Tergamak suami ajar isteri buat benda bukan bukan. Isteri pula ikut je apa yang suami suruh. Mengejutkan bila tiba tiba satu hari suami nekad halau isteri keluar dari rumah.

Kisah Rumah Tangga

Foto sekadar hiasan.

Ni kisah benar aku. Usia aku lewat 20an. Bekerja di bahagian pendidikan. Baru tahun lepas (2019) aku dilepaskan atas alasan “Tiada kesefahaman” sedangkan baru 2 hari sebelum tu dia ‘bersama’ aku. Alasan yang aku tak boleh terima langsung tapi aku setuju. Tak nak brbalah di mahkamah pun sebab walaupun aku brbalah, akan datang jadi sama juga.

Aku dan K kenal melalui keluarga. K tua atas aku setahun. Kenal sebab family family yang kenalkan. Singkat je kenal sebab tahu dia baik dari family kan. Tengok family K baik. First jumpa dengan family. Second jumpa lepas 8 bulan masa K ajak bertunang.

Aku terima sebab K anak yang baik. Walaupun kerja dia tak tetap masa tu, aku terima sebab tahu K berusaha jadi lebih baik. Family aku pun terima sebab K cakap elok elok dia nak kukuhkan diri. Walaupun aku jenis perempuan yang jaga maruah diri, aku masih terima walaupun K mengaku dia pernah terlanjur sebelum ni. Cuma bagi aku, tak apa selagi K dah berubah. K kata dia tak pernah tinggal solat. Walaupun lepas terlanjur tu, dia menyesal menangis nangis lepas tu. Kata dia la.

Lepas setahun, kami berkahwin. Aku bahagia. K lelaki yang baik. Solat tak pernah tinggal. Bila ada masa, dia jadi imam aku. Ajak mengaji. Aku tak nampak kurangnya K sikit pun. Cuma sikit sikit K mula ceritakan kehidupan dia.

Pada 3 bulan pertama, aku dapat tahu K pernah ada anak luar nikah tapi dia minta perempuan tu gugurkan. Aku terkejut. Sebab selama ni K tak pernah cakap. Tapi dalam merajuk aku pun, aku tahu tak patut sebab hal lama.

Tu lama lama tahu perbuatan K pernah bersama bekas bekas dia. Tak pernah miss buat benda tak senonoh kat fon, video bukan bukan. Walaupun dengan bekas yang muda baru lepas SPM dia pernah couple dulu pun, dia pernah buat macam tu. Tapi atas alasan DIA NAK BERUBAH DAN DAH BERUBAH, aku lupakan.

Tapi lama lama aku perasan aku agak insecure sejak tu. Bila aku check history phone K, penuh laman tak senonoh walaupun malam yang sama kami baru bersama. Aku kata kalau tak puas atau apa apa, bagitahu. Tapi alasan K. DIA DAH TERBIASA TENGOK walaupun dia puas. Nanti dia berhenti la tengok.

Sebongok bongok perempuan, tak ada siapa pun rela suami dia tengok badan perempuan lain kan even perempuan tu dia tak kenal. Cuba kalau kita perempuan tengok badan lelaki lain, kalau suami tak jeles memang something wrong la kan.

Dan K masih solat macam biasa. Tak tinggal solat. Sampai 1 tahap aku check mesej mesej lama facebook dia, penuh dengan mesej tak senonoh dekat ramai gadis. Aku mesej sorang sorang pakai facebook aku mintak maaf atas perbuatan dia. Bila aku cakap dekat K, dia kata benda lama. Jangan ungkit. Dan aku pun turut je. Diam. Sikit pun tak pernah bagitahu sesiapa.

Aku mengaku aku betul betul sanggup berkorban jadi isteri solehah. Pindah negeri, habiskan elaun kerja yang lama dekat negeri asal, pindah ikut dia. Bila pindah tak dapat kerja pula. Duduk dengan family dia sedangkan ada je rumah sendiri. Alasan kena temankan family dia sedangkan family dia ramai je kat rumah tu. Jenis family mertua biasa la. Dengan kita cakap elok elok. Kata kita menantu yang baik.

Tapi bila sesama dieorang, ada je benda bukan bukan kita kena. Tapi aku diamkan. Adat menumpang. Busuk ke wangi ke, jadi isu. Aku pun buat macam orang menumpang la. Masakkan untuk dieorang, basuhkan baju walaupun ada je bujang dalam rumah tu, sidaikan baju semua. Kemas rumah. Takpe lah penat sikit.

