Terkejut tiba tiba je ada org chat bagitaw yg dia dah pegang dah rasa badan tunang laki ni. Padahal laki ni lagi beberapa minggu je lagi nk tunang. Laki ni terkejott dan akhirnya ini tindakan dia.

Kehidupan

GAMBAR SEKADAR HIASAN.Aku dah graduan UIA. Cerita ni memang cerita betul hidup aku sendiri. Bukan nak membuka pekung di dada, tapi ada mesej yang ingin aku sampaikan. Dekat UIA aku kenal sorang sister, lama kenal berkawan selama 2 tahun. Lepas grade dan masing2 dapat kerja kiteorang plan untuk kehidupan seterusnya, kahwin. Lepas grad, alhamdulillah both dah dapat kerja, then kiteorang bertunang selama 3 bulan.

Sementara tu jugak, aku ade buat bisness printing baju dengan member aku. Saje tambah duit poket, boleh buat belanja kahwin sedikit sebanyak. Kiteorang buat online bisness, jadi kebanyakkan orang nak order baju akan pm kiteorang terus. Tinggal sebulan je lagi aku dengan tunang aku akan disatukan. Mostly semua persiapan dah siap. Semua dah tempah, kad jemputan, pun semua dah diedarkan, sewa kanopi, semua hampir dah siap. Tunggu hari kejadian saja.

Malam tu semua keluarga aku kumpul, bincang pasal majlis kahwin aku. Abang2 dan kakak2 aku semua macam bagi nasihat rumah tangga dekat aku, sebelum mendirikan masjid ni semua since aku anak bongsu dalam keluarga. Aku dengar jelah semua nasihat abang dan kakak aku. Semua tengah meriah bagi tips itu ini, nasihat dekat aku semua. Tengah duk berbincang, aku dapat call dari no yang aku tak kenal. Tapi aku tak hairan sangat, mungkin customer nak order baju aku fikir camtu.

Then aku angkat call yang masuk tu, senyap. Lepastu aku panggil tak menyahut, aku pun letak je mungkin salah no. Kali kedua no yang sama call lagi, kali ni ada suara lelaki yang menyahut. Dia tanya aku ni hafiz ke? Lepastu aku jawab ye. Sudah tu dia tanya boleh tak nak jumpa aku. Aku tanya dia siapa, dia cakap nak tempah baju.

Aku jawab usually aku tak jumpa dengan customer kalau nak order, just bagi details thru wassap pun boleh aku cakap sebab aku pun sibuk nak uruskan majlis kahwin tak lama lagi, jadi tak sempat nak jumpa. Tapi dia seakan memujuk aku untuk berjumpa juga, sebab katanya banyak helai baju yang ingin dia tempah dan dia ade design dia sendiri.

Aku jawab kalau camtu nanti aku minta tolong business partner aku yang pergi jumpa dia, takpun xyah jumpa pun takpe aku cakap, berapa helai nak tempah baju takde masalah, design pun boleh email je. Tapi dia cakap dia tak nak jumpa partner aku, dia nak jumpa aku je. Aku cakap sama je memana, business partner aku pun boleh je pergi sebab dia pun tahu selok belok nak order baju, lepastu tiba2 dia cakap aku nak cakap pasal tunang kau. Aku tersentak bila dia sebut nak cakap pasal tunang aku.

Nak cakap apa? Aku pun cakap tadi nak order baju, ni nak cakap pasal tunang aku pulak. Aku tak kenal dia pun. Dia cakap aku kenal kau, aku just nak cakap tunang kau dah rosak banyak kali dengan aku. Aku dengan tetiba sergah dia dalam phone call tu, aku cakap kau tak kenal aku, kau tak kenal tunang aku, jadi baik kau jangan buat fitnah sebelum aku report polis.

Dia cepat2 bagitahu aku nama penuh tunang aku, lagi lah aku cuak. Macam mana dia tahu nama penuh tunang aku melainkan dia dah kenal dengan tunang aku. Lepastu dia bagitahu kalau kau tak caya nanti aku wassap gambar. Aku terus letak phone macam tu je then aku tutup phone aku waktu tu.

Fikiran tengah berserabut sangat waktu tu. yelah kau tetiba dapat call dari orang yang kau tak kenal, lepastu siap bagitahu nama penuh tunang kau, cakap tunang kau dah r0sak semua dan nak tunjuk bukti semua. Aku ambil kunci kereta, dan aku keluar rumah malam tu, mak aku sempat pesan nak keluar pergi mana malam2 dah ni, orang manis ni tak elok keluar malam. Aku cakap nak lepak dengan kawan jap waktu tu dah pukul 10.30 malam.

Mak aku macam pelik sebab aku jarang keluar lepak dengan kawan lewat2 macam tu. Aku tak tahu nak pergi mana, dalam hati aku kuat mengatakan tu hanya fitnah. Aku kenal tunang aku. Aku pergi lepak sensorang dekat McD. Sampai je situ, aku on kan phone aku balik, ade wassap dari tunang aku, tanya aku dekat mana sebab mak aku bagitahu dia aku keluar tak balik2 lagi. Call tak masuk semua. Aku bluetick je then masuk wassap dari no yang aku tak kenal.

Budak jantan tadi wassap image dekat aku, banyak keping. Tapi aku tak download waktu tu, sebab aku tak bersedia nak tengok image ape yang dia hantar dekat aku, tapi hati aku eager nak tahu. Aku kuatkan hati jantan aku ni dengan download semua gambar. Ya Tuhan, remuk hati aku waktu tu rupanya dia hantar gambar tunang aku dengan dia yang tengah ambil gambar sekali dekat mana tah dengan tangan dia meranngkul kemas pinggang tunang aku seakan brpelokan.

Lepastu jantan tu wassap aku lagi, dia cakap dia tahu semua tahi lalat tunang aku dekat mana, tanda lahir tunang aku dekat mana dan semua benda sensitif pasal tunang aku dia bagitahu. Aku tak tahu pun semua tu. Aku tak tahu tahi lalat dan tanda lahir tunang aku dekat mana, aku tak tahu tahu rambut tunang aku paras mana, semua aku tak tahu.

Menangis aku waktu tu jugak, aku cuba tahan tapi air mata jantan aku keluar jugak. Malam tu aku balik rumah pukul 3 pagi. Membebel mak aku katanya dah nak kahwin tak boleh dah lepak sampai lewat pagi dengan kawan. 3 hari aku tak layan tunang aku, aku cakap aku sibuk dengan printing baju, tak sempat nak layan.

Rasa nak tmpar pun ada. Kalau duduk depan aku rasanya mau dah kena tmpar. Seminggu lepas tu, aku call jantan tu aku cakap aku nak jumpa. Aku nak kepastian, nak tanya betul2. Then aku jumpa jantan tu cerita satu2 dekat aku. Sebelum aku kenal tunang aku, tunang aku dah ade bf. Dorang dah terlanjur banyak kali, dah buat macam2. Lepastu dia tunjuk conversation lama dia dengan tunang aku, semua conversation macam phone tak senonoh.

Aku rasa nak je aku tmbuk muka jantan tu, tapi sebab aku duk tempat awam, aku tahan je. Aku tanya jantan tu satu je, ape tujuan kau bagitahu aku semua ni? Dia cakap sebab tak nak aku jadi dayus, pompuan tu dah rosak dia yang rasa dia dulu. Sht! Aku balik macam tu je. Tiap hari aku menangis, sebak sayu semua ade. Majlis kahwin tinggal 2 minggu je lagi. Ape patut aku buat.

Aku tak bagitahu sesiapa, aku tak tanya tunang aku hal ni, aku diam je. Waktu tu aku dekatkan diri dengan Tuhan aku buat istikharah tiap malam, aku buat solat hajat, aku mohon betul2 dengan Tuhan. Aku fikir nak je aku putuskan pertunangan dan batalkan majlis kahwin, tapi aku fikir tu mustahil nak memalukan keluarga sendiri. Lagi pun mak aku ade lemah jantung dan bakal mak mertua aku pun tak sihat ade bp tinggi. Aku takut dorang terkejut kalau dorang tahu hal ni. Tapi aku tak kuat, lemah weh tak tahu nak buat ape.

Aku sendiri tak pernah sentuh tunang aku, even tangan pun tak sentuh, aku sayang tunang aku betol2. Aku merungut kenapa mesti aku yang dapat ujian macam ni. Aku fikir kalau aku kahwin nanti macam mana dengan keturunan aku, dayuskah aku? Semua keliru aku tak tahu nak pilih yang mana. Aku xdpt pape petunjuk dari istikharah. Sampai lah aku dengar khutbah jumaat dekat masjid rumah aku, tajuk khutbah jumaat hari tu peluang kedua.

