Terkini 660 kes baharu direkodkan untuk hari ini. KKM dedahkan punca kes ini berlaku yang melibatkan kes tempatan dan kes import dan harap semua maklum

Berita

PUTRAJAYA, 14 Okt – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat 660 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes kini meningkat ke 17,540 kes.Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Noor Hisham Abdullah berkata,  daripada jumlah tersebut, hanya enam (6) kes merupakan kes import.

Sebanyak 654 kes adalah penularan tempatan dengan 608 daripadanya adalah warganegara dan 46 lagi bukan warganegara. Manakala 6 kes merupakan kes import.Sementara itu, terdapat 233 kes pulih dilaporkan hari ini dan empat kes kematian dicatatkan.Maklumat lanjut menyusul.Gambar: Google

Dukacita Dimaklumkan, 4 Lagi pemergian Akibat COVID-19 Dilaporkan Hari Ini

PUTRAJAYA, 14 Okt – Dukacita dimaklumkan bahawa empat lagi pemergian akibat COVID-19 dilaporkan hari ini, umum Kementerian Kesihatan (KKM).Ia menjadikan jumlah kumulatif kes pemergian terkini meningkat ke 167 kes, bersamaan 0.96 peratus.Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, keempat-empat kes pemergian tersebut berlaku di Sabah.

Kes pemergian ke-164 (kes 11,152) melibatkan seorang lelaki warga emas berusia 80 tahun mempunyai latar belakang sakit drh tinggi dan gout.Seterusnya, kes pemergian ke 165 (kes 17,307) merupakan seorang wanita berusia 63 tahun, kes ketiga iaitu ke-166 (kes 17,308) ialah seorang wanita berusia 73 tahun serta terakhir, kes ke-167 (kes 17,309) wanita berusia 47 tahun.Ketiga-tiga wanita terbabit dilaporkan mempunyai latar belakang sakit darah tinggi.Sementara itu, satu lagi kluster baharu dikesan.Maklumat lanjut menyusul.

SOP PKPB Mukim Klang Terbatal, Kini Selaras Seluruh Selangor – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 14 Okt – Prosedur operasi standard (SOP) bagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan di mukim Klang, Selangor sebelum ini terbatal.Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, SOP tersebut kini sudah diselaraskan dengan pelaksanaan PKPB di seluruh Selangor.SOP PKPB Mukim Klang sebelum ini batal selaras PKPB di Selangor, WP,KL dan Putrajaya mulai hari ini –

Dalam pada itu tambahnya, sebarang kemaskini mengenai peraturan solat di masjid pula akan diumumkan oleh pihak berkuasa agama negeri dalam masa terdekat.Beliau berkata demikian dalam sidang media perkembangan PKP Pemulihan secara sidang video hari ini.Semalam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memutuskan untuk menangguhkan solat Jumaat, solat fardhu lima waktu berjemaah dan aktiviti-aktiviti imarah di semua masjid dan surau sekitar Selangor yang berkuatkuasa mulai Subuh tadi.

Ia dilaksanakan selaras dengan pelaksanaan PKPB di seluruh negeri sebagai usaha memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19.Sebelum itu juga, Majlis Keselamatan Negara juga bertindak melaksanakan PKPB di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula tengah malam tadi sehingga 27 Oktober ini.Sumber: Ismail Sabri

Orang Ramai Diminta Bertenang, Jangan Buat Pembelian Panik – KPDNHEP

PUTRAJAYA, 14 Okt – Orang awam dinasihatkan supaya bertenang dan tidak membuat pembelian panik berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan sejak tengah malam tadi.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, bekalan barang terutamanya makanan dan barang keperluan masih dijamin mencukupi pada harga yang stabil dan munasabah.

“Kementerian telah membuktikan melalui tindakan yang telah diambil untuk memastikan bekalan makanan tidak terputus semasa PKP dilaksanakan dahulu.“Kementerian mempunyai 2,269 anggota penguatkuasa di seluruh negara yang sentiasa memantau dan memeriksa bagi memastikan bekalan mencukupi dan harga stabil tanpa kenaikan mendadak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, pengilang, pengeluar, pemborong dan peruncit diingatkan untuk memastikan semua bekalan keperluan sentiasa mencukupi.Dalam masa sama, pengguna turut dinasihatkan untuk membeli barangan mengikut keperluan sahaja dan tiada keperluan untuk menyimpan stok berlebihan.“Pengguna juga digalakkan membuat pembelian secara atas talian bagi mengurangkan pergerakan fizikal ke premis perniagaan.

“Secara tidak langsung, kita dapat membantu memutuskan rantaian pandemik COVID-19,” tambah kenyataan itu lagi.Sebarang aduan boleh disalurkan kepada KPDNHEP melalui portal dan emel ke e-aduan@kpdnhep.gov.my, talian 1-800-886-800, aplikasi Ez ADU, Enforcement Command Centre (ECC) di talian 03-8882 6245/6088, Malaysia Government Call Centre di talian 03-8000 8000 atau WhatsApp ke 019-279 4317.Mengimbas kembali, seluruh negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah dilaksanakan PKPB bermula tengah malam tadi sehingga 27 Oktober ini.

Gara Gara Ramai Rakyat Yang Balik Ke Kelantan Selepas Dikenakan PKPB. Terkini Jabatan Kesihatan Kelantan Sarankan Individu Yang Pulang Ke Kelantan Dari Selangor KL Dan Putrajaya Perlu Kuarantin 14 Hari.

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Kelantan mengingatkan individu yang pulang ke negeri ini dari dari Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya agar menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari sebelum bergaul rapat dengan ahli keluarga yang lain.

Pengarahnya, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, saranan itu berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di tiga kawasan tersebut. “Sekiranya dapat menyediakan inap desa, ia adalah lebih baik. Jika tinggal serumah, asingkan mereka di bilik berasingan yang mempunyai kemudahan bilik air.

“Makanan dan minuman perlu dihantar ke dalam bilik selain dinasihatkan supaya tidak berada di luar bilik. Sekiranya keluar bilik, mereka perlu memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter dari ahli keluarga lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu berikutan kerajaan membuat pengumuman tiga kawasan tersebut dikenakan PKPB bermula pukul 12 malam ini yang berkemungkinan besar dan ramai individu akan keluar dari kawasan tersebut menuju ke Kelantan.

Mengulas lanjut, menurut Zaini, dalam tempoh 14 hari itu, mereka digalakkan untuk membeli makanan dari kedai atau dalam talian menggunakan khidmat penghantar makanan dengan membayar secara dalam talian.

Katanya, mereka yang mula bergejala perlu dibawa ke klinik kesihatan berdekatan untuk proses saringan. “Jabatan Kesihatan Kelantan akan menyaring semua perantau bergejala yang datang dari kawasan tersebut berisiko dalam masa 14 hari.

“Bagi yang mempunyai gejala setelah kontak dengan mereka perlu ke fasiliti kesihatan untuk pemeriksaan lanjut. Sekiranya, anda atau ahli keluarga perlu melakukan swab, jangan risau kerana proses tersebut tidak s4kit dan merbahaya,” katanya. -K! ONLINE

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Kosmo

Terkini 1754 Seklah Diarah Kan Tutup. Mengejutkan Hampir Sejuta Pelajar Malaysia Tak Pergi Sekolah Gara Gara Covid 19. Rupa Rupanya Ini Senarai Sekolah Yang Diarahkan Tutup.

Penularan wabak COVID 19 di negara ini makin mengganas. Kalau dulu, kebanyakan kes mungkin tertumpu di Kedah dan Sabah. Namun sekarang, hampir setiap negeri mencatatkan kes COVID 19. Malah lebih membimbangkan, beberapa daerah di beberapa negeri juga sudah diklasifikasikan sebagai ‘zon merah’ oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang membawa kepada penutupan 1,754 buah sekolah di Malaysia.

