Terkejut dengan pemergian Sandra tiba tiba Cikgu Shafi dedahkan keadaan Sandra lepas konsert minggu ke 3 buat orang ramai terkedu. Rupa rupanya sampi macam tu sekalo jadi kat Sandra.

Artis

Shafizawati Sharif atau lebih mesra dipanggil Cikgu Shafi mengakui perkenalannya selama empat minggu bersama Sandra Dianne merupakan pertemuan yang indah, biarpun dia sangat sedih dengan pemergian Sandra.

Ketika dihubungi Gempak, Shafi yang merupakan guru vokal untuk peserta-peserta Big Stage 2020 mengakui biarpun tempoh tersebut tidak lama, tetapi ianya seolah-olah mengenali Sandra selama usianya 26 tahun. “Sebenarnya selepas konsert Big Stage minggu ketiga, Sandra sangat down. Saya tak berjumpa dengannya sehinggalah pada hari Khamis ketika kami ada sesi one-on-one di Studio.

“Ketika bersama Sandra, hampir sejam dia menangis. Dia sangat kecewa dengan ‘haters’ yang tinggalkan komen-komen. Ada yang menghantar Direct Message (DM) menyebabkan dia rasa sangat teruk. Sejam dia meluahkan perasaannya,” cerita Shafi mengingat kembali.

Sandra disifatkan oleh Shafi seorang yang berfikiran positif, sentiasa tenang dan sangat mudah mengikut apa yang diajarkan kepadanya, tetapi tidak pernah melalui keadaan di mana dia dikritikoleh ‘haters’ sebelum ini. “Selepas tenang, saya habiskan masa tersebut dengan latihan kerana mahu dia melupakan hal tersebut.

Saya susun kerusi, minta dia menyanyi di atas kerusi dan tunjukkan bahawa dia mampu melakukan yang terbaik. Dia nampak kembali okay, tapi pada masa yang sama dia memberitahu saya bahawa perasaan sayu itu masih ada di dalam hatinya.

“Pada pagi Jumaat, saya teruskan motivasi saya untuk dia melalui WhatsApp. Saya beritahu saya ada bersama dengannya dan saya hantarkan lagu ‘Sakit’ sebagai pembangkit semangat untuk dirinya. Dia balas dengan ayat ‘I Love You, Cikgu’,” kata Shafi yang tidak dapat menyembunyikan kesedihannya.

Cerita Shafi lagi, pada sebelah malamnya dia menghubungi Sandra melalui panggilan video untuk meneruskan latihan bersama. “Hampir pukul 1 pagi dan kami berlatih lebih 45 minit melalui panggilan video. Ketika itu dia kelihatan gembira dan tenaga yang diberikan juga bagus. Nampak macam Sandra yang biasa, happy dan ada energy.

“Sepupunya ada bersama ketika itu dan turut merakamkan latihan yang dibuat supaya boleh dilihat kembali selepas habis sesi kami,” kata Shafi kepada Gempak. Menurut Shafi, itulah kali terakhir dia bercakap dan menatap wajah Sandra sebelum Sandra terlibat dengan kejadian tak di ingini jalan raya ketika mahu ke sesi latihan di PICC Putrajaya. 

“Pagi semalam (Jumaat) ketika bangun jam 5:00 pagi, saya dapat banyak WhatsApp dan mendapat berita sedih bahawa Sandra pergi menghadap illahi dalam pukul 1:00 pagi. Saya dan suami bergegas ke hospital. “Sampai di hospital, saya bertemu dengan Ara Johari dan terus ke bilik tu bersama suami. Ada empat lima orang di dalamnya dan saya menjadi orang terakhir melihat wajah Sandra di dalam bilik tersebut.

“Wajah sandra cukup bersih, tenang dan tidak ada sedikit calarpun pada wajahnya. Sangat bersih…” kata Shafi sambil memohon kepada Gempak untuk berhenti seketika daripada meneruskan temu bual. Seketika kemudian ketika menyambung kembali temu bual melalui telefon, Shafi dengan tenang memberitahu dia masih mencari jawapan kepada pertemuannya itu.

“Kami kemudiannya solat bersama. Hanya saya seorang perempuan di situ. Yang ada bersama adalah suami saya, ayah tiri, seorang ustaz dan seorang lagi yang mungkin juga saudara kepada Sandra. “Kemudian semua yang lelaki keluar, dan saya solat subuh seorang diri di bilik tersebut bersama di sisi saya. Ketika berdoa, banyak perkara yang bermain di kepala saya, dan saya bertanya pada diri apa tujuan jodoh pertemuan dan ajl ini kepada saya?” kata Shafi.

Menurut Shafi lagi, sepupu Sandra memberitahunya bahawa Sandra begitu teringin untuk belajar dengannya, malah menjadikan dirinya sebagai idola. “Cikgu Shafi idola Sandra dan dia berdebar-debar nak jumpa Cikgu Shafi. Dia cakap macam nak jumpa bakal suami. Itu yang diberitahu oleh sepupu Sandra kepada saya.

“Semua orang ingat cikgu tahu semua perkara dan jadikan idola, tapi sebenarnya mereka tidak tahu bahawa Sandra adalah idola saya. Saya tidak pernah kenal dia sebelum Big Stage. Kali pertama berjumpa kerana program ini, dan kali terakhir saya menatap wajahnya juga kerana ini. Mungkin ada rahsia Allah SWT buat saya yang saya tidak ketahui,” kata Shafi mengakhiri bicara bersama Gempak. 

Sandra Dianne terlibat dengan kejadian jalan raya di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) pada 5 September lalu ketika dalam perjalanan untuk latihan penuh Konsert Big Stage minggu keempat di Pusat Convention Antarabangsa (PICC) Putrajaya.

Kejadian tersebut menyebabkan Sandra berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan teruk, dan dimasukkan ke Unit Raw4tan Rapi Hospital Putrajaya. Pada pagi 11 September Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria menghembvskan nafas terakhir setelah lima hari tak sedarkan diri akibat kejadian tersebut.

Sandra dibawa pulang ke kampung halamannya dan di uruskan di Tanah Islam Kampung Kauluan, Sabah pada petang Jumaat. Salam takziah daripada Gempak kepada seluruh keluarga dan sahabat handai Sandra. Semoga Allah SWT menempatkannya bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Subuh Tadi Cikgu Shafi Sempat Tatap Wajah Terakhir Sandra Dianne. Mengejutkan Ini Kata Kata Cikgu Shafi. Warganet Terkedu Sampai Macam Ni Sekali Kata Kata Terakhir Dari Cikgu Shafi Buat Sandra.

Guru vokal Big Stage 2020, Cikgu Shafi turut terkesan dan sayu dengan pemergian bintang rancangan realiti itu awal pagi Jumaat. Kata Shafi, kehilangan Sandra paling dirasai biarpun usia perkenalan antara mereka terlalu singkat.

“Saya kehilangan Sandra Dianne salah seorang peserta Big Stage 2020. “Perkenalan yang begitu singkat tetapi perjalanannya dan setiap kenangan bersama seperti usianya 26 tahun. “Rezeki untuk mendidiknya, membentuk peribadinya, menasihatinya agar terus positif dan kuat amat ku syukuri,” coretnya menerusi ruangan Instagram Stories pada Jumaat.

Shafi berkesempatan menatap wajah Sandra kali terakhir sebelum dia dibawa pulang ke Sabah untuk diuruskan. “Subuh tadi ku melangkah masuk ke bilik tu untuk menatap wajahnya kali terakhir. Hatiku sayu, rapuh. “Segala kenangan menjadi abadi. “Sandra… tiada lagi kesakitan kamu,” tambah Shafi.

Sandra menghembuskan nafasnya terakhir pada Jumaat selepas lima hari ditahan wad akibat kejadian jalan raya. Sabtu lalu Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26, terlibat dalam satu kejadian tak diingini kereta di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ketika menuju ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) bagi tujuan rehersal. Difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta yang berada di depannya berhenti secara mengejut. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Sandra diuruskan di Sabah

Penyanyi Sandra Dianne yang pergi menghadap illahi di Hospital Putrajaya pada jam 1 pagi hari ini akan dibawa pulang ke Sabah untuk diuruskan di kampung halamannya di Kg Kauluan, Tuaran. Menurut jurucakap Sony Music Entertainment Malaysia, Veea Norman, dia mewakili pihak keluarga meminta doa semua agar segala urusan urusan Sandra dipermudahkan.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin mengesahkan Sandra Dianne pergi menghadap illahi pada hari ini, 11 September 2020 pada jam 1 pagi di Hospital Putrajaya. “Sandra akan dibawa pulang ke Sabah dan akan diuruskan di Kg. Kauluan, Tuaran.

“Pihak keluarga Sandra memohon untuk semua mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan memohon maaf bagi pihaknya jika ada salah dan silap. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah,” katanya. Selepas tidak sedarkan diri dan teruk akibat kejadian Sabtu lalu, penyanyi itu menghembuskan nafas terakhir, hari ini.

