.

2 orang dalam perut macam tengah wrestling. Aku pun dah tak tentu arah time tu. Lusa pergerakan twin sayup sayup je. So aku imagine tempat dah sempit so twin pn behave dalam perut bonda dia. 30.11.2011 lepas subuh aku sedar kain basah. Tak mungkin la terkencing.

Rupanya air ketuban dah pecah. Tapi kaler dia macam kopi o cair. Terus panggil mak, semua kelam kabut bangun siap siap pegi MHKL. Sampai kat hospital, prosedur biasa wajib kena seluk nak tengok bukaan jalan dah bape cm. Dorang cek time tu still 1cm.

So dorang pun wat lek wat pis sebab belum time. Dorang cari heartbeat twin belah kiri. Senyap. Belah kanan, senyap. Belah bawah pun senyap. So nurse panggil doktor, doktor pelatih pun scan. Tetiba doktor hilang. Datang pulak doktor senior sikit scan pulak kat tingkat 1. Pun senyap.

Sekali aku kena tolak pergi bilik pakar. Pakar scan dia cakap twin DAH TAKDE. Aku tanya la sejak bila? dalam tempoh lebih 24 jam. Bila di flash back maybe masa perut tengah berombak ritu. so dorang bawak aku pegi bilik kaunseling. Cerita pulak dengan mak, mak yg nangis..aku?

konfius dengan perasaan time tu. Air mata pun tak mampu nak keluar. Jiwa kosong. Perasaan berkecamuk, so decide admited.. Jam 2 am 1.12.2012 bukaan jadi 8cm. Terus dorang tolak masuk labour room (LR) 2 jam dalam LR bukaan 10cm. Teran bagai nak rak. Sebab 100% tenaga kita kerah.

Doktor tak suggest untuk vacum atau forcep takut “baby rosak”. Sumpah penat ! Tepat jam 4.20am lahirlah anugerah tak kesampaian Nur Alysha Qaisara di dunia ni. sunyi LR. Aku peluk Qaisara. Mengalir cairan merah kat hidung anak bonda. Aku nampak muka Qaisara dah biru.

Ya Allah bidadari syurga yg aku tengah lihat ni. Aku cium. Nurse balut Qaisara dan letak tepi. Subhanallah orang lain teran. Baby keluar riuh LR. Tapi aku hanya jasad je yg ada. Roh twin dah sampai di syurga. Tepat jam 6.50am lahirlah bidadari ke-2 bonda Nur Alysha Maisara. Dua dua comel.

Dua dua pengiring bonda. Saham untuk bonda diakhirat kelak. Urusan bidadari bonda berjalan lancar. Terima kasih Allah permudahkan urusan hambaMu ini. 4 hari lepas besalin baru discharge sebab cairan merah banyak hilang waktu besalin. Siap kena refill 1 beg cairam merah .

Sampai kat rumah, rutin berpantang pun bermula. 1st day berurut lepas settle tetiba cairan merah beku keluar besar tapak tangan tebal seinci. Sakitnya la nk kuar bila jahitan tak elok lagi. Lepas je cairan merah beku tu kuar, aku tumpah cairan merah tak henti.

Dari jam 12 malam smpai subuh aku dh tukar 12 keping pad… Punyalah banyak cairan merah keluar. Esok pagi mak ajak pegi balik hospital. Sampai PACMHKL perghhhh kena seluk pulak, menjerit aku dalam bilik. Dah la sakit jahit belum baik. Doktor boleh seluk pulak.

Bukan sekali, 2 kali kena seluk. Rasa macam nak tendang doktor tu. Dorang scan tengok ada cairan merah beku dalam rahim. Esok kna cuci, bila dah “cuci” yang kuar hanya 2 cc je kot.. lepas “cuci”..kna la refill balik HB (cairan merah) 1 beg.

Settle masukkan dalam kol 5 petang, makan makan sembang sembang sebelum family dengan anak balik skali tetiba nak dekat maghrib sejuk yg amat amat. Sampai tangan merekot rekot kejang. Nurse kelam kabut tengok aku. Sumpah tak tipu time tu rasa nak pecah urat urat nak cari bp pun tak dapat.

Nak detect temperature pun tak boleh. Masa tu macam macam ayat baca. Aku fikir malaikat nak tarik nyawa dah ke. Aku kuatkan semangat. Aku niat “Ya Allah Ya Tuhan ku, aku ada anak. Kuatkanlah semangat aku demi dia yang masih kecil”..

lepas je aku niat tu tetiba macam ada sesuatu keluar dari kaki slow slow terus badan panas dan demam. Lepas dah ok, lusa dah boleh discharge. Balik rumah pantang lagi macam biasa. Lepas 2 hari discharge.. tetiba aku tumpah cairan merah lagi..

kali ni 3 hari lepak rumah sebab fobia kena seluk dalam bilik PAC masih menghantui.. 3 hari tumpah cairan merah tanpa henti sampaikan aku bangun berdiri bulan bintang suma nampak.. telinga dah berdesing. Bibir dengan lidag dah pucat. Muka pun dah jadi kuning.