Sanggup jaga bila suami sakit (dia senang dapat sakit sikit), masakkan dia bila 2 3 pagi dia lapar sedangkan lauk ada je. Dia nak makan meggi ke apa ke. Masakkan la. Keperluan batin dia walaupun benda aku tak pernah cuba, dia ajar bukan bukan. Aku turutkan sebab isteri kan. Ikut je la apa suami nak. Aku bukan mengungkit tau. Cuma rasa sebak bila semua yang aku buat ni nampak tak berbaloi pun bagi dia.

Sampai 1 hari, K kata dia nak keluar kejap dengan family, tinggalkan aku dekat rumah. Bila K balik. Dia kata, kemas baju, balik rumah mak abah awak. Perghh wey. Hahahaha orang yang takda hati dan perasaan je yang tak nangis. Apa salah aku kena tiba tiba ni. Tapi aku terus jadi tawar hati. Aku kemas. K. Kau baik. Sikit pun tak ada salah kau dekat aku. Tapi apa salah aku sebenarnya. Kenapa tak bincang dengan aku dulu.

Aku balik juga sebab orang dah halau kan. Family aku bengang . Aku cakap tak apa. Orang dah taknak. Dia pun tak ada apa apa kan aku. Dia pulangkan aku sempurna tubuh badan. Lepas 1 minggu, aku dapat surat perpisahan atas alasan tiada kesefahaman. Aku call mahkamah. Kata aku jauh. Tak dapat datang tarikh lafaz talak. Jadi aku setuju je dengan semua apa yang diputuskan.

Pegawai tu kata tak nak tuntut apa apa nafkah ke. Aku kata tak ada. Kami tak ada anak dan aku dah dapat kerja aku balik. Lagipun dia dah taknak. Aku taknak paksa. Sekarang pun sejujurnya aku dah move on lepas 2 bulan kami pisah dulu. Cuma aku terfikir, aku terima kesilapan dia dari sebelum kahwin. Aku terima kekurangan dia. Cerita hal dalam kain aku taknak mention sebab aib dia aib aku juga.

Sekarang aku dapat kerja aku semula, aku pun dah move on, ada orang lain terima aku. Cuma tu la. K baik. Solat tak tinggal, semua elok. Tak pernah duakan aku selama mana pengetahuan aku tapi apa salah aku kena halau macam tu je?

Aku tahu adik beradik kau follow page ni (IIUMC). Aku harap mereka baca sebab bila family kau pun tak halang apa apa bila kau halau aku lepas korang keluar sama, maksudnya ada something yang korang sorokkan. Apa apa pun thanks ye K sebab jaga aku setahun lebih dulu. Aku cuma nak tegaskan. Sebaik mana lelaki tu jaga solat, belum tentu dia suami yang baik. Kalau ada salah isteri korang, bincang la. Please bincang okay.

Reaksi warganet

Norlaila Mohd Din – Pernah tak dengar tanda tanda solat tidak diterima ialah apabila pesolat kekal sebagai pendosa. Tidak bertaubat, menganggap kecik dosa yang dibuat.

Nya Ahmad – Kalau solat tak dapat cegah dia dari kemungkaran, maknanya solat dia tak sempurna. Dia kena cek balik kehidupan dia. Mungkin terlalu banyak benda yang tak senonoh yang dia buat. Pastu taubat,p astu still ulang balik benda tu. Tu salah satu tanda hati kotor. Taubat yang sebenar adalah bila kita tak buat dah benda tu dan berubah ke arah yang lebih baik.

Hazirah Hj Hamzah – Sebab ada pengalaman berkorban jiwa dan raga, sanggup berhenti kerja, pindah ikut ex-husband, sanggup terima orang yang lagi rendah level education, nak jadi isteri yang taat solehah. Tapi finally di buat macam sampah. Saya memang nekad takkan korbankan diri saya untuk sesiapa lagi dah!. Apa yang saya buat sekarang semuanya untuk kebahagiaan saya. Saling bekerjasama tak apa. Kalau bekorban untuk pasangan, itu bukan saya.

Deedee Nas – Pilihan keluarga tidak semestinya baik. Parents ni asal nampak baik sikit mula la cop anak org tu baik sangat boleh dibuat suami. Padahal orang tu boleh ja berlakon baik depan orang tua. Sebab tu harus berkawan dulu kenal betul betul sebelum kahwin. Memang betul solat ni cegah diri dari kemungkaran, tapi manusia jenis begini buat main. Lepas buat dosa besar dia solat, lepas solat malam tu juga buat dosa besar.