Dalam khutbah tu cakap, semua orang berhak untuk diberi peluang kedua tak kisah jahat atau baik. Malah orang tu patut diberi peluang kalau dia ingin betul2 berubah. Kita ni siapa nak menghukum orang, seeloknya buka lah hati untuk memberi peluang kedua insyaAllah Tuhan permudahkan urusan. Terngiang2 dalam kepala aku khutbah jumaat hari tu, majlis tinggal seminggu saja lagi dan aku tak dapat pape petunjuk. Aku buat keputusan nk jumpa tunang aku, haritu aku jumpa dia dengan bawak hadiah.

Aku hadiahkan dia sepasang stokin dengan sepasang handsock. Dia agak terkejut dengan hadiah yang aku kasi. Dia tanya kenapa? Aku cakap pakailah stokin tu, tutup kaki, handsock tu pkai la walaupun pakai baju lengan panjang tapi tetap nampak lengan tu. Tunang aku agak kebratan nak terima ape aku cakap, dan teragak2 untuk pakai stokin. Aku cakap nanti aku beli lagi yang lawa2 baru sedap nak pakai. Aku cakap pakailah slow2 baru laki tak usha, jagalah aurat betol2 slow2 takpe aku cakap.

Then boleh pulak dia cakap cemburu ke? aku panas hati, tapi aku diamkan je. Rasa nak je naik tangan tapi sebab perempuan aku tahan je, aku cakap dlm hati bukan aku cemburu, sebab aku tak nak lelaki lain tengok aurat kau dah. Aku kumpul kekuatan nak berterus terang. Aku tunjuk gambar dia dan budak jantan tu yang sedang bergambar sambil berpelukan. Aku tanya ni apa? Terbeliak tunang aku waktu tu. Terus dia tanya aku dari mana dapat gambar tu dan tiba2 je dia menangis tersesak2.

Aku tanya kenapa nak nangis, benda dah pun jadi, kenapa tak terus terang je? Kenapa tak cakap yang dah ade bf sebelum ni. Semua aku tanya sebab dah hampir sebulan aku pendam sensorang, sampai tumpah jugak air mata jantan aku ni depan tunang aku. Dia bagitahu tu cerita lama, dia dah tak contact dengan budak laki tu. Budak tu just nak duit dan badan dia je waktu bercinta.

Tunang aku tanya aku, status kita macam mana, perasaan aku semua adekah aku akan batalkan majlis? Aku cakap kita proceed jelah, majlis tak sampai berapa hari dah lagi. Tentang perasaan tu tipu lah kalau aku tak sakit hati, dah berkecai hati aku sebenarnya. Aku jaga tunang aku leklok, tapi alih2 ade orang dah sentuh tunang aku sebelum aku sentuh dia

Aaku fikir maruah family, fikir mak aku yng sakit jantung, aib tunang aku dan semua lah aku fikir. Tunang aku izinkan aku untuk batalkan majlis, dia malu dengan aku sebab dia dah rosak. Aku jawab aku anggap ni ujian Tuhan dekat aku mungkin ade kebaikan yang aku dapat nanti. Aku pun tak tahu. Ujian untuk aku bimbing isteri aku nanti.

Aku cakap walaupun dah jadi macam ni, sayang aku tu masih ade, masih kuat. Jadi hargailah. Aku cuma minta satu je dengan tunang aku, tutup aurat dengan sempurna sebab tu aku hadiahkan stokin dengan handsock. Bukan aku suruh pakai tudung labuh dan purdah segala, just tutup mana yang basic, insyaAllah aku redha dengan ujian ni. Pernah jugak aku cuba untuk bagitahu mak ayah dia tentang hal ni, tapi tu aib tunang aku.

pernah aku nak batalkan majlis dan tinggalkan tunang aku, tapi aku paksa diri aku ingat balik semua kebaikan yang pernah dia buat dekat aku dulu. Dulu dekat UIA, dia pernah bayarkan yuran aku separuh, pernah dia support duit makan aku bila aku takde duit. Dialah tempat aku jatuh bangun strugle dekat UIA selama 4 tahun. Hal duit tu xyah cakap banyak sangat dia tolong aku, aku budak mustang. Ade kalanya dia beli keperluan sukan untuk aku, bukan aku minta tapi dia yang kasi semua ni.

Jadi aku tak boleh lupa kebaikan yang pernah dia buat even satu kesalahan besar dia buat tak cukup nak tampung kebaikan dia selama ni, tapi aku ingat. Aku tak tinggalkan tunang aku bukan sebab kebaikan yang dia buat, tapi sebab kasih sayang aku yang betol2 ikhlas dengan tunang aku dan aku patut bagi dia peluang kedua untuk berubah. InsyaAllah aku akan redha dan doakan aku guys. Majlis kiteorang hari yang terdekat ni, terima kasih.

Sumber : KRT/Transformasi.

2 Tahun Bertunangg Tk Pernah Buat Benda Terkutuk. Tapi Disebabkan Nk Lepaskan Nafsuuuu Lelaki Ini Bela Gadis Simpanannn. Lepas 6 Bulan Kahwin Akhirnya Kantoi Semuanya. Tergamam Bini Bila Tahu Perangai Sebenar Suami.
Terima kasih kerana menyiarkan penulisan saya ini. Saya terpanggil untuk menulis atas tulisan cik Rohana dalam luahannya di IIUMC, (Patut Ke Dia Jadi Suami Aku?). Saya pernah lalui macam yang cik lalui, cuma kisah saya sedikit berbeza dengan cik. Saya sama macam cik tak pernah bercinta. Minat dalam diam tu Pernah. Biasalahkan reaksi h0rmon, tapi untuk ada kekasih tu amatlah sukar buat saya kerana saya seorang yang sangat berpendirian.

Saya pegang selagi saya tak sedia tak habis belajar tak capai cita cita selagi itulah saya tidak akan serahkan cinta ini untuk sebarangan lelaki. Dari kecil saya sangat menjaga hubungan dengan Allah, solat terjaga, akhlak terjaga dan Quran sentiasa baca atas harapan supaya jodoh saya juga akan menjadi orang yang soleh juga. Hari hari doa dan solat hajat supaya saya dihadiahkan dengan suami yang soleh, jaga solat, baik dan Allah redhai.

Sampai satu hari, semasa saya melanjutkan pengajian serjana ada seorang lelaki ni saya namakan Amar (bukan nama sebenar) merupakan kenalan semasa ijazah dulu tiba tiba tanya khabar saya, lalu dia bertanya adakah saya masih belum berpunya? Bila saya mengatakan belum lalu dia melamar saya untuk menjadi isterinya.

Saya ingat ini adalah prank lalu tanpa fikir panjang saya hanya bagi tahu, kalau ayah setuju maka saya pun setuju dan beri nombor telifon ayah saya cuma anggap dia takkan berani mungkin Amar ni main main ja. Tapi sangkaan saya meleset, dia betul jumpa ibu bapa saya minta izin untuk kenal dengan saya untuk tujuan berkahwin. Ibu bapa saya amat suka dengan Amar dan galakkan saya untuk berkawan dengan Amar ni..

Apalah istimewanya Amar ni sampai ibu bapa saya suka sangat dengan dia, biasanya mereka akan menolak mentah mentah lelaki yang cuba melamar saya. Beberapa minggu berlalu. Kemudian dia kenalkan saya dengan keluarganya dengan ajak bertemu di sebuah restoran..

Dia dari keluarga yang baik baik, adik beradik nya hafiz hafizah. Dia pun sebenarnya hafal banyak ayat Alquran yang saya sendiri tidak hafal. Melihat keluarganya saya yakin yang doa saya untuk berkahwin dengan lelaki soleh di makbulkan..

Kami kemudiannya bertunang selama dua tahun. Pertunangan kami lama kerana ibu bapa saya kenakan syarat jika mahu kahwin habiskan dulu pelajaran. Sepanjang pertunangan boleh kira berapa kali kami bertemu, kalau jumpa pun memang ditemani ahli keluarga.

Kami sangat menjaga ikhtilat. Berhubung dalam phone pun strict hanya 10 minit sahaja. Itupun seminggu sekali untuk urusan perkahwinan. Walaupun begitu perasaan kami tidak pudar, akhirnya kami diijab kabulkan.

Enam bulan perkahwinan kami amat manis, dan indah. Amar sangat romantik, menjaga solat, baik, bertanggung jawab, kira perfect ten la. Sehinggalah saya guna komputernya. Tak tahu macam mana pada hari tersebut saya rajin nak explore folder folder dalam komputernya.

Sampailah terjumpa satu file ada gambar dia dengan perempuan lain, bermesra melampaui batas. Alangkah terkejutnya saya sebagai isteri tengok semua video tersebut, dia dan wanita yang sama. Saya rasa langit nk runtuh, hidup saya gelap perasaan rasa nak lari je dari dia rasa macam nak terus hilang tanpa berita. Saya ambil masa bertenang dengan keluar rumah selama beberapa jam. Dan pulang ke rumah menangis lagi tanpa henti.

Sehingga Amar pulang dari tempat kerja. Bermula lah drama air mata kami, saya suruh dia terus terang berkaitan sisi gelapnya, Amar menangis mengaku itu salahnya dan merayu agar saya tidak tinggalkan dia. Rupanya wanita itu merupakan perempuan simpanannya semasa bertunang dengan saya. Saya tanya, ada lagi ke dengan perempuan lain? Nasib hanya dia seorang. Tetapi mereka telah buat benda terkutuk berkali kali, bukan sekali ya..

Lepas tu saya tanya kenapa tak kahwin dengan dia kenapa kahwin dengan saya? Amar kata dia cinta saya, perempuan tu merasa ja. Lagilah saya rasa hancur hati saya. Dia rayu, peluk minta maaf supaya saya tidak tinggalkan dia. Saya hanya senyap sehingga tertidur.

Esoknya saya whatsapp ibu Amar beritahu saya ditipu keluarga mereka kata Amar baik tapi rupanya banyak buat benda tak senooh, ibunya segera bertemu dengan saya untuk mendapatkan penjelasan. Lalu ibunya serbu Amar, sejak dari itu Amar dibuang keluarga.

Saya hanya pendam perasaan sehingga sakit dan masuk hospital berkali kali kerana tekanan cairan merah rendah melampau. Terlalu stress untuk bertindak. Berita ini hanya berkisar antara saya dan ibunya sahaja. Keluarga saya tidak tahu. Saya rahsiakan kerana ayah saya ada sakit jantung khawatir dia pergi buat selamanya terkejut.

Setelah beberapa bulan, akhirnya saya kena ambil keputusan to stay or to leave. Lalu saya menimbang tara dan buat satu senarai baik buruk jika teruskan perkahwinan ini atau berpisah. Setelah di timbang kira, banyak buruk dari baik jika saya memilih perpisahan. Masa tu saya teringat satu ayat Quran ni, jika kamu selamatkan satu manusia seolah olah menyelamatkan seluruh manusia.

Jika saya memilih perpisahan maka Amar akan terus buat perbuatan terkutuk, maka makin jauh rahmat Allah darinya. Saya memilih untuk memafkan tetapi tidak melupakan. Saya memilih untuk menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan sungguh sungguh.

Setiap kali Amar keluar outstation pasti saya ikut untuk pastikan dia memang keluar bekerja bukan ada orang baru. Selepas peristiwa ini, hubungan kami makin akrab dan lebih transparent. Kami lebih kenal each other dan lebih sungguh sungguh baiki hubungan dengan Allah. Amar sangat romantis dan menjaga perasaan saya. Tidak pernah angkat tangan atau tinggi suara.

Kami lebih menghargai satu sama lain dan bantu untuk padam d0sa silam dengan amal jariah dan join banyak volunteerism dan lebih sungguh-sungguh dengan aktiviti jemaah di masjid. Harap hubungan mesra ini kekal sehingga hujung nyawa. Jadi pengajaran dari pengalaman saya ini,

Pilihlah keputusan hidup “at the Greater good” Jangan kalah dengan perasaan. Bila marah ambil masa untuk tulis mana baik mana buruk asal tidak telepas cakap Wanita baik untuk lelaki baik tak semestinya kena sebelum berkahwin, ia mungkin untuk selepas khawin. Binalah sungguh sungguh peribadi diri untuk jadi yang Allah redha sepanjang hayat..

Akhir kata ; “Neraka itu penuh dengan pend0sa yang sombong, tetapi syurga itu penuh dengan pend0sa yang bertaubat” Jangan nilai orang sebarangan kerana kita tak tahu siapa masuk syurga dulu. Sekian,

Reaksi warganet

Krol Shaffi – Dulu cikgu saya kata “Wanita baik untuk laki baik dan sebaliknya”. Ada murid tanya kalau wanita baik dapat laki jahat dan sebaliknya macamana cikgu? Itu ujian Allah untuk mereka. Dunia tempat ujian sebelum ke syurga dan neraka. Kata cikgu tersebut!

Zee Ekyn – Teringat cerita Rashid Sibir suatu ketika dahulu. Aqasha jadi bapak ayam. Jual perempuan. Bile dah tua dia jadi imam.. Sekali nak kawenkan anak dengan perempuan yang dia pernah jual dulu. End up satu kg tau kisah silam dia. Fuh. Macam drama

Nurul Sakinah Rosli – “Wanita baik untuk lelaki baik tak semestinya kena sebelum berkahwin, ia mungkin untuk selepas khawin. Binalah sungguh sungguh peribadi diri untuk jadi yang Allah redha sepanjang hayat..” Suka dengan confessor ni sebab ayat dia pun tak tunjuk yang dia ni bebas dosa. Dan bagi saya Definisi “Yang baik untuk yang baik” yang confessor guna ni definisi yang betul.. May Allah bless u confessor for being such a strong woman.

Ain Mardhiah – Saya rase die atas individu tu sendiri, andai berlaku dekat saya, memang saya akan harap berpisah. Ketahanan seseorang berbeza, jadi ikut masing2 punya keadaan. Ada orang kalau stay, lambat laun tekanan tu akan membina Narcissistic Personality, (die daripada terlalu stress, kepada “akulah yg mampu untuk hadapi ni, means im better than anyone cause i can go through this but not others”). Situasi macam ni akan berlaku dekat diri saya if im in your situation (and i was), so for me, i better go. I know my limits. Berlakon baik depan kita, kemudian buat benda terkutuk time bertunang tu memang ciri ciri munafik kalau bagi pandangan saya. Buat benda terkutuk sebab nak merasa?? Kemudian pilih isteri yang suci. Dasar jantan.

HLimah Halim – Bila baca kisah ni, dah dapat agak kesudahannya. Patut la orang suruh membaca banyak, kaji dan teliti. Pentas dunia ni dah dihuni pelbagai manusia dan kisahnya sama tapi terjadi pada waktu berbeza. Terserah pada manusia menyerah pada takdir atau bertindak bijak. 6 bulan boleh la ikut kesana kemari. Esok bila dah bunting dan ada anak berderet lelaki tu boleh buat episod baru. Dah biasa.

Kalau dia baik. Dia tak simpan video tu. Dia tak nak ingat dan jejak kisah lalu tapi dia simpan. Dia akan simpan banyak lagi album begitu sebab dia lelaki. U adala ujian pertama dia. Berjaya. Pompuan yang ditinggalkn tu sure dia dipermainkn dengan kata2,”I dipaksa kawin, bila ada masa I akan cari u”. Apapun dunia ni sementara. Nak senang atau susah pilihan sendiri. Syurga juga pilihan sebab tu kena berusaha sungguh sungguh. Senang ke nak beribadat kalau dalam otak serabut dengan perangai lelaki. It is your choice. You have made the decicion. Enjoy!

Nur Reen – Dari pengalaman saya la, sedara ada yang kahwin lari, bila anak dah besar, anak dia pun kahwin lari. Ada lagi sedara yang isteri dia mengandung anak luar nikah, bila anak luar nikah dia dah besar pun buat perkara sama. Sebijik semua macam mana mak ayah diorang buat dulu.

Yang jadi sedihnya pasangan yang tak buat benda terkutuk tu pun kena hadap sekali ujian yjian macam ni. Allahu. Kita mungkin tak berapa kisah sekarang ni, tapi bila anak anak dah besar buat perangai sama macam kita atau pasangan kita pernah buat dulu, hancurnya hati dan malu nak tanggung masa tu lagi sukar nak hadap. So confessor fikir fikri la ye. Manusia yang banyak buat benda terkutuk dan dosa besar ni hatinya gelap, sukar nak berubah atau bila dah berubah pun sukar nak istiqomah, sebabtu banyak yang munafiq sekarang ni, depan depan baik, belakang jadi setan. Moga confessor kuat

Sumber – Mawar (Bukan nama sebenar) via IIUMC