Disebabkan anak teringin nak ada mainan sendiri. Ibu gigih selongkar sampah untuk turuti permintaan anak.

Fakta Viral

Tak dinafikan lagi, seorang ibu sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak tersayang. Ini membuktikan cinta seorang ibu tidak akan pernah habis dan berakhir. Begitulah seperti perkongsian kisah sedih oleh seorang pengguna TikTok @YoonaAchiee tentang cabaran hidupnya sebagai seorang ibu tunggal membesarkan anak seorang diri. Video pendek itu memaparkan ibu tunggal itu sanggup selongkar dan mencari mainan terpakai di tempat sampah untuk diberikan kepada anaknya, sekali gus membuka mata warganet tentang realiti hidup rakyat yang terjejas di negara kita.

Sanggup cari mainan di tempat sampah

Basuh ‘mainan’ terlebih dahulu

Hasil daripada kutipan tersebut akan dibersihkan dan direndam menggunakan air panas terlebih dahulu untuk menghilangkan segala sisa kotoran serta kuman. Setelah selesai, barulah si ibu akan memberikan mainan-mainan tersebut kepada anaknya untuk bermain bersama.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak tatkala menyaksikan video tersebut. Dalam pada itu, netizen turut mendoakan agar urusan ibu itu dipermudahkan dan semoga lebih ramai lagi yang akan membantu mereka yang memerlukan.

Tulusnya kasih sayang ibu

Tersentuh lihat ujian hidup sis

Sumber: Oh My Media

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pemuda Ini Tetap Hadir Ke Rumah Bekas Isteri Semata Mata Nak Buat Kejutan. Ramai Yang Tersentuh Dengan Usaha Pemuda Ini.

Biarpun telah berpisah dengan pasangan, kasih sayang antara ibu bapa dan anak tak akan terpvtus hingga ke hujung usia. Malah, tanggungjawab terhadap anak-anak tetap berjalan seperti biasa walaupun hak penjagaan dimiliki bekas pasangan.

Baru-baru ini, seorang lelaki membuat orang ramai tersentuh dengan tindakannya yang tetap mendatangi si anak bagi menyambut ulang tahun kelahiran kanak-kanak itu. Biarpun telah berpisah, si ayah telah ke rumah bekas isterinya untuk menghantar hadiah kepada anak mereka. Kongsi lelaki itu, anaknya pernah memberitahu bahawa dia menginginkan basikal sebagai hadiah hari lahir. Berniat membuat kejutan, si ayah awalnya mengaku kononnya tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli basikal kepada kanak-kanak perempuan itu. Lelaki itu kemudiannya berpura-pura ingin pulang ke rumah sebelum mengambil basikal yang diletakkan di sebelah rumah, membuatkan si anak terharu dan memeluk lelaki berkenaan.

“Percayalah nak, sekalipun ayah sudah tidak serumah dengan ibumu dan ayah memang tidak setiap waktu di sampingmu, ayah akan selalu berusaha untuk jadi yang terbaik untuk kalian anak-anakku,” tulisnya. Rata-rata warga maya memuji usaha lelaki berkenaan yang terus menjalankan tanggungjawabnya. Ini baru ayah yang bertanggungjawab, sudah berpisah tapi tetap menafkahi dan menyayangi anak-anak.

Buat yang masih ada pasangan, semoga kekal kerana perpisahan itu sakit, apa lagi sudah punya keturunan

Kalau isteri ada istilah ‘bekas’, tapi anak tiada istilah itu

Sumber : Siakap Keli

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.