Suami terkejut jam dua pagi tengah sedap dok makan bini tetiba berdiri gigit telinga suami. Tergamam suami bila dpt tahu rupa rupanya ini punca bini dia buat mcm tu.

Kisah Rumah Tangga

Aku tak ada masalah rumah tangga sangat. Tapi ia lebih kepada rajuk bini yang tak berpenghujung & bini buat sesuatu terhadap jiwa batin aku sbb pr0tes. Usia perkahwinan aku hampir 4 tahun dan ada seorang anak lelaki yang baru cekap bertatih. Aku kakitangan swasta & bini suri rumah. Rajuk bini bermula 3 bulan lepas. Aku balik rumah lewat dan bini macam biasa tunggu aku balik rmh. Dia teman aku makan & borak2 dgn aku sampai jam 2 pagi. Tiba² bini bangun dr kerusi terus peluk leher aku gig1t cuping telinga aku (aku tahu dia nak bersama).

Aku TERcakap aku penat nak tidur. Aku TERcakap. Aku tak sengaja pun nak cakap macam tu. Bini buat muka ketat terus masuk bilik anak & tidur dengan anak. Sepanjang perkahwinan kami, aku tak pernah cakap aku tak nak bila dia mintak & dia juga tak pernah cakap dia tak nak bila aku mintak walaupun dia tengah demam dia layan aku jugak.

Esok pagi dia tak buat sarapan untuk aku. Lepas subuh dia sambung tidur. Aku paham dia merajuk. Selepas dua hari dia cakap balik mcm biasa dgn aku tapi dia tak layan aku ats katil. Bila aku mintak dia ckp dia penat. Kat situ aku dah nampak dia pr0tes. Hampir dua minggu aku mintak & dlm masa yg sama aku pujuk dia bg bunga bagi handbag beli fav food dia. Dia ambik je hadiah2 yg aku bg tp dia masih tak layan aku dalam bilik. Dia cakap2 gelak2 gurau2 dgn aku mcm biasa tp bab di ranjang dia protes.

Benda ni berlarutan hampir sebulan dan aku minta nasihat officemate(lelaki). Cadangan yang aku terima adalah untuk tkut² bini dengan hal poligami, dengan harapan bini berhenti protes. Weekend, aku tengah tengok tv dengan bini & aku pun bersuara yang aku nak kawin 1 lagi atas alasan bini tak nak layan aku di bilik. Bini wat muka selamber terus masuk bilik. Dalam hati aku mesti bini tengah nak mengmuk & dia keluar bilik jap lagi mesti dia minta maaf kat aku supaya jangan kahwin 1 lagi.

Tak sampai seminit, bini keluar dari bilik hulur sekeping rm50 suruh aku pegi beli starbucks dua cawan. Hahhh biar betul dia ni, tak de perasaan ke laki nak kawin 1 lagi. Aku pun pegi beli. Otw blk rmh aku fikir bini mesti tgh nangis tp tak nak aku tgk dia nangis sbb tu suruh aku pergi beli starbucks.

Sampai je rumah aku dengar suara bini dengan anak aku tengah jerit². Aku syak bini tengah meraung nangis. Sekali aku masuk rumah tengok bini tengah main kejar² dengan anak keliling meja makan. Siap pelawa aku lagi ajak join sekali. What….like seriosly??

Dia ni tak ada perasaan ke laki nak poligami. Selepas seminggu bini bersuara & tanya bila nak kenalkan dia dgn bakal madu. Hahhh…aku pulak yg mti akal. Aku tnya bila nak jumpa? & dia tak kisah ke? Dia boleh jawab dia okay ja kalau nak bermadu. Svmpah aku pulak yang murung selepas tu.

Aku berpakat dgn officemate(perempuan) suruh dia pura2 jadi girlfriend aku. & aku janji aku bertanggungjawab ats sebarang kemungkinan jika bini aku buat sesuatu yang tak jangka kat dia kelak. Pertemuan di aturkan di sebuah restoran oleh bini aku. Aku dtg bawa officemate. Riak muka bini biasa ja.

Tak de tanda2 org nk mengmuk. Bini cakap kita tunggu lagi 5minit nak cukupkan korum. Hahh..sudahh. Siapa je yg dia jemput. Tak sampai 5 minit mak bapa aku dtg & mak bapa mertua aku pun dtg. Lepastu dtg lagi sorang lelaki hulur kad nama pada aku.. ohh peguam rupanya. Tiba2 aku sakit kepala. Apa pulak yg nak jadi kali ni.

Bini aku bersuara dia beri izin jika aku ingin berpoligami tapi dengan bersyarat. Dia hulur 1 dokumen dan minta aku sign jika aku ingin poligami. Dalam dokumen tu tertera syarat antaranya, bini muda harus memberikan rm20k kepada bini tua setiap bulan tanpa gagal, bini muda harus memberikan sebuah kereta Maserati bebas hutang & pindah milik kepada bini tua, rumah yang kami tinggal harus di tukar milik ke atas nama bini tua.

