Tergamam isteri bila tiba tiba laki bangun ludah isteri kat kedai makan. Gara gara isteri buat benda ni depan suami. Rupa rupanya malam tu baru isteri tahu sbb bnda ni suami berpisah dgan isteri lama. Akhirnya ini yang berlaku.

Kisah Rumah Tangga

Foto sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Bismillah asalamualaikum. Terima kasih jika cerita ni dapat disiarkan untuk bacaan umum kerana aku sendiri tidak tahu kemana lagi untuk aku luahkan segala yang tersimpan di hati ini. Maaf jika panjang kerana aku tidak mahir untuk memendekkan cerita.

Aku mulakan dengan namaku Yasmin (bukan nama sebenar). Berusia 28 tahun dan seorang isteri dengan usia perkahwinan hampir 2 tahun. Ceritaku ini adalah mengisahkan peritnya mempunyai suami yang panas baran. Ya, panas baran yang teramat.

Suamiku seorang duda beranak dua. Kedua anaknya masih bersekolah rendah. Beliau berusia 37 tahun pada tahun ini. Diawal perkenalan aku tidak tahu sikap panas baran nya, namun segalanya berubah apabila aku sudah sah bergelar sebagai isterinya.

Sikap panas barannya terserlah ketika aku menemaninya ke sebuah kopitiam untuk bersarapan. Kebetulan pelayan kopitiam tersebut seorang warga Bangladesh yang pada pendapat aku mungkin dia kurang faham bahasa melayu kita.

Order yang dipesan suamiku tersalah catat pelayan tersebut dan sejurus makanan sampai, suamiku terus menengking pelayan tersebut. Hanya Allah saja yang tahu betapa malunya aku pada saat itu. Itu baru permulaan, pernah juga beliau menengking dan mencarut kepada staff nya di handphone akibat perubahan tempat bermesyuarat. Disebabkan itu sahaja, semua perkataan tak elok keluar. Kecik hati budak tu, berkali kali aku minta maaf padanya bagi pihak suamiku.

Kalau dirumah, beliau seorang pemalas. Semua benda dari A to Z aku yang harus laksanakan dan beliau hanya ingin beristirehat seperti seorang raja. Pernah aku mempelawa nya untuk menolongku menjemur kain aku ditengking bagai singa tengah kelaparan.

Sejak dari haritu, aku tidak lagi mempelawa nya. Walaupun rumah dah siap dikemas, makanan sudah dimasak, suamiku memang tidak suka melihat aku duduk berehat. Pasti ada saja yang akan dia suruh ku buat sambil membebel panjang. Pernah juga aku sorok sorok duduk didalam toilet kerana aku terlalu penat dan kaki ku sudah ‘cramp’.

Aku jarang sekali dapat pegang handphone ketika dirumah kerana dia akan marah dan cakap akan menghancurkan handphone ini. Nak call parents dikampung pun dia tak suka, tak tahu apa masalah pada dia. Aku juga pernah dikasari dan ditumbuk. Hanya kerana aku ingin pulang dengan segera untuk menyiapkan kertas kerjaku.

Berkali kali aku ditumbuk didalam kereta seolah olah beliau betul betul mahu ku pergi menghadap illahi pada malam itu. Kesan birunya sangat jelas kelihatan pada keesokan paginya tapi sudah pasti beliau akan buat tidak nampak.

Mau minta maaf? Jauh sekali. Kerana apa? Kerana aku isteri dan dia suami, dan dia layak selayaknya melakukan apa saja padaku. Anak anak suamiku tinggal bersama bekas isterinya dan akan pulang kerumah kami pada waktu yang ditetapkan. Pada awalnya anak anaknya ok dengan ku tapi makin lama, makin kurang ajar.

Walaupun aku ibu tirinya, tak bermaksud mereka boleh berkurang ajar padaku. Apakah salah jika aku suruh mereka mencuci muka dan memberus gigi jika belum mahu mandi sebelum bersarapan? Apakah salah jika aku menyuruh mereka untuk tidak menyepahkan ruang dan tidak membuang sampah merata didalam rumah? Masing masing berumur 11-12 tahun sudah pasti boleh memahami dengan baik.

Namun gagal dilaksana kerana apa? Kerana aku ada dan aku boleh kemaskan dan cucikan. Sedangkan benda yang baik yang ditegur pun gagal dibuat, apatah lagi nak hormati aku sebagai orang yang lebih tua. Kata suami ku,

“Biarlah….. nanti mereka akan faham dan buat”. TAPI SAMPAI BILA? umur sudah belasan bukan kanak kanak tadika lagi. Apa saja yang aku ajukan padanya, mesti akan ku dimarahi semula. Kerana apa? Kerana beliau lebih lama hidup dariku dan lebih banyak pengalaman.

Bab nafkah juga suamiku seorang yang sangat bakhil. Segala perbelanjaan, aku sendiri yang tanggung kerana katanya ‘aku sudah berkerja dan ada gaji dan lebih mampu darinya…’ Sudahlah nafkah tak dapat, belanja rumah, bill bill aku juga yang tanggung.

Pernah juga aku meminta RM200 sebulan at least lepas bahagian bill elektrik dan jawapannya disudahi dengan amukkan dan makian. Dia hanya keluar duit RM400 sebulan untuk anak anaknya. Aku? Nak makeup ke, nak baju baru ke, sendiri beli ye. Bukan dirinya tak mampu, tapi dia lebih utamakan untuk dirinya sahaja. Setiap minggu ada sahaja baju atau kasut baru dibeli nya.

Suamiku dijatuhi bankcruptcy bertahun lamanya. Kereta yang digunanya kini adalah milik bekas isterinya namun beliau menggunakan tanpa rasa bersalah. Banyak kali diminta untuk ditukar nama, mana mahunya dia. Kerana apa? Kerana dia akan buat sesuka hati dia nak menyusahkan kehidupan orang lain. Sungguh aku merasa kesian pada bekas isterinya kerana sehingga kini namanya masih berhutang dengan bank.

Aku juga hampir terkena akan tetapi aku gagalkan hasratnya kerana tidak mahu nama ku juga termasuk dalam senarai CTOS. Aku juga seringkali dimalukan di khalayak ramai oleh suamiku. Aku pernah diludahnya ketika di kedai mamak kerana tidak mahu makan kerana aku sudah terlalu kenyang kerana makan di jamuan di office.

Semua mata melihat ke arah kami, mamak mamak kat situ pun tengok aku. Mereka mau tolong aku, tapi takut. Aku hanya mampu diam dan menunduk layu. Dihati berdoa agar tiada sesiapa yang merecord kejadian tadi. Risau takut tersebar malu la aku.

Pernah juga aku ditengking ketika makan di Seoul Garden. Hanya kerana aku bertanya tidak apa ke kita amik banyak banyak kerana ada tertulis akan dikenakan denda jika ada makanan lebihan. Suamiku jenis tidak takut dan tiada perasaan malu mungkin. Di pasar malam dia marah akak tu kerana bubuh lauk sikit, di restoran pula jika harga naik dia marah terus pada pelayan.

Bukan kah pelayan itu hanyalah pelayan dan tiada kena mengena dengan kenaikan harga? Makan nak have have selari dengan penampilan tapi mengamuk dekat cashier. Aku malu, sungguh aku malu. Dia pernah suruh tukang tukang kemas rumah kami suatu ketika dahulu. Hanya kerana pembantu tersebut meletakkan harga RM70 sehari dari jam 9 pagi hingga ke 5 petang. Tetapi dibayarnya RM50.

Pembantu tersebut ada hak untuk complain, dan of course dia complaint kerana dia kemas non stop. Dan pada esoknya, dia ke rumah pembantu tersebut dan mencampak basikal milik pembantu tersebut kedalam parit. Sungguh aku kesian padanya, lalu aku datang semula pada hari seterusnya. Aku gantikan basikal yang baru dan sedikit wang tambahan. Aku malu dan aku sedih mempunyai suami seperti itu. Kalau boleh semua orang dalam dunia ni dia akan marah.

Dan pada ketika saat ini, baru aku sedar yang suamiku betul betul seorang panas baran yang tiada ubatnya. Dengan adik beradik sendiri pun brbalah macam dah tak ada hari esok. Dan punca beliau berpisah dengan isteri terdahulu juga adalah kerana sikap barannya. Banyak kali beliau bercerita bagaimana dia memarahi isterinya setiap kali berlaku kesilapan. Dan bagiku, kesilapan bekas isterinya adalah sekecil kuman.

Kini, perasaan ku terhadapnya semakin hilang dek kerana terlalu banyak makan hati atas perlakuannya. Suamiku juga seorang yang tidak solat dan jarang perpuasa. Apabila aku menegur, disalahkan aku kerana asik buat perangai menjadikan beliau tidak mahu solat.

Logik ke alasan tu? Solat dan puasa tu suruhan agama dan semua nya bergantung dengan diri sendiri bukan orang lain. Buat perangai pula apabila aku seringkali menangis kerana terlalu berkecil hati. Pernah juga aku cuba untuk slow talk dan menegur dengan lembut agar dia dapat kurangkan amarah dan baran akan tetapi sekali lagi aku akan dipersalahkan dan ditengking bagai tiada hari esok.

Sudahnya, aku dimalukan dihadapan kawan kawan nya kerana beliau suka mengadu dan memutar belit cerita pada orang lain. Dia lebih suka orang membenci ku dan memberi pandangan buruk padaku. Kerana apa? Kerana dia sentiasa betul dan aku sentiasa salah dalam segala perkara. Walaupun selingkuh dengan mak janda beberapa kali kantoi, tetap sahaja beliau betul dan aku tiada hak untuk marah. Langsung tiada hak, hak bersuara apatah lagi marah.

Sekarang aku sendiri tidak pasti apa yang akan aku lalui di hari yang mendatang. Sama ada aku masih kuat bertahan ataupun aku berhenti sekerat jalan dan menjalani hidupku sendiri. Banyak lagi yang hendak aku ceritakan tapi risau confession ini jadi terlalu panjang dan pembaca akan kurang minat untuk membaca.

Aku akhiri confession kali ini dengan ucapan terima kasih kerana sudi membaca. Mohon berilah pandangan yang sewajarnya agar aku tidak lemas dalam air mata. Doakan aku sentiasa kuat dan dimurahi rezeki agar dapat ku bahagiakan mak ayah dikampung.

Yang benar…

Reaksi warganet

Irma Hazwanis – Yasmin, kite dalam situasi yang sama. Saya dulu pun tak tau suami baran, masuk tahun kedua perkahwinan baru nampak segala perangai sebenar dia terutamanya baran. Awak kalau dikasari terus buat report polis. Segala resit awak bayar semua simpan sebagai bahan bukti. Nanti boleh tuntut fasakh. Please keluar dari perkahwinan t0ksik ni. Saya dah ade anak, sekarang suami bawa lari anak sebab nak sakitkan hati saya.

Amizah Wahid – Dah lalui semua tu dulu. Bersyukur sangat kerana dapat keluar dari kehidupan yang tiada indahnya. Alhamdulillah sinar bahagia menerangi hidup saya sekarang. Tak perlu takut untuk hidup sebagai janda, doa mohon Allah permudahkan urusan.

Yaya Anam – Rasanya cukuplah tu dik. Sabar pun ada hadnya. Tak nampak kat mana alasannya untuk adik teruskan perkahwinan ini. Sementara belum ada anak. Bertambah tak baik jika ada anak nanti. Anak membesar dlm situasi bgini mmg tak bagus..

Sayangi diri sendiri dulu dik. Kamu berhak untuk bahagia. Tak berdosa dik jadi JANDA. Jangan tipu diri sendiri. Sbelum keadaan menjdi lebih teruk lgi. Nekadkn hati. Jangan toleh lagi kebelakang. Lebih baik berbakti pada ibu ayah yang masih ada dik…

Puan Zuera – Sering di malukan di khalayak ramai, sampai tahap diludah pun masih nak bersama. Tak terasa ke mental dan emosi puan dikacau oleh suami sendiri. Tak boleh tengok puan berehat kat rumah, suami jenis apa tu. Kita nikah ni nak enjoy, nak berkasih sayang, kongsi masalah dan nak bahagia. Bukan nak menderita..