Menurut Sinar Harian, sehingga setakat ini, boleh dikatakan sekitar sejuta pelajar di negara ini tidak dapat menjalani sesi persekolahan seperti biasa disebabkan kes pandemik COVID 19 yang meningkat semula. Aduhai…  Sabah catat penutupan sekolah tertinggi, kemudian Selangor 

Setakat ini, Sabah mencatatkan jumlah penutupan sekolah yang paling tinggi iaitu sebanyak 1,297 buah sekolah yang melibatkan 500,000 orang pelajar.  Penutupan ini dilakukan mulai 10 Oktober hingga 25 Oktober selepas terdapat peningkatan mendadak dalam kes COVID 19 di negeri itu.

Lebih mengejutkan semalam, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut mengambil keputusan sama untuk menutup 298 buah sekolah di seluruh daerah Petaling di Selangor mulai 12 Oktober hingga 25 Oktober. Ini juga susulan peningkatan kes COVID 19 di Selangor sehingga daerah Petaling kini diklasifikasikan sebagai zon merah. 

Selain daripada daerah Petaling, 440 buah sekolah di Klang juga diisytiharkan tutup lepas kawasan itu juga diklasifikasikan sebagai zon merah. Ini diikuti dua sekolah di Putrajaya dengan anggaran 2,978 pelajar terlibat. Sekolah di Putrajaya yang ditutup ialah: SMK Presint 8 (1)SK Precint 8 (1)

Sumber: Harian Metro

Empat sekolah ditutup di Kedah. Dalam pada itu, terdapat 4 sekolah pula yang ditutup di Kedah semalam sehingga 14 Oktober. Ia membabitkan sekolah di daerah Baling dan Pokok Sena. SMK BongorSMK BalingSMK Bukit PayongSK Bukit Pak Kiau

Sumber: Sinar Harian

Beberapa sekolah di Perak, Johor & Terengganu juga ditutup. Enam buah sekolah yang ditutup di Perak ialah: SMK King Edward VIISMK (P) Treacher MethodistSMK Bukit JanaSK Taman JanaSK Convent Kota, SK Ulu Mengkuang

Manakala dua sekolah di Johor pula di daerah Masai dan Pasir Gudang: SK Masai (2)Sekolah Agama As-Syakirin.Penutupan sekolah di Terengganu pula melibatkan empat buah sekolah di Kuala Nerus dan Dungun iaitu: SK Padang KemuntingSK Kompleks Seberang TakirSMK Kompleks Seberang TakirSMA Sultan Ismail. Apa-apapun marilah kita berharap serta berdoa semoga wabak COVID 19 ini berakhir tidak lama lagi supaya anak-anak kita dapat kembali ke sekolah semula seperti biasa. 

Kes Makin Meningkat. Mengejutkan 3 Lagi Pusat Beli Belah Terlibat Dengan Kes Positif Covid 19 Dan Hampir 298 Sekolah Daerah Petaling Diarahkan Tutup Gara Gara Penularan Covid 19. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Punca.

Pusat beli-belah Mid Valley Megamall (MVM) dan The Gardens Mall (TGM) di Kuala Lumpur mengesahkan terdapat satu kes positif COVID-19 yang melibatkan staf di sebuah kedai jualan penjagaan kulit, lapor AWANI pada 11 Oktober 2020.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan bahagian pengurusan pusat beli belah terbabit, staf itu bekerja di London Sales Cosmetics (LSC) Sdn Bhd. Ia merupakan anak syarikat operasi yang mengendalikan butik Origani dan Élévatione Time Stops di kedua-dua pusat beli belah itu.

“Staf itu memaklumkan kepada pihak pengurusan LSC pada 9 Oktober lalu, bahawa salah seorang daripada ahli keluarganya dijangkiti virus berkenaan. “Wanita itu kemudian melakukan pengasingan diri dan segera melakukan ujian saringan dan disahkan positif pada 10 Oktober lalu.

“Individu berkenaan bagaimanapun disahkan tidak menunjukkan sebarang simptom,” jelas pihak pengurusan Mid Valley Megamall dan The Gardens Mall. Difahamkan, perkara itu dimaklumkan pada 11 Oktober selepas wanita berkenaan disahkan positif COVID-19.

Ketiga-tiga kedai tersebut ditutup buat sementara waktu dan kerja pembasmian kuman dilakukan di bawah syarikat LSC sedang dijalankan pada masa ini. Sementara itu,  pusat beli-belah, Bangsar Shopping Centre (BSC) juga akan ditutup buat sementara waktu selepas salah seorang pekerja di sebuah kedai jualan penjagaan kulit disahkan positif COVID-19.

Dalam satu kenyataan ringkas yang dibuat menerusi laman Facebook rasminya, pekerja di premis berkenaan didapati tidak menunjukkan sebarang gejala sewaktu bekerja pada 6 Oktober lalu. “Kami dimaklumkan dengan satu kes positif COVID-19 yang melibatkan kakitangan kedai produk penjagaan kulit iaitu Origani, di aras bawah.

“Kakitangan tersebut bertugas pada Selasa, 6 Oktober 2020 dan pada masa itu tidak menunjukkan sebarang gejala. Pekerja itu tidak berada di BSC sejak itu,” jelas pengurusan pusat beli-belah itu pada Ahad. Susulan itu, butik tersebut menutup premis kedainya dan meminta semua pekerjanya menjalani ujian saringan mengikut saranan Kementerian Kesihatan (KKM).

BSC turut membuat kenyataan bahawa pihaknya akan menutup premis pusat beli-belah itu bermula pukul 8 malam Ahad bagi kerja pembasmian kuman dan kembali beroperasi pada Isnin (12 Oktober). Pada masa yang sama, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pula telah memaklumkan bahawa semua sekolah di zon merah Petaling, Selangor akan ditutup mulai Isnin hingga 25 Oktober 2020.

Tindakan itu adalah selari dengan perutusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 6 Oktober mengenai keputusan kerajaan untuk menutup sekolah di kawasan zon merah. Orang ramai boleh menyemak senarai sekolah yang terlibat menerusi portal www.moe.gov.my atau di platform media sosial rasmi mereka.

Sumber : Astro AWANI & Sinar Harian
Kredit Foto : Astro AWANI

Gara Gara Ada Kakitangan Mereka Yang Disahkan Positif Covid 19. Terbaru Satu Cawangan Bank Islam Di Tempat Ini Pula Diarahkan Tutup Selepas Agro Bank Sungai Buloh.

LAHAD DATU: Bank Islam Malaysia Berhad menutup sementara cawangan Lahad Datu termasuk terminal layan diri berkuat kuasa serta-merta selepas seorang kakitangannya positif COVID-19. “Kakitangan tersebut kini sedang menjalani rawatan di hospital kerajaan.”Kakitangan terbabit dan anggota keluarga terdekatnya telah menjalani tempoh kuarantin rumah sejak 28 September 2020 setelah melakukan perjalanan ke Tawau baru-baru ini.

“Langkah itu (menutup cawangan) diambil sesuai dengan garis panduan keselamatan dan kesihatan Bank Islam mengenai COVID-19,” menurut kenyataan bank itu pada Ahad. Bank Islam sedang menjalankan proses sanitasi dan pembersihan di cawangan berkenaan secara menyeluruh, termasuk ruang-ruang kemudahan umum.

Bank Islam juga sudah menjejaki kontak rapat kakitangan tersebut serta menasihati mereka supaya menjalani saringan kesihatan dan kuarantin di rumah. “Saya ingin menekankan kepada semua pelanggan bahawa kesemua premis kami berada dalam keadaan bersih dan selamat setelah kerja-kerja sanitasi dijalankan.

“Sebarang kesulitan yang timbul susulan langkah-langkah yang dilaksanakan ini amat kami kesali,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed. Mengambil maklum akan situasi semasa di Sabah, bank itu juga akan mengecualikan caj pengeluaran tunai di mesin MEPS supaya pelanggan bebas melakukan pengeluaran di mana-mana mesin ATM berdekatan sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar (TEMCO).

Sumber: Awani

Salah seorang kakitangannya disahkan positif Covid 19. Mengejutkan Agro Bank Sungai Buloh terpaksa ditutup buat masa ini. Ini maklumat selanjutnya

SUNGAI BULOH, 7 Okt – Agrobank hari ini mengesahkan salah seorang kakitangannya di cawangan Sungai Buloh telah diuji positif COVID-19. Menerusi satu kenyataan, difahamkan pekerja terbabit kini sedang menjalani rawatan perubatan di sebuah hospital kerajaan dan penjejakan kontak rapat juga telah dilakukan.

“Cawangan yang terjejas juga akan ditutup sementara bermula 7 Oktober (hari ini) sehingga pemberitahuan lebih lanjut kelak bagi tujuan menfasiliti aktiviti sanitasi dan pembersihan secara menyeluruh. “Semua pekerja Agrobank di cawangan berkenaan akan diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari bermula hari 7 Oktober hari ini sebagai langkah-langkah berjaga-jaga tambahan,” kata kenyataan tersebut, hari ini.

Dalam pada itu, kerja-kerja sanitasi dan pembersihan akan dijalankan berpandukan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM). “Agrobank telah mengambil semua langkah pencegahan yang diperlukan untuk memastikan keadaan kesihatan dan keselamatan para pelanggan, pekerja dan masyarakat pada tahap terbaik,” tambah kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, pengguna boleh menjalankan aktiviti perbankan dan berurusan di kaunter Agrobank cawangan Selayang atau mana-mana cawangan terdekat yang lain sebagai alternatif. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Pusat Panggilan Agrobank di talian 1-300-88-2476 atau layari laman sesawang www.agrobank.com.my.

Sumber: Agro Bank, Siakap Keli

Terkini tiga sekolah di Kedah diarahkan tutup mulai hari ini sehingga 17 Oktober. Ini sekolah sekolah yang ditutup ekoran penularan covid 19.

Baling: Tiga sekolah di Baling dan Pokok Sena ditutup mulai hari ini sehingga 17 Oktober berikutan penularan Covid-19 dalam kalangan warganya. Menerusi pekeliling dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, tiga sekolah ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baling serta SMK Bukit Payong dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Pak Kiau di Pokok Sena.

Susulan itu semua pelajar, guru dan warga sekolah dikehendaki menjalani kuarantin serta patuh prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan kerajaan. “JPN Kedah memutuskan menutup sementara semua kelas di sekolah berkenaan dan guru serta kumpulan pelaksana dibenarkan bekerja dari rumah, manakala pembelajaran secara dalam talian,” kata pekeliling itu.

Sementara itu, tinjauan di SMK Baling pagi ini, mendapati pagar utamanya ditutup dan tidak kelihatan warga sekolah di pekarangan. Difahamkan, langkah diambil susulan seorang pelajar sekolah itu yang menjadi kontak rapat kepada ahli keluarga yang positif Covid-19. Kedah merekodkan lebih 1,200 kes positif setakat semalam, membabitkan Kluster Tembok di Kota Setar dan Pokok Sena serta Kluster Tawar di Baling.

Oleh yang demikian, semoga kita semua terpelihara daripada penularan wabak covid 19 ini dan sentiasa patuh kepada SOP yang telah ditetapkan. Untuk dapatkan info menarik mengenai isu semasa, tips, dan lain-lain marilah LIKE & SHARE PAGE KAMI KUCINGASM MEDIA. Terima Kasih!!

