Terkedu bila tepat 9 mlm laki ni nampak depan mata bakal isteri check in hotel dengan ex. Lepas sejam dia dalam tu rupa rupanya ini yang terjadi.

Kisah Rumah Tangga

Gambar sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Saya pun prnh lalui bende menyakitkan. Cume dlu saya tak confess je. Hehe. Sbb aya takut aya buka aib someone yg saya syg tanpa sengaja. Tapi kali ni saya nk share utk motivate kau and korng yg lain blh ambil sedikit input dari pengalaman aya yg tak seberapa ni.

Yup, saya tau mesti kau rasa sgt trbeban bila ko dpt tau yg kau akan kahwin dgn seorg wanita yg dh hilang kesuciannya. Brcampur baur perasaan kecewa, depress, rasa dikhianati, dlm dilema dan macam macam. Sume perasaan tu ade. Saya tau!

But the thing is, if you are a real gentleman, lelaki islam sejati, kau akan terima wanita tu seadanya. Kau akan jaga maruah dia dan janji utk protect dia if you really2 love her. Everybody make mistakes and deserve 2nd chance. Honestly speaking, bkn sng sorg wanita nk bgtau yg dia dh takde dara kat mane2 laki.

Hatta nk bgtau suami sendri pun fikir beribu kali. If that girl decide to confess to you about her past, thats mean dia mmg betul btul syg dn percayakn kau! Bro, kau kene tau knape dia bgtau kau. Sbbnye dia tak snggup kau tanggung dosa yg dia buat dulu.

Mmg sekarang ni kau sasaran pun, but in other point of view, kau sedang diuji dgn satu ujian yg bkn calang calang org blh tahan. Yelah kan, at some point kau akan rasa kau better dari dia sbb kau tak lakukan perbuatan terktuk tu. Hmm.. Masa saya kena dulu, saya trfikir why shouldn’t i accept her.

Allah yg Maha Suci blh terima hamba dia wlaupun hamba dia dh bersama brkali kali dengan beratus pasangan. Kite ni manusia, penuh dgn cacat cela dan dosa, so apa yg buat kita layak untuk tolak seseorg atas kesilapan dia yg dulu. Mulia sangat ke kita?

Btw lupa nk bgtau yg saya ni hafiz Quran. tak ade la nk kata aya ingat 30 juzu tapi aya prnh hafal Quran. Dan saya sendiri tak sangka yg saya akan diuji dengan ujian mcam ni. Masa dia confess kat aku, saya trdiam. Tapi sbb nk jaga hati dia aya terus senyum dan comfort dia yg tgah nangis.

Dia sruh saya tgglkn dia sbb darjat kami bgai langit dan bumi. Dia tak suruh pun saya terima dia. Saya geleng dan air mata saya terus mengalir laju. Sedih tgok org yang kita syg tgah down mcam tu. Saya ckp saya terima dia. Masa tu saya nmpk muka dia brsinar wlau mata dia brtakung dgn air mata.

Coz for her, not in a thousand years dia prnh trfkir akan ada lelaki yg terima dia semudah tu. Dia senyum dgn senyuman yg paling manis yg prnh saya tgok. Wlaupun nafas dia masih tersekat sekat. From that moment, mindset aya satu je. No matter what happen, aya janji saya takkan tgglkn dia dan jaga dia sepenuh hati.

Dan akan rahsiakn aib dia dari sespe je. Tapi cerita saya tak habis kat situ je. Klau 1st part yg atas ni kau tak sanggup nk hadap, better benti baca dan tgglkn prempuan tu. Sbb cerita yg saya akan smbung ni mungkin akan jdi kat kau jugak. Hmm.. Sbnrnye bile saya terima dia, ujian tu baru je brmula.

Lpas saya terima dia, lelaki yg rosakkn hidup dia tu datang semula. Nak bakal isteri saya kembali kat dia. Dia kata mnyesal sbb tinggalkan bakal isteri saya dlu. Tak dpt cara lembut, dia ugut macam macam. Nk sebarkn gambar gambar bakal isteri saya yg tak tutup aurat.

Saya nk laporkn kat polis tapi bakal isteri saya ckp tanak. Dia tak snggup klau gambar gambar dia trsebar. Dia ckap dia akan pujuk ex dia tu. Saya pun ikut nasihat dia. Satu hari bakal isteri saya cakap dia nak jumpa ex dia, nk settlekn benda ni. Ex dia nk settle brdua je tanpa kehadiran aku.

Saya setuju tapi tanpa pengetahuan bakal isteri aku, sbnrnye saya follow diorg dari belakang. Diorg pergi tgok wyang, mkn kat tmpt mewah dan br jalan jalan sekitar bandar. Saya tidak fikir yg bukan bukan sbb pd hemat saya mungkin bakal isteri saya tgah cuba nk lembutkn hati ex dia supaya delete gambar gambar tu.

Dari ptg smpai ke mlm saya ekori diorg. Tepat jam 9 mlm, kete diorg brhenti kat dpn hotel di tgah bndr. Hati saya dh mula fikir yg bukan bukan tapi aya cuba istighfar. Sejam diorg dlm hotel tu brsama, dn sejam jugak lah air mata aya brgenang. Saya tak marah, saya kecewa dgn apa yg brlaku.

Saya pun balik rumah sbb saya dh tak tahan dah. Makin lama saya duduk situ, makin sakit saya rasa. Klau ikut hati nk je saya call jbtn agama atau pun serbu je blik diorg. Tapi saya sgt lemah masa tu dan tak mampu nk buat apa ap. Esok tu saya jumpa bakal isteri saya.

Dgn suara yg lemah dan brketar ketar, aya ckap saya nk putus. Dia trgamam. Saya bknnye jenis cpt menghukum cume klau kau jdi saya lah kn. Kau pun mesti akan fikir benda yg sama. Bayangkn lah, kau dh terima dia pun dh cukup baik, tetiba dpan mata kau nmpk bakal isteri kau dok sebilik dlm hotel dgn laki lain, takkan nk suruh saya positive lgi.

Bg saya, dia masih cintakan ex dia. So, better for me to let her go. Dia seolah2 blh baca riak wajah aku. Dia pun mengaya dia tak sengaja bersama dgn ex dia. Saya ulang eh, bersama. Masa tu brderau kat kepala ni. Saya terus pergi tgglkn dia sbb takut saya tak mampu nk kawal diri.

Alasan yg dia bg tu, bg saya sgt lah tdk logik. Dia tak henti henti msg call saya ckp minta maaf sbb dia tak sengaja. Dia ajak brjumpa dan saya pun setuju wlaupun hati aya ni dh tawar sgt rasa. Dia bgtau secara detail apa yg brlaku. Sbnrnye dia bersama dlm keadaan trpaksa sbb ex dia ugut nk sebar gmbr tu.

Dia mmg xde perasaan lgsg masa bersama dgn ex dia. Masa tu saya rasa sgt tertekan. Stiap kali dia sebut prkataan bersama buat saya pejam mata dan ambil nafas pnjg. Dlm hati saya tak henti benti doa, ya Allah ujian apakah yg Kau nk berikan pada saya ni.

Org yg saya akan kahwin, yg saya dh janji tak tgglkn dia, cerita kat saya psal dia bersama dgn lelaki lain sampai sekarang. Saya tak dpt tahan, air mata jantan saya mengalir laju. Dia cuba explain baik2 baik utk buat saya fham dan saya cuba letakkn diri saya kat tmpt dia.

Sblm kitorg pisah, saya tanya dia smpai bila nk mcam ni? Yelahkn, takkan nk biar bende ni brterusan smpai dh kawen. Tapi dia senyap dan tak blh jwab. Lpas tu, saya buat kajian sendiri. Saya search google, majalah, related muvi and stories pasal kes saya ni.

Makin bnyk saya kaji, saya makin faham apa yg bakal isteri saya rasa sbnrnya. Saya jumpa dia semula dan ckap saya terima dia asalkan dia janji takkan ulang benda yg sama. Dia janji dan kitorg pun brtunang. So, bro. Stkt ni kau snggup tak klau bende ni jdi kat kau?

Klau tak snggup, saya nasihatkn kau tgglkn je lah bakal isteri kau tu. Sbb cerita saya tak habis lgi. Lpas kitorg brtunang, ex dia masih tanak lpaskn dia. Mslh ni xde spe pun tau melainkn kami brtiga. Suatu hari, tunang saya ni mintak kbnrn utk jumpe ex dia sbb ex dia nk jumpe for the last time.

