Terpaksa bagi minum teh gara gara tiada wangnak beli susu. Sayu kisah keluarga ni cukup meruntun jiwa. Rupa rupanya ini yang terjadi pada keluarga ni.

Viral

Kisah keluarga ini sungguh meruntun kalbu. Ibaratnya sudah jatuh ditimpa tangga. Segala mimpi indah jatuh berkecai berserakan di kaki waktu dalam sekelip mata. Siapa sangka janji yang terukir manis oleh individu yang tidak bertanggungjawab membawa kesusahan kepada keluarga kecil ini. Kononnya dapat meringankan beban keluarga ini yang sanggup berhijrah jauh dari kampung halaman kini segala janji dimungkiri.

Mungkin ini ujian dan dugaan buat pasangan suami isteri yang mempunyai tiga anak kecil mendapar perhatian Puan Natipah Abu yang merupakan seorang sukarelawan yang aktif membantu golongan yang memerlukan. Difahamkan keluarga ini memerlukan bantuan bernilai RM 7,000 untuk menampung kos rumah sewa selama sebulan dan sebuah gerai untuk mereka berniaga di situ.

Pasangan suami isteri beranak dua ini berdagang nasib dengan berhijrah dari Kelantan ke Kedah dengan berbekalkan harapan yang menggunung tinggi untuk membina keluarga bahagia di tempat orang. **Puan Natipah Abu ini merupakan seorang sukarelawan berdaftar yang memberi bantuan dan dipercayai.**

Encik Mohd Khairullah Bin Abdul Rahim ( 35 tahun ), merupakan seorang tukang masak di Negeri Cik Siti Wan Kembang. Seorang yang bta huruf … kepandaiannya hanya lah memasak semata. Terbaca iklan tentang sebuah restoran di Kedah memerlukan tukang masak, isterinya Nur Akmar Bin Mohd Yusof ( 33 tahun ) mengajak Encik Khairullah berpindah ke Kedah setelah pemilik restoran menjanjikan gaji yang memuaskan dan segala kemudahan termasuk rumah sewa disediakan.

Dengan membawa beg pakaian … mereka pun bertolak ke Kedah dengan sebuah bas ekspres. Tiba di Kedah .. mereka disambut oleh pemilik restoran tersebut dan dibawa ke sebuah rumah kosong. “Tidurlah mereka anak beranak di atas lantai tanpa sebarang alas pun…”

Di rumah itu, mereka hanya dibekalