Terkedu mlm prtama isteri nekad tidur dalam toilet sebab tak tahan dengan apa yang suami buat. Rupa rupanya ini yang suami buat masa mlm tu sampai isteri sanggup mlm pertama dalam toilet.

Kisah Rumah Tangga

Terkedu mlm pertama isteri tidur dalam toilet sebab tak tahan dengan apa yang suami buat. Rupa rupanya ini yang suami buat masa malam pertama tu sampai dia sanggup malam pertama dalam tandas.

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Dia dan madu aku banyak travel dan diaorang 1 team. Masa malam dia kena tangkap basah tu aku memang tak tahu lah kan cuma aku ada rasa tak sedap hati bila dia tak call atau msj aku 1 hari. Esoknya aku masuk office petang sebab aku halfday. Bila aku masuk je semua orang dekat deptartment aku pandang aku dengan pandangan aku tak dapat tafsir.

Aku mula ingt aku ada buat salah. Tapi tetiba dapat call dr manager HR suruh jumpa dia. Dari situ la aku tahu suami aku dah bernikah dengan madu aku. Aku ? Jantung aku gugur waktu tu. Tapi yang aku tahu air mata aku sikit pun tak jatuh gais. Cuma aku rasa remuk hati aku. Rasa skit yang mana air mata pun tak mampu nak keluar. Oh ya masa kena tngkap basah tu diaorang tengah outstation la.

Macam mana boleh jadi macam ni ? Aku rasa aku yang terlalu baik hati. Hahahaha. Hurmm. Baik hati macam mana ??? Aku dah lama tahu madu aku suka dekat suami aku. Sebab aku perempuan. Kita perempuan ni sense dia lain sikit kan. Boleh tngkap dengan cepat.

Tapi aku baik hati. Aku cuma cakap dengan suami aku. Hati2 jelah dengan madu aku tu. Jangan sampai tersuka bila dh kerja sama2 tu. Tapi tak sangka la tngkap cintan jugak diaorang berdua ni. Aku tahu suami aku dulu suka tumpang kereta madu aku sebab suami aku pakai motor pergi kerja tapi kalau pergi luar negeri.

Suami aku banyak tumpang kereta kawan2 team dia. Jadi madu aku salah sorangnya lah. Pernah jugak sekali madu aku jemput suami aku bawak pergi balik kerja around 1 bulan kot sebab suami aku punya motor rosak. Aku dengan rasa baik hatinyaaaaaa(sekarang baru rasa kebodhan dia) okay je bila madu aku buat macam tu.

Katanya suami aku. Madu aku je yang sanggup nak jemput hantar dia. Aku ada fikir lain tapi aku tepis perasaan tu sebab aku rasa tu je jalan yang ada. Yelah aku pun tak nak fikir panjang sangat sebab nanti boleh bawak gdh pulak dengan suami. Aku tak nak cerita panjang sangat pasal ni. Tapi inilah jugak antara salah 1 sebabnya diaorang boleh bercinta belakang aku.

So next apa yang berlaku lepas diaorang nikah tu. Mak ayah aku nak batalkan semua majlis dan keluarga pihak laki pun redha kalau aku nak batalkan. Tapi aku ? Baik hati lagiiiiiiiii(geram dengan diri sendiri) sebab nak jaga dua2 belah pihak punya muka.

Aku mintak teruskannnnnnn. Yes gais. Aku teruskan. Bdoh sangat aku rasa. Aku tak tahu la kenapa aku boleh bertindak macam ni. Cuma waktu tu aku banyak mengalah. Mungkin sebab aku tak dapat fikir panjang dah. Aku tak nak semua malu. Aku tak nak menyusahkan siapa siapa.

Jadi aku tetap teruskan pernikahan aku dengan suami aku. Yupp tahun lepas bulan 1 aku sah jadi isteri kedua suami aku. Macam tu lah aku dapat title isteri kedua. Setelah 7 tahun bercinta 8 bulan bertunang. Akhirnya aku jadi isteri kedua. Pathetic thing happen in my life.

Aku sebenarnya dah tawar hati dengan suami waktu akad nikah. Aku rasa kosong. Bukan ini yang aku nak. Aku betul2 tak dapat terima kenyataan aku kena hadapi benda ni. Tapi aku buat fake. Aku buat lagak aku yang aku OK. Tapi sedangkan semuanya tak ok. Malam lepas majlis. Aku terus buat beberapa perjanjian dengan suami.

Orang kata kalau ada 2 isteri ni. Kena adil kan? Tapi aku kategori baik hati + tawar hati aku cakap aku nak dia duduk dengan aku 1 hari je dalam sebulan. Hari apa yang dia nak duduk tu ikut lah dia nak bila. Tapi selebihnya memang aku tak kasi dia masuk rumah.

Kami dah ada rumah sewa gais dan nasib baik rumah atas nama aku dan kunci semua aku pegang. So dia memang tak boleh buat apa. Nafkah tu ikut mana yang dia mampu. Aku pun tak kisah sangat sebab aku ada saving aku sendiri dan aku ada pendapatan tetap. Dan ada lain2. Malam dia dengar perjanjian aku tu. Dia nangis teruk. Dia mintak maaf sujud dekat kaki aku.

Aku tak nangis pun. Aku pandang dia macam tin kosong je. Lalu sepi je dekat telinga aku dengar dia teresak2. Dan malam tu jugak aku sanggup tidur dalam bilik air gais. Sebab tak nak dia sentuh aku. Aku tahu aku dah jadi isteri yang drhka masa first nikah. Tapi aku boleh buat apa. Aku pun manusia biasa. Yang sedang terluka hati dan perasaan.

Setahun lebih dah aku dengan suami aku macam ni. Kami memang macam orang asing. 1 hari yang dia duduk dekat aku tu hanya cukup syarat je. Aku balik kerja dia tak balik lagi. Aku akan tidur bilik no 2 dengan kunci pintu. Aku tetap masak dan basuhkan baju dia.

Esoknya dia akan balik dekat madu aku. Aku sekarang lagi banyak berdikari. Semua aku uruskan sendiri. Suami pun bagi nafkah. Aku simpan je duit tu. Sebab aku tahu madu dengan suami aku lagi memerlukan duit lagi2 madu dah nak hampir dengan due date.

So incase diaorang tak ckup duit. Aku boleh pulangkan balik duit suami aku tu. (Baik hati lagi kan aku ni ?) Penerimaan keluarga. Masa mula2 dulu. Mak ayah aku dengan adk beradk aku memang langsung tk nak pandang muka suami aku. Apatah lagi nak berborak. Dan raya tahun lepas n tahun ni aku raya dengan family je tanpa suami. Aku kan isteri kedua. Korang faham jelah. Hahahaha. Apa boleh buat. Dah nasib.

Side mentua aku dengan ipar aku. Alhamdulillah diaorang semua syang aku. Mungkin sebab serba salah anak dan abang diaorang buat aku. Tapi aku banyak kali cakap. Benda dah lepas jangan diungkit. Mak mentua aku manjang nangis je kalau jumpa aku. Peluk aku. Cium aku.

Aku tahu hati kecil mak mentua aku masih lagi rasa bersalah. Tapi aku nak diaorang redha je. Biar aku je rasa macam ni. Masa first2 aku tengok family in law aku layan madu aku agk teruk. Tapi aku pujuk diaorang jangan buat macam tu sebab dia manusia jugak. Aku ?? Dari first sampai hari ni aku tak pernah bercakap pun dengan madu aku. Hahahahaahahahah.

Balik kampung suami pun. Aku akan tidur hotel dengan adk ipar perempuan aku. Mungkin sebab adik ipar aku sama baya dengan aku. Jadi aku selesa dengan dia. Thank you Ima for understanding me. Hehehe. And actually ayah aku ada cakap dengan suami aku. Kalau rasa tak mampu jaga dua isteri.

Pulangkan balik anak dia. Suami aku terkedu sebab aku tak pernah pun nak mintak berpisah atau fasakh. Bagi aku biar dia sendiri tentukan. Hak berpisah kan hak lelaki. Huhuhuhu. Aku ada jugak tunggu kata2 tu dr dia. Tapi tak ada pun so aku pun buat donno jelah.

Cuma bila bapak aku ada cakap macam tu dia ada tanya aku. Apa pilihan aku. Aku cakap terus terang pada dia. Aku pun tak rasa hubungan ni kekal sampai bila2. Jadi aku serahkan kata2 tu dekat dia. Dia nampak faham tapi tak tahu la kan. Dia faham ke idok. Secara jujurnya. Aku pun tak ada rasa syang dengan dia. Hubungan kami atas nama suami/isteri je. Tapi bagi dia. Aku tak tahu la kan.

Aku sekarang masih lagi boleh bernafas sampai hari ni. Alhamdulillah. Allah bagi ujian ni pasti ada hikmahnya. Walaupun ramai kata aku tak nampak ada suami tapi aku tetap jugak mintak kebenaran kalau nak keluar ke apa. Hubungan aku dengan madu memang tak pernah baik.

Madu pernah bercakap dengan aku tapi buat macam angin lalu. Aku tak jahat gais. Cuma aku tak rasa nak berbaik lagi. Hati aku ni masih lagi berbekas. Mungkin sampai bila2 pun takkan pulih. Hubungan dengan suami pun macam dengan madu. Cakap benda yang perlu je.

Tak ada mesra macam orang lain. Masing2 banyak senyap kalau balik rumah mentua/kg dia. Dia ada jugak banyak kali tarik perhatian aku. Tapi macam aku cakap kan . Aku rasa betul2 kosong. Apa je dia cuba buat tu semua aku pandang nothing. Empty.

Aku banyak dengan kehidupan aku sendiri je. Sikit pun aku tk sentuh kehidupan suami dan madu aku. So akhirnya. Aku jadi macam ni lah. Seorang isteri kedua yang sedang bangun sikit sikit untuk jadikan diri ni kuat. And korang boleh tak tolong doakan supaya hati aku terus kuat untuk berjalan kehadapan tanpa jatuh ? Macehhhh if you do that. Aku harap ada pengakhiran yang adil untuk aku. Huhu.

Untuk perempuan diluar sana. Mungkin hari ni hari korang buat macam tu pada orang macam aku tapi dunia sentiasa berpusing girlssss. Watch outttt. Untuk yang seiring dengan jalan cerita aku. Jom lah kita sama2 naik menghadapi dugaan ni. Mungkin kesilapan kita yang lalu buatkan Allah jadikan ujian ni sebagai peringatan. Siapa tahu ? Moga semuanya baik baik sahaja. Moga Allah sentiasa jaga kita. Aminn.

Untuk lelaki diluar sana. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Tapi jangan sakiti perempuan macam binatang. Kalau kau yakin kau nak. Kau buat betul2. Kalau tak nak tak payah. Kan senang ? Jangan nak tunjuk handal sangat.

P/S: Hikmah poligami amat murni kerana ia sepatutnya mendekatkan lagi hubungan, sekali gus mengukuhkannya dan bukan menjarakkan hubungan kekeluargaan. Jadi dalam proses membina keluarga yang lebih besar ini saya berpandangan suami perlu mendapatkan persetujuan isteri pertama kerana hanya dengan cara itu matlamat poligami yang dianjurkan Islam dapat dicapai. Bahkan, ia amat penting dalam memupuk persefahaman dan mengurangkan konflik di antara pasangan,”

Sumber: ceritaohsem

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih !

Suami Sibuk Nak Minta Kahwin Kahwin Lain. Tapi Respon Isteri Biasa Je. Pelik Malam Tu Tiba Tiba Isteri Minta Bakal Madu Bermalam Dengan Dia 1 Hari. Mengejutkan Lepas Bermalam Ini Yang Jadi Pada Bakal Madu Sampai Tak Jadi Nak Kahwin.

Malam tu , malam yang paling sukar. “Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur.

Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri.

Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar benar membuatkan dirinya lemah.

“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah. “Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,”. Masih terngiang ngiang bicara lunak Qis.

Panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi pagi, selesai solat subuh, cepat cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar benar menjerat hatinya.

“Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu terlebih dahulu”. Lembut dan tenang sayup sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” Pelik benar permintaan isterinya. Hendak dibuat apakah pada buah hatinya itu?. Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur.

Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu dulu. Zaman sekarang ni, isteri isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu.

Kecctan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah. “Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. “Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis. “Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?” “Takutlah Qis, silap haribulan dia bnuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.

“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham,” Qistina mengalih pandangannya. Mahu buat apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu.

Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya.

Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji.

Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah. Tit tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. “Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang”. Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang… Asraf Mukmin dibru kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

Pertama : Dengan ukuran badan ala ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke nrk kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi Abang nak menggalas dosa orang lain. Aliyah sayangkan Abang…

Kedua. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak anak kita. Aliyah sayangkan Abang…

Ketiga. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung… Aliyah sayangkan Abang…

Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang… Aliyah sayangkan Abang…

Tetapi jika Abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan Abang. Tetapi, jika Abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg. Tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah. Salam sayang, Aliyah Najihah. Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!