Aku tnya kenapa bini muda harus berikan semua tu kepada dia. Selamber ja dia jawab “aii laki nak share, beb1rd nak share, takkan duit ringgit harta benda tak nak share dgn dia..” hahaha bini aku memang banyak akal. Bini cakap jika aku kahwin jugak tanpa setuju syarat tu atau madu dia tak patuhi penuhi syarat tu, dia akan bawak lari anak aku. Hahhhh…ini memang aku lemah. Aku tak boleh hidup kalau ank aku tak de.

Aku akur & tak nak poligami & bterus terang dgn dia tu semua rancangan aku dgn officemate saja. Selepas dr tu dia layan ja aku di katil tp lebih kepada membvli aku. Tengah² bersama boleh dia² bangun belah mcm tu je dia ckp dia penat. Teruk la aku mcm ni. Nak tanya otai2, ada tak ayat cia cia cia ke doa2 ke nk hembus2 kat bini bg dia lembut hati dgn kita balik. Doa2 sebelum ni try tak mujarab.

Suami Dh Jijik Dgn Bini. Bini Pulak Beria Nk Mengandung Lagi. Beria Mintak Suami Layan Dia Atas Katil. Suami Tknk Layan Lepastu Ini Yg Bini Lakukan Masa Suami Menolak.

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku ada nak share kisah rumah tangga yang jarang dengar kedua-dua mentua baik sangat dengan menantu tetapi hubungan tetap bergoyang. Selalu yang didengar masalah akibat mentua, mak ayah yang selalu masuk campur, tapi kisah aku ni lain, mentua kedua-dua belah anggap menantu lebih pada anak sendiri

Aku seorang suami, usia perkahwinan baru menjengah 6 tahun dan alhamdulillah dikurniakan dengan 3 zuriat yang sangat baik. Isteri pula berumur 2 tahun lebih dari aku. Pada awal perkahwinan, alhamdulillah semuanya baik, kenal tak lama lebih kurang 2 bulan sebab kawan 1 uni dan terus nikah dan dikurniakan puteri sulong dalam tahun yang sama.

Mentua pula sangat baik dan seluruh keluarga sayangkan isteri aku, kami tinggal jauh di borneo kerana bertugas disana, setiap kali pulang kampung halaman mesti ada hadiah diberi kepada isteri dan anak2. Sama juga dengan aku, mak ayah isteri aku sangat baik dan selalu layan sampai aku segan dengan anak2 dan biras yang lain.

Kisah kucar-kacir bermula lepas anak kedua dilahirkan di bumi kenyalang, akibat tidak dapat pulang ke kampung isteri seperti bersalin anak pertama, aku menjaga isteri selepas berpantang sendiri dengan dibantu kakak aku yang datang sekejap untuk tolong jaga anak sulong.

Lepas saja bersalin, em0si isteri jadi kurang stabil, dia cakap aku tidak lagi ambil berat dengan dia. Aku faham dengan perasaan selepas bersalin yang perlukan perhatian, tapi dengan kerja yang pulang sampai jam 5 dan untuk menguruskan anak pertama dan masak untuk isteri serta mengemas rumah lagi, aku tidak sempat nak betul betul jaga dia dengan penuh perhatian.

Pernah seingat aku dari mula mula kahwin sampai 6 tahun ni, sudah 4 kali dia mohon perpisahan dengan aku bila setiap kali brbalah. Tapi brbalah dalam diam, tiba tiba masuk mesej dan dia tak bercakap pon depan depan. Isteri aku jenis pendiam dan tidak suka berkongsi cerita. Kalau di ajak berbincang dia hanya akan cakap tak ada apa2 dan diam bila ditanya.

Selepas kali ke-4 diminta dilepaskan aku pon rasa down sangat, sampai aku berserah dan cakap kalau la itu kemahuan dia, boleh aku turutkan tapi tunggu sampai balik kampung, aku hantar dia balik ke keluarga dia.

Bila dengar begitu, isteri terduduk. Terus dia mohon maaf dengan aku dan tak pernah cakap lagi tentang tu. Tapi masalahnya sampai sekarang bila ada yang tidak kena mesti dia akan diam dan bercakap langsung. Tapi kalau depan anak anak dan keluarga masing masing pandai sembunyikan macam kami tiada apa berlaku, bila kami berdua sendiri sampai seminggu tak bercakap walaupon duduk bersebelahan.

Aku masih lagi mencari salah silap aku dimana, sebabnya kerja rumah seperti mengemas dan menyapu, basuh, jemur lipat dan menggantung kain semua aku yang buat termasuk baju sendiri anak anak dan dia. Ni bukan cerita nak up diri, tapi dia yang mengaku aku yang buat semuanya dari mula mula kahwin. Dia cuma perlu iron baju kerja dan masak kadang kadang. Aku pula akan tanya, nak masak tak harini, kalau tak nak memang aku akan beli sahaja dan dia tak perlu masak.