Bayangkan la sampai nak tukar pad pun aku baring.. nak basuh jauh la skali.. kumpul je dalm plastik skali cairan merah beku yg keluar berketul ketul besar tapak tangan tebal seinci tu.. sumpah sakit..! Fikirkan anak.. aku pegi jugak la hospital.. betul la Allah cakap.. selagi belum boleh pergi..

teruk mana pn dugaan kau.. tetap belim sampai masa mungkar dan nangkir jumpa ko.. sampai hosp.. cairan merah yg non stop 3 hari tu. .terus takde.. tp still kena seluk gak la sebab doktor nak tengok cairam nerah beku.. dalam PAC dorg amik cairan merah dpt result tengok HB tggl 6 je.

Sedangkan normal paling sikit HB kena ada 12. Separuh beb hilang cairan merah sebab tumpah cairan merah 3 hari non stop.. admited lagi 3 hari.. masuk 2 beg cairam merah.. kali ni ok je time ada kat wad. so lusa discharge.. Bila 2x dah tumpah cairam nerah.. mak pun mintak bantuan seorang ustaz.

Nak pulihkan semangat aku. Takut aku tak kuat. Twin pergi buat selamanya. Tumpah cairan merah pulak. Bila jumpa ustaz tu dia bukak cerita aku ni bukan tumpah cairan merah biasa, tapi sebenarnya ada gangguan. Orang yang terakhir datang rumah mak tu ada “membela” sesuatu dan dia buat alasan nak datang untuk sembang pasal anak dia nak bertunang.

Tapi sebenarnya niat dia lain. Mak dengan ayah tak bagi tau pun kat ustaz tu yg mak makcik aku tu bidan. Ustaz yg explain 1 by 1 cite “mak lampir” ni.. aku terkilan sangat. Kenapa saudara sendiri buat aku macam tu. Anak tu tak pe la maybe dah janji twin dengan penciptaNya hanya bersama bonda dialam rahim je.

Tapi KENAPA aku pun “dikendurikan” skali.. sampai sekarang aku tak nak jumpa “mak lampir” ni.. risau aku tertumbuk muka dia..hehehe.. Kat sini aku nak nasihat sikit. apa yg jadi kat kita ni adalah dugaan. Allah tak akan menguji hambaNya jika dia tau kita tak mampu..

lagi 1 anak suami mak ayah ni pinjaman.. amanah utk kita.. redhalah walaupun perit..sebab setiap yang hidup pasti akan pergi buat selamanya yang fana ni.. Nota kaki : terpulang pada yang nak percaya atau pun tidak..aku tak paksa dan aku tak mintak simpati..

Tapi mohon beringatlah bukan kita je yang ada kat dunia ni..banyak makhluk Allah yg tanpa kita sedar dia berada disekeliling kita..tq admin. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Apam Pink.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Malu Sebab Dapat Menantu Yang Tiada Pelajaran. Ayah Dia Pula Kerja Sebagai Pengawal Keselamatan Je. Mengejutkan Bila Dah Kahwin Jangkaan Mertua Salah. Rupanya Ini Perangai Sebenar Wanita Ini.

Assalamualaikum semua. Sudah lama saya mengikuti posting di page ini. Semua kisah2 nya menarik, ada juga yang menginsafkan saya. Dahulu jarang saya bermain facebook. Sejak bersara Oktober 2017, hari2 saya baca status kawan-kawan di sini. Baru-baru ini, seorang rakan lama saya di maktab dahulu hubungi saya. Dia memberitahu bahawa baru kehilangan menantu perempuan yg pergi menghadap illahi sewaktu bersalin anak ketiga.

Saya tahu mengapa dia hubungi saya, kerana saya sudah mengalami pengalaman yang sama seperti dirinya. Pada 2012, saya kehilangan menantu perempuan kesayangan saya. Namanya Madiha. Madiha berkahwin dengan satu-satunya anak lelaki saya, Abdul Basit. Kami sekeluarga panggil dia Basit. Mereka berkenalan atas jasa anak sulung saya.

