Terkejut tiba tiba bf ajak pergi bukit tapi bersyarat kena pakai baju kurung. Rupanya haritu jugak gadis ini baru nampak sebab bf dia mintak macam tu.

Kehidupan

“Assalamualaikum. Pertamanya terima kasih admin sebab kongaikan cerita saya yang tak seberapa ni.saya terpanggil untuk kongsi pengalaman sendiri lepas baca kisah ‘Awak sayang ALLAH?’..kisah tersebut lebih kurang sama dengan kisah yang saya alami sendiri. Saya ni dulu memang bertudung.tapi bagai dikatalah ‘tudung tapi telnjng’. baju tu WAJIB sendat, ketat, melekat kalau tak memang saya tak keluar lah. seluar tu jangan kata nak duduk pun jenuh (boleh bayang lah kan ketat dia tu mcm mana) dan tudung tu pulak kena selepang atas bahu sampai ternganga dada tu..bangga seh!

Aset kot..Masa berjalan tu mendada sikit..bila ada lelaki pandang terasa macam retis pulak..jadi public figure. Saya berubah drastik bila ALLAH jentik hati saya perlahan. Bermula cerita bila saya sambung degree di Universiti di Selangor. Saya langsung tak pernah free hair bila keluar sebelom masuk ke u..tapi bila sampai di sana saya serumah dengan kawan2 yang semuanya free hair.

Tiba2 saya jadi ‘galak’ nak ikut jejak dorang. Tapi baru ja nak tarik tudung saya terpandang gambar mak ayah yang saya lekat kat cermin.. terus saya jadi tak tergamak nak tipu mak ayah saya walaupun tanpa pengetahuan dorang..ALLAH tu MAHA PENYAYANG..DIA takmau saya terus sesat..terus saya batal niat nak free hair..

Cerita yang lain pulak masa tu saya ada boyfren.nak dijadikan cerita satu hari dia ajak saya keluar ke Bukit Ke*****, tapi dengan syarat kena pakai baju kurung. saya dengan tak fikir banyak terus setuju.. haritu kawan baik (Nia bukan nama sebenar) saya tidur dirumah saya. saya bagitau Nia yang Aiman bukan nama sebenar) ajak saya keluar p Bukit Ke***** tapi kena pakai baju kurung (masa tu tengah kalut cari baju kurung dalam almari). Nia terus marah saya dan halang saya pakai baju kurung tapi suruh saya pakai seluar macam biasa.

saya turutkan je tanpa banyak tanya sebab dah lewat. Lepas tu bila saya jumpa Aiman dia marah saya sebab saya tak ikut apa yg dia suruh. Aiman kata dia tak jadi bawak saya ke Bukit tu.. bila balik ja rumah saya cerita kat Nia apa yang jadi. Nia terus kata yang dia dah banyak dengar cerita tak elok jadi kat Bukit tu..

banyak couple kena tngkp basah kat sana..senang cerita orang gelar bukit tu sarang benda tak elok. tersentak saya dengar.. apalah nasib saya andai kata saya ikut apa yg Aiman suruh..nauzubillahiminzalik masa tu saya dah fikir bukan2..ALLAH tu MAHA MELINDUNGI.. Dan klimks cerita saya ALLAH ‘tegur’ kawkaw tapi secara lembut punya bila ALLAH jemput family saya menunaikan umrah.

masa tu saya langsung tak rasa apa. memang tak rasa teruja atau apapon. terasa macam nak p melancong ja.. hemm.. saya langsung tak cari ilmu macam mana dan apa nak buat masa kat sana nanti.. cuma ikut ja apa yang ayah saya buat. Setibanya saya kat Masjid Nabawi, tiba2 hati saya rasa lain.. dan bermulanya titik perubahan saya sekarang ni bila saya berpeluang untuk solat dalam Taman Raudhah..

berapa ramai orang yg dah ada di masjid tu, tapi langsung tak ada rezeki nak solat di Taman Raudhah (Taman Syurga)? Bertuahnya saya rasa masa tu.. masa pertama kali saya sujud dan dahi saya menyentuh sejadah Taman Raudhah, air mata terus mengalir.. terasa diri ni kerdil dan hina sangat. ALLAHU..