6 tahun perkahwinan, tak sampai 10 kali dia buat kerja rumah walaupon baju dia sudah dilipat, sengaja aku tinggal disitu untuk simpan dalam almari tapi tetap tak bergerak walaupon dah 2 minggu. Dia lebih banyak jaga anak dari aku sebab tu aku tak kisah sangat tentang kerja rumah. Tapi aku juga sama sama jaga anak dan uruskan anak seperti mandi dan suap makan serta ajar anak.

Aku tak berkira untuk anak dan isteri, apa saja yang mereka nak makan aku akan penuhi. Gaji tidaklah besar sangat dengan setahun 3 kali pulang dari borneo, duit banyak habis untuk tiket flight sampaikan sejujurnya aku dah kerja 8 tahun tapi tiada simpanan.

Tapi alhamdulillah semua cukup setiap bulan cuma aku ni suka berbelanja untuk anak dan isteri kalau ada lebihan wang sebab tu takda simpanan dan untuk aku tak kisah pon untuk aku tak ada apa. Cuma yang aku terkilan, sampai sekarang tak dapat nak belikan barang kemas untuk isteri walaupon dia tak pernah minta. Cuma mak cik aku ada bagi seutas gelang tangan dia untuk isteri aku sebagai hadiah.

Baiknya keluarga aku sampaikan aku anak saudara sendiri tak pernah dibagi apa apa tapi isteri dibagi pakaian dan banyak lagi barang lain tapi aku tak kisah asal dia bahagia. Bab hubungan pula agak dingin, kadang kadang sebulan hanya sekali atau 2 kali sahaja itu pon selepas berkali kali dipujuk dan kadang kadang tiada langsung pon pernah.

Tapi lain pula sekarang, sebab isteri nak hamil anak ke-4, bersungguh sungguh dia minta sampaikan aku rasa aku ni hanya diperlukan bila nak zuriat. Bila sudah mengandung dia banyak memberi alasan bila nak berhubungan. Lepas bersalin dia akan berpantang 150 hari, aku tak kisah pon sebab untuk kesihatan dia juga tapi lepas pantang pon dia endah tak endah ja dengan aku.

Dah hampir 2 bulan aku duduk dirumah mentua musim PKP ni sebab tak dapat balik ke borneo. Dan isteri aku kembali dengan perangai diam dia bila ada yang tak kena. Masalahnya aku pon tak tahu salah apa yang aku buat sampai 2 minggu kami tak bercakap sedangkan aku sudah buat kerja rumah walaupon dirumah mentua.

Cuci, lipat pakaian, urus anak dan aku dah turuti semua kehendak apa yang dipesan, semuanya aku beli walaupon terpaksa meredah di musim PKP ni. Sejujurnya bila jadi begini terus akan datang 1 perasaan tawar hati dengan isteri. Aku hanya bertahan untuk anak anak saja sebab bila jadi begini dan anak anak buat perangai.

Dia akan marahkan anak anak sebab em0si tak stabil sebab berdiam diri dan tidak mahu berbincang apatah lagi bercakap, hanya memendam perasaan. Aku terima ujian ini dengan redha. kedua-dua keluarga sangat baik, aku tak sanggup nak lukakan hati kedua mentua dan mak ayah aku andai jalan perpisahan adalah yang terakhir.

Setiap kali aku terdetik di hati, aku cuba bayangkan wajah keempat orang tua yang akan sedih dan terbayang anak anak aku. Aku juga tak sanggup nak biarkan kedua dua anak kami membesar tanpa cukup kasih sayang ayah dan ibu. Doakan aku kuat agar menjadi seorang suami yang penyabar dan soleh.

Reaksi warganet

Dzarul Azfan Dasuki – Bang, kau wasap je dia. Dah dia tak nak bercakap kan? Kau ckap jela, “Abang dah tawar hati la camni, kalau rasa syurga bukan kat abang lagi, awak buat la cara awak. Saya pun ada perasaan, penat nak jaga anak, jaga rumah, nak jaga awak lagi. Esok lusa saya dah tak ada, jangan mse tu nak mintak maaf”. Ha tengok dia balas apa.. Payah sangat. Dah tolong buat semua benda kot. Adoila, lemak betul macamni.

Roza Abd Rahman – Ooooo..kacang je masalah kau tu. Kau kena buat suprise sekali sekala dekat bini kau. Tak semestinya gelang emas, istana berlian bagai. Hallaaa tak tahu suprise tu apa.. gugel la suprise tu camne. Takpun kau dah lama tak bawak dia cuti cuti honeymoon atau me time. Maklumlah lelaki Malaya ni jenis direct forward. Reti romantik time bercinta je.

Norman Haris – Alhamdulillah bang confessor… Awak menjalakan tanggungjwb yang betul. Nasihat yang boleh diberi bawalah berbincang. Kalau tak boleh dan segan nak libatkan family bawalah ke kaunselor… Sama ada kaunselor luar atau pejabat agama .. Insyallah cube sehabis baik bang.. Jangan malu Dan segan… Lagi dibiarkan Akan lagi makan hati.. Nanti lagi senang orang ketiga Akan menghasut… Tu jela bang boleh cakap..

Sumber – Haffiz Islamuddin (Bukan nama sebenar) via IIUMC