Dorg buat main dengan agama sendiri, dah mindset dalam otak buat dosa lepas ni boleh solat, atleast solat. Tak sedar diri tu golongan ni perosak agama sendiri. Ada yang ikut “fahaman” kepala otak sendiri. Tapi tak sedar dorang solat untuk apa? niat dorang? hati dorang yang sombong tu ada Allah ka? kalau ada Allah, khusyuk, dorang tak kan dekat kemungkaran.

Che Max Molex – Allah tegaskan dalam AlQuran solat dapat mencegah kemungkaran dan perbuatan keji. Sekiranya tiada efek dari perbuatan solat tak pernah tinggal itu sendiri, barangkali belum sempurna ia (solat) itu sendiri. Takkanlah Tuhan berbohong dalam ayatnya. Manusia yang berbohong dan hanya omong kosong. Oklah sis, tak payah sedih ok. Move on.

Umayraa Hamdan – Kalau ikut pengalaman aku lah. Pengalaman aku dengan jejantanzzz macam ni, diorang selalu fikir bila dah nikah, dapat ‘nikmat’ halal dan perangai lama boleh berubah. But sebenarnya, habit mereka takkan berubah dan dapat pula isteri tak tegas macam u. U ikut je semua yang dia nak, maksudnya tak dapat ubah dia slowly. Jadi memang dia rasa pernikahan tu tak de bawak apa apa erti untuk dia.

Some more, dia tak mampu pun nak bernikah. Mampu dari segi batin je. The rest he is nothing. Dia sendiri sedar diri dia dan lepaskan awak dengan cara elok. Sebelum dia buntingkan awak. Dia sendiri sedar dia tak mampu nak tanggung segala nafkah. Senang kata, pernikahan tu hanya untuk dia test je. Aku boleh berubah ke tak. Dia sendiri taknak berubah, mengharap pasangan untuk ubahkan dia. Anak yang baik kan katanya? Jenis pak turut. Takde pendirian, apa pun tak boleh buat. Better la u dah dilepaskan. Daripada terus menderita.

Sumber – Nur (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Kahwin Dengan Wanita Berpurdah.Terkejut Bila Malam Pertama Isteri Tak Pakai Purdah. Akhirnya Malam Pertama Tu Kantoi Perangai Sebenar Isteri. Terkedu Rupanya Dalam Diam Ini Perangai Sebenar Dia Sampai Suami Menyesal Seumur Hidup.

Salam. Harap admin hidekan profile aku. Aku seorang suami, ayah utk sepasang anak berumur 4 tahun dan 3 bulan & jugak seorang medical doktor di hospital kerajaan. Terlebih dahulu aku memohon maaf sekiranya cnfession aku ni melukakan hati para pembaca.

Beban yang aku tanggung hampir 6 tahun ni, dah takdapat aku simpan. Diluah mti emak, ditelan mti bapak. Aku berkahwin dengan isteri aku pada awal tahun 2013. Berkahwin bukan atas dasar cinta, aku dengan isteri, berkenalan tak sampai 6 bulan, terus kami buat keputusan untuk berkahwin, kononnya bercinta selepas kahwin.

Aku dengan isteri, ‘berkenalan’ di fb, dia di Msia, di sebuah University Islam di sini, aku di kolej perubatan di Mesir. Sebelum tu aku kenalkan diri aku serba sedikit. Aku ni tidaklah hensem, ada rupa sedikit, dari keluarga middle class, walid dan ummi aku orang agama yang dikenali ramai di Alor Star, Kedah.

Aku anak keenam dari 8 adik beradik, adik beradik aku kesemuanya bijak dan berjaya semuanya. Isteri pulak berasal dari Terengganu, beza umur 5 tahun tua dari aku, anak yatim piatu, bertudung labuh, berpurdah (semasa bujang), pelajar master bidang Ekonomi & for now tengah buat PHD dan jaga aurat sepanjang masa.

Aku berkenalan dgn isteri atas dasar bisnes (dropship dari China) , aku memang langsung tiada perasaan terhadap si isteri, setelah 4 bulan uruskan bisnes dan berhubung dgn isteri secara PJJ, isteri luahkan perasaan yang dia jatuh cinta dgn aku. Aku mmg takpernah bercinta, rasa gembira mulanya, kemudiannya aku start rasa serba salah dan takut utk menolak cinta isteri, aku anggap isteri sebagai kawan atau kakak shj.

Utk dipendekkan cerita, aku terima isteri atas dasar kesian dan taknak kecewakan isteri, isteri terus planning tarikh pernikahan kami. 6 bulan berhubung (sekalipun tak pernah berjumpa, ada Skype (isteri berpurdah)). Aku dengan isteri berkahwin di Masjid di Terengganu, hanya ada akad nikah shj memandangkan isteri anak yatim piatu, ada 1 abang dgn 3 kakak. Semua persiapan nikah, Isteri dengan aku uruskan melalui whatsapp atau call shj. Kursus kahwin, borang kahwin, semuanya by pos.

Hari nikah tulah, hari pertama kali aku akan berjumpa dgn isteri aku. Aku agak terkejut ketika mana dia buka purdah, isteri ada rupa, cumanya bukanlah terlalu cantik, hanya biasa biasa shj. Tapi tak ape, aku terima.. Aku pun bukannya hensem. Selepas menikah, aku spend cuti summer aku selama 2 minggu di Msia, berhoneymoon dan terus pulang ke Mesir. Ada lebih kurang setengah tahun lagi utk habiskan study aku. Aku dgn isteri, macam biasa, contact melalui whatsapp, Skype. Isteri dapat kerja as executive di bank terkemuka Msia. I’m happy for her.

Selepas 2 minggu, bekerja, 3 bulan tempoh perkahwinan, isteri miscarriage anak pertama. Sejak itu mulanya kehidupan teruk bagi aku. Isteri start hamun aku, cakap aku takde di Msia utk bantu dia dalam pantang, dia ggr sebab tertekan suami jauh. hamun, rajuk, brbalah, siap minta untuk berpisah berkali kali berterusan sehingga aku tamat study & pulang ke Msia.

Utk pendekkan cerita, aku dgn isteri duduk serumah, dia masih bekerja di bank, aku dapat posting housemansnip di hospital KL. Baru aku tahu isteri ni sangatlah indah khabar dari rupa, hamun aku, spk trajang aku bila marah, rumah takpernah kemas, boros (suka belanja besar), harga tudung dan jubah saja cecah RM500 utk sepasang, dia bukak purdah atas polisi syarikat, sebab selalu jumpa client, aku okay shj, takpernah masak, tak hormat ibu bapa aku, even di kampung, dia berani tinggikan sorang dan kuis aku gunakan kaki di rumah keluarga aku.

Takpernah dengar luahan hati aku, sedangkan semasa HO, workload sangat banyak, kerenah patients, staff, rakan sekerja, kerja shift, oncall lagi, aku sangat stress, setiap kali drive balik kerja, non stop aku menangis. Pernah jugak aku menangis depan isteri, bila brbalah, aku mengadu aku penat dgn kerja, dgn kerenah dia, semua tak kena dgn aku, sampai gigi aku pun jadi isu.

Dia hina gigi aku jonggng, aku pakai braces, dia hina aku selekeh, busuk (sebab kerja lebih 30jam). Dia takpernah basuh atau ironkan baju aku, aku buat sendiri atau hantar ke dobi. Baju dia, dia hantar ke dobi semuanya, kotlah nak bantu hantar baju aku sekali.

Langsung takpenah, siap asingkan bakul baju lagi. Cadar atau sarung bantal takpernah bertukar, aku tukarkan, rumah aku hired cleaner 1 minggu 2x datang cuci. Dapur, hanya ada 1 kuali, itu pun mak aku kasi, 2 3 pinggan dan mug. Takpernah berasap, aku teringin nak ada isteri yang masak, atleast makanan simple atau buatkan air.

Ini kopi atau gula pun takde di rumah. Dia? Minum air mineral, beli berkotak kotak simpan di peti. Aku ni seolah olah housemate shj. Kalau aku minum air mineral dia, dia Kadang2 aku terlupa beli air utk aku, terpaksa tadah air paip minum, takut nak minum air dia. Gaji aku masa HO, bersih hanya 4k ++. Aku kasi dia 1K, bayar kereta, bil rumah semuanya 2.5 k. Baki tinggal RM500++ Gaji dia? langsung tak bantu aku. aku ada pendapatan sampingan, bisnes yang kami usahakan sama sama. Kagang2 terpaksa keluarkan dividen ASB.

Kemudian, kami dikurniakan 1 anak perempuan. Aku pun habis HO, masuk posting MO, isteri habiskan master, sambung PHD. Ingatkan ada anak, makin berubah. Sama shj, anak kami tu. Kalau aku oncall. Dia hantar ke babysitter dalam keadaan kotor, takmandi, lampin penuh sampaikan babysitter mengadu.

Babysitter pun kena marah dgn isteri aku, asyik bertukar babysitter shj. Sehingga takde siapa nak jaga anak kami, isteri aku suggest utk hantar ke Umi aku di kampung, aku berat hati, tapi isteri? Suka, langsung takpeduli. Setiap weekend kalau tak oncall, aku akan naik flight balik ke AS jumpa anak, isteri? Taknak. Penat kerja katanya.

Memang weekend, aku habiskan masa di AS dengan anak aku. Bila berjauhan dgn isteri ni, hati makin tawar, aku berjinak dengan Tinder, bila swipe swipe, match dengan Anna (bukan nama sebenar) . Lawa orangnya, bertudng tapi tak labuh, bercareer besar (senior engineer di International company) tinggal KL lugak, ada master dalam Engineering, on her way with PHD journey. Bak kata orang Anna ni mmg cool and sempoi. Bercakap pun dah mampu buat orang gelak. Aku start chat dengan Anna, mengaku sebagai bulang. Kami beriumpa, habiskan masa bersama.

Mmg 100% Anna ni perfect dari segala segi. Aku dgn Anna bercinta hampir 2 tahun. Setiap majlis kenduri, birthday parties, dinner keluarga Anna aku pergi. Anna mmg taktaw status aku. Fb aku tiada gambar anak atau isteri. Isteri aku? Langsung takpernah tanya aku kemana, check phone aku atau pedulikan aku, kami hidup macam roommate sahaja. Takde anak lagi lah tak bertegur sapa. Kalau whatsapp pun, bila aku kasi receipt bank in duit.

Sampai lah 1 hari aku ceritakan semuanya dekat Ummi aku, aku nekad nak berpisah dgn isteri, and kahwin dgn Anna. Ummi aku minta aku berterus terang dgn Anna dahulu tentang status aku, kemudian buat pengakuan dgn isteri. Aku buat spt mana ummi sarankan. Bila Anna taw aku suami orang, Anna nampak sangat cool. Dia cakap dia takkan sesekali lukakan hati perempuan lain, dia minta aku pulang ke pangkuan isteri.

Aku terus cerita segala keburukan isteri, tapi Anna langsung takpercaya. Dia suruh balik dan didik isteri aku, dekat 3 tahun lebih aku cuba, langsung takdapat didik. Ya Allah. Aku jadi tertekan dan serabut. Balik rumah, terus aku bagitau isteri, yang aku ada wanita lain.

Isteri hanya gelak, dia cakap muka macam aku pun ada orang nak ke? Aku tunjuk bukti, kami berbalah, luah hati ke hati apa benda kelemahan rumahtangga kami. Isteri menangis aku menangis. Dia janji akan berubah, tapi aku wajib tinggalkan Anna ( takperlu tinggal pun, lepas Anna taw aku dah berkahwin, dia terus blocked no aku). Aku dgn Anna putus terus contact, dalam hati aku mmg masih rindukan Anna, tapi sebab akungkan keluarga kecil aku, aku berkorban.

Isteri tunjukkan effort jd isteri dan ibu yang baik. Anak dah ambil semula dari kampung, hubungan kami makin baik. Kewangan kami dah start kongsi. Isteri belajar masak, masuk kelas baking, cooking and dancing. Selepas setahun isteri pregnant anak kedua, dia buat balik dah perangai lama. Anak sulung dia start tak peduli lagi dah. Rumah tunggang langgang, hari hari aku makan hamun dia, duit dah taknak kongsi. Makan hati berulam jantung aku ni.

Hari2 aku dgn anak makan kat kedai atau drive thru Mcd. Isteri setiap masa dgn phone, takpun jumpa clients, rakan bisnes, atau jumpa kawan kawan. Isteri ni pernah viral dulu dekat fb, sebab posting pasal kewangan, so followers ramai, dekat FB kemain macam hidup perfect yada yada. Dia beli rumah atas nama dia, aku bayar bulan bulan.