Berita sedih itu nyata memilukan ramai rakan selebriti lain termasuk rakan karibnya Neeta Manisha, Zizi Kirana, serta rakan seperjuangannya dalam program Big Stage 2020. Penyanyi Hey! Kau itu dilaporkan terbabit dalam kejadian di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, Sandra dan sepupunya dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk latihan penuh konsert Big Stage. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Kucing Media Online

Sumber : BHARIAN ONLINE / HMETRO ONLINE

Sandra tetap dapat elaun penuh Big Stage 2020

WALAUPUN penyanyi Sandra Dianne masih dalam keadaan teruk dan tak sedarkan diri selepas terbabit dalam kejadian tidak di ingini Sabtu lalu, dia masih bergelar peserta untuk program Big Stage 2020 yang memasuki minggu keempat, Ahad ini.

Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, walaupun penyertaan Sandra dikecualikan bermula minggu lalu sehingga tempoh diberitahu kelak, bayaran penuh elaun akan tetap diberikan kepadanya. Bagaimanapun, Sandra tidak layak untuk pelan perlindungan insuran yang diambil ke atas semua program terbitan Astro kerana membabitkan pemegang polisi yang berada di dalam kawasan rakaman sahaja.

“Selaku penganjur, kami masih lagi menunggu status perkembangan terkini mengenai keadaan Sandra daripada pihak hospital sebelum membuat sebarang keputusan lanjut berhubung penyertaan beliau dalam pertandingan ini. Apa jua keputusan yang akan diambil selepas ini adalah bergantung kepada nasihat doktor dan pakar,” katanya.

Emarina berkata, pihak Astro sangat bersimpati dengan nasib menimpa Sandra dan berharap penyanyi itu kembali sihat serta mendoakan keluarganya tabah dengan ujian berkenaan. “Buat masa sekarang, fokus paling utama adalah untuk memastikan Sandra kembali sembuh kerana kesihatan beliau adalah lebih mustahak.

Kami berharap agar Sandra dan keluarganya  tabah menghadapi dugaan ini. Kami juga memohon semua pihak dapat memberi masa dan ruang kepada mereka untuk bertenang sehingga keadaan lebih stabil,” katanya. Sabtu lalu, peserta program realiti Big Stage 3 itu terbabit dalam kejadian di

Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya. Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, Sandra dan sepupunya dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk latihan penuh konsert Big Stage.

Ibu rayu telefon Sandra dipulangkan

IBU kepada penyanyi Sandra Dianne, Nor Syakinah merayu kepada mana-mana individu yang terambil telefon pintar milik anaknya itu sewaktu kejadian baru-baru ini supaya memulangkannya kembali. Nor Syakinah berkata, pihaknya sangat memerlukan telefon itu yang menyimpan pelbagai dokumen penting terutama berkaitan kerja penyanyi itu.

“Sandra menggunakan telefon jenis Samsung S20 Ultra. Ia adalah telefon yang selalu dia gunakan untuk urusan kerja. Segala maklumat mengenai media sosial seperti Instagram dan Twitter tersimpan di situ selain maklumat-maklumat sulit yang lain.

“Saya mohon kerjasama kepada individu yang ada menyimpan telefon anak saya untuk memulangkannya semula kepada saya. Bantu saya sebarkan supaya rayuan ini sampai kepada mereka yang berkenaan,” katanya.

Kelmarin, Nor Syakinah memohon supaya foto keadaan anaknya di Unit Rawatan Rapi Hospital Putrajaya tidak lagi disebarkan untuk tujuan publisiti. Dia meminta doa orang ramai supaya Sandra diberikan kekuatan untuk mengharungi dugaan itu.

Sementara itu, wakil pihak pengurusan Sony Music Malaysia memaklumkan penyanyi itu masih dalam keadaan tidak sedarkan diri. Sabtu lalu, peserta program realiti Big Stage 3 itu terbabit dalam kejadian di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya. Dalam kejadian jam 2.30 petang, Sandra dan sepupunya dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk latihan penuh konsert Big Stage.

Mengejutkan Nana Sheme Sempat Tengok Wajah Sandra Dianne Buat Kali Yang Terakhir. Ini Yang Dia Nampak. Tergamam Sampai Macam Tu Sekali Wajah Sandra.

PESERTA Big Stage 2020 dan penyanyiQody Rany mengakui sebak dan tidak dapat menahan air mata ketika menziarahi penyanyi Sandra buat kali terakhir. Qody atau nama sebenarnya Rossaidi Abdul Rani, 26, berkata, dia yang sampai kira-kira pukul 1.30 pagi Jumaat di bilik Hospital Putrajaya sempat membacakan surah Yasin buat rakannya itu.

