Terkejut anak kucing tiba tiba sahaja alami kejadian tak diingini dari tingkat 1. Black Hanifah luah rasa sedih selepas dapati kucing tersebut alami sakit ini

Artis

Black akui berasa sedih apabila gagal menyelamatkan anak kucing yang jatuh dari tingkat satu.PENYANYI Black Hanifah terkejut apabila seekor anak kucing secara tiba-tiba jatuh dari tingkat satu sebuah bangunan di hadapannya ketika dia dalam perjalanan ke kedai makan.

Menurut Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah, dia dan isterinya iaitu Naquia Yasirah terus bergegas membawa haiwan tersebut ke sebuah klinik berhampiran.”Kami baru nak pergi makan… tiba-tiba kucing ini jath dari bumbung, Insya-Allah masih boleh diselamat dan kami nak bawa ke klinik.

“Kucing ni jatuh dari tingkat satu, kebetulan jatuh depan kami. Minta-minta la boleh diselamatkan. Semoga kita sama-sama prihatin dan ambil tahu,” kata Black.Penyanyi lagu Sabar itu berkongsi perkara tersebut di Instagram miliknya pada Rabu dengan memuat naik video yang memperlihatkan keadaan anak kucing itu tidak bermaya.

Menerusi video tersebut, doktor memberitahu anak kucing itu mengalami sawn akibat gegaran otak yang memberi kesan pada sistem dalam badan haiwan tersebut.Bagaimanapun, di akhir video tersebut Black meluahkan rasa sedih apabila haiwan kesayangan ramai itu tidak dapat diselamatkan.

Black berkongsi video memperlihatkan keadaan anak kucing itu yang tidak bermaya.Malah pelakon telefilem Frontliners ini berharap agar semua pihak dapat membantu haiwan yang dalam kesusahan dan kesakitan seperti itu di masa kelak.”Dengan dukacitanya anak kucing ini tak dapat diselamatkan. Sedikit peringatan kepada kita agar dapat membantu binatang seperti ini jika ianya dalam kesusahan mahupun kesakitan,” tulisnya.

Rata-rata warganet yang tinggalkan komen di ruang perkongsian tersebut turut meluahkan rasa sedih melihat keadaan anak kucing itu.Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada penyanyi berusia 33 tahun itu atas usahanya untuk menyelamatkan haiwan tersebut.

a memakaikan lampin pakai buang untuk kucingnya yang bernama Oyen.Jika dilihati betul-betul video ini, boleh dikatakan mata si Oyen sentiasa memandang tepat ke arah Puan Hidayah sepanjang dia dikemaskan.Seolah-olah tersimpan 1001 luahan yang terbungkam dalam hati dan tidak mampu dilafaz – betapa terima kasihnya dia pada tuannya itu atas kasih sayang yang diberikan sepenuh hati.

Detik pertemuan dengan Oyen

Jelas Puan Hidayah, dia ditakdirkan bertemu dengan Oyen ketika awal bulan lalu di sebuah kedai makan dalam keadaan yang menyedihkan.“Saya dengar suara kucing terjerit-jerit. Saya pun cari-cari rupanya di bawah sinki tempat cuci tangan. Lepas tu saya tanya dengan akak gerai tu, ‘kenapa dengan kucing ni?’

“Akak tu kata, tak tahu dari semalam dia kat situ tak boleh jalan. Saya pun call suami kata saya jumpa kucing lumpuh kat gerai bawah rumah ni, boleh ke saya ambil bawa balik. Mujur suami saya izinkan,” katanya ketika dihubungi Siakap Keli, baru-baru ini.

Pada waktu, Puan Hidayah meluahkan pada suaminya bahawa dia betul-betul berasa kasihan dengan kucing itu.Mana tidaknya, penat sudah Si Oyen tu menjerit-jerit bersendirian, dalam masa sama tiada seorang pun yang sudi menjenguknya, apatah lagi bertindak.

“Kalau nak diikutkan suami saya tak bagi kutip kucing masa tu, sebab saya tengah dalam rawatan chemotherapy.“Tapi saya kesian tengok mata Oyen tu sebab dia berharap sangat ada orang tolong,” luahnya, bernada emosi.Difahamkan pada waktu itu, Oyen berada dalam keadaan yang sangat tidak stabil kesihatannya.Selain lumph di kedua-dua kaki belakangnya, punggungnya juga didakwa kotor dan dijangkiti kuman.

Kencing berdarh, luka dalam badan

Oyen dibawa ke sebuah klinik veterinar di Batu Caves bagi mendapatkan rawatan lanjut.Menurutnya doktor, Oyen mengalami luka di dalam badan kerana pada waktu itu, air kncingnya bercampur darh pekat.“Doktor kata dia patah (tulang) dari paras pinggang ke bawah. Saraf dia pun tak berfungsi. Jadi kalau buat operasi pun tak guna,” jelasnya.

Pada waktu itu, Puan Hidayah diberi dua pilihan untuk nasib si Oyen tersebut.Agak menyentuh hati, kedua-dua pilihan itu akan memberi gambaran masa depan yang belum tentu untuk Oyen, melainkan jika dihadapi dengan hati yang penuh tekad.“Jadi doktor bagi saya pilihan; kalau boleh jaga dia sebab kucing lmpuh ni kencing berak dia kita kena tekan, kalau tak boleh jaga boleh tamatkankan nyawa dia (suntik /pts).

“Takpa doktor, saya boleh jaga. Lagipun saya suri rumah je. Bolehlah saya jaga dia,” jawabnya penuh tekad di hati.Maka doktor pun bersetuju untuk ‘memulangkan’ semula Oyen ke pangkuan Puan Hidayah.Maka bermula pada itu, kehidupan Oyen yang dulunya sakit kini sedikit-sedikit sudah bertukar ceria.

Keadaan kesihatannya juga agak bertambah baik walaupun terpaksa menerima hakikat bahawa dia lumph untuk selama-lamanya.“Itu yang saya jaga Oyen sampai sekarang. Alhamdulillah..banyak kemajuan.“Daripada tak boleh duduk tak boleh kencing berak sendiri, sekarang semu dia boleh (sendiri) dah,” jelasnya lagi.

Kelihatan dalam gambar di atas, keluarga besar Si Bulus yang dibela dalam jagaan Puan Hidayah di rumahnya.Boleh nampak Oyen turut makan bersama-sama dengan ahli keluargnya yang lain.Mesti dalam hati Oyen, dia nak saja ucap terima kasih dan syukur banyak-banyak sebab kerana kesudian Puan Hidayah, dia kini menjalani kehidupan yang lebih baik.

Lihatlah saja matanya ketika dia dimandikan, dikemaskan dan dipakaikan lampin dalam video tadi, kita boleh tahu itu pandangan yang penuh rasa terharu kepada tuannya.Terima kasih Puan Hidayah kerana menyelamatkan nyawa Oyen. Semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik daripada-Nya. Ameen.Sumber: Siti Nur Hidayah