Kredit : Fenomena Malaya

Lepas Mlm Pertama Suami Dh Tknk Sentuh Bini. Masa Bulan Madu Pun Suami Buat Taktau. Bila Bini Tanya Baru Lah Bini Dapat Jawapannya Kenapa Suami Dah Taknak Sentuh Dia.

Assalam Admin. Saya ada benda nak berkongsi. Tapi macam malu sangat nak cerita kat orang. Harap kalau bagitau kat sini ada lah yang sudi dengar dan beri pendapat tanpa judge saya. Saya baru berkahwin 6 bulan lepas. Isunya di sini, suami tak nak sentuh saya. Selepas malam pertama kami, dia tak sentuh saya dah. Masa honeymoon pun dia buat tak endah.

Bila saya tanya barulah saya dapat tahu. Rupanya suami geli dengan bulu roma pada badan saya. Katanya dia jijik. Tak sangka ada perempuan yang berbulu lebat macam saya. Saya memang berbulu di seluruh badan. Ya, seluruh badan! Saya sedih sangat. Saya memang dilahirkan macam ni. Apa saya boleh buat?

Bila saya jumpa doktor, doktor cakap saya takde masalah. Saya cuma ada sikit hormon imbalance yang mana hormon testosterone saya lebih sikit dari perempuan biasa. tapi doc kata tak lah sampai tahap teruk atau bahaya sebab dia kata kalau kes teruk perempuan tu memang dah macam lelaki dah – suara agak garau etc etc. Doc kata ini hirsutism tapi yang jadi kat saya ni adalah hirsutism paling minima.

Kalau hirsutism teruk ada yang sampai boleh jadi mandul tapi doc kata saya tidak. Masih normal dan memang tak ada apa masalah. Saya terangkan pada suami. Dia kata dia faham tapi dia tetap tak boleh buang rasa jijik tu. Kalau bahagian kaki dan bawah lengan memang takde masalah untuk saya nak cukur ke guna epilator semua.

Dan memang saya sentiasa pastikan bahagian yang perlu shave ni saya shave sentiasa. Leceh memang leceh tapi saya anggap semua ni pengorbanan untuk suami. Sayangnya, dia tetap tak pandang pun. Dan dekat bahagian lain macam mana? Belakang badan saya pun berbulu. Walaupun bulu halus lembut dan bukannya kasar bergulung, tetap nampak kat mata. Dan sebab tu suami jijik.

Saya pernah tanya tempat yang ada laser. Katanya boleh buat tapi bayarannya cecah puluhan ribu. Dan hasilnya belum tentu permanent walaupun iklannya kata permanent. Mereka kata kalau bulu banyak sebab hormon, cuma boleh buang je lah. Sebab selagi hormon tak balance memang takkan hilang bulu. Kalau pergi buang selalu entah berapa lagi lah kosnya.

Kalau saya berduit memang saya tak kisah. Tapi saya memang takde duit sebanyak tu. Dan sebelum kahwin saya dah resign kerja sebab suami tak bagi kerja. Dan lagi, suami pula hanya tahu complain tapi bila saya cakap dengan dia tentang kos takde pulak dia kata nak tolong bayarkan ke apa.

Saya tak faham perangai dia. Sebelum kahwin dia pernah nampak saya berlengan pendek dan nampak bulu roma lebat di tangan saya. Tapi dia tak kata apa. Di muka dan leher saya pun kalau duduk sebelah saya boleh nampak bulu roma halus. Dia nampak je selama ni tapi tetap teruskan masuk meminang dan kahwin dengan saya. Kalau jijik kenapa tak dari dulu jijik? Kenapa tiba2 nak jijik?

Bila saya persoalkan dia diam je. Tak kata apa. Maaf kalau terlalu open tapi orang yang dah pernah merasai hubungan intim mesti faham apa rasanya bila disentuh cuma sekali dan seterusnya tak dapat. Dan dengan hormon imbalance saya ni memang saya akui nafsu drive saya lebih tinggi dari perempuan biasa. Sungguh saya terseksa bila jadi macam ni.