Nafkah pun tak dibagi, baik la bujang, dah tentu tentu tak ada yang nak bagi nafkah ke kita kan. Keluar je la dari rumah tu. Buat report dulu. Kalau ada rakaman yang dia buat mcm mcm kt puan lagi bagus. Tak guna bertahan kalau puan menderita. Semoga kuat untuk bangkit dan semoga dipermudahkan urusan.

Siti Fatimah – Saya nasihatkan puan supaya keluar dari perkahwinan ini. Daripada cerita ini, nampaknya suami puan hanya memberi kemudharatan kepada puan. Dah la nafkah tak bagi, kasari isteri pastu malukan isteri pula tu. Apa gunanya simpan suami begini. Puan masih muda ada banyak peluang untuk capai kebahagiaan. Jangan korbankan diri dan masa muda puan dengan hidup bersama suami yang tak layak pun bergelar suami.

Huzainun Abu – Tandanya puan masih sayang kat suami tu.
Jika tidak mesti dah pergi report polis esoknya. Lepas kena mcm mcm bagai nak hilang nyawa dalam kereta tu kan. Masih bertahan hampir 2 tahun. Mybe mental tak kuat lagi nak keluar dari perkahwinan ni dan masih menaruh harapan pada si suami untuk berubah. Hati manusia nie kan dipegang oleh Allah. Dia berkuasa boleh dibolak balik hati si suami tu.
doalah padaNYA.

Amalan simple tapi berkesan, rajin rajin la sedekah bacaan fatihah kat suami dan diri sendiri. Satu hari nantui dia berubah dah mula solat baru lah ada anak dengan dia. Bimbang juga dengor tangisan anak kang dibaling pulok anak tu ke dinding.

Itu jika nak bertahan lagi lah. Kalau dah tak mampu bertahan, cari lah peguam syariah untuk mintak nasihat. Sumber – Yasmin (Bukan nama sebenar) via IIUMC. Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di komen. Terima kasih sekali lagi kerana membaca..

Kahwin Tanpa Restu Ibu Ayah. Suami Halau Isteri Sebab Ank Bising. Malam Tu Terpaksa Check In Hotel Murah Sebab Suami Desak Buat Macam Tu. Akhirnya Ini Yang Jadi Pada Wanita Ini Buat Dia Menyesal.

Nama aku Liz. Syukur Alhamdulillah aku dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel. Namun bukan itu ceritaku. Kisah ini bermula tahun 2006, ketika aku berkenalan dengan suamiku sekarang. Perwatakannya menarik tetapi nampak sombong. Kami hanya kawan. 2007 kami putus hubungan. Aku menukar nombor telefonku. Lantas dia tidak dapat menghubungi aku.

2009, aku berjinak jinak dengan FB. Di situlah aku mula menghubungi dia semula. Kami berhubung secara atas talian sahaja kerana jarak yang jauh memisahkan kami. Dia melamarku. Aku memaklumkan kepada keluarga di kampung. Ibu dan ayah tidak merestui hubungan kami kerana lelaki itu sombong.

Kami masih berhubung. 2010 aku memberi kata dua kepada ibu. Jika tidak setuju, aku tidak mahu pulang ke kampung sampai bila bila. Begitulah nekadku. Akhirnya, ibu bapaku mengalah. Mereka bersetuju dengan lelaki pilihanku. Awal awal lagi ibuku memberi amaran jika berlaku apa apa, jangan merungut kerana aku yang memilih jalan ini.