Madiha bekerja sebagai pembantu jururawat di sebuah klinik berdekatan dengan tempat kerja anak sulung saya, Disebabkan Madiha selalu menguruskan temujanji untuk anak sulung saya, mereka menjadi rapat. Sehinggalah membawa kepada perkenalan Madiha dan Basit. Mereka dipertemukan di klinik tersebut. Masa itu, Basit masih di luar negara, di tahun akhir pengajian sebagai pelajar perubatan.

Selepas setahun berkenalan, Basit membawa Madiha berjumpa dengan saya dan suami. Pada mulanya, saya dan suami tidak mengetahui perkenalan itu. Sehingga beberapa minggu sebelum Basit membawa Madiha pulang berjumpa saya. Saya berasa sangat seronok, sangat teruja untuk berjumpa Madiha, sehingga lah saya mengetahui asal usul keluarganya, saya mula rasa ragu-ragu.

Madiha merupakan anak sulung daripada 3 beradik. Dia hanya mempunyai kelulusan STPM sahaja, tidak mampu menyambungkan pengajian kerana perlu bekerja untuk sara keluarga. Ayahnya pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah. Ibunya ambil upah parut kelapa di kedai santan. Adik-adiknya masa itu masih ada yg sedang menuntut di KPTM dan tingkatan 4. Madiha asal Terengganu. Saya dan suami pula memang anak jati Negeri Sembilan.

Madiha merantau ke Selangor untuk menjadi pembantu klinik di Petaling Jaya. Dengan kerjanya itu lah yang diharapkan dapat membantu keluarga di kampung. Saya gusar untuk merestui hubungan itu, khuatir jika Basit akan dipergunakan oleh Madiha untuk keluarganya. Saya sangat ego dan angkuh ketika itu.

Masa itu saya juga merupakan seorang pegawai kanan sekolah menengah dan suami pula seorang pegawai bank. Saya tak mahu menantu yang tiada asas pendidikan dan keluarga yang terumbang ambing. jadi, saya katakan tidak kepada Madiha. Pun begitu, Basit sama sekali tidak mengalah, dia sentiasa memujuk saya untuk menerima Madiha sebagai isterinya.

Melihat akan kesungguhan itu, saya terpaksa menerima Madiha. Mereka berkahwin setahun selepas itu, pada tahun 2009. Masa itu, Basit baru beberapa bulan bekerja. Dia masih ulang alik rumah saya dan hospital dalam 40 minit. Madiha tinggal dengan saya juga. Sebab dah duduk dengan saya, rumah dengan tempat kerja Madiha jauh, jadinya dia berhenti kerja.

Dari situ, saya mula mengenali hatinya yang luhur dan suci. Waktu itu dirinya baru di usia 25 tahun, Basit pula 26 tahun. Seingat saya, tidak pernah sekali pun, saya bagun pagi, Madiha tiada di dapur. Setiap pagi, saya bagun sahaja tidur, nak bersiap untuk ke sekolah dan urusakan suami nak kerja, saya dah dengar kelentang kelentung di dapur. Terdetik di hati saya, apa sahaja lah yang dia buat di dapur tu?

Bila sudah siap solat, saya akan keluar bilik dan ke dapur. Terkejut saya, hampir separuh meja penuh dengan makanan untuk sarapan pagi. Nasi goreng, keropok lekor, makanan kuih frozen, kadang-kadang siap saya bungkus buat bekal di sekolah. Basit juga sama, siap bawa bekal ke hospital jika sempat.

Setiap kali saya nak pergi kerja dengan suami, Madiha akan tunggu di pintu sampai kami pergi dan tak nampak di biji matanya. Setiap kali saya dan suami sampai di rumah, dia akan tunggu juga di pintu. Sambut kami dengan senyuman dan sapaan yang menyejukkan hati. Malam-malam pula, selepas maghrib dia akan mengetuk lembut pintu bilik saya, bertanya jika ada apa-apa yang boleh dia bantu.

Saya selalu marah dia bila dia tanya macam tu. Selepas seharian dia menguruskan rumah, lipat baju, jemur baju memasak dan lain-lain, dia patut berehat. Madiha hanya tersengih. Jawab dia, dia tidak ada apa-apa yang boleh di offer kepada saya, hanya itu sahaja yang dia mampu buat dan dia akan berikan yang terbaik.

Menjelang puasa, Madiha akan catat semua menu yang suami saya, saya, Basit dan anak bongsu saya nak makan. Dia lah orang yang paling seronok ketika bulan puasa, sebab semua orang akan memuji masakannya. Termasuk saya, kegemaran saya, sambal tempe dan nasi kerabu tumis. Enak sungguh masakannya.

