Terkini Istana Pahang tarik balik gelaran Datuk Farid Kamil dan Boy Iman. Mengejutkan rupa rupanya ini punca gelaran tersebut ditarik balik buat ramai tak sangka.

Artis

ANUGERAH Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon dan pengarah, Farid Kamil serta Boy Iman telah ditarik balik berkuat kuasa 1 Februari lalu. Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pendaftar Darjah, Setiausaha Kerajaan Pahang, kedua-dua selebriti itu tidak lagi dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan.

Farid dan Boy Iman atau nama sebenarnya, Noruliman A Rahman juga perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang.

Istana Pahang mengurnaikan darjah berkenaan bergelar Datuk kepada Farid pada 16 Disember 2017 manakala Boy Iman pada 24 Mei tahun sama. Kedua-dua gelaran selebriti ini ditarik balik dipercayai disebabkan kedua-duanya pernah mempunyai ks mahkamah.

Boy Iman diisytihar muflis oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Julai 2020 berikutan kegagalan melunaskan tuntutan lebih RM60,000 dibuat seorang individu pada pertengahan tahun lalu. Pada 2017, Boy Iman yang juga Pengarah Urusan DBI Properties bersama tiga pengarah syarikat Juta Kelulut Global Resources ditahn enam kali bagi membantu siasatan membabitkan penpuan jualan rumah bernilai RM6.8 juta.

Mereka pernah dithan di balai polis Ampang, Shah Alam, Selangor, Muar, Johor, Sungai Petani, Kubang Pasu, Kedah dan Kangar, Perlis. Sementara itu, Farid dijatuhi dnda 13 bulan ditahan bagi sabitan kes menggunakan kekerasan terhadap anggota polis dan empat bulan ditaan bagi sabitan kes mengeluarkan perkataan tidak sopn oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 15 Mei 2019.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : mstar

Farid Kamil harap ada sinar untuknya

“SAYA harapkan satu yang baik untuk masa depan saya,” kata pelakon dan pengarah popular, Datuk Farid Kamil mengenai dnda terhadapnya pada 2 Jun lalu. Pada prosiding yang dibuat di Mahkamah Majistret Petaling Jaya itu, Farid dikenakan tahan 13 bulan kerana menggunakan kekerasan dan mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap seorang anggota polis dengan niat untuk menghalangnya melakukan tugas, dua tahun lalu.

Mahkamah turut memerintah pelakon filem Tombiruo: Penunggu Rimba itu membayar kos pendakwaan sebanyak RM5,000 atau menjalani dnda enam bulan ditahan jika gagal membayar kos berkenaan. Bagaimanapun, mahkamah membenarkan Farid menangguhkan pelaksanaan itu dengan jaminan RM10,000 bersama seorang penjamin sementara peguamnya memfailkan rayuan.

Bercakap secara eksklusif kepada Harian Metro ketika ditemui di lokasi penggambaran drama Pelindung Seorang Isteri di Sungai Buloh, Farid berkata, perbicaraan membabitkan dirinya sejak 2018 itu sedikit sebanyak membuatkan dirinya terganggu.

“Saya sudah menjalani kehidupan seumpama itu hampir dua tahun, lebih 600 hari. Saya rasakan ia sudah menjadi sebahagian daripada apa saya lalui. Proses-proses itu boleh mematangkan saya dari segi kehidupan. “Saya tak boleh nafikan kadang-kadang ia mengganggu dan membantutkan proses perancangan kerjaya seni saya. Namun, apa boleh buat dan saya reda dengan ketentuan Allah SWT,” katanya yang kini dalam proses rayuan di Mahkamah Tinggi.

Farid yang juga suami kepada pelakon, Datin Diana Danielle berkata, kehidupan mereka bahagia di samping dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Aurora. “Dari segi perancangan keluarga itu rezeki Allah. Kita sentiasa berharap, Allah tentukan. Saya bahagia dengan keluarga dengan dua anak yang sangat menghiburkan kehidupan saya sepanjang tujuh tahun ini.

“Saya bersyukur sangat dengan kehidupan sekarang. Alhamdulillah, perkembangan anak saya membesar dengan sangat positif. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini memberi impak berbeza kepada silaturahim dalam keluarga.

“Waktu itulah buat kali pertamanya kami empat beranak luangkan masa bersama hampir dua bulan tanpa ada gangguan orang luar. Saya lihat ia dari sudut positif kerana memberi ruang kepada kami sebagai ibu bapa untuk mendalami perasaan ketika anak-anak sedang membesar.

“Muhammad terlalu dekat dengan saya dan itu kekurangan dia dan Aurora juga ada kelemahan dia. Jadi, di situ saya ambil sebagai satu rahmat dan dijadikan sebagai pedoman untuk masa depan. Kami memilih duduk di rumah dengan menelaah buku-buku dan mendekati perasaan masing-masing secara dekat. Perkara ini susah nak dapat tanpa adanya PKP itu. Jadi saya bersyukur,” katanya.

Bercerita mengenai drama Pelindung Seorang Isteri, Farid berkata, ia sudah tertunda lebih 100 hari sejak pelaksanaan PKP pada 18 Mac lalu. Drama yang bakal ditayangkan di saluran Astro Ria itu menggandingkan Farid dengan Lisa Surihani dan mendapat sentuhan pengarah, Yusry Abdul Halim.