Tergamak adik ipar sanggup bahan isteri sebab tak dapat hamil. Tapi lebih mengejutkan sekali bila sesuatu telah terjadi kepada anak dia sampai satu keluarga terkejut

Kisah Rumah Tangga

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca. Makluman gambar di atas sekadar hiasan semata mata. Tanpa lengahkan waktu saya teruskan perkongsian yang tak berapa nak menarik tapi aku harap semua orang boleh jadikan ikhtibar serba sedikit dari cerita kisah aku. Untuk makluman,aku sudah berkahwin dan tinggal bersama keluarga aku di Negeri Sembilan.

Nak dijadikan cerita isteri aku ni orang Johor dan kami belum dikurniakan zuriat. Aku nak cerita mengenai isteri aku. Hari-hari yang aku lalui dengan isteri aku memang agak sukar dan menyebabkan dia tertakan dalam diam. Antara puncanya aku tak mampu nak sediakan rumah untuk jalani hari dia dengan tenang.

Tu silap aku. Tapi betapa sabar nya isteri aku menghadap keluarga aku, biras- biras dia lagi. Dah lah biras- biras semua perempuan. Walau dia tahu isteri adik aku tak suka kan dia dan selalu mengata dia dekat status whatsapp, tapi dia tenang je, buat tak tahu je.

Sampai lah satu hari ni, adik aku dan isterinya bergurau kasar dengan isteri aku. Adik aku cakap isteri aku tak boleh melahirkan anak. Punya lah isteri aku menangis satu malam. Aku sedih, geram, mrah semua ada. Aku nak je cili mulut adik aku tu tapi isteri masih tahan.

Dia cakap biar biar biar.. Dan dalam tak sedar dia memang dah terluka sangat dah. Esok nya dia mula update status dekat fb. Ayat dia aku tengok tak ada pun ke arah negatif, tak ada yang kasar. Tahu je lah ayat budak belajar kaunseling ni macam mana. Pendek- pendek je ayat tapi deep.

Dan disebabkan status tu, isteri adik aku pun mer0yan dekat status whatsapp nya sendiri. Dia perli dan sindir, dia cakap bila dia tulis status, ibu abah aku mesti tahu. Tapi bila isteri aku tulis status, tak ada siapa nak bagi tahu mak ayah saya. Ok, ni penting.

Aku tahu mungkin perbuatan aku bagi tahu status- status dekat ibu abah tu salah, tapi cuba bayang kan anak mana yang boleh tahan kalau ada orang mengata ibu abah kita sendiri? Kadang- kadang adik aku, abg aku, kakak ipar aku bercerita juga pasal status dia tu.

Tapi dia tak tahu, yang dia tahu aku je yang selalu bagi tahu ibu abah. Berbalik kepada isteri aku, dia dah geram dan tak boleh tahan dah dengan adik ipar aku tu. Dia whatsapp personal, dia langsung tak bagi aku baca. Tapi aku sempat baca waktu isteri aku tidur.

Betapa terkejut nya bila isteri aku psyc0 adik ipar aku sampai adik ipar aku tak tahu nak jawab apa dan mula putar blit cerita. Adik ipar aku siap cakap yang selama ni dia mengata ibu abah aku, mrh  mrh ibu aku dekat status tu cuma untuk seronok- seronok je.But aku tak sangka isteri aku masih boleh balas baik- baik walaupun setiap balasan adik ipar aku semua tak masuk akal dan mungkin juga sebab dah kntoi jadi nya putar blit makin merapu. Last sekali isteri aku pula yang siap minta maaf dulu. Tabik betul dengan kesabaran isteri.

Aku ingat dah habis lah cerita kat situ. Tapi beberapa minggu lepas tu anak buah aku sakit kulit teruk (anak adik aku yang mulut macam apa tu) berubat merata tak baik-baik juga. Jumpa ustz, jumpa DR pakar, buat air tawar, ambil air kolah masjid berubat, tak juga sembuh.

Malah makin teruk. Satu hari, ibu abah dan adik aku pergi bawa anak buah aku berubat dekat seorang lagi ustz. Benda pertama yang ustz tanya, ‘ada tak sakit kan hati sesiapa’ ustz pesan kalau ada, minta maaf dengan ikhlas. Adik aku ni pun merata cari kawan- kawan untuk minta maaf, adik ipar pun pergi jumpa kawan- kawan, sedara mara untuk minta maaf.

Tapi anak sedara aku masih tak sembuh. Jumpa lagi ustz tu, ustz tu tak boleh nak buat apa. Dia suruh berdoa dan cuba ingat lagi ada sesiapa lagi yang belum minta maaf. Kami satu keluarga berusaha fikir, satu keluarga merata minta maaf. Tapi keadaan masih sama.Berlarutan juga dalam seminggu. Satu malam tu aku tengah tidur, aku terjaga sebab macam dengar orang menangis. Isteri aku buat tahajjud rupanya. Aku pelik lah kenapa dia menangis beria. Aku pun sorok sorok dengar apalah yang dia doakan.

Dia doakan anak sedara aku supaya sembuh. Aku macam dah nak terduduk bila dengar apa yang dia doa. Dia cakap, memang dia terluka, kecewa dengan adik ipar aku, tapi dia minta Allah sembuh kan anak sedara aku. Dia doa lagi, dia tak minta pun balasan macam ni, dia hanya nak hidup tenang je dengan aku.

Aku pun termenangis sekali dengar dia doa. Jadi nya aku sedar lah apa yang jadi ni punca dari sikap dan mulut adik dan adik ipar aku sendiri. Kadang- kadang kita tak doa yang tak baik, tapi bila Allah tahu orang teraniaya Allah terus uji. Dan aku sedar lah yang selama ni adik dan adik ipar aku tak minta maaf dengan ikhlas pun dekat isteri aku.

Esoknya aku cerita dekat ibu abah. Ibu dah sampai kan dekat adik aku. Dan adik aku pun dah minta maaf dekat isteri aku. Tapi ego adik ipar aku tak boleh di turun kan. Dia masih tak buat apa- apa. Dan bagi aku sekeluarga, kami dah buat yang terbaik untuk anak sedara aku.

Jadi terpulang lah kepada adik ipar aku. Walaupun isteri aku dah ikhlas maaf kan semua, tapi kuasa Allah lebih dari segala- galanya. Ego lah pemusnh jua. Dan bertambah lah s@kit hatinya. Dia terus menerus salah kan isteri aku sebab buat anak dia.

Padahal isteri aku tak buat apa, siap doa kan anak dia lagi. Sayang orang macam tu, ego tinggi, tapi tak nampak, tak boleh terima kesalahan diri sendiri, asyik nak salahkan orang lain je. Jadi ambil lah pengajaran. Jangan cakap sembarangan walaupun ianya hanya gurauan.

Kita tak tahu apa orang lain rasa dan sebab Allah dengar setiap apa yang kita perkatakan. Kalau sasaran nya bukan kita, mungkin anak- anak kita. Terima kasih sudi membaca, doakan aku dan isteri dilimpahkan rezeki zuriat dan rumah sendiri. Terima kasih admin, semoga Allah merahm@ti.– Suami Puan kaunselor.

Rumah Dijilat Api. Bila Call Suami Banyak Kali Pun Tak Berangkat. Lepas Selidik Baru Tahu Ini Kerja Suami Dia Selamani Dan Lebih Mengejutkan Bila Doa Isterinya Ini Termakbul

Buat pengetahuan semua saya sudah 16 tahun berkahwin dan ada tia orang anak. Saya dengan suami sebaya dan berkahwin di usia muda sekitar umur 21 tahun. Habis je SPM,saya terus sambung belajar,manakala suami terus bekerja. Mak mentua semua yang beria mahu kami kahwin awal. Maklumlah benda baik kena percepatkan. Belum lagi habis belajar,saya dah kahwin. Masa awal perkahwinan itu kami berdua PJJ selama setahun.

Selepas tamat pengajian,alhamdulillah saya berjaya melahirkan anak sulung. Syukur Allah permudahkan urusan saya. Usai saja berpantang,saya ditawarkan pula kerja di bandar yang tidak jauh dari kampung. Alhamdulilah rezeki anak.Ketika itu,kami hanya menyewa sebuah rumah kampung sahaja. Tak lama lepastu,ujian pertama dalam perkahwinan, suami dah pandai balik lewat setiap hari. Dalam hati ni dah syak macam macam.Makin lama biar,makin teruk jadinya

Yang paling membuatkan saya rasa geram, rumah saya dijilat api dan puas saya menelefon dia, tak dijawab. Mujurlah pada waktu itu ada jiran-jiran yang baik membantu. Dah tengah malam, barulah dia pulang. Masa itu dia memang menyesal sebab tak jawab panggilan saya (waktu itu saya guna telefon jiran, telefon bimbit tak ada line dan tak dapat nak hantar SMS).

Selepas kejadian itu, saya terpaksa menumpang di rumah mak saya. Tetapi suami masih lagi buat perangai. Jam 2-3 pagi baru pulang ke rumah. Saya malu dengan keluarga saya sebab mereka sudah mula ‘bersuara’ Akhirnya saya tak tahan dan berdoa. “Ya Allah, kalaulah suami aku kh1anati aku, menduakan aku, biarlah malam ini dia terlibat kejadian yang tidak diingini”

Masa itu saya dah geram sangat dan mendoakan suami ditimpa kejadian yang tidak diingini. Selepas tersedar, saya istighfar semula. Mungkin doa saya, doa hamba yang teran1aya agaknya, Allah makbulkan doa saya. Dalam jam 5 pagi, saya terdengar bunyi kereta di luar rumah tetapi bukan kereta dia. Bila saya buka pintu, tengok suami dengan kesan dan luka sepanjang satu inci di kepala. Katanya terlibat kejadian yang tidak diingini lnggar bab1.

Mengucap saya pada waktu itu dan terdetik dalam hati, “Allah perkenakan doa aku?”, menjadikan hati saya kuat mengatakan dia memang ada melakukan sesuatu di belakang saya. Tetapi saya bersabar dan tidak mahu berbalah di rumah mak saya.Tidak lama selepas itu, kami berpindah ke rumah lain. Masa itu saya mula siasat. Saya perasan dia selalu menyorokkan telefon bimbitnya. Suatu pagi, sewaktu dia sedang mandi, saya mencari telefonnya.

Bila terjumpa, saya terus buka telefon itu dan mendapati ada mesej dari perempuan yang ‘ber’abang-abang’ dengannya. Saya tunggu dia di pintu bilik. Selesai saja dia mandi, saya tanya dia siapa perempuan yang dia sms itu? Dia diam. Saya lmpar telefon itu ke dinding, hncur! Sebelum itu saya dah salin siap-siap nombor telefon perempuan itu. Suami saya merayu-rayu dan menangis takkan buat lagi. Dia merayu agar saya tidak tinggalkan dia.

Saya pergi kerja seperti biasa.Sampai di pejabat, saya menghubungi perempuan itu dan ceritakan hal sebenar dan ajak dia berjumpa. Perempuan itu kata, dia tidak tahu yang suami saya sudah berkahwin.Suami saya selalu balik lambat sebab keluar dengan dia sehingga larut malam. Perempuan itu berjanji yang dia tidak akan kacau suami saya lagi.

Tetapi saya tak bod0h.Keesokannya saya pergi mengintip dia di tempat kerja dan ternyata mereka masih berjumpa lagi. Masa itu saya tak ada kereta dan saya mengekori mereka menggunakan teksi.Rupa-rupanya mereka pergi makan tengah hari bersama. Memang saya geram pada waktu itu dan trjah mereka yang sedang makan. Air sirap di atas meja, saya simbh atas muka suami dan perempuan itu.

Dengan nada lembut dan manja, saya kata, “Abang, sila pilih saya atau perempuan ini?”Suami bangun dan kata pilih saya.“Kenapa ganggu suami saya lagi?” soal saya pada perempuan itu.“Sebab tak boleh nak lupakan dia,” jawabnya.“Lepas ni kau jaga, aku akan upah seorang perempuan untuk kacau ayah kau. Aku tak boleh buat engkau, aku akan buat pada keluarga engkau. Aku dah siasat dan aku tahu semua pasal engkau, mak ayah engkau, adik beradik engkau (sedangkan saya tak tahu apa-apa pun, grtak saja lebih),” kata saya sebelum beredar dari situ dan suami mengekori dari belakang.

Selepas kejadian itu, suami saya jadi lelaki mithali untuk beberapa bulan. Saya pula mengandung anak kedua dengan harapan bila bertambah anak, suami akan lebih bertanggungjawab.Lahir saya anak kedua, sekali lagi suami buat perangai dengan budak perempuan berhampiran dengan rumah sewa kami. Suami siap hantar dia pergi kerja bagai.

Sekali lagi saya kumpul bukti dan bila bukti sudah mencukupi, terus pergi s3rang. Kali ini saya b elasah kedua-duanya sekali.Perempuan itu tahu suami saya sudah berkahwin dan ada anak, tetapi gatal juga nak melayan. Hati saya sudah mula tawar, tetapi masa itu saya muda dan takut kalau berpisah, mesti keluarga akan salahkan saya.Tetapi hati saya berdndam dengan suami dan mulai dari hari itu, saya tidak bertolak ansur dah dengan suami. Gaji saya, saya gunakan sepenuhnya untuk saya.

Saya tak bayar ansuran kereta sebab kereta atas nama dia. Saya beli makanan untuk saya dan anak-anak sahaja. Gaji saya dij0li bersama dengan anak-anak. Akhirnya kereta dia ditarik, saya buat tak tahu saja.Maka dia pun pergi kerja jalan kaki. Kawan-kawan dulu semua menghilangkan diri. Keperluan anak, 100% saya minta dari dia. Susu anak tak ada, saya minta dia pergi belikan.

“Nak pergi dengan apa? Kereta tak ada. Tunggu balik kerja esok, saya belikan,” katanya.“Pergilah jalan kaki! Anak nak susu, tak boleh tunggu esok!” balas saya.Tidak lama selepas itu, suami naik pangkat dan gaji pun naik.Suami sambung bayar kereta kawan dia, Proton Iswara. Bila dah ada kereta, dia beli pula telefon baru. Dia terlupa yang dia masih dalam pemerhatian saya lagi.

Dan sekali lagi dia buat perangai. suami saya yang gatal sebenarnya, sibuk bermesej dengan perempuan lain.Bila dia kantoi, sekali lagi telefonnya menjadi sasaran,pcah telefon itu saya kerjakan.“Siapa perempuan itu?!” soal saya tanpa dijawabnya.Memang masa itu saya naik angin dan saya kejar dia dengan p1sau pemotong daging. Mujur dia sempat masuk bilik dan kunci pintu.

Selepas peristiwa itu, saya memang berdndam dengan dia.Hidup dia pun kucar-kacir sampai kena buang kerja sebab selalu datang lambat. Sejak kes itu, saya memang abaikan dia walaupun serumah.Saya siap pergi kerja, di saya tak pedulikan langsung. Anak-anak saya tinggalkan dengan dia. Pandai-pandailah dia nak uruskan. Sebab itu dia selalu lambat pergi kerja.

Selepas dia dibuang kerja, kereta tak mampu bayar dan diambil oleh kawannya semula.Saya memang tak tolong. Masa itu saya tak ada kerja lagi, saya pergi kerja naik bas atau teksi. Saya rela susah naik bas dari beli kereta sebab saya tahu kalau saya beli kereta, mesti dia yang akan tumpang senang.

Setiap malam saya akan terbayangkan suami menduakan saya. Hati rasa macam terbakr. Waktu itu saya tak boleh tengok muka dia, geram sangat. Saya nak dia rasa macam mana saya rasa. Keesokkannya sebelum balik kerja, saya pergi ke bandar belikan sebuah telefon yang paling murah dan kad sim baru.

Saya guna nombor baru itu untuk sms ke nombor saya kononnya ada orang lain yang hantar pada saya. Sengaja saya simpan semua sms cintan-cintun dalam telefon itu. Dua tiga minggu itu saya asyik dengan telefon, tak berenggang dengan telefon. Sebenarnya waktu itu, tak ada apa-apa pun tetapi saya sengaja berlakon supaya dia curiga. Memang dia nampak curiga sebab dia dah mula tegur saya bermesej dengan siapa.

Dah banyak mesej romantik dalam telefon saya dan saya tinggalkan telefon di rumah sewaktu saya pergi kerja. Telefon baru itu memang ada dengan saya.Tengah hari itu, dia menghubungi nombor baru, saya cuma tersenyum dan biarkan panggilan itu tanpa dijawab. Banyak kali dia menghubungi nombor baru ini, tetapi saya tak jawab sehinggalah dia menghantar sms,

“Kau sape? Kenapa ganggu isteri aku?! Jawab call aku!”Saya rasa puas hati, saya nak dia rasa apa yang saya rasa. Biarpun terpaksa berlakon. Tidak lama selepas itu, dia datang ke pejabat saya dengan kereta kawannya. Dia bawa saya pergi makan dan tanya siapa lelaki yang sms saya itu. Saya hanya ketawa dan tanya dia,

“Pedih tak, bang?”Saya tinggalkan dia dan terus balik ke pejabat.Sejak dari itu suami berubah. Setahun saya ambil masa untuk ikhlaskan hati untuk menerima dia. Tiap-tiap malam saya terbayangkan semua perkara yang dia sudah buat pada saya. Kesusahan dan keperitan saya pada waktu itu sukar saya nak gambarkan dengan perkataan.

Akhirnya saya terima dia, saya mohon ampun pada dia, cium tangan dia.Saya tahu saya pun banyak buat salah dan kadang-kadang tak dapat menahan marah bila tahu dia buat macam tu kat saya. Suami menangis teruk waktu itu, dia beritahu saya yang dia sudah rasa apa yang saya rasa dan dia menyesal. “Ini peluang terakhir saya beri pada abang. Abang berubahlah betul-betul,” kata saya pada dia.

Alhamdulillah, suami pun sudah berubah. Sekarang dia pun sudah berniaga sendiri. Pernah sekali gulung tikar, tiga tahun kemudian kami cuba lagi. Alhamdulillah, rezeki Allah. Anak pun dah bertambah seorang lagi. Kami pun dah semakin matang, ada berbalah sekali sekali tetapi bukan disebabkan orang ketiga.

Semua perniagaan dia saya yang uruskan.Dia jadikan saya orang terpenting dalam hidup dia dan saya pun jadikan dia orang yang terpenting dalam hidup saya. Apa-apa saja perkara, kami akan maklumkan walaupun perkara kecil.Dugaan semalam walaupun pedih, mengajar kami banyak perkara. Banyak yang kami sudah tempuh. Yang akan datang, kami memohon pada Allah kuatkan hati kami untuk menempuhi segalanya bersama-sama.

Sekarang suami banyak masa di rumah.Cuma saya kadang-kadang bosan bila dia di rumah sebab suami sekarang dah dapat hobi baru, membebel. Meningkat usia ini jadi kaki bebel pula. Tetapi saya terima daripada jadi kaki perempuan.10 kali saya lebih rela suami jadi kaki bebel seperti sekarang.Doakan kami berkekalan ke jannah. InshaAllah. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Jadikan Allah utama dalam hidup kita. InshaAllah kita akan kuat berdepan ujian Allah.