Kereta 2 biji, aku jugak bayarkan, suruh beli Axia aje, dia nak Honda CRV , aku pakai myvi shi. Disebabkan aku pernah kantoi tidak setia, aku pun turutkan aje, seolah olah tebus dosa. Nak beranak di Andorra Hospital, padahal aku doktor wad bersalin. Boleh je beranak di hospital kerajaan, aku boleh requestkan kawan sekerja perempuan sambut, taknak katanya, dia nak beranak dalam keadaan ‘mode vacation’ katanya.

Sampaikan aku ni hutang dgn kawan sekerja nak bayar bil beranak, ni ada baki RM5000 belum langsai hutang. Dia dalam pantang, baru 3 minggu beranak, dia boleh keluar pergi jumpa client dan tengok wayang. Dia tinggalkan 2 anak dgn kakak maternity caregiver, katanya urgent nak keluar, nak keluar sejam shj, akak tu datang 2 jam aje.

Dari pukul 10 pagi keluar, pukul 1 pun belum balik, akak tu call nangis nangis, sebab bos marah tak pergi appointment orang lain, aku terpaksa emergency leave kat tempat kerja, nak balik jaga anak anak. Aku call, dia offkan phone. Rupanya jumpa client dan kawan2. Sekarang anak no 2 dah keluar, aku mmg nekad nak berpisah. Takkan nak tidak setia kali kedua, karang lepas kantoi, gitu jugaklah situasinya, berubah sekejap, kemudian jadi balik.

Utk para suami di KRT, apa patut aku buat? Kang berpisah, confirm vral, dia famous sebagai guru kewangan fb, kalaulah dia cerita di fb, mmg semua nampak salah aku. Aku pernah kntoi tidak setia, hak peniagaan anak anak dapat ke aku atau dia? Tapi. dia takpernah jaga anak anak. Kalau aku pernah kantoi tidak setia. sekali lagi pun, sama je situasi dia, alih alih aku lukakan hati perempuan baik macam Anna, sebab termakan pujuk rayu si isteri semula.

Nak berpisah, Ummi Walid orang agama, malu sekampung nnt kalau si isteri aku vralkan kes tidak setia aku, silap silap dia reveal siapa Anna, bertambah masalah. Anna langsung taksalah apa2, entah2 dah bahagia hidup dia. Aku nak berpisah aku nk anak anak, nak ajak isteri pi kaunseling, makan spk trajng aku nnt.

Tapi aku tak sanggup nak hidup dgn isteri macam ni. Asingkan tempat tidur? Dah buat dah, lagi dia suka. Pkl dgn hujung kain? Aku kena balik nanti. Report polis? Takdelah dia tndng spk trjng aku sampai ada kesan, dia perempuan, spk pun tak kuat, tolak tolak kepala, tmpr aje. Semua takde bukti. Pening aku. Harap semua kasi komen berhemah, aku minta pendapat shj. Thanks.

Antra komen warganet:

Aizat Zamri : Tuan jangan sampai begini. Tuan kan doktor. Depression akan buat performance lifestyle kita semua kacau. Buat apa jiwa kacau sebab dah bertahun tahun merana, kalau faham tak apa. Buat apa nak biarkan isteri tu terus menerus tempah tiket ke nrk. Ramai lagi pempuan yang ok dari ni. Benarlah kata pepatah, dont judge a book by its cover. Ok tuan. Cuba ya

Lienda Haslinda : Penulisan cantik tersusun.. Sy faham setiap butir perkataan tu.. Sy cuma boleh cakap abg tinggalkan jela wife abg tu.. Sbb dia belum tahu erti kehilangan dan penyelasan.. Dia tak reti nak hargai org sebaik abg.. Abg boleh dpt yg lebih baik dari wife abg ni.. Bkn senang nak jumpa org mcm abg dlm 1000 mungkin 1 saja.. Semoga dipermudahkan urusan abg.. Buatlah keputusan sebaiknye 😌

Marliya Ramli : Jangan takut vral jika tuan di pihak yang benar. Vral cuma perkara sementara, yang penting kebahagiaan yang berpanjangan. Tuan nilai dan kaji. Sebaik-baik nya buatlah keputusan yang terbaik untuk kedua-dua pihak. Siapa penulis viral isteri tuan tu ya? Sebab kalau penulis kewangan yang vral mesti ramai yang kenal. Dan beliau mungkin baca posting ini Tuan lelaki. Tuan suami. Talak di tangan tuan. Jika perhubungan txic dan membawa drita lebih baik dinilai semula. Semoga dipermudahkan

Ikhlas dari saya, Penulis cabuk yang beberapa kali vral