Kami pun berkahwin. Awal perkahwinan sahaja bahagia. Masuk tahun kedua kami selalu brbalah. Kadang kadang sampai kain bajuku dibuang keluar rumah. Aku pun membawa diri ke hotel murah beberapa hari. Bila dia rasa tercabar semasa brbalah, dia mula naik tangan. Ada masa aku ditmbk, ditmpr atau ditndng di tempat yang tersorok. Perut, kaki, bahu, kepala. Sedih tu aku rawat sendiri.

Aku tak pernah mengadu kepada sesiapa. Aku jadi pendiam. Aku jadi penakut. Bila di tempat kerja, aku jadi ceria. Bila balik, aku sedih. Balik kampung pun setahun 2 kali sahaja. Raya Aidilfitri dan bulan 12. Itupun seminggu sahaja. Bila brbalah, kami tak bercakap lama. Dari hari ke minggu ke bulan.

Selalunya dialah yang memulakan pertengkaran. Ada sahaja yang tak kena. Tak pernah dia cuba mengambil hati aku. Bila dah terlampau lama menyendiri, aku yang beralah. Memujuk dia semula. Begitulah rutin hidup. brbalah, senyap, baik (tapi hubungan makin renggang). Kalau suami minta untuk mengadakan hubungan intim, baru aku memberi.

Selama 5 tahun perkahwinan, tiada zuriat. Kemudian, kami berpindah ke Sabah. Cabarannya lagi besar di sini. Aku bangun seawal 4 pagi menyediakan sarapan pagi dan tengah hari. Kemudian baru aku pergi kerja yang jaraknya lebih 90km dan pastinya bukan jalan raya yang baik ya.

Penatnya tak terkira. Rumah sewa yang berdekatan tempat kerja tiada. Kalau ada pun harga mahal. Bayangkan sewa 1 bilik harga rm700.
Setelah 2 bulan, aku terlibat dengan kejadian. Itulah sahaja kereta yang kami ada. Kereta rosak teruk. Aku hanya cedera ringan. Kerana tak sanggup hidup susah, menumpang orang, mengikut ragam orang, aku membeli kereta.

Ya, kereta baru terus. Pastinya kereta mahal. Aku membawa kereta pulang ke kuaters kami. Oh ya, selepas kejadian tu, aku dapat rumah sewa berdekatan tempat kerja. Aku membeli makanan kegemarannya. Sampai sahaja aku di porch, aku disoal siasat tentang kereta. Aku berterus terang.

Niatku satu, untuk memudahkan ulang alik balik jumpa suami, beli barang dapur dan keperluan. Boleh pula dia hempas makanan tu, habis terburai dari plastik. Aku? Aku ditolak ke lantai, pintu rumah dikunci dari dalam. Akibatnya, aku pulang ke rumah sewa. Raya haji, bersendirian di rumah sewa. Sedih sangat.

Setelah 3 bulan, dia datang mencari aku. Kami pun berbaik, buang yang keruh, katanya. Tahun 2017, aku ditukarkan ke tempat yang dekat sikit dari kuartes suami dalam 25 km jalan gravel. Aku ditakdirkan mengandung. Semasa mengandung pun masih lagi dia panas baran. Kalau ada masalah di tempat kerja, aku pun turut jadi sasaran marahnya. Bila ada anak, aku ingat ok dah. Rupanya, perangai tak berubah. Suka marah marah.
Anak merengek demam, tak nak tidur malam, semua aku.

Sampai aku dihalau keluar bilik sebab anak bising. Kacau tidurnya.
Anak tidur elok, dicium, dikejut bangun. Bila bangun, mainnya 5-10 minit sahaja. Aku memasak sambil berdukung anak. Aku bawa stroller ke dapur. Letak baby dalam stroller. Bila nangis, dukung lagi. Ada bapanya ke tiada ke sama sahaja. Rumah tangga yang tak pernah bahagia.

Tak lama lepas tu aku mengandung lagi. Padahal anakku baru setahun. Masa ni lagi berat dugaannya. Aku dikasari. Kadang sampai aku terfikir, hina sangat aku ni. Dengan aku tiada senyum, tiada gurau. Dengan kawan, sembang 2-3 jam. Gelak besar, makan besar. Aku selalu berdoa agar Allah lembutkan hatinya. Buang panas barannya. Mudahkan urusanku.

