Terkejut mak tiba tiba ketuk pintu tandas. Kantoi nampak abang dengan adk dalam tandas. Mak terus marah abang. Tergamam dengan apa yang abang cuba lakukan.

Kehidupan

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. First of all, terima kasih admin jika confession ini disiarkan. Kalau tak pun, it’s okay sebab aku pun tak tahu kenapa aku confess sedangkan aku rasa aku dah letak those bad memories behind. Confession ni agak panjang but at least korang skip la ke part sharing pengajaran aku. Sebab itulah MESEJ penting yang aku belajar dari pengalaman aku.

Aku Ain, dah kahwin dan ada anak. Aku triggered bila baca confession pasal Pentingnya Menjaga Batas Pergaulan Adik-Beradik,. Yes, aku sasaran. Sasaran abang aku sendiri. Abang tak duduk dengan parents aku. Abang duduk dengan nenek. Tapi ada 1 tahun yang parents aku tinggal dengan nenek sebab bapak aku ada projek berdekatan daerah rumah nenek. That’s when it started.

Aku darjah 2. Abang aku around tingkatan 1 macamtu. One day, abang cakap dia nak ajar aku something. Dia suruh aku tunggu depan toilet dan dia masuk dulu. Pastu dia panggil aku masuk sekali dengan dia. Aku budak, memang tak fikir apa apa. Aku takde rasa takut, curiga, pelik. Semua takde.

Sebab abang aku banyak ajar aku macam macam. Naik basikal, mengaji, masa pergi buat selamanya, siram pokok. So bila dia kata ‘nak ajar’, aku turutkan aje. Aku masuk toilet. Dia suruh aku basuhkan private part dia dan dia buat bende sama pada aku. Sumpah aku tak rasa apa apa. Sebab at that age pun, sometimes masih mak or bapak aku mandikan aku. So aku tak rasa awkward pun bila disentuh.

Tiba tiba mak aku ketuk toilet suruh aku bukak sebab adik aku umur 4 tahun nak terkencing. Abang kelam kabut. Toilet tu ada 2 section, kolah untuk mandi and toilet bowl. So dia pakai baju and menyorok kat sebalik ruang toilet bowl yang tertutup tu, dia suruh aku bukak pintu. Here’s the difference between my mom, and mak kepada confessor post yang aku mention tadi.

Mak aku marah abang. Abang bagi alasan yang dia nak menyorok daripada adik aku yang kecik. “Habis tu, dah nampak Ain masuk yang kau tak keluar tu kenapa? Mengintai adik mandi pulak??”. Mak memang marah. Silapnya, mak tak terus terangkan pada aku bahawa apa yang abang buat tu salah. Mak tak slow talk, takde sit and discuss, semua takde. Aku tak terus ditegur untuk jaga dan lindungi diri aku sendiri.

Itu kejadian pertama dan lepas tu takde apa apa jadi dah. Habis je tahun tu, kami pindah rumah asal kami sebab bapak dah habis projek. Selang setahun lepas tu, bapak ambik abang duduk dengan kitorang semula. Dan segalanya bermula kembali, malah abang lebih berani.

Dia ajar aku tengok benda tak senonoh, dia berani sentuh aku. Aku taknak cerita detail sebab aku pun taknak ingat semua tu. Macam macam dia buat pada aku, semua dia buat. Kecuali 1 je yang dia tak berjaya. Dia tak berjaya amek keperawanan aku sebab aku kecik lagi dan aku refuse sebab sakit.

Mak dengan bapak memang biasa tinggalkan kitorang 3 beradik dekat rumah. Masa masa macam tu lah dia start kacau aku. Setahu aku la, dia tak pernah sentuh adik aku. Aku yang asalnya tak kisah disentuh mula rasa tak suka sebab sakit. Lama lama aku realize yang aku taknak dia buat aku sakit dah. Aku baru ada rasa self-consciousness masa umur aku 10 tahun. Bila aku tengok 1 drama yang ada scene disentuh, baru aku faham apa yang abang buat pada aku adalah perbuatan tak senonoh.

Walhal, aku pernah tnya mak aku, ‘perbuatan tak senonoh tu apa?’ Mak cuma kata ‘Nanti dah besar Ain faham lah sendiri’. Besarnya salah mak aku sebab takde ilmu pasal bab ni. Kalau mak dah siapkan aku dengan ilmu, tentu aku awal awal lagi dah sedar apa yang abang buat tu salah.