Saya tak izinkn dan dia pun setuju je. Tapi saya diuji lgi. Beberapa hari lpas tu baru saya dpt tau yg tunang saya dh kluar pun dgn ex dia. Dan bila saya cek fon dia ada msg psal bersama. Ya Allah, masa tu hncur sangat sangat hati saya ni. Kenapa dia snggup buat saya mcam ni?

Saya syg dia dgn sepenuh jiwa aku. Terima baik buruk dia. Telan segala kesilapan dan masa silam dia wlaupun pahit. Tapi dia khianat aku. Saya trsksa sgt masa tu. Saya simpan marah kecewa aku, saya mintak dia explain. Dia nangis nangis minta maaf tapi dia ckap mmg susah nk resist ajakan ex dia.

Sbb dia prnh anggap ex dia tu mcam suami dlu dan masa hari kejadian dia sedih tgok ex dia nangis2. So, dia turuti semua kehendak ex dia. Dia merayu2 kat saya suruh saya maafkan dia. Kali ni aya btol2 rasa dia menyesal dgn prbuatan dia tapi hati saya brbolak balik.

Masa tu saya trbyang wajah mak aku. Saya menangis. Saya tarik nafas pnjg dan dgn selamba saya ckap saya maafkn dia dan ckap jgn buat lgi. Mesti korg ckp saya dayus, tak cerdik dan dungu. Tapi saya tak kisah, sbb saya dh janji dgn dia yg saya takkan tgglkn dia.

Saya telan kepahitan tu demi dia yg saya syang. Stiap mlm saya doa nangis2 mintak Allah berikan aya kekuatan dan ketabahan utk lalui semua benda ni. Saya mintak dipermudahkn segala urusan aku. Saya jumpa ust2 dan kwn2 saya yg alim utk mintak nasihat agama. Alhamdulillah.

Skrg kami dh kawen pun. Saya syg isteri saya sangat sangat. Kami lupakn kisah lama dan buka buku baru lpas kahwin. Dia seorg isteri yg baik dan sgt taat. Saya sgt bhgia skrg. Allah dh janji bhw slps stiap kesusahan pasti dtg kesenangan. Bro, saya tak suruh kau jdi mcam aku. Saya cume nk nasihat, apa apa pun yg brlaya ada hikmahnya. Makin berat ujian yg kau kena dan kau brsabar dgn ujian tu, makin manis kejayaan yg kau akan dpat. Percayalah..

– H

Antara komen warganet:

Fatma Zehra : speechless…moga Allah jauhkan aku & keluargaku dr ujian & fitnah dunia ini… bila bersama dah jadi perkara biasa…awak..si suami.. tak terasa terhina ke? she has the highest possibility lagi utk bersama ex dia lagi lagi lepas kawen nanti..hukumannye ape dik??. moga Allah ampunkan dosa isteri adik & xbuat lagi..masyaAllah..masih lagi takutt baca

Hulmi Saifullah : Sayang betul ko dengan bini ko, tahniah bro akhirnya da berkahwin.. Tapi kalau sebelum kau kawin, ko confess camni, aku cuma nk cakap : 1) antara ko memang setia tahap dewa atau ko memang terlalu tak cerdik untuk terima dia lagi lepas 2x tipu ko utk bersama ngn ex dia… Bukan tipu biasa biasa keluar dating, tapi bersama..

2) perempuan tu bukan sayang ko mana pun asalnya, dia da lepas rindu ngn ex dia ntah da beberapa kali buat x sengaja ‘last ride’ sebelum dia betul betul nak kawen ngn ko.. 3) semoga berbahagia bro

Huda Engku : Moga sabarmu tinggi, katamu berhikmah. Didiklah isterimu menghindari perbuatan terkutuk tu kerana perbuatan itu bukan terus berlaku begitu sahaja, ia bermula dari hal yang dipandang ringan seperti berbual kosong privately, menonton wayang, dll.

Mula-mula saya rasa kamu sangat tak berguna. Namun Tuhan sudah jodohkan kalian berdua, tentu Dia tahu kamu mampu mendidiknya asal kamu bijak buat pertimbangan, berhikmah dan tak putus usaha dan doa dalam mendidiknya. Jika kamu belum mengahwininya, tentu saya tidak setuju kamu pandang enteng kisah bersama nya yang berulang kali. Kamu sudah mengahwininya, maka saya ucap selamat. Moga bahagia sampai syurga.