Katanya, dia dan beberapa peserta lain bergegas ke hospital sejurus dimaklumkan tentang perkara itu. “Alhamdulillah sempat menziarahi dia buat kali terakhir dan kami bacakan Yasin, kami balik rumah pukul 5.30 pagi tadi selepas semua selesai. “Saya sedih sangat bila keluarga dan kawan baik dia beritahu yang Sandra selalu cakap dia selesa berkawan dengan saya di Big Stage tu,” ujarnya kepada mStar.

Sandra terlibat dalam kejadian yang tidak diingini pada Sabtu lalu.

Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuriam, 26, pergi menghadap illahi pada pukul 1 pagi, Jumaat selepas enam hari bert4rung nyawa di Unit Raw4tan Rapi , Hospital Putrajaya.

Sandra akan diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 3 petang Jumaat untuk diuruskan di kampung halamannya di Kampung Kauluan, Tuaran, Sabah. Dalam pada itu, Qody berkata, Sandra pernah meluahkan rasa penat kepada guru vokal mereka Cikgu Shafi minggu lalu dan mahu berehat daripada pertandingan itu.

Wajah dia sangat cantik dan bersih. NANA SHEME. “Dia seperti tahu akan tinggalkan kami semua, minggu lalu dia luahkan rasa penat dan dah tak larat. Dia kata tak nak teruskan perjuangan di Big Stage ini. “Sehari sebelum kejadian pun saya lihat dia betul-betul lain dan seperti sudah tiada semangat dan wajah penat” ujarnya.

Sementara itu, Nana Sheme atau Nur Nabilah Ashimi, 25, berkata, suasana pilu menyelubungi bilik Sandra pada awal pagi Jumaat. Penyanyi lagu Hantu Atau Buaya ini bersyukur berpeluang menatap wajah Sandra buat kali terakhir dan menyifatkan Sandra terlalu cantik dan bersih.

“Saya berkesempatan beberapa jam di bilik Sandra, sempat juga bacakan doa dan Yasin beramai-ramai. Kami dibenarkan masuk secara bergilir untuk lihat Sandra buat kali terakhir. Ya wajah dia sangat tenang, cantik dan bersih,” ujarnya.

Peserta Big Stage 2020.

Nana berkata, perkara yang berlaku ini memberi hikmah tersendiri dan mengeratkan lagi hubungan mereka peserta Big Stage 2020. Tambahnya, kehilangan Sandra akan dirindukan oleh kesemua peserta program itu berikutan sikapnya yang sentiasa ceria menghiburkan orang sekeliling.

“Walaupun kami dalam status pertandingan tapi tidak pernah sesekali rasa nak bersaing sesama kami. Bunyi macam cliche tapi itu kenyataannya. Dia mempunyai suara yang sangat indah dan kami mendengar suara dia hampir setiap hari kerana dia suka menyanyi secara random depan orang ramai. Ini akan jadi perkara yang paling kami rindukan,” ujarnya.

Sumber : Mstar

Peserta Big Stage Sandra Telah Menghembuskan Nafas Terakhir Pagi Tadi. Terkedu Ini Kata Kata Terakhir Dari Sufie Rashid Buat Warganet Sebak.

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Sandra Dianne yang tidak sedarkan diri selepas terbabit dalam kejadian yang tak di ingini, Sabtu lalu, pergi menghadap illahi di Hospital Putrajaya, awal pagi tadi. Pemergian Sandra, 26, yang juga salah seorang peserta program realiti Big Stage 2020, dimaklumkan penyanyi berasal dari Singapura, Sufie Rashid melalui entri di Instagram, kira-kira jam 1.20 pagi. Selepas hampir seminggu tidak sedarkan diri, Sandra pergi menghadap illahi di unit rawatan rapi, Hospital Putrajaya, awal pagi tadi. 

Sufie menulis: “Assalamualaikum semua, minta sedekahkan al-Fatihah untuk Sandra yang telah tinggalkan kita. “Selamat pulang ke Rahmatullah sahabatku. You’re a good friend with a beautiful heart (anda sahabat yang baik dan berhati mulia).

Sufie berkongsi berita sedih pemergian sahabatnya, Sandra di Instagram. Foto IG Sufie Rashid. “Terima kasih sebab beri saya peluang untuk satu pentas dengan awak. Semoga awak tenang di sana…Innalillahiwainnailaihirojiun.”

Sabtu lalu, Sandra yang popular dengan lagu Hey! Kau terbabit dalam kejadian di ingini ketika dalam perjalanan mengikuti latihan konsert minggu keempat Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).