Terkedu adik beradik ibu suka hantar benda pelik hanya kerana ibu tak bagi pinjam duit. Rupa rupanya dalam diam nenek ada sorokkan sesuatu. Akhirnya kantoi bila nenek cakap macam ni.

Kehidupan

Assalamualaikum semua. Aku wanita yang dah berkahwin, ada seorang anak umur 9 bulan. Aku tak tahu macam mana nak mula sebab masalah aku ni rumit sangat. Kebelakangan ini,ahli keluarga aku selalu sakit2. Sakit misteri. Ya. Aku terpaksa buat rawatan banyak kali. Semuanya bermula selepas aku SPM. Ayah aku bongakarkan rahsia yang dia simpan terlalu lama pada kami adik beradik.

Dia cakap yang keluarga ibu aku suka sangat main ilmu ni. Tapi mereka tak buat sendiri. Jumpa bomoh. Sebab tu lah kami selalu sakit2. Muntah hijau la, hitam la, pening kepala, sakit perut macam kena apa je, lbm dari aku kecil. Semua tu mak mertua dan kakak2 ipar dia yang jahat buat. Ibu aku ni adik beradik dia perempuan semua. Dia yang hujung2, bawah daripada dia semua boleh dikatakan baik. Yang atas je. Nanti aku bagitau kenapa.

Sekarang bila dah dewasa, aku dengan adik2, suami termasuk anak aku yang kecil tu pun kena. Kesian dia dari lahir tak pernah hidup tenang, kadang2 aku menangis seorang diri fikirkan nasib dia. Apa yang orang buat,tak perlulah tahu. Aku cuma boleh cakap benda tu jahat. Dah tahap sampai main dengan nyawa.

Oklah, aku bukan nak cerita sangat hal2 sihir tu. Biarlah jadi rahsia aku dan keluarga aku. Kami pun takde bukti untuk dedahkan perbuatan mereka. Allah sajalah yang membalasnya. Bila aku tanya ayah aku sebab apa mereka buat macam tu, dia jawab sebab hati.

Ibu aku boleh dikatakan ada pekerjaan yang baik. Selalu travek oversea atas urusan kerja. Anak2 pun kerja elok. Kehidupan kami sederhana je. Tak kaya mana pun. Mereka ni suka pinjam duit ibu. Kalau bertuah badan, dapatlah balik, kalau tak kena halalkan je. Contoh, pinjam rm2k, nak sedepuk, bila nak ganti nak bayar rm100 je sebulan. Berjanggut tunggu nak bayar, tau2 dah mintak pinjam lagi.

Sampai satu tahap ibu dah tak nak bagi pinjam, sebab bertahun tahun tolong, takde apa yang berubah, makin susah adelah. Anak2 mereka dah besar, dah kerja. Tapi tak cukup2. Ibu ni tak sampai hati nak cakap, jenis adik taat. Nenek aku pulak jadi orang tengah tolong mintak pinjam.

Sekarang bila ibu berubah, dah mula menjauhkan diri, mulalah hantar itu ini. Pukau nak bagi dengar cakap la. Duit kwsp pun siap tolong kira dah ada banyak mana. Aku pun tak faham sebab itu kan duit ibu, kenapalah nak sibuk2. Tahu tak macam2 yang ibu lalui untuk sampai tahap ni. Pergi kerja naik public tansport. Dah tua ni baru dapat beli kereta baru rumah baru. Bertahun2 dia usaha nak kecapi semua ni.

Nenek aku main peranan penting sebab dia yang kenalkan benda2 ni pada anak2 dia. Even dia mangaku ada saka. Cuma bila semua dah start kahwin dia tak tunjuk sangat. Ibu aku tau mak dia macam tu, tapi sampai kat dia dengan adik2, tak pernah tengok macam mana nenek aku buat. Renew ‘saka’ dia tu.

Patut lah atuk aku sampai pergi dengar je cakap dia. Buat apa pun tak pernah marah. Anak menantu dia punya life semua dia atur. Kecuali ayah aku, sebab ayah aku memang tegas. Dan dia dah hidu dari awal. Sebab tulah dia dibenci. Aku tak suka nenek dan makcik2 aku bila dapat tau semua ni,tak tahu nak berdepan mereka macam mana.

Aku nak cerita lebih2 pun tak boleh terlalu aib dan terlau panjang, sampai aku ni rasa tak nak balik kampung. Kesian saudara mara yang tak bersalah tu. Raya dah dekat, aku buntu. Pokok pangkal dia sebab duit dan cemburu la benda ni jadi.

Tolonglah jangan dengki dengan kelebihan orang lain. Dengki sampai nak kenakan. Paling teruk bila kau berpura2, solat, mengaji, pergi umrah, post benda2 agama kat media sosial. Tapi kat dalam. Jangan nafas kau dah sampai tekak esok baru nak cari keluraga aku mintak maaf.

– Yang Merana (Bukan nama sebenar)