Gadis Ini Terkejut Bila Lagi Seminggu Nak Kahwin Tunang Ajak Duduk Serumah. Gadis Ini Menolak. Lepas Je Nikah Gadis Ini Dihenyak Hari Hari Sehingga Satu Hari Dia Datang Bulan Dan Ini Yang Terjadi.

GAMBAR SEKADAR HIASAN.

Assalamualaikum… Tahun ini tahun ke 5 aku berkahwin buat yang kali kedua… Maknanya dah 10 tahun aku bebas… Allah je tahu perasaan aku lepas ex aku jatuhkan talak. Abang aku, mak aku dan ayah aku yang teman aku di mahkamah menangis kesyukuran… Syukur mereka dapat anak mereka semula…

Aku anak perempuan tunggal dalam lima adik beradik… Aku lahir dalam keluarga yang sentiasa menyokong satu sama lain… Tak ada istilah aku perempuan, kerja rumah aku yang buat… Tugas aku dan mak bertumpu pada dapur… Bab2 lain dibahagikan sama rata antara abah dan adik beradik aku…

Disebabkan oleh aku anak perempuan tunggal, aku dimanjakan abang2 aku… Dan tempat mengadu adik-adik aku… Typical middle child syndrome, aku nak apa yang aku nak. Aku keras kepala. Impulsif dan selalu ikut perasaan.

Perangai itu telah membawa aku kepada dia. Ex aku. Ada rupa. Ada gaya. Ada karier. Walaupun keluarga aku pada awalnya menolak dia, disebabkan oleh aku seorang yang go getter, aku mendapat restu ahli keluarga untuk bernikah dengan dia.

Abang aku selalu kata “Apa yang kau nampak pada lelaki chauvanist ni? Dah la adab dengan orang tua kelaut.” Aku hanya jelingkan apa abang aku kata. Apa dia tahu bisik hatiku. Semasa bertunang banyak sangat petanda yang aku tak patut teruskan pernikahan. Dia pernah ajak aku bersedudukan. Katanya kami akan bernikah tak lama lagi.

Aku anggap, oh itu perkara biasa. Lelaki dan nfsu 1 nya. Kasar tutur dan bicara pada aku tak terkira. Alasannya? Tertekan dengan segala urusan bernikah. Sedangkan dari A to Z aku uruskan. Oh ya. Ibu bapanya sudah tiada. Majlis semua keluarga aku uruskan.

Umur 23 tahun, genap setahun setelah aku tamat belajar, aku menjadi seorang isteri. Sewaktu aku masih dalam fasa bulan madu, dia tidak segan menunjukkan perangainya. Suka tengok benda bukan bukan. Aku selalu rasa seperti objek pemuas nfsu. Dalam setiap kali bersama memang sudah tak ada ‘jiwa’. Dan itu hanyalah sekadar menunaikan tanggungjawab aku sebagai isteri.

Belum lagi keresahan bila aku datang bulan. Dia pernah tertangkap ke rumah urut. Katanya aku datang bulan terlalu lama. Tak akan aku ketepikan hukum untuk dia. TAK AKAN. TITIK. Di rumah aku persis Cinderella. Dari sekecil kecil kerja rumah. Sampai la ke sebesar besar kerja rumah. Ya la, rumah itu dia yang beli dia yang bayar. Jadi adil la aku jadi kuli buat segala bala katanya.

Tahi telinga aku dah keras bersama dengan dia. Semua kata kata kesat dan perkataan mencarut jadi makanan telinga aku hari-hari. Asbab seperti teh o kurang manis pun boleh jadi punca aku dipanggil dengan kata kata yang kesat.

Tangan aku penuh warna biru direntap. Berapa kali tumbukan ke pintu dilepaskan betul betul sebelah wajah aku. Berapa kali kerusi disepak sambil kata dia harap dia dapat sepak aku sebegitu. Harta benda yang dipecah dicampak tak usah dikira banyaknya.

Bila baran memuncak, cakap nak bahayakan nyawa aku pun pernah. Selepas dia buat aku rasa macam aku ini kuman yang tak bermakna, dia akan meminta maaf dan buat seperti tiada apa yang berlaku. Allah lindungi aku. Dia tak pernah hinggapkan tangan kakinya pada aku.

Aku bagaikan kudis dalam hidup dia. Saat berat aku hanya 50kg dengan tinggi 167cm, hari-hari dia panggil aku gemuk. Hari-hari aku dipanggil buruk. Tapi yang kelakarnya si gemuk dan si buruk ni la kau henyak hari-hari.

Aku juga dilarang bertemu keluarga aku. Bila dimarah keluarga kerana aku mengasingkan diri, aku tak dapat ceritakan hal sebenar. Kerana aku mahu menjaga air muka ex aku. Bermacam alasan aku beri pada mak, abah, along, angah dan adik-adik. Sampai kering idea. Akhirnya adik beradik pulaukan aku. Aku cuma berhubung melalui telefon dengan mak dan abah.

Setahun hidup aku hanya dia dan kerja. Berkawan pun dikawal ketat. Aku cuma berhubung melalui FB atau whatsapp. Aku diasingkan dari dunia luar. Sampai la satu hari aku dapat tahu perihal perempuan satu lagi. Sejak dari tu aku jadi memberontak. Aku bukan diri aku sendiri. Bila aku dimarahi aku hamburkan semula makian. Bila dia menumbuk pintu, menyepak kerusi meja, aku hanya menjeling dan berkata “Kau jangan ingat aku ni patung yang kau boleh buat sesuka hati… Aku ada abang2 dan adik2 yang boleh buat kau makan pakai straw”…

Aku mula jadi isteri nusyuz. Pulang kerumah keluarga aku tanpa izin. Tak ada setitis pun air mata aku gugur masa ni. Aku dah nekad yang aku nak berpisah. Cuma cara masih kabur. Sampai satu hari setelah setahun setengah, saat beban itu tak tertahan lagi. Aku nangis semahunya pada keluarga aku. Cerita kan semuanya. Penderitaan fizikal dan mental yang aku hadapi. Abang2 aku mula meruap. Mujur aku ada mak dan abah. Mereka yang buka jalan untuk aku. Kumpul bukti kata mereka. Supaya aku dilepaskan dengan ‘aman’.

Setiap kali balik kampung, aku akan pasang spy cam di bilik tidur aku. Aku gunakan telefon pintar yg murah dan aku hubungkan dengan powerbank. Aku letakkan apps spy cam. Camera akan dihidupkan bila ada pergerakan. Dalam kes aku, banyak pergerakan. Patutla mula-mula marah. Lama2 siap tanya bila aku nak balik kampung.

Mula-mula aku nak ambil 3 bulan notis untuk berhenti kerja. Tapi lepas nampak apa yang aku nampak, setiap hari macam neraka dekat rumah tu. Aku terpaksa ambil 24jam. Mujur aku ada saving. Dapat la aku bayar balik bekas company aku.

Lepas ex aku pergi kerja, aku pack barang. Abang2 aku ambil dekat rumah. Kami buat report polis tentang apa yang dia pernah bagi. Dan alhamdulillah ada bukti di whatsapp. Jadi aku keluar rumah dengan report polis untuk bukti dimahkamah kalau diperlukan. Nombor telefon aku deactivate dan tukar baru. Aku block dia di socmed. Lepas dah sampai rumah keluarga aku, aku hantar email kat dia. Email video aksi dia. Dia merayu dimaafkan seperti selalu. Aku tak akan pandang belakang. NEVER.

Segala urusan nak berpisah aku buat. Sedara aku selaku peguam shariah banyak bantu dan beri nasihat. Aku langsung tak ada berurusan dengan dia. Video itu jadi benda utama perundingan untuk dia lepaskan aku secepat mungkin.

Sedara aku berunding dan cakap dengan dia. Kalau dia tak nak lepaskan dan aku tuntut fasakh, segala video dia hakim akan tengok sebagai bukti tuntutan fasakh aku. Kisah dia akan jadi bualan dalam mahkamah sebab dalam mahkamah bukan kami sahaja. Ada ramai lagi pasangan lain dalam tu. Jadi dia pilih lepaskan aku secara aman. Tepat usia aku 25 tahun aku dilepaskan.