Sumber: HMETRO

Bukan sahaja pusat beli belah 1Utama yang diarahkan tutup. Terkini satu lagi tempat di Petaling Jaya diarahkan tutup gara gara ada individu yang telah disahkan positif Covid 19.

Sebelum ni Kerajaan Selangor mengarahkan pusat membeli belah 1 Utama ditutup sementara tapi sekarang tempat ni pula yang diarahkan tutup untuk elak penularan covid 19. Jadi kalau nak tau, jom kita baca sampai habis tentang isu covid 19 di tempat tempat ini dan jangan lupa untuk LIKE DAN SHARE PAGE KUCINGASM MEDIA untuk info yang lebih menarik.

Kuala Lumpur: Pusat beli-belah 1Utama, Bandar Utama dan Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya ditutup esok, berikutan sembilan individu disahkan positif Covid-19. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencn Daerah Petaling, Johary Anuar berkata, penutupan itu bagi tujuan membuat saringan kontak rapat dan proses nyahkuman.

“Sehingga kini terdapat empat kes positif di pusat beli-belah 1Utama membabitkan tiga pekerja dan seorang pengunjung premis. “Manakala lima kes positif Covid-19 membabitkan pekerja kelab golf Tropicana dilaporkan setakat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, pekerja yang didapati positif itu dari Bahagian Kosmetik dan Wangian, aras bawah Parkson Elite serta Mac City, aras dua.

Justeru, pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang mengunjungi dua tempat berkenaan pada 30 September hingga 7 Oktober (Bahagian Kosmetik dan Wangian) serta pada 25 September hingga 30 September (Mac City) untuk tampil membuat saringan Covid-19. “Pejabat Kesihatan Daerah akan melakukan saringan kesihatan di One Utama pada 14 dan 15 Oktober bermula jam 9 pagi sehingga 2 petang.

“Keutamaan proses saringan adalah kepada kontak rapat kes sahaja iaitu pengunjung premis pada tarikh dinyatakan itu,” katanya. Bagaimanapun, Johary berkata, individu bergejala sebelum tarikh saringan itu diminta ke fasiliti kesihatan berdekatan dengan kadar segera untuk pemeriksaan dan rawatan. 1 Utama diarah tutup lepas pekerja, pengunjung positif Covid-19

Kerajaan Selangor mengarahkan pusat membeli belah 1 Utama ditutup sementara bermula esok (11 Oktober) setelah empat kes positif Covid-19 dikesan di sana. Perkara itu diumumkan Pegawai Daerah Petaling merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencna Daerah Petaling, Johary Anuar dalam satu kenyataan hari ini.

Kes positif pertama di pusat membeli belah itu dilaporkan pada 5 Oktober, melibatkan seorang pekerja Mac City Service Centre, manakala kes kedua pada 8 Oktober melibatkan seorang pekerja Parkson Elite. Menurut Johary, dua lagi kes telah dilaporkan melibatkan pekerja dan pengunjung.

Dia juga memohon sesiapa yang mengunjungi bahagian kosmetik dan wangian Parkson Elite (aras bawah) antara 30 September hingga 7 Oktober, serta mereka yang ke Mac City (aras dua) antara 25 September hingga 30 September, untuk membuat ujian saringan Covid-19. “Pejabat Kesihatan Daerah Petaling akan melakukan saringan kesihatan Covid-19 di 1 Utama pada 14 dan 15 Oktober, bermula jam sembilan pagi hingga dua petang.

“Keutamaan proses saringan adalah kepada kontak rapat kes sahaja, iaitu pengunjung premis pada tarikh yang dinyatakan,” katanya. Mereka yang bergejala sebalum tarikh saringan boleh ke kemudahan kesihatan berdekatan dengan kadar segera untuk pemeriksaan dan rawatan, katanya lagi.

Selain itu, Johary juga memaklumkan penutupan Tropicana Golf Club & Country Resort di Petaling Jaya selepas lima pekerja di sana positif Covid-19. “Penutupan bermula pada 11 Oktober bagi tujuan membuat saringan untuk semua kontak rapat dan melakukan proses nyahkuman,” katanya lagi.- malaysiakini

Tular Tentang Kes Positif Covid Di Sk Bangsar. Akhirnya Sk Bangsar Disahkan Tutup Seminggu Gara Gara Semua Pelajar Tidak Hadir Gara Gara Bimbang Covid 19.

Semalam, kecoh apabila dilaporkan SK Bangsar, Kuala Lumpur mencatatkan kes COVID 19 apabila dua muridnya disahkan positif wabak tersebut. Walau bagaimanapun, sekolah tersebut masih tidak ditutup dan demi bimbangkan keselamatan anak masing-masing, para ibu bapa murid di SK Bangsar telah mengambil tindakan sendiri dengan mencutikan anak mereka daripada hadir ke sekolah hari ini.

Menurut Berita Harian, pentadbiran sekolah melaporkan 100% atau hampir 800 murid sesi pagi tidak hadir hari ini. Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Mohd Yazid Mohd Yasin berkata, hanya kakitangan pentadbiran dan juga guru yang datang ke sekolah, manakala guru diwajibkan ujian calitan semalam menjalani tempoh kuarantin.

Susulan perkara tersebut, SK Bangsar akhirnya akan ditutup selama seminggu bermula hari ini, menerusi laporan terbaru Berita Harian.  Menurut Guru Besarnya, Soharto Baharen dalam satu pekeliling sekolah yang diedarkan kepada ibu bapa, penutupan sehingga 16 Oktober itu adalah bagi menjalankan segala prosedur berkaitan, termasuklah aktiviti pembersihan dan pembasmian kuman.Sumber: NST

Turut dilaksanakan sepanjang penutupan berkenaan adalah siasatan kes dan pengesanan kontak rapat kes. Harapnya isu SK Bangsar ini selesai lah dan pihak ibu bapa tidak perlu lagi berasa bimbang untuk cutikan anak masing-masing daripada sekolah. 

Makin Tersebar. Terkini JAIS Seru 1310 Orang Untuk Tampil Buat Ujian Saringan Covid 19 Lepas Seorang Jemaah Yang Hadir Solat Jumaat Disahkan Positif Covid 19. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Punca.

Shah Alam: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menangguhkan solat Jumaat, solat fardhu lima waktu dan aktiviti pengimarahan di Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang, di sini, bermula waktu Asar pada 8 Oktober sehingga diberitahu kelak.

Pengarah Jais, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, penangguhan itu dilaksanakan berikutan seorang jemaah yang hadir solat Jumaat pada 2 Oktober lalu didapati positif C0vid 19. “Mengikut rekod, bilangan jemaah yang hadir solat Jumaat pada hari itu seramai 1,310 orang.

“Oleh itu, Jais menyeru kepada jemaah yang hadir solat Jumaat pada hari berkenaan di masjid itu tampill segera melakukan sringan di klinik ksihatan berhampiran sekiranya bergjala atau melakukan kuarantln kendiri di rumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Shahzihan berkata, stuasi ini juga akan dibincangkan dengan terperinci di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Penilaian dan Pengawasan SOP Masjid & Surau. “Mesyuarat akan dipengerusikan saya untuk keputusan selanjutnya mengenai kedudukan masjid ini dalam masa terdekat.

“Buat masa ini, Jais hanya membenarkan tiga petugas dari kalangan pegawai atau ahli jawatankuasa untuk melaungksn azan dan melaksanakan solat fardhu. “Kerja-kerja pembrsihan dan snitasi sudah dilksanakan oleh pihak pentadbir masjid hari ini,” katanya.