Terkejut bila tiba tiba rumah perempuan ni dimasuki org yang dia tak kenal dan disentuh sampai mengandung. Bila dah hamil jawapan yang gadis ni bagi buat member terdiam. Rupanya smpai macam ni sekali gadis ni kena.

Kisah Rumah Tangga

Foto sekadar hiasan.Salam semua. Aku Gohan. Aku cuma nak cerita sedikit pengalaman yang aku ada berhadapan dengan sasaran yang disentuh secara terpaksa. Aku malas ambil port nak sokong siapa, dan tak berminat nak berdebat siapa betul, siapa salah. Aku cuma nak cerita tentang kawan aku ni.

Aku ada seorang kawan perempuan, baik, solehah. Sama belajar dengan aku dulu. Orangnya ceria, kira kalau tengok watak dia, korang takkan tahu lah rupanya dulu dia adalah sasaran kepada ayahnya sendiri. Aku bagi nama dia ni Ida la nak senang cerita.

Masa aku tahun kedua pengajian di universiti, ida ni tiba tiba buka cerita tentang dia pernah kena sentuh dengan ayah sendiri. Itupun sebab aku pelik, pasal aku nampak dia beli camera cctv tu secara atas talian. Dia tanya aku macam mana nak pasang benda ni.

Yelah, kita ni student, benda benda tu mahal ok zaman tu. Beribu ribu. Kluster kayangan je yang mampu beli. Nak buat apa kan. Ida macam as if nothing happenned je cakap, “Aku nak pasang kat rumah aku, aku risau adik adik perempuan aku”. Then lepas tu barulah dia buka cerita yang dia nak rakam ‘aktiviti’ bapa dia. Dia nak jadikan benda tu bukti, tunjuk ke mak dia.

At the same time, Ida ni dah contact lawyer untuk bantu dia report pasal apa bapa dia buat dari dia kecil. So, lawyer dan doktor untuk buat medical test semua dah ready lah kiranya bila dia nak buka kes ni. So, cuti musim panas tu, Ida ni balik lah Malaysia dengan semangat kobar kobar nak pasang CCTV tu di rumah sendiri dan nak dakwa bapa sendiri.

Aku tak balik teman dia sebab parents aku jenis tak bagi balik. Duduk oversea tu biar bertahun tahun habis belajar baru balik. Pergi tengok negara orang puas puas. Cari duit sendiri, pastu pergilah travel. Tu pesanan ayah aku.

Bila Ida ni balik, gitu gini gitu gini (nak cerita kang panjang nau), akhirnya jadilah kes polis. So, si ayah ni dapatlah surat ‘larangan mendekati’ ke apa entah term dia. Aku pun lupa. Mana aku nak ingat term term akta apa bagai ni.

N you know what? Mak dia punyalah marah ke Ida ni sebab ‘kantoikan’ bapa dia punya perilaku. Kononnya bapa dia somebody la kat negeri tu kan dan sangatlah dihormati. Jadi seluruh keluarga malu la dengan tindakan Ida ni. So, apa lagi, mak dia pun bagi kata putus macam mak Sabariah dalam cerita Kasim Selamat, “Ko keluar dari rumah ni, ko bukan lagi anak aku kalau ko masih teruskan kes ni”.

Aku tak kisah kalau pembaca nak geram sebab aku pun geram ke mak dia sebab dia ni kerjanya sebagai guru. So bukanlah orang tak berpendidikan. Oklah, aku bagi nama mak dia Nyonya Mansoor. kekekekeke. Sesuai kan. Oleh kerana Ida ni nak jaga hati mak dia, akhirnya dia pun tarik balik kes ni. Padahal kantoi juga rupanya yang si ayah ni ada hubungan dengan adik Nyonya mansoor sendiri.