Saya cuba tutup kekurangan yang satu ni dengan cuba untuk jadi isteri terbaik. Masak untuk suami, sediakan makan pakai dia, give up kerjaya untuk jadi suri rumah sepenuh masa supaya boleh kejar syurga dengan melayan suami. Akhirnya hampa.

Suami makan pun tak pandang muka saya. Lepas saya salam dia lepas solat atau bila dia pergi dan balik kerja takde pun dia nak cium saya. Jijik sangat agaknya. Saya geram macam mana pun alhamdulillah tak pernah lagi tinggi suara pada dia. Bila saya marah atau sedih dengan kata2 dia yang menghina fizikal saya ni saya sabarkan hati. Berendam air mata sorang2. Takpelah asalkan saya tak berdosa marah atau tengking dia bila saya terasa hati.

Sampai satu tahap saya terfikir, kalau suami nak tinggalkan saya, saya redha. Tapi ada ke lelaki lain yang sudi nak terima orang macam saya ni? Jijik sangat ke bila berbulu sedangkan Allah yang cipta saya macamni. Sudahlah selama ni memang rendah diri dengan keadaan fizikal saya ni. Bila dah kahwin suami menjauh atas sebab kekurangan yang satu ni, memang buat keyakinan diri saya ni hilang. Rasa terhina sangat.

Dulu saya ada terfikir masalah macamni akan muncul kalau saya kahwin sampai saya takut nak kahwin. Tapi bila suami tunjukkan kesungguhan nak kahwin dengan saya, saya ingat dia tak kisah dengan kekurangan saya ni. Walhal bukannya bulu roma saya ni panjang kasar bergulung macam beruk. Cuma kuantiti lebih banyak dari perempuan lain.

Salah saya ke? Tak sangka kerisauan saya jadi realiti. Sedih sungguh rasanya. Saya ingatkan dia sayang saya kerana diri saya. Tapi nampaknya dia lagi kisahkan fizikal saya dari hati saya dan segala apa yang saya telah buat dan korbankan untuk dia.

Saya tak pernah ambil kisah pun tentang betapa tak sempurnanya dia tu. Dia pun muka biasa2 saje. Kalau saya nak kutuk fizikal dia, macam2 saya boleh kutuk. Tapi pd saya semua tu tak perlu sebab saya memang sayangkan dia. Ikhlas cintakan dia. Dalam kebanyakan perkara dia memang calon suami terbaik. Maknanya bila hubungan jadi macamni memang salah saya lah agaknya. Memang berpunca dari kekurangan saya lah.

Dia tak ‘dapat’ dari saya mungkin dia boleh kahwin lain. Dapatkan dari perempuan lain. Tapi nasib saya ni macam mana? Adake lelaki yang boleh terima perempuan tanpa kisahkan fizikal dia? Saya pun nak ada zuriat sendiri. Nak merasai mengandung dan lahirkan anak sendiri.

Tapi kalau dia tak sentuh saya macam mana? Sampaikan saya pernah cakap dengan dia, saya tak kisah saya ni puas atau tak tapi sentuh lah saya sampai dapat anak. Lepastu nak tinggalkan saya ke apa silakan. Kalau saya ni berduit memang saya buat ivf je. Senang. Biar dia tak perlu sentuh saya yang jijik ni.

Yang paling saya risau adalah kalau parents saya tahu tentang ni. Mesti kecewa mereka. Serahkan anak pada lelaki yang mereka sangka dapat sayangi saya dan jaga saya sebaik mana mereka jaga. Tapi rupanya anak mereka ni menderita. Saya tak nak parents saya tahu saya tak bahagia. Tak sanggup nak tengok mereka tempuhi hari tua dlm keadaan yang risaukan saya.

Entahlah. Serabut kepala jadinya. Isunya cuma satu tapi meleret sampai mewujudkan isu lain. Sedih sangat rasanya. Agaknya kalau bulu ni adalah satu stigma negatif pada lelaki, sanggup ke diorang nak shave setiap 3 hari? Atau sanggup ke diorang nak wax sebulan sekali? Proses buang bulu ni makan masa, kadang2 sakit, penat. Entah lah. Saya tak tahu apa lagi nak buat.

Tulisan ini dikongsikan oleh seorang wanita yang sedih dengan keadaan rumahtangganya yang baru dibina hanya kerana keadaan fizikal semulajadinya dipandang jijik oleh suami.