Sebelum lahir anak kedua, aku dapat bertukar ke kampung. Aku yang minta tukar. Sekali minta sahaja, terus dapat. Ramai orang hairan. Suami tinggallah di Sabah. Aku pun tinggalkan bumi Borneo balik kampung. Tinggal dengan ibu bapaku. Di sini aku lebih bahagia. Ada orang tolong tengokkan anak anak. Main, gurau dan sayang anak anak selain aku.

Kami belum berpisah. Bila brbalah tu, 6 bulan sepi tiada khabar. Telefon ke whatsapp ke semua tiada. Kadang tu aku rasa tenang. Tapi anak sulungku ini menjadi seorang yang penyedih. Dia selalu menangis atau termenung. Ada juga aku call tapi dia tak angkat. Mesej baca tapi sekadar blue tick sahaja.

Semalam aku terfikir, semua ni jadi sebab aku kahwin tanpa redha ibu bapa. Tapi aku bahagia begini, tanpa suami. Hanya dengan anak-anak dan ibu bapa. Sampai sayangku dah tiada buat suami. Anak kedua dah setahun setengah, sulung tu dah 3 tahun 2 bulan. Tolonglah saya. Apa yang patut saya buat. Kuatkah saya menempuh hidup ni? Sekian…

Artikel Lain: Suami Cakap Kat Isteri Nak Pergi Outstation Rupa Rupanya Dalam Diam Dia Buat Benda Terkutuk Dengan Staff Hotel. Akhirnya Kantoi Dan Ini Tindakan Isteri.

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum. Aku kenalkan diri aku sebagai Fifi, berusia 29 tahun dan dah berkhwin 6 tahun. Aku tidak tahu bagaimana nak mulakan cerita ni. Sebelum berkhwin, aku dan suami (aku gelarkan Shahrill) bercinta 5 tahun. Sebelum bertunang, Shahrill kantoi ada perempuan lain selepas kerap kali outstation. Aku memutuskan hbungan dan menukar nombor telefon.

Tapi Shahrill berusaha untuk pujvk aku kembali, Shahrill mencari aku di tempat kerja dan berjanji untuk berubah. Aku meletakkan syarat supaya kami bertunang dan bernikah dalam masa terdekat. Shahrill menunaikan janji meminangku dan bernikah selepas 2 bulan bertunang. 5 hari sebelum bernikah, Shahrill meluahkan rasa dia berubah hati dan tak dapat lupakan perempuan tu dan bercadang membatalkan pernikahan kami.

Aku ambil pendekatan untuk tetap tenang dan mencadangkan supaya kami bernikah dan berpisah selepas itu kerana memikirkan persiapan semua 99% dah selesai dan juga memikirkan keadaan mak aku yang tengah sakit selepas tak boleh bergerak ak1bat bp tinggi. Shahrill bersetuju.

Seminggu selepas nikah aku meluahkan hal perpisahan tetapi Shahrill bersungguh-sungguh memujuk aku supaya lupakan untuk berpisah kerana dia dah pilih aku untuk jadikan isteri. Dipendekkan cerita, setahun lebih bernikah aku masih dara. Rupa rupanya Shahrill tak sentuh aku sebagai bukti kepada perempuan tu yang Shahrill masih sayangkan dia.

Perempuan tu tahu kami sudah berkhwin dan Shahrill membuktikan dia terpksa khwin dengan aku dengan tidak menyentuh aku. Selepas kantoi perkara tu, aku jadi hiIang arah. Aku saktkan diri aku, aku kasari diri aku. Aku ambil cuti seminggu dengan menipu boss aku kegugran. Shahrill bawak aku bercuti dan dalam keadaan paksa Shahrill ‘bersama’ aku.

Kenapa aku cakap paksa? Sebab tanpa kerelaan hati aku yang tawar selepas tau dia tak sentuh aku sebab masih nak kan perempuan tu. Aku dipaksa sambil aku menangis. Selepas tu, setahun boleh kira dengan jari berapa kali Shahrill menyentuh aku. Setahun selepas kejadian tersebut (fasa bahagia aku), Shahrill kantoi lagi dengan perempuan lain. Kali ni aku tahu dia berwhatsapp tidak senonoh, mereka berkongsi gambar tak senonoh masing2.