Pasal dia menangis merayu depan rumah. Datang cari aku. Merayu kat mak abah aku. Malas aku nak cerita. Semua tu adalah tangisan buaya. Tiada benda yang lebih palsu dari tangisan dia. Kisah aku tak habis disini. Walaupun aku benci dia. Tapi tak adalah aku terus move on 100% lepas berpisah. Sebulan juga aku macam patung hidup. Tak ada arah tujuan. Salahkan diri aku sendiri.

Kemudian aku dapat kerja baru. Mula berjumpa kawan kawan lama. Yang paling penting setiap hari aku dihiasi kasih sayang dari keluarga aku sendiri. Aku baru faham kenapa Allah tak kurniakan aku anak walaupun aku pernah berdoa setiap hari untuk zuriat dulu. Tanpa zuriat aku boleh terus padam dia macam dia tak wujud pun. Dengarnya setahun lepas berpisah dia dah berkahwin. Selebihnya tak tahu la apa cerita.

Hidup aku sesudah dia dihiasi travel log. Dihiasi kisah2 manis aku dengan kawan2. Trip umrah kami sekeluarga. Aku cuba scuba diving. Aku cuba hiking. Aku ingatkan hati aku dah padam untuk cinta. 5 tahun lepas bergelar janda aku bernikah sekali lagi selepas berkali kali istikarah sebelum dirisik keluarga dia. Tak ada mimpi ke apa. Cuma Allah berikan perasaan kasih dekat suami aku.

Aku pernah cakap dulu dengan suami aku yang aku janda dan pernah berkahwin. Muka dia macam terkejut. Kemudian dia cakap tak apa. Yang penting bukan bini orang. Dan ketawa. Dia kata dia tak akan bincang kisah lampau melainkan aku mahu. Aku betul2 ingat dia akan reject aku.

Aku masih ingat masa dia bawa aku ke kenduri kesyukuran mak dan ayah dia balik dari haji. Kami memang klik. Keluarga dia sangat mesra. Hari dia merisik, abah aku cakap yang dia tak nak letak kan hantaran sebab aku janda. Mak dia kata kami nak beri hantaran sebanyak rm1x, xxx. Dia menantu sulung kami. Orang nak beri, kita merasalah.

5 tahun post marriage. Dulu aku tak pernah rasa aku akan jumpa seseorang lagi. Ada masa aku memang putus asa. Benci lelaki. Nak hidup solo forever. Tapi hati kita ni milik Allah. Sekarang anak dah seorang. Kadang2 termenung juga. Umur 35 anak baru satu. Kawan aku ada yang dah sampai empat anak. Tapi siapa aku nak menidakkan perjalanan hidup yang aku pilih sendiri. First time kahwin dulu taknak pulak buat istikarah kan. Padan muka aku. Naluri Allah dah bagi tapi nak ikut keras kepala.

Tapi aku terima kepayahan aku jadi mak di usia lanjut. Sekarang aku rapat dengan keluarga aku. Suami aku pun walau kadang2 ada juga la gaduh. Aku terima semua baik buruk dia. Selama dengan dia lagi banyak suka dan hanya sedikit sangat dukanya.

Kalau dulu hidup aku ditanggung ex aku semua. Tapi bahagia tak ada. Sekarang ni, walaupun perbelanjaan kena 50-50, sikit pun aku tak kisah. Duit boleh cari. Kebahagiaan tu susah sikit. Kisah aku tak tahu la bahagia sampai bila sebab semua ni pinjaman Allah swt. Yang pasti kalau pisang berbuah dua kali, saving aku dah ada. Escape plan dah ada. Dan aku tahu aku ada keluarga yang selalu menyokong aku dalam susah atau senang.

Mak mertua aku pun feminist. Kalau anak dia buat hal, anak dia yang kena kitai. Kitorang kamceng. Jari kelinking dah paut dah sejak aku kahwin dengan anak dia dulu. Panjang cerita aku kan. Syukur masih ada lagi happy ending. Aku doakan semua isteri atau suami yang jadi sasaran suami domestik dapat mencari jalan keluar. Dan kamu dapat sokongan yang kamu perlukan. Kalau tidak dari keluarga harap ada NGO yang sanggup bantu.