Terkini lagi 16 kes positif covid 19 dikesan harini dan terdapat lagi 2 kluster baru diisytiharkan. Akhirnya Dr Noor Hisham tampil bongkarkan punca kes positif covid 19 naik semula kepada dua angka.

Berita

Setakat hari ini 22 Julai 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa pertambahan seramai 16 kes baharu positif Covid-19 di negara ini. Hal ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 8831. Daripada jumlah tersebut, seramai 142 jkes masih aktif.

Perkara ini dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melalui laman Twitternya sebentar tadi. Seramai 4 orang sembuh dan dibenarkan keluar wad. Ini menjadikan jumlah kumulatif untuk kes sembuh meningkat kepada 8566 (96.9%) dengan cacatakan pemergian sifar setakat hari ini.

Jumlah kumulatif untuk kes pemergian kekal kepada 123 (1.39%). Namun, daripada jumlah keseluruhan kes positif Covid-19, terdapat 5 pesakit yang masih dirawat di unit rawatan rapi dan seorang memerlukan bantuan penafasan. Bagaimanapun, KKM mengesahkan bahawa terdapat dua kluster baharu iaitu Kluster Hyde Park iaitu sebuah kapal di Pelabuhan Klang. Selain itu, Kluster PUI Melbourne.

Sumber: Dr Noor Hisham

Terkini Satu Lagi Kluster Baru Covid 19 Dikesan Yang Libatkan Petugas Kesihatan. Akhirnya Dr Noor Hisham Tampil Bersuara Lantang Dedahkan Puncanya Buat Warganet Terkedu.

utrajaya, 21 Julai – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sebuah kluster baru (Kluster Sentosa) melibatkan sebuah hospital di Sarawak. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kes ke-8773 itu melibatkan sebuah hospital di Kuching, Sarawak. “Petugas kesihatan yang mengalami gejala saluran pernafasan pada 13 Julai 2020 dan dikesan positif COVID-19 pada 19 Julai 2020,” katanya.

Susulan itu, pengesanan kes aktif telah dijalankan. ”Sehingga 21 Julai 2020, 61 orang telah diasingkan dan disaring. Hasil saringan mendapati 5 kes positif dan 56 negatif. ”Ini menjadikan kluster ini mempunyai 5 kes petugas kesihatan dan 1 kes syarikat pembersihan,” kata Dr Noor Hisham. Kesemua kes sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak. Tambah beliau lagi, perkhidmatan hospital tersebut masih diteruskan, tetapi pesakit dalam tidak diterima manakala pesakit luar dirujuk ke hospital lain. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

Sumber: KKM

Takut Dengan Kewujudan 13 Kluster Baru. Akhirnya PM Bongkarkan Punca Dari Mana Datang Kluster Baru Covid 19 Buat Warganet Terkedu.

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan kebimbangan mengenai peningkatan kes positif Covid-19 dan kewujudan 13 kluster baharu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Beliau berkata, walaupun kes di negara ini kekal rendah tetapi masyarakat tidak boleh leka sekiranya tidak mahu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula. “Saya agak bimbang dengan kewujudan 13 kluster baharu sepanjang tempoh PKPP. Contohnya Kluster Restoran Kuala Lumpur dalam kalangan pekerja restoran yang dilaporkan sejak 6 Julai lalu dan Kluster Stutong yang bermula sejak 18 Julai.

“Selain itu, terdapat empat kluster baharu yang dikesan berpunca daripada mereka yang pulang dari luar negara iaitu Kluster di Sarawak sebanyak tiga kes, Kluster di Melaka lima kes, Kluster di Terengganu tiga kes dan Kluster di Kuala Lumpur dua kes.

“Lebih membimbangkan saya, kes positif Covid-19 kembali mencatatkan angka dua digit sejak beberapa hari lalu,” katanya dalam perutusan khas perkembangan terkini PKPP yang disiarkan secara langsung hari ini. Muhyiddin turut tidak menolak kemungkinan bahawa kerajaan akan melaksanakan semula PKP jika kes Covid-19 terus mencatatkan peningkatan.

“Situasi ini tidak boleh diambil mudah oleh kita semua. Saya pasti kita tidak mahu kerajaan kembali melaksanakan ‘lock down’ sekiranya kes-kes Covid-19 meningkat mendadak. “Saya juga berdoa dan berharap agar kita tidak perlu sampai ke tahap itu. Cukuplah tiga bulan kita semua berkurung di rumah untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. “Ekonomi negara kita terjejas teruk, perniagaan mengalami kerugian dan ramai yang hilang pekerjaan. Sudah tentu kita tidak mahu kembali hidup dalam kedaan lock down seperti itu,” katanya.

Mengejutkan Jika Kes Positive Covid 19 Terus Meningkat Kepada Dua Digit PM Akan Umumkan Ini Untuk Malaysia. Rakyat Tergamam Dengan Apa Yang Akan Diumumkan Nanti Jika Kes Terus Naik Mendadak.