Tapi sayangnya, aku tanpa sedar dah develop rasa ‘suka disentuh ringan ringan’. Cuma aku tak suka ‘kemasukkan’ sebab sakit. Yes. Itulah yang terjadi pada aku. Dan kesannya pada aku, tak sanggup aku nak cerita. Lama lama bila aku selalu menolak, abang dah tak usik aku dah. Abang memang tak pernah paksa aku. Kalau aku taknak, dia stepback. Hujung tahun tu, bapak hantar abang duduk dengan nenek balik sebab abang memang banyak buat hal dekat sekolah. Bapak tak kuasa nak layan perangai dia.

Walaupun abang dah takde, aku mula layan diri sendiri. Sampai aku masuk asrama baru benda tu berkurangan sebab aku busy. Kadang kadang, aku pun tak dapat tahan desire aku untuk disentuh. Dan disebabkan aku bersekolah di sekolah perempuan, aku rasa memang Allaah selamatkan aku. Kalau tak, mungkin aku dah terbabas 100% sebab bergaul dengan pelajar lelaki.

Bertahun abang menjadi remaja bermasalah. Balik Raya pun dia tak ada. So takdelah apa apa terjadi. Until… Abang aku kawin, dan aku pun dah 20an masa tu. Demi nak appreciate kakak ipar aku (aku namakan Kak Dina). Aku and adik aku tidurlah 1 malam kat rumah sewa baru dorang. Kakak ipar aku suruh aku tidur bilik dia and dorang tidur dekat hall. Aku tak expect apa apa dah dan aku anggap abang dah berubah sebab dia dah kawin, kan.

Tapi aku silap, malam tu lepas Kak Dina tidur, abang masuk bilik. Adik aku yang masa tu dah umur sekolah menengah memang dah tido. Abang cakap nak borak borak. Aku asalnya just baring baring scroll FB, aku layan je dia borak macam macam. Suddenly, dia pegang peha aku.

Aku try untuk anggap ‘its a normal touch’. Tapi pengalaman membuatkan aku tak boleh tipu perasaan aku. I know he’s up to something. Peliknya, aku tak tolak tangan dia pun even perasaan aku say No! Tak sampai berapa minit, Kak Dina terjaga and masuk bilik cari abang. Abang cover cover dan cakap nak borak borak. And then dia keluar dan mesej aku. Dia ajak buat macam dulu! SAH! Dia ni tak pernah berubah rupanya… Aku kumpul kerasionalan aku, susun ayat dan cakap ‘Aku dah lupakan, dan aku maafkan dia’. Itulah pengakhiran cerita aku menjadi sasaran abang sendiri.

Pengajaran?

Belajar. Sejak aku pregnant lagi aku dah follow benda benda sepatutnya supaya aku menjadi mak yang lebih conscious berbanding mak aku. Apa yang nak kene belajar? Belajar cara explain dan jawab soalan anak. Ia harus bermula the moment anak mula belajar bercakap. Sebelum 2 tahun dah boleh mula.

Ajar anak mandi sendiri. Jangan biasakan anak dimandikan orang lain. Ajar anak tutup tubuh dia lepas mandi. Jangan tukar diaper depan orang. Anak seawal usia 3 tahun dah boleh ajar dia basuh atau gosok private part sendiri walaupun masih parent yang mandikan. Biar dia rasa ‘tak biasa disentuh’.

Jangan abaikan hint anak. Anak tak boleh explain apa yang terjadi. Yang anak tahu hanyalah ‘suka’ atau ‘tak suka’. Kalau anak cakap ‘tak sukalah kawan tu’. Kene alert! Jangan terus cakap “Alah, kawan tu nak main je”. Belajar ilmu ‘menggali jawapan anak’. Saya ulang : Anak tak tahu explain.

Ajar anak sebelum anak belajar dari orang lain. Tebalkan muka untuk explain dengan perkataan dan nama yang betul. Jangan ganti nama private part dengan perkataan seperti ‘burung, batang, bunga, apam’ dan sebagainya. Kahwin tu apa? Macam mana baby masuk perut mama? Kenapa orang dalam TV cium mulut? Yes! Please be ready untuk jawap soalan macam tu and be TRUE. Jangan tipu tipu. Ajar anak say NO!