Sampai sekarang masih terasa lagi perasaan tu..lepas tu saya jugak berpeluang untuk tengok sendiri payung2 gergasi yang ada depan Masjid Nabawi terbuka.. ALLAH ALLAH.. tergamam saya. tegak saya berdiri macam tengah nyanyi lagu Negaraku bawah payung2 tu..berapa ramai orang yg dah sampai ke Masjid Nabawi tapi tak berpeluang nak tengok sendiri payung2 tu terbuka..

Alhamdulillah depan mata saya ALLAH tunjuk.. ALLAH MAHA PENYAYANG.. dan momen yang saya nak cerita yang akhir ni adalah titik tolak macam mana saya berubah secara drastik terutama dari segi pemakaian.. masa tu saya dah ada di Makkah al Mukarramah.. saya nampak semua perempuan bertutup litup, berpurdah..

saya pun pakai purdah sebab nak rasa ‘bond’ dekat situ (memang saya dah spare purdah dari rumah)..bila saya pakai ja timbul satu perasaan yang saya trasa bagai dilindungi.. perasaan yang saya sendiri tak dapat nak gambarkan. lepas tu pulak saya try pakai tudung labuh..handsocks dan socks pulak saya beli kat penjual tepi2 jalan kat sana..

Mulanya pakai atas alasan senang nak solat,tak payah pakai telekung dah.Then..lama kelamaan I realise I totally fall in love in wearing purdah..I fall in love in wearing loose jubah.. I fall in love in wearing handsocks n socks.. I fall in love in wearing tudung labuh.. sangat2 suka..dan masa nak balik ke Malaysia saya teringat macam mana pemakaian saya masa nak ke Madinah/Makkah..

saya malu. saya menangis. saya rasa berdosa amat sangat. sanggup ‘jual tubuh’ kat orang ramai. kenyangkan keinginan lelaki2 yang bermata liar.. ALLAHU ALLAH..jejak ja kaki saya kat bumi Malaysia,saya dah nekad yang saya nak berubah terus. sampai je kat rumah tanpa berlengah terus saya asingkan pakaian yg tak ikut syariah untuk sedekah (walaupun masa tu saya cuma tinggal baju tak sampai 10 helai dan seluar 2 helai).

Tak kisahlah kalau tak berbaki langsung baju yang ada tapi saya nekad. esuk tu terus saya bagi kat sepupu2 saya yang muat pakai. ramai orang terkejut dengan prubahan saya. even ayah saya sendiri tegur perubahan saya dan tanya saya kenapa pakai jubah, socks n handsocks setiap kali keluar. drastik sangat berubah, kata ayah. saya cuma tersenyum. Doakan saya sentiasa istiqomah. In sya ALLAH…

Kalau korang especially yang free hair,atau berpakaian tak ikut syariah dan tiba2 terasa di hati nak pakai tudung masatu, atau nak pakai baju longgar ke atau apa saja yg korang rasa, buat! Just do it.. sebenarnya tu ‘teguran’ lembut dari ALLAH untuk korang. dan pada sesiapa yang berpakaian dah ikut syariah tu jangan memperlekeh kaum hawa yang belom bertutup sempurna.. sebab kita taktau yang mungkin kedepan si dia yang korang lekeh kan tu akan jadi solehah melebihi diri sendiri..” Sekian coretan dari saya.

Kredit:- ~Hawa~

Gadis Ini Terkejut Bila Lagi Seminggu Nak Kahwin Tunang Ajak Duduk Serumah. Gadis Ini Menolak. Lepas Je Nikah Gadis Ini Dihenyak Hari Hari Sehingga Satu Hari Dia Datang Bulan Dan Ini Yang Terjadi.