Sekiranya berlaku peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di negara kita dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu dilaksanakan semula, ianya akan memberi impak yang amat besar kepada ekonomi, menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jelas beliau, penutupan semula sektor-sektor ekonomi akan menyebabkan negara kerugian RM2 bilion sehari sekaligus menyebabkan ramai yang akan kehilangan pekerjaan. ”Sekiranya berlaku peningkatah kes Covid-19 secara mendadak dan memerlukan kerajaan menguatkuasakan semula PKP, impaknya kepada ekonomi amat besar.

”Penutupan semula sektor-sektor ekonomi boleh menyebabkan negara kehilangan sekurang-kurangnya RM2 bilion sehari dan secara langsung menyebabkan kehilangan sumber pendapatan bagi  jutaan pekerja di Malaysia,” kata beliau di dalam satu sidang media Perutusan Khas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, sebentar tadi.

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin turut berkata, apa yang dapat disimpulkan dalam intipati ucapan Perdana Menteri itu adalah rakyat tidak mengambil mudah kerana ancaman Covid-19 masih wujud di negara kita. Menurut beliau, langkah-langkah yang lebih ketat akan diperkenalkan oleh kerajaan sekiranya jangkitan terus meningkat dan kesan daripadanya akan menyebabkan ekonomi negara terjejas teruk.

Sumber: Siaran Langsung Perutusan Khas PM/Twitter @Khairykj

Terkini Perak Dan 5 Lagi Negeri Lain Diisytiharkan Ini Tentang Covid 19. Mengejutkan Kes Positive Covid 19 Naik Kembali Ke Angka 2 Digit. Kemungkinan Besar PM Akan Umumkan Lockdown.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu perkongsian di akaun Facebook rasminya telah mengeluarkan maklumat berkenaan negeri yang mencatatkan pertambahan kes positif Covid-19 setakat 19 Julai 2020, jam 12 tengah hari.

Menerusi data bilangan pecahan kes harian mengikut negeri yang dikeluarkan, terdapat enam negeri yang mencatatkan pertambahan kes baharu pada hari ini. Antara negeri-negeri yang melaporkan pertambahan kes positif Covid-19 baharu pada hari ini ialah Perak, Selangor, W.P Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menerusi maklumat tersebut, Perak mencatatkan pertambahan 2 kes, Selangor 4 kes, W.P Kuala Lumpur sebanyak 1 kes, Johor 1 kes, Sarawak sebanyak 6 kes manakala Sabah pula mencatatkan 1 kes. Kesemua 15 kes yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 8,779 kes. Pun begitu, daripada 15 kes positif baharu yang dicatatkan, hanya 11 kes sahaja yang melibatkan warganegara manakala 5 lagi kes positif adalah merupakan kes import.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

Perutusan Khas PM Hari Ini Pukul 4 Petang Tentang Covid 19. PKP 2 Akan Diisytiharkan Atau Tidak Rupa Rupanya Ini Yang Akan Diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin Dalam Perutusan Khas PKPP.

(Kemaskini) Kiriman terbaru kami terima menerusi laman Twitter Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perutusan Khas Perkembangan Terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan akan diadakan hari ini 20 Julai 2020 pada jam 4 petang. Anda boleh menonton Perutusan Khas ini siaran langsung di RTM, Bernama, TV3 dan Astro Awani.

Sumber: Jabatan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin

Bersiap Sedia Dengan PKP 2. Kes Positive Covid 19 Kembali Meningkat Kepada 2 Angka. PKP 2 Akan Diisytiharkan Atau Tidak Ini Jawapan Mengejut Dari Dr Noor Hisham.

KUALA LUMPUR – “Kejayaan menerbitkan rasa puas hati dan rasa puas hati membuahkan kegagalan,” tulis Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah ketika mengulas mengenai kewujudan empat kluster terbaharu Covid-19 di negara ini.

Beliau yang tidak pernah berhenti “membebel” mengenai kewajipan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) memuat naik sekeping carta yang menunjukkan data-data mengenai kluster terbaharu itu. Tiga daripada indeks kluster tersebut melibatkan individu yang baru pulang dari luar negara.

Meskipun tidak bergejala dan disahkan negatif pada saringan pertama sebaik tiba di pintu masuk negara, masing-masing disahkan positif Covid-19 beberapa hari kemudian. Dalam hantaran yang pendek di Facebooknya, Dr. Noor Hisham memberitahu, inilah kesannya jika SOP tidak dipatuhi dengan baik.

“Kebimbangan terbesar adalah apabila kita tidak lagi berhati-hati. Tolonglah teruskan mematuhi SOP seperti yang saya selalu ingatkan di setiap peluang yang saya ada. Tanggung jawab memutuskan rantaian Covid-19 sekarang berada di tangan rakyat Malaysia,” katanya lagi. Susulan penemuan empat kluster terbaharu itu, banyak pihak yang mencadangkan supaya arahan kuarantin di rumah yang dilaskanakan sejak 10 Jun lalu disemak semula. – MalaysiaGazette