Aku larikan diri dan bermalam di hotel 3 hari. Tapi masih berhubung dengan Shahrill. Aku mintak izin untuk menenangkan diri. Dan ianya berakhr apabila aku menyuruh Shahrill call perempuan tu depan aku. Mengaku dia beristeri dan stop berhubung. Selesai bab tu.

Next, juga setahun aku baru nak bahagia dan pulih dari kemvrungan dan anxiety attck, Shahrill perlu ke outstation luar negeri selama 3 minggu. Masa tu aku Ok dan biarkan dia pergi tanpa langsung rasa syak wasangka kerana dia dah berubah dan menjalankan tanggungjwab dia seperti biasa. Ada jugak hari yang Shahrill booking flight untuk aku ke tempat dia outstation.

Ceritanya bermula selepas dia balik dri outstation, seminggu selepas tu dia outstation semula di tempat yang sama. Sehari sebelum dia pergi, aku meminjam telefon Shahrill sebab nak call mak aku (handphone aku pakai kredit, Shahrill guna bill). Tergerak hati aku nak bukak whatsapp Shahrill.

Rupanya naluri aku betul, Shahrill kantoi bercinta dengan staff hotel yang dia menginap masa dia outstation dulu. Dan mereka dah pernah keluar sekali. Outstation kali ke2 mereka dah rancang untuk jumpa lagi tapi kantoi dengan aku. Aku marah, sakitkan diri. Aku suruh dia lepaskan aku. Aku dah tak tahan dia buat macam ni. Sedangkan semua tanggungjwab aku laksanakan. Dari makan, pakai, tempat tidur, nafkah batin semua aku tunaikan.

Hari tu Shahrill menangis tengok aku marah dan suruh dia lepaskan aku. Shahrill bersungguh sungguh menangis dan peluk cium kaki aku. On the spot aku suruh Shahrill call perempuan tu untuk berterus terang dia dah kawin. Shahrill buat apa yang aku suruh. murung aku datang semula. Malah makin teruk hari2 aku menangis, tak dapat tidur dan kurang selera makan.

Aku ingatkan penderitaan aku sampai di situ, rupanya tak. Senangnya Shahrill berlakon dengan airmata buat aku percayakan dia. 2 minggu selepas tu, Shahrill perlu outstation (tentang outstation dia betul, cuma dia akan pergi awal untuk jumpa perempuan tu). NaIuri aku kuat untuk hack whatsapp Shahrill tanpa pengetahuan dia.

Pagi tu sebelum bertolak kami sempat berpelukan dan aku menangis dipelukan dia sambil bercakap aku tak kuat jangan buat macam ni dekat aku lagi. Dia mengiyakan dan berlalu pergi. Sungguh gerak hati aku tepat, aku check whatsapp Shahrill yang aku hck. Ya allah, Shahrill dalam perjalanan jumpa perempuan tu. Mereke berwhatsapp plan keluar ke mana.

Entah apa yang merasuki aku, aku pecahkan almari, tingkap rumah semua. Aku ambil kaca dan tangan dan Ieher aku. Cairan merah memercik 1 bilik. Aku ambil gambar dan hantar ke Shahrill dengan mesej, “Allah nak tunjuk sekejap je, ni yang kau pilih. Terima kasih sangat sangat”. Beserta gambar screensht whatsapp mereka. Aku terus hdupkan enjin kereta untuk ke hspital. Shahrill berulang kali whatsapp dan call aku. Aku diam tanpa kata.

Sampai dih0spital aku dimasukkan ke zon kuning, masa tu aku diam seribu bahasa. Selepas doktor datang untuk cek aku dan bertanya apa yang terjadi. Aku terus mennagis sekuat hati aku. Aku meluahkan apa yang berlaku. Selepas sejam lebih di hospital, Shahrill sampai memeluk aku dan meminta maaf. (Aku tak pasti macamana dia tahu aku kat situ) Aku masih diam tanpa berkata apa2.