Assalamualaikum… Tahun ini tahun ke 5 aku berkahwin buat yang kali kedua… Maknanya dah 10 tahun aku bebas… Allah je tahu perasaan aku lepas ex aku jatuhkan talak. Abang aku, mak aku dan ayah aku yang teman aku di mahkamah menangis kesyukuran… Syukur mereka dapat anak mereka semula…

Aku anak perempuan tunggal dalam lima adik beradik… Aku lahir dalam keluarga yang sentiasa menyokong satu sama lain… Tak ada istilah aku perempuan, kerja rumah aku yang buat… Tugas aku dan mak bertumpu pada dapur… Bab2 lain dibahagikan sama rata antara abah dan adik beradik aku…

Disebabkan oleh aku anak perempuan tunggal, aku dimanjakan abang2 aku… Dan tempat mengadu adik-adik aku… Typical middle child syndrome, aku nak apa yang aku nak. Aku keras kepala. Impulsif dan selalu ikut perasaan.

Perangai itu telah membawa aku kepada dia. Ex aku. Ada rupa. Ada gaya. Ada karier. Walaupun keluarga aku pada awalnya menolak dia, disebabkan oleh aku seorang yang go getter, aku mendapat restu ahli keluarga untuk bernikah dengan dia.

Abang aku selalu kata “Apa yang kau nampak pada lelaki chauvanist ni? Dah la adab dengan orang tua kelaut.” Aku hanya jelingkan apa abang aku kata. Apa dia tahu bisik hatiku. Semasa bertunang banyak sangat petanda yang aku tak patut teruskan pernikahan. Dia pernah ajak aku bersedudukan. Katanya kami akan bernikah tak lama lagi.

Aku anggap, oh itu perkara biasa. Lelaki dan nfsu 1 nya. Kasar tutur dan bicara pada aku tak terkira. Alasannya? Tertekan dengan segala urusan bernikah. Sedangkan dari A to Z aku uruskan. Oh ya. Ibu bapanya sudah tiada. Majlis semua keluarga aku uruskan.

Umur 23 tahun, genap setahun setelah aku tamat belajar, aku menjadi seorang isteri. Sewaktu aku masih dalam fasa bulan madu, dia tidak segan menunjukkan perangainya. Suka tengok benda bukan bukan. Aku selalu rasa seperti objek pemuas nfsu. Dalam setiap kali bersama memang sudah tak ada ‘jiwa’. Dan itu hanyalah sekadar menunaikan tanggungjawab aku sebagai isteri.

Belum lagi keresahan bila aku datang bulan. Dia pernah tertangkap ke rumah urut. Katanya aku datang bulan terlalu lama. Tak akan aku ketepikan hukum untuk dia. TAK AKAN. TITIK. Di rumah aku persis Cinderella. Dari sekecil kecil kerja rumah. Sampai la ke sebesar besar kerja rumah. Ya la, rumah itu dia yang beli dia yang bayar. Jadi adil la aku jadi kuli buat segala bala katanya.

Tahi telinga aku dah keras bersama dengan dia. Semua kata kata kesat dan perkataan mencarut jadi makanan telinga aku hari-hari. Asbab seperti teh o kurang manis pun boleh jadi punca aku dipanggil dengan kata kata yang kesat.

Tangan aku penuh warna biru direntap. Berapa kali tumbukan ke pintu dilepaskan betul betul sebelah wajah aku. Berapa kali kerusi disepak sambil kata dia harap dia dapat sepak aku sebegitu. Harta benda yang dipecah dicampak tak usah dikira banyaknya.

Bila baran memuncak, cakap nak bahayakan nyawa aku pun pernah. Selepas dia buat aku rasa macam aku ini kuman yang tak bermakna, dia akan meminta maaf dan buat seperti tiada apa yang berlaku. Allah lindungi aku. Dia tak pernah hinggapkan tangan kakinya pada aku.

Aku bagaikan kudis dalam hidup dia. Saat berat aku hanya 50kg dengan tinggi 167cm, hari-hari dia panggil aku gemuk. Hari-hari aku dipanggil buruk. Tapi yang kelakarnya si gemuk dan si buruk ni la kau henyak hari-hari.

Aku juga dilarang bertemu keluarga aku. Bila dimarah keluarga kerana aku mengasingkan diri, aku tak dapat ceritakan hal sebenar. Kerana aku mahu menjaga air muka ex aku. Bermacam alasan aku beri pada mak, abah, along, angah dan adik-adik. Sampai kering idea. Akhirnya adik beradik pulaukan aku. Aku cuma berhubung melalui telefon dengan mak dan abah.

Setahun hidup aku hanya dia dan kerja. Berkawan pun dikawal ketat. Aku cuma berhubung melalui FB atau whatsapp. Aku diasingkan dari dunia luar. Sampai la satu hari aku dapat tahu perihal perempuan satu lagi. Sejak dari tu aku jadi memberontak. Aku bukan diri aku sendiri. Bila aku dimarahi aku hamburkan semula makian. Bila dia menumbuk pintu, menyepak kerusi meja, aku hanya menjeling dan berkata “Kau jangan ingat aku ni patung yang kau boleh buat sesuka hati… Aku ada abang2 dan adik2 yang boleh buat kau makan pakai straw”…

Aku mula jadi isteri nusyuz. Pulang kerumah keluarga aku tanpa izin. Tak ada setitis pun air mata aku gugur masa ni. Aku dah nekad yang aku nak berpisah. Cuma cara masih kabur. Sampai satu hari setelah setahun setengah, saat beban itu tak tertahan lagi. Aku nangis semahunya pada keluarga aku. Cerita kan semuanya. Penderitaan fizikal dan mental yang aku hadapi. Abang2 aku mula meruap. Mujur aku ada mak dan abah. Mereka yang buka jalan untuk aku. Kumpul bukti kata mereka. Supaya aku dilepaskan dengan ‘aman’.

Setiap kali balik kampung, aku akan pasang spy cam di bilik tidur aku. Aku gunakan telefon pintar yg murah dan aku hubungkan dengan powerbank. Aku letakkan apps spy cam. Camera akan dihidupkan bila ada pergerakan. Dalam kes aku, banyak pergerakan. Patutla mula-mula marah. Lama2 siap tanya bila aku nak balik kampung.

Mula-mula aku nak ambil 3 bulan notis untuk berhenti kerja. Tapi lepas nampak apa yang aku nampak, setiap hari macam neraka dekat rumah tu. Aku terpaksa ambil 24jam. Mujur aku ada saving. Dapat la aku bayar balik bekas company aku.

Lepas ex aku pergi kerja, aku pack barang. Abang2 aku ambil dekat rumah. Kami buat report polis tentang apa yang dia pernah bagi. Dan alhamdulillah ada bukti di whatsapp. Jadi aku keluar rumah dengan report polis untuk bukti dimahkamah kalau diperlukan. Nombor telefon aku deactivate dan tukar baru. Aku block dia di socmed. Lepas dah sampai rumah keluarga aku, aku hantar email kat dia. Email video aksi dia. Dia merayu dimaafkan seperti selalu. Aku tak akan pandang belakang. NEVER.

Segala urusan nak berpisah aku buat. Sedara aku selaku peguam shariah banyak bantu dan beri nasihat. Aku langsung tak ada berurusan dengan dia. Video itu jadi benda utama perundingan untuk dia lepaskan aku secepat mungkin.

Sedara aku berunding dan cakap dengan dia. Kalau dia tak nak lepaskan dan aku tuntut fasakh, segala video dia hakim akan tengok sebagai bukti tuntutan fasakh aku. Kisah dia akan jadi bualan dalam mahkamah sebab dalam mahkamah bukan kami sahaja. Ada ramai lagi pasangan lain dalam tu. Jadi dia pilih lepaskan aku secara aman. Tepat usia aku 25 tahun aku dilepaskan.