Dia lah yang berjalan sebelah saya untuk ke terawih. Jarak surau dengan rumah kami dalam 300m. Kami berjalan bersama-sama. Kalau Basit ada, dia akan berdua jalan iringan dengan Madiha. Dalam ketika itu juga, saya diuji dengan ibu saya sakit tua. Adik beradik yang lain main pass sana sini tidak mahu menjaga ibu, saya ambil keputusan untuk jaga ibu. Saya berbincang juga dengan suami dan anak-anak, sama ada patut atau tidak saya berhenti kerja untuk menjaga ibu.

Tetapi Madiha menghalang cadangan itu, katanya dia boleh menjaga ibu saya, anggaplah seperti dia menjaga neneknya sendiri. Neneknya pergi menghadap illahi ketika dia masih di sekolah rendah. Dia tidak berpeluang untuk mejaga neneknya, mungkin itu hikmah untuknya berbakti kepada seorang bergelar nenek kata dia.

Hati saya menjadi sayu dan terharu mendengar kata-kata Madiha. Sejak itu, Madiha menjadi tulang belakang dan jiwa di rumah kami. Tanpa Madiha rumah itu sunyi sepi. Tiada seri. Hubungannya dengan Basit juga semakin indah hari ke hari. Pantang ada masa terluang, Basit akan bawa Madiha bercuti, paling tidak keluar makan dan tengok wayang bersama.

Keluarga Madiha juga tidak pernah saya abaikan. Saya dan suami sentiasa hubungi sendiri ibu bapanya dan bertanyakan khabar. Mereka juga sentiasa mengirim barang seperti budu, keropok keping dan lain-lain ke rumah kami. Madiha menjaga ibu saya dengan sangat baik. Makan minum ibu saya dijaga rapi. Dari beratnya yang 46kg ketika sampai di rumah saya, dalam masa dekat 3 bulan, naik berkilo-kilo kerana selera makannya naik dengan lauk pauk masakan Madiha.

Dia juga semakin bersemangat untuk jalani hidup, petang-petang, dia akan minta untuk duduk di laman rumah, tengok kanak-kanak bermain di depan rumah jiran tetangga. Sehinggalah keadaan tidak mengizinkan lagi dia bersama kami, ibu saya meninggal di hospital dengan keadaan menggenggam erat tangan Madiha, seolah-olah ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Madiha yang menjaganya hampir setahun itu.

Madiha juga serang wanita yang sangat menjaga solatnya, bukan sahaja yang fardhu, yang sunat juga di jaga rapi. Kata Basit, setiap malam, Madiha akan bangun solat tahajud, sesudah itu mengaji dan terus tunggu solat Subuh. Kemudian terus turun ke bawah untuk sediakan sarapan pagi. Kadang kala, waktu cuti sekolah saya cuba juga untuk sediakan sarapan sebelum Madiha keluar bilik, tapi tak pernah dapat. Mesti Madiha keluar dahulu, sudahnya kami ketawa dan buat bersama.

Tidak dinafikan, Madiha memang menawan hati orang sekeliling saya. Bila berkunjung ke rumah sanak saudara, tidak kira lah masa kenduri atau raya, mereka mesti kata, untungnya kau dapat menantu solehah, cantik, pandai jaga suami, jaga diri. Sampaikan ada antara mereka yang kata pada anak masing-masing, kalau kau nak kahwin, tak dapat jumpa macam Madiha, tak payah kahwin lah.

Kawan-kawan saya juga begitu, ada masa saya bawa Madiha ke event-event saya dan rakan-rakan sekolah macam seminar luar sekolah, hi-tea dan kelas-kelas agama, Madiha pandai bergaul dengan mereka dan kata-kata nya yang jujur dan sopan santun itu buat semua orang terpegun dan merindui dia. Bila saya tak bawa Madiha bersama, mereka pasti akan tanya.

Semuanya berubah selepas beberapa bulan Basit dan Madiha keluar dari rumah saya dan tinggal sendiri di rumah baru mereka. Jarak rumah baru itu kurang 10km dengan hospital, jadi mudah untuk Basit ulang alik ke tempat kerja. Hujung minggu biasanya saya yang ke rumah mereka sebab Basit selalunya bekerja.

Selang beberapa bulan selepas itu, Madiha tak berapa sihat. Basit kata, dia selalu demam panas dan mengadu sakit badan. Saya dan suami segera minta Madiha diperiksa semuanya. Kami nak tahu apa penyakit yang dihidapi oleh Madiha kerana keadaannya dilihat sangat serius.

Kami semua terkejut selepas beberapa pemeriksaan dibuat, Madiha disahkan menghidap sakit teruk. Maaf cerita saya terpaksa terhenti disini. Insyaallah jika ada kelapangan saya sambung cerita menantu kesayangan saya lagi.