Selepas rawatan selesai aku terus di rujuk ke Klinik Pskiatri hospital tersebut. Suami aku juga diberi kaunseling (atas permintaan aku) tetapi berasingan. Aku diberi ubat pskiatri 2 jenis dan dibenarkan pulang. Shahrill ambil cuti 2 minggu menjaga aku. Sebulan telah berlalu, aku masih kemurngan dan perlu makan ubat. Shahrill hari2 akan mintak maaf dan peluk cium aku. Aku masih tak “move on”. Hampir setiap hari aku kena anxiety attck, berpeIuh, jntung berdegup laju, tangan kaki menggigiI dan terasa Iemah.

Hari2 aku hanya terbaring kaku tanpa buat apa2. Seminggu pertama selepas kejadian, aku tak dapat menguruskan diri aku dengan sempurna. Aku masih menangis hari2 mengenangkan apa saIah aku. Kenapa aku diperlakukan begini. Kenapa dia tak lepaskan aku kalau dia tak suka pada aku. Kenapa perlu simpan aku sedangkan dia seringkali tidak setia dengan aku.

Aku bukan seperti aku yang dulu. Aku seorang yang happy go lucky, di sekolah aku lah ketua pengawas, ketua kawad. Di kampung ,aku terkenal sebab sikap ramah dan baik aku dengan semua orang. Saudara mara aku kenal aku dengan sikap periang, dan bila aku tak balik kampung mereka akan call cakap tanpa aku tak meriah rumah.

Pernah 1 hari aku tersentak dengan soalan pakcik aku. Dia datang ke rumah terus ke dapur tempat aku berada, dia bercakap, “Ada masaIah apa2 ke Fifi? Kenapa muka Fifi lain. Pakcik peIik kalau Fifi balik tapi rumah sunyi. Dulu pakcik sampai kt luar pun dah dengar suara Fifi dari dalam. Fifi sihat ke?”.

Allah, tersentak aku. Pakcik aku pun sedar ‘kehilangan’ diri aku yang sebnar. Ibu, ayah, adik2, pakcik2 , makcik2. Maafkan Fifi. Fifi dah tak macam dulu. Fifi sakit, Fifi perlu makan ubat. Fifi takt jumpa orang, berat Fifi dah turun 7 kilo, Fifi terper4p dirumah hari2. Fifi menang1s. Fifi sayang Shahrill. Kalau Shahrill tak sayang Fifi, Fifi rela dilepaskan.

Fifi tak mintak semua ni. Fifi tak kuat. Macam mana Fifi nak mintak t0Iong sedangkan sekeIumit kum4n pun Fifi tak pernah share apa2 masalah Fifi dengan orang. Fifi tanggung semuanya sendiri. Fifi tak nak menyusahkan semua. Fifi yang pilih Shahrill. Allah pilih Fifi untuk lalui semua ni.

Doakan Fifi dari jauh. Doakan semangat Fifi puIih. Doakan Shahrill berubah ke arah lebih baik. Sebab Fifi dah tak kuat, Fifi sekarang seperti tebing sungai yang menanti masa untuk rntuh dan hnyut. Fifi tkut. Fifi tkut kesabaran Fifi diuji lagi. Fifi takut Fifi mengakhirkan nywa Fifi ditangan sendiri.

Tolong Fifi. Fifi tak Iarat. Fifi tak kuat. Kepada perempuan diluar sana, aku tak slahkan korang kalau korang bercinta tanpa tahu laki tu suami orang. Tapi bila korang tau tapi masih meneruskan hbungan, korang memang nak menjtuhkan kaum korang sendiri. Mintak semangat semua. Saya dalam fasa kemrungan yang terk, perlu ambil ubat dan jumpa doktor. Saya bukan diri saya sekarang. Dengarlah Iuahan aku Ya Allah insan yang tak bersalah. Aku Iemah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : GEMPAK ONLINE