Pasal dia menangis merayu depan rumah. Datang cari aku. Merayu kat mak abah aku. Malas aku nak cerita. Semua tu adalah tangisan buaya. Tiada benda yang lebih palsu dari tangisan dia. Kisah aku tak habis disini. Walaupun aku benci dia. Tapi tak adalah aku terus move on 100% lepas berpisah. Sebulan juga aku macam patung hidup. Tak ada arah tujuan. Salahkan diri aku sendiri.

Kemudian aku dapat kerja baru. Mula berjumpa kawan kawan lama. Yang paling penting setiap hari aku dihiasi kasih sayang dari keluarga aku sendiri. Aku baru faham kenapa Allah tak kurniakan aku anak walaupun aku pernah berdoa setiap hari untuk zuriat dulu. Tanpa zuriat aku boleh terus padam dia macam dia tak wujud pun. Dengarnya setahun lepas berpisah dia dah berkahwin. Selebihnya tak tahu la apa cerita.

Hidup aku sesudah dia dihiasi travel log. Dihiasi kisah2 manis aku dengan kawan2. Trip umrah kami sekeluarga. Aku cuba scuba diving. Aku cuba hiking. Aku ingatkan hati aku dah padam untuk cinta. 5 tahun lepas bergelar janda aku bernikah sekali lagi selepas berkali kali istikarah sebelum dirisik keluarga dia. Tak ada mimpi ke apa. Cuma Allah berikan perasaan kasih dekat suami aku.

Aku pernah cakap dulu dengan suami aku yang aku janda dan pernah berkahwin. Muka dia macam terkejut. Kemudian dia cakap tak apa. Yang penting bukan bini orang. Dan ketawa. Dia kata dia tak akan bincang kisah lampau melainkan aku mahu. Aku betul2 ingat dia akan reject aku.

Aku masih ingat masa dia bawa aku ke kenduri kesyukuran mak dan ayah dia balik dari haji. Kami memang klik. Keluarga dia sangat mesra. Hari dia merisik, abah aku cakap yang dia tak nak letak kan hantaran sebab aku janda. Mak dia kata kami nak beri hantaran sebanyak rm1x, xxx. Dia menantu sulung kami. Orang nak beri, kita merasalah.

5 tahun post marriage. Dulu aku tak pernah rasa aku akan jumpa seseorang lagi. Ada masa aku memang putus asa. Benci lelaki. Nak hidup solo forever. Tapi hati kita ni milik Allah. Sekarang anak dah seorang. Kadang2 termenung juga. Umur 35 anak baru satu. Kawan aku ada yang dah sampai empat anak. Tapi siapa aku nak menidakkan perjalanan hidup yang aku pilih sendiri. First time kahwin dulu taknak pulak buat istikarah kan. Padan muka aku. Naluri Allah dah bagi tapi nak ikut keras kepala.

Tapi aku terima kepayahan aku jadi mak di usia lanjut. Sekarang aku rapat dengan keluarga aku. Suami aku pun walau kadang2 ada juga la gaduh. Aku terima semua baik buruk dia. Selama dengan dia lagi banyak suka dan hanya sedikit sangat dukanya.

Kalau dulu hidup aku ditanggung ex aku semua. Tapi bahagia tak ada. Sekarang ni, walaupun perbelanjaan kena 50-50, sikit pun aku tak kisah. Duit boleh cari. Kebahagiaan tu susah sikit. Kisah aku tak tahu la bahagia sampai bila sebab semua ni pinjaman Allah swt. Yang pasti kalau pisang berbuah dua kali, saving aku dah ada. Escape plan dah ada. Dan aku tahu aku ada keluarga yang selalu menyokong aku dalam susah atau senang.

Mak mertua aku pun feminist. Kalau anak dia buat hal, anak dia yang kena kitai. Kitorang kamceng. Jari kelinking dah paut dah sejak aku kahwin dengan anak dia dulu. Panjang cerita aku kan. Syukur masih ada lagi happy ending. Aku doakan semua isteri atau suami yang jadi sasaran suami domestik dapat mencari jalan keluar. Dan kamu dapat sokongan yang kamu perlukan. Kalau tidak dari keluarga harap ada NGO yang sanggup bantu.