Terkedu bila tiba tiba Yusry tampil bongkarkan sesuatu tentang rumahtangganya dengan Lisa. Rupa rupanya ini yang berlaku antara dia dgn Lisa.

Artis

“ Sayang, kita sudah hidup bersama selama tujuh tahun. Sudah pasti dalam mana-mana perkahwinan ada masa susah dan senang. Saya sangat cintakan awak. ” Selamat Hari Kita 7,” kata pelakon dan pengarah terkenal Yusry Abd Halim sempena meraikan ulang tahun perkahwinannya yang ketujuh bersama pelakon popular Lisa Surihani.

Yusry, 45, menerusi Instagram berkata, dia bersyukur kerana mereka dapat melalui segala cabaran dan ikatan rumah tangga mereka semakin kukuh setiap hari. ” Sayang, we’ve been together for 7 years. Of course in any marriage there’ll be good times & bad. But looking back, I’m thankful that we went through it all together and came out stronger with every passing day. Thank you for being there for me & the kids. I love you so much Selamat Hari Kita 7″,  itu kapsyen penuh yang ditulis Yusry.

“ Terima kasih kerana berada di sisi saya dan anak-anak kita,” tulisnya. Lisa, 32, juga memuat naik beberapa gambarnya dan Yusry mengimbau kenangan dalam perhubungan mereka dulu di akaun Instagram miliknya. “ Saya sangat berterima kasih kerana kita dapat mempelajari untuk mengukuhkan cinta dan nilai positif dalam perhubungan. Ia perjalanan cinta yang sangat menarik buat dua individu yang berbeza seperti kita.

“ 23 February 2019 : 7 tahun lalu dan seterusnya. Selamat Hari Kita, Yang.” tulisnya. Perkongsian Yusry dan Lisa itu turut mendapat perhatian daripada rakan artis dan peminat yang turut mendoakan perkahwinan pasangan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Yusry dan Lisa berkahwin pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yahaira Leanne dan Yusof Leonne. ” Yusri.. lisa tengah hot n single n sangat preety sewaktu decide u hubby dia.. now dh dpt sepasang anak.. bhgia nyer.. so please jaga lisa like a beauty princess in heaven.. alhamdulillah..”

” Semoga rumah tangga subur rasa cinta dalam sakinah mawaddah dan rahmah hingga jannah Nya. Aamiin..” ” Happy anniversary yang ke7 kak @lisasurihani & abg @yusryabdhalim ..moga masjid yang dibina berkekalan & bahagia selalu…” ” Happy anniversary Yusry n Lisa…semuga kekal bahagia hingga Syurga. Very loving couple. Nice to see U together..”

Pelakon Lisa Surihani mengimbau kenangan dan perasaannya sewaktu pihak keluarga Yusry Abdul Halim datang menghantar tanda melamarnya pada 21 Disember 2011. Menerusi perkongsian di akaun Instagram (IG) peribadinya, Lisa Surihani memuat naik foto mereka berdua ketika majlis tersebut.

Lisa Surihani menceritakan bagaimana dia bersetuju untuk menerima lamaran tersebut. “ 21 Disember 2017 – Hari Hantar Tanda. “ Ini ketika Yusry baru sahaja sampai selesai acara tersebut. “ Dia tunggu di luar masa pihak keluarganya melamar saya. “ Saya kenyit mata senyum tanda setuju. “ Perasaannya sangat gembira bila kami buat persiapan untuk majlis nikah dan resepsi yang berlangsung pada Februari 2012.

“ Puas ada. Teruja pun ada. “ Keluarga dan kawan rapat semua ada bersama ketika itu. “ Banyak kenangan manis pada hari itu,” tulisnya. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: hmetro & IG Yusry via Newsviral

Lisa berhijab bukan kerana suami

PELAKON popular Lisa Surihani menjelaskan dia berhijab bukan disebabkan permintaan, saranan atau mengikut kehendak suaminya, pengarah juga bekas anggota kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim. Bintang utama filem Istanbul Aku Datang itu sewaktu ditemui di sesi rakaman program Tanya Doktor Imelda menegaskan, keputusan diambil untuk memakai hijab tidak dipengaruhi oleh sesiapa.

“Begitupun saya dapat berasakan yang suami mahu saya membuat keputusan sendiri. Yusry juga mahu saya melakukannya (berhijab) atas sebab yang betul,” katanya. Ditanya apa kata Yusry sebaik melihat dia sudah berhijab, Lisa mengambil pendekatan untuk tidak memberi kenyataan mewakili suaminya sebaliknya menyarankan supaya ia ditanyakan sendiri kepada tuan punya badan.

Kata Lisa, dia juga tidak meletakkan pemakaian hijab sebagai sebahagian daripada fesyen mahupun gaya sebaliknya mahu tampil lebih baik berbanding sebelumnya. “Kalau hendak diikutkan saya belum bersedia untuk berkongsi foto terkini sekembali dari Tanah Suci. Bagaimanapun mengenangkan kepada komitmen dan kerjaya seni selepas ini membuatkan saya melakukannya juga demi kerjaya.

“Alhamdulillah saya menerima banyak komen positif mendoakan yang baik. Begitupun saya tidak mahu memikirkan komen pesimis yang dimuat naik pengikut di laman sosial,” katanya. Lisa membuat kejutan kepada peminat apabila

memuat naik gambarnya berhijab selepas menghadiri sidang media sebuah aplikasi sosial di ibu kota baru-baru ini. Spekulasi mengenai penghijrahan pelakon popular itu mulai diperkatakan apabila teman artis Intan Ladyana memuat baik foto bersama Lisa yang sudah berhijab beberapa hari lalu.

Terima kasih, Lisa Surihani!

“TERIMA kasih kak Lisa, saya hargai pemberian itu dan hanya Allah SWT saja dapat membalasnya,” kata seorang gadis hanya mahu dikenali sebagai Huda, 24, selepas menerima hadiah telekung dipercayai pemberian pelakon popular, Lisa Surihani.

Huda yang menetap di Ayer Keroh, Melaka berkata, dia menerima kiriman mesej menerusi Instagram (IG) tengahari, semalam daripada sebuah jenama telekung terkenal memaklumkan seorang hamba Allah berhajat menghadiahkannya telekung.

Menurut Huda, dia yakin hadiah itu adalah pemberian Lisa Surihani kerana ada tinggalkan komen di ruangan Insta Story aktres terbabit, malam kelmarin. “Selepas pulang menunaikan umrah, saya kehilangan salah satu bagasi dan hanya menyedarinya ketika berada di lapangan terbang sebaik tiba di tanah air.

“Kebetulan, bagasi itu berisi telekung sama dipakai Lisa Surihani dalam gambar dimuat naiknya di Insta Story. “Gambarnya mengingatkan saya pada telekung yang hilang itu dan tanpa berfikir panjang, saya terus tinggalkan komen di ruangan berkenaan.

“Niat saya hanya untuk berkongsi perasaan sedih kehilangan telekung berkenaan selain memberitahunya yang kami menunaikan umrah pada waktu sama tetapi tidak berkesempatan untuk bertemu di Tanah Suci,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Huda berkata, dia tidak sangka komen itu mendapat perhatian hingga ditawarkan hadiah telekung daripada jenama sama. Lebih membuatkannya terharu apabila diberi peluang memilih jenis telekung diinginkan.

“Walaupun wakil jenama itu tidak menyebut nama Lisa Surihani secara khusus, saya percaya hadiah itu daripadanya. “Ini kerana saya hanya tinggalkan komen itu di Insta Story beliau, bukan orang lain. “Jujurnya, saya sedih selepas kehilangan telekung itu kerana ia dipakai ketika pertama kali menunaikan umrah bersama keluarga, jadi ada nilai sentimental di situ.

“Untuk membeli telekung jenama sama, saya tidak mampu buat masa ini tetapi rezeki saya agaknya apabila menerima hadiah berkenaan daripada Lisa yang juga pelakon kegemaran sejak dulu lagi,” katanya. Kisah Huda mendapat perhatian warganet selepas adiknya berkongsi mesej kirimannya kepada aktres di IG dan tawaran diterima daripada jenama telekung berkenaan.

Rata-rata warganet memuji tindakan Lisa Surihani dan menyatakan Huda sebagai gadis bertuah kerana menerima hadiah pemberian pelakon berkenaan. Sehingga kini, hantaran itu menerima lebih 12,300 ulang ciap dan hampir 10,000 tanda suka.