Wasiat. Ini perkara yang masih menghantui aku sendiri. Siapa yang boleh aku percayai untuk jaga anak perempuan aku kalau aku dan suami dah pergi buat selamanya? Aku takde jawapan. Thanks kalau korang baca semua sampai habis. Melalui pengalaman aku, Aku harap pembaca dapat nampak contoh contoh yang berlaku pada aku. And jadikan sempadan, alert call, jika ia berlaku pada org yang korang kenal dan sayang. Take care. Terima Kasih.

Reaksi warganet

Ruzaidah Alias – Good sharing. Lagi pula zaman sekarang anak lagi advance dan kita as parents kena jadi lebih kepada kawan kalau nak anak dekat dan senang bercerita. Untuk anak perempuan memang penting ajar sentuhan selamat, apa yg boleh dan tak.

Nurul Huda – Yes. Kakak aku ada anak perempuan sorang. Adik aku yang lelaki dan ayah aku memang tak pernah mandikan dan tukarkan pampers anak perempuan dia. Ayah aku pun faham why dia elakkan, dan ayah aku akan refuse bila nak tukarkan pampers or mandikan cucu pempuan tunggal dia. Mesti panggil aku or mak. Kakak aku tak pernah tukarkan pampers anak pempuan dia depan orang lelaki even family sendiri. Kami semua faham dan rasa die buat betul.

Intan Rohani Yusof – Benda yang paling ditakuti dalam hidup bila ada anak perempuan. Kisah kisah macam ni kadang kadang buat kita tak nak lepaskan anak kita pada sesiapa pon 24 jam. Nak hantar sekolah asrama pon takut sebab macam macam cerita pelik pelik kita dah dengar. Sekolah perempuan pon sama. Sekolah harian pon sama. Tak ada sesiapa yang boleh kita percaya 100% walaupon ahli keluarga kita sendiri. Semoga Allah lindungi anak perempuan kita dari niat dan perbuatan yang jahat.

Zeyqa Amani – Tq sharing. Feel you bcoz your story ade la siket2 like mine. My parents tau tapi tak pernah ajar or explain ape2. Even smpai sekarang pun tak pernah sebut, we just buat buat tak tahu dan i buat2 lupe je its like not in my memory at all!. Now i know its benda tu ye from the start. Aiyoooo, sedih. Tapi all the stories i dah cerita ke my husben. Really sad but i belajar untuk letgo even orang tu dekat je bcos he is close family dan selalu jumpe. Tapi itulah hopefully tak jadi ke anak anak kite. Dan im aware of this. Sekarang pun memang dah educate anak2 pasal ni. Risau sangat. Moga Allah lindung anak anak kite. Aaminn.

Nur Ain – Ya, . Begitulah bagaimana selalunya ia bermula. Mula mula dibelai belai kemudian lama kelamaan rasa suka itu datang. Be aware parents. Jangann terlalu menaruh kepercayaan kepada anak lelaki untuk duduk bersendirian dengan anak perempuan. Semua tips yang confessor bagi tu semua betul. Jaga anak perempuan memang susah, memang sukar. Benda tu tentulah perlu di titik beratkan. Semoga Allah melindungi semua anak adam dari bisikan syaiitan.

Anna Fie – Sedari kecil aku dah ajar anak anak aku part mana yang tak boleh disentuh. Aku warning anak anak aku. Jangan bagi ayah, atok, sepupu, bapak sedara, kawan lelaki, cikgu lelaki pegang lebih lebih, tak boleh pegang mana, tak boleh kiss2. Aku ajar sambil buang perasaan malu. Aku siap minta maaf pada anak anak aku sebab aku terpaksa bercerita benda benda yang agak sensitif so diorg faham.

Dan paling penting, aku memang ajar anak aku JANGAN PERCAYA orang orang yang aku senarai diatas. Jangan percaya bukan bermaksud tidak hormat. Cuma selitkan perasaan tak percaya tu dalam sanubari supaya diorg berhati hati.

Aku selalu akan sewa motel atau hotel (kalau duit extra) bila balik kg. Sebab pernah bila anak anak aku yang kecik habis mandi, masing2 bawah 10 tahun. Walaupun berkemban penuh, aku perati mata mata sedara sedara termasuk fil aku yang masih taknak tundukkan pandangan. Budak kecik pun kebuluq nak tengok.

Bukan tak pernah kena perli dengan family in law sebab tido luar kalau balik kg. Tapi aku tak peduli dan buat muka tembok. Aku percaya apa yang aku buat tu adalah aku usaha untuk jaga amanah Tuhan pada aku. Dan aku percaya Allah lebih memahami niat aku.

Sumber – Ain Syah (Bukan nama sebenar) via IIUMC