Dan suprisingly, Nyonya Mansoor pun tahu adiknya yang ustazah tu ada hubungan dengan suami sendiri. (ok ini baru introduction, bunyi macam membawang la pula). So, Ida ni balik semula ke universiti, belajar macam biasa sampai grad. Bila balik Malaysia , dia minta kerja jauh dari negeri asal dia. Kebetulan dapat sama negeri kerja dengan aku.

So, kehidupan kita macam biasalah. Aku tak adalah nak tanya lebih lebih pasal kes beberapa tahun lepas tu. Masing masing mula sibuk macam tu la kan. Jenis aku, orang nak cerita, aku dengar. Orang tak cerita, aku pun tak nak kepoh ambil tahu.

Tiba tiba one day dia cakap nak datang rumah aku. Aku pun ok jelah sebab almost tiap 2-3 bulan sekali memang kitorang akan meet up, lepak tepi pantai ke, hiking ke. Pergi muzium ke. Aku pun siap plan lagi nak bawa dia jalan mana, makan apa semua. Standard la bila member kita datang, of coz excited. Lama tak jumpa pula tu kan.

Dia drive dari tempat kerja dia ke rumah aku. Dalam 2-3 jam ada la juga. Bila sampai je, aku jemput dia ke rumah. Sembang macam biasa tentang tempat kerja best tak, ada banyak makcik bawang tak, ada masalah, suka makan lauk apa kat kantin dan benda benda yang tak menambah manfaat lain.

Kitaorang sembang sampai lewat malam sambil makan megi macam zaman student dulu. Macam biasalah, Ida ni kan ceria orangnya. Aku pun jenis ceria la juga (overclaim pula). Tiba tiba, si Ida ni cakap, “Gohan, aku ada benda nak cakap ni”.

Kali ni muka dia berubah serius. Aku pun macam, “Ha, cakaplah, apa?” “Aku mengandung” Sumpah aku tak salah dengar wei. Keluar dari mulut Ida, kawan yang solehah, baik apa segala ni. Adoi, aku tak tahu nak buat reaksi apa, tapi muka aku tetap cool. Tak ada buat muka amuk atau muka xpdc. Cool aje. Muka dia pun biasa biase je.

“Ok, so apa plan ko?”. Aku tanya simple je. Muka tetap cool, tapi dalam hati tak tahu nak respond apa. Takkan aku nak menangis pula, tengok dia relaks je. Takkan aku nak gelak, orang bukan buat lawak pun. “Sebab tu lah actually aku datang sini jumpa ko. Aku nak minta ko teman aku ke klinik untuk gugurkan baby ni. Aku dah survey klinik mana boleh buat”.

Kata Ida panjang lebar sambil bentang plan esok hari apa yang dia nak.

“Ok Ida, dont worry, aku teman kan. Cakap je mana, aku bawakan”. Kebetulan memang klinik tu dekat dengan pejabat aku. Kira aku pergi pejabat, drop dia, dia setelkan urusan dia, dan lepas setel, aku ambil dia balik lah. Camtulah plan nya. Aku tak rasa aku sanggup masuk klinik tengok prosedur pengguguran bayi. Boleh trauma sis oi.

Serius, masa ni aku langsung tak halang apa apa. Sebab aku rasa aku tak berhak nak keluar ayat acah acah memahami, “aku faham perasaan kau, tapi sebagai muslim berdosa kita buang baby ni”. Come on la, cakap memang senang. Tak kena kat badan sendiri memanglah kita boleh cakap macam tu kan. Bab ni kalau pembaca nak kritik pun kritik lah.

Ida pun tiba tiba buka cerita tanpa disuruh. Dia cakap ada orang masuk rumah dia, dan buat bukan bukan kat dia. Then aku cakap, “Ko nampak siapa tak? apsal ko tak jerit, lawan atau buatlah apa apa yang macam dalam drama tunjuk kan. Gigit ke, tendang anu orang tu ke, takkan ko tak melawan langsung atau tak sedar?”

“Tak Gohan, aku memang tak buat apa. Sebab aku ingat benda ni mimpi. Sejak kecil bila ayah aku selalu sangat sentuh aku, hampir tiap malam. Jadi sejak tu aku selalu mimpi benda benda ni. Sampai aku tak tahu itu tengah berlaku betul betul ke hanya mimpi sahaja. So, aku memang ingat masa kejadian tu mimpi, jadi aku memang tak buat apa”.

Ya Allah, sumpah time ni aku sebenarnya nak nangis. Rasa nak pelempang bapa dia pun ye kalau ada depan mata. Tapi aku buat cool je. Sebab Ida pun cerita sambil cool je. Setitik air mata pun tak ada. Puas bercerita, kami pun tidur. Aku pun tak tahulah aku tidur malam tu ke tak.

Esoknya, aku pun pandu kereta Ida, bawa sampai ke depan klinik gugur baby tu. Kitorang parking. “Gohan, betulke apa yang aku nak buat ni?” Hmmm. Masa ni memang aku tarik nafas panjang. Aku tanya, “Kenapa ko nak gugurkan budak ni?”

“Mak aku suruh. Dia cakap, kalau aku bawa balik budak ni, memang dia tak kan terima aku selamanya. Ini bukan cucu dia”. Nampak tak betapa mak dia boleh bawa watak Nyonya Mansoor. Nampak tak guys?? “Ko tahulah Gohan, aku dengan mak aku dah brbalah besar pasal kes bapa aku dulu. Aku tak nak brbalah lagi pasal kes ni”. Tambah Ida.

Masa ni dah mula keluar drama air mata. Aku pun melalak sama. Entah macam mana nak masuk office jumpa students mata bengkak ni. Adoiyai. “Ok. Itu permintaan mak kau. Kau sendiri macam mana?”. Tanya aku. “Aku nak simpan budak ni, aku nak jaga dia. Dia dah duduk dengan aku 4 bulan. Ko ingat tak kita pergi camping dan hiking gunung bulan lepas. Masa tu aku pregnant dah, tapi aku tak tahu. Punyalah kuat baby ni, aku tak gugur pun waktu hiking, padahal kita hiking dahsyat juga meredah air terjun bagai. Aku pun rasa baby ni kuat. Aku nak jaga dia”

“Macamni lah Ida, aku bukan mak. Aku tak pernah lahirkan anak, kahwin pun tak. Apa kata kau cuba call mak aku, kita sembang sembang dengan mak aku. Mungkin mak aku boleh beri pendapat lebih baik dalam konteks nasihat seorang ibu. Aku tak boleh bagi yang ni”.

Lepas tu aku call mak aku. Mak aku ni memang baik dengan Ida ni sebab sesekali ada Ida datang ke rumah aku (aku duduk dengan parents), bermalam sehari dua kan. Mak aku beria tak benarkan Ida gugurkan baby tu.

“Tak apa Ida, makcik jaga anak Ida, biar makcik jaga. Ida boleh bersalin kat sini, makcik boleh jaga Ida juga”. Aku ingat lagi suara mak aku di hujung telefon. Aku bangga dengan mak aku. “Ida, macam ni lah. Mungkin mak kau tak terima, tapi aku rasa ramai mak mak lain akan terima, Ida. Kau fikir macam ni, kita ni bujang, Allah tak rezekikan kita untuk bertemu jodoh dengan sesiapa lagi. Manalah tahu, hikmah dari ini, kau ada anak sendiri, kau boleh didik sebaiknya, kau boleh berikan agama sebaiknya”.

“Inilah ladang akhirat kau, yang akan mendoakan kau pagi petang siang malam. Mungkin ini caranya Allah nak datangkan tinggalan ‘doa anak yang soleh pada kau’. Kita ni belum tentu berjodoh untuk ada anak sendiri. Mungkin ini ‘rezeki’ kau”.

Kata aku. Ini je kata kata nasihat yang aku bagi dari sepanjang dia menceritakan masalah ini malam tadi. “Tapi aku faham, tohmahan masyarakat, nasib budak ni nanti tidak mudah. Imej kau sebagai pendidik pun akan terjejas, maruah kau dan keluarga dan macam macam lagi masalah lain akan muncul kemudian nanti. Dan aku pun tak berhak untuk buat keputusan untuk kau. Kau fikirlah betul betul. Kau timbangkanlah options mak kau, mak aku dan kata kata aku”.

Aku beri kata nasihat, terakhir. Berjam jam kami di dalam kereta, di hadapan klinik berbincang. Sambil Ida menangis nangis. Tak tahulah apa perasaan orang yang lalu lalang melihat kami. Mesti orang ingat aku tengah marah marah Ida sampai dia melalak lalak.

Lama Ida diam. Mengesat air mata. Aku pun termenung. Menunggu jawapan Ida. Ida drive sendiri ke negeri yang jauh lebih 8 jam dari negeri aku tinggal. Serius aku masa ini ingatkan Ida akan lari ke rumah aku sebab seluruh keluarga kami dah menerima dia, tapi tidak.

SUMBEr – seleksimedia

Niat Hanya Nk Suka Suka Tapi Sampai Terbuat Benda Terkutuk Dengan Lelaki Bjang . Bila Hamil Suami Jadi Tak Sedap Hati Itu Anknya Atau Bukan. Mengejutkan Ini Tindakan Suami Bila Dapat Tahu Bini Sendiri Buat Benda Tu Dgan Lelaki Bujang.

Foto sekadar hiasan carian google. Assalamualaikum wbt semua… Kisah aku ni nak dikatakan berat ke tidak, tak tahu lah. Cuma aku tak tahu pada siapa aku boleh mengadu dan bercerita. Ia tentang aib sendiri tapi hati macam nak pecah untuk bercerita.

Kisah berlaku 3 bulan lalu bilamana kisah aku selingkuh (aku isteri) dengan lelaki lain kantoi dengan suami sendiri. Keselingkuhan aku bukan sekadar bermadah mesra, tapi sehingga aku melakukan perbuatan terkutuk. Aku tahu semua itu memang salah aku, aku tak mampu sorok dari pengetahuan suami sehingga aku mengaku telah buat benda tu dengan lelaki bujang tersebut.

Kami tidak bercinta, tetapi lebih kepada ‘test market’. Aku hampir 40 tetapi mungkin seorang yang petite dan berperwatakan lebih muda menyebabkan lelaki tersebut cuba2 untuk ‘test market’. Ya, dia bujang dan early 30. Aku tahu dia ada girlfriend, tapi pada aku, tak kisah lah. Aku bukan nak serious pun dengan dia.

Dia selalu kacau2 aku di tempat kerja sehingga kami berani berjumpa di luar. Walaupun aku selalu ingatkan dia yang aku dah tua, dia kerap cakap aku tak seperti itu pun. Ya, itu semua ayat syaiitan yang menghasut. Aku hanyut dengan pujian.

Di rumah, aku miliki 3 orang anak, seorang suami yang setia walaupun sedikit baran. Tidak romantik, selalu meninggikan suara, sukar di bawa berbincang. Kami telah kenal lama sebelum berkahwin dan perkahwinan kami cecah 10 tahun.

Okay berbalik pada kisah aku kantoi, mula aku cuba menidakkannya tapi setelah didesak aku mengaku dan merayu untuk tidak memperbesarkan hal ini. Maksudnya, aku taknak dia belasah lelaki tersebut kerana bukan salah dia seorang (salah aku jugak) dan taknak aib aku tersebar dan menyebabkan emosi aku dan anak2 terganggu.

Di saat itu, hari2 aku menangis, merayu, memohon ampun dari suami dan juga solat taubat. Suami turut nangis berhari2, emosi terganggu tambah2 dia ada event penting ketika itu, berat badan nya susut teruk, aku pun terpalit sama. Emosi terganggu teruk, mata bengkak berhari2. Aku betul2 insaf dengan perkara ini.

Nak di jadikan cerita, ketika dan saat itu, aku dapat tahu diriku mengandung. Aku yakin ia adalah anak suami ku walaupun mula2 suami ragu. Tapi aku yakin sebab aku memang tak benarkan lelaki itu ‘buang dalam’.

Lelaki berkenaan juga sedar atas kesilapannya mengganggu isteri orang dan takut dengan suami. Saat itu kami betul2 putus hubungan walapun 1 tempat kerja. Dia block aku, aku block dia. Simple. Tapi suami tetap tak nak lepaskan dia pada mulanya.

Kami berdua tidak berhubung langsung selepas itu, tapi aku tidak dapat lari dengan berurusan di tempat kerja cuma tidak kerap kerana tempat kami berlainan laluan. Jadi kami berhubung atas hal kerja sahaja. Suami dalam masa, lama kelamaan sanggup memaafkan aku, dengan syarat aku berubah dan tidak mengungkit kisah tersebut lagi. Dia tak sanggup melepaskan aku demi kasih sayang dan anak2. Dari hari ke hari berdoa tentang kebaikan suami dan doakan hubungan kami terus erat dan dirahmat1 Allah.

Tetapi malangnya, dalam aku cuba berubah, bila ada dan ketikanya jika kami bergaduh berkenaan hal lain, mesti suami akan menyelit tentang kisah tersebut. Kadang2 aku rasa hilang pedoman sebab seolah dituduh masih berhubung dengan lelaki tersebut. Demi Allah, aku dah bertaubat dan tak pernah lagi ulangi hal itu.

Suami seakan2 mereka2 cerita tentang kami yang mana mengatakan ada dengar kami berjumpa lah, berhubunglah, dan cakap ingin bawa aku jumpa dengan lelaki tersebut. Aku bingung. Aku memang tidak buat lagi dan berjanji dengan diri sendiri untuk berubah. Aku tak tau kenapa dia masih curiga dengan aku. Sedangkan boleh dikatakan di ofis pun aku jarang bercakap, berhubung dengan lelaki tersebut.

Suami pun dah kerap hantar dan jemput aku ke tempat kerja. Aku tak sedikit suruk handphone atau password, jadi mudah untuk suami check senyap2 sekali pun. Aku dah tak takot. Tetapi suami masih rahsiakan password sendiri. Dengan alasan ada urusan dengan informer ( lelaki scandal aku ). Wallahualam, aku cuba berfikiran positif, malas nak panjang2 cerita.

Aku jadi tertekan, tambah aku tengah berbadan dua. Emosi terlalu sensitif. Suami masih lagi dengan sikap baran. Kadang cakap hal simple pun boleh tinggi suara. Puas aku pujuk hati, merajuk pun tak guna sebab tahu takkan di pujuk. Aku mengadu pada Allah sahaja, mohonkan kesabaran yang tinggi dan lapangkan dada untuk menerima ujian ini.

Aku bangun tengah malam menangis meratap dengan Allah je kekuatan aku sekarang. Bila asal bergaduh aku mula takot, takot akan dipersalahkan. Tak pernah lagi bergaduh suami yang salah, kebanyakan salah nya datang dari aku. Aku la yang derhaka, aku la nusyuz, aku la isteri berd0sa.

Tapi bila dalam keadaan macamni, nanti suami mula la buat tuduhan tentang ‘lelaki’ yang dulu. Janji tak nak ungkit, tapi mesti terungkit jugak bila bergaduh hal lain. Kadang2 aku confuse, kenapa masih tak lepaskan aku kalau rasa tak percaya kan aku lagi, dalam masa yang sama seksa perasaan aku macamni?

Suami memang dari dulu macam ni. Jika dia yang buat salah, kita jugak yang akan nampak bersalah. Kita jugak akan dituduh nusyuz atau derhaka. Jadi di mana hak kita sebagai seorang isteri jika tak boleh bersuara dan hati tidak dipelihara. Kalau dulu mungkin kita banyak memendam. Ingatkan bila hikmah issue kantoi selingkuh ni boleh merubah kami berdua, tapi suami tetap begitu.

Aku cuba berdoa agak dia berubah, sentiasa berlembut hati.. tapi kadang aku kalah. Aku rasa ingin berpisah jika terus begini. Rela hidup sendirian sebab daripada terus dilabel isteri derhaka.. Sebab apa sahaja yang aku buat, tidak nampak baiknya di mata dia. Mula la kata dia kejut aku, aku tak sedar lah, aku tak nak layan dia lah.

Wallahualam. Demi Allah, kalau aku sedar, aku akan bangun. Tapi kalau tak bangun or paling tu, aku berani cakap, memang aku tak sedar. Tapi dia takkan percaya semua tu. Aku tak minta banyak, aku tau aku bukan isteri yang baik, berusaha untuk jadi baik. Tapi tak boleh kah aku mendapat hak aku sebagai seorang isteri? Bantu lah aku… Perlukah aku berpisah sahaja untuk kebahagiaan diri ku? Bukan sebab lelaki lain, tapi demi untuk tidak terus dilabel derhaka dan ingin hidup bahagia..

Perkongsian Zarine mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Asma Aini –Jangan nak nampakkan salah suami je kak. Setakat tak dipujuk, panjang karangan akak. Sakit hati dia lagi teruk. Bukan benda yang ringan kak. Semoga taubat akk dan kita semua diterima.

Fahrin Ahmad –Meh nak bgtau fakta. Sebagai lelaki, aku nampak ending dia kemana wpun suami kau cakap blh terima kau. Malas nak bgtau, faham sendirilah ending dia. Lambat atau cepat.

Ti Ni –Masih bertuah kau sbnrnye. Aku janda 14thn jaga anak sorg2. Tanggapan org kt janda teruk padahal takde skandel ke apa. Laki kau marah kt kau logik la sbb kau buat salah. Minta ampun byk2. Dia jaga aib kau jugak tu.

Encik Fazil –Kes berat… nauzubillahiminzalik,sampai buat benda terkutuk. Bukan janda,bukan ank dara tpi msih status isteri org. Dan suami msih menerima, elok jumpe kaunseling dan tukar tempat kerja supaya suami tidak mngukit kisah silam.

Cari punca dia.tu je blh bgi pendapat.harap confessor bertaubat dan mginsafi ketelanjuran tersebut,sbb kalau aku pun amat ssh nk menerima,nk kembali baik macam dlu mgkin takde peluang,tpi gagahkan juga demi anak2. Lgi2 mslah ni bru dan mngandung pulak,memang jdi pertikaian,benih siapa?

Fydd Arsat –Kak… sori aku ckp kasar sikit. Ko sakit setakat tak kena pujuk.. laki ko sakit sbb dapat bini gatal nak test market bagai. Yang ko buat tu bukan benda kecik22. Ko punya selingkuh ni bukan level biasa222. Byk isteri2 kat luar tu suami tak reti memujuk pun, panas baran, tp dorg nak berjalan lalu lalang depan org lelaki pun dorg segan.

Anak2 ko kalau tau perangai mak diaorg macam gini pun, segan diaorg nak pandang muka ko kak… klu naik mahkamah, hak jagaan pun ko tak dapat kak… cuba bwk2 bersyukur. Ko tak hilang anak.. ko tak hilang suami… laki ko izinkan lagi ko teruskan hidup macam biasa… dah terbukti ko berkelakuan tak senonoh dibelakang, adakah ko berharap dilayan macam permaisuri lg.

– Zarine (Bukan nama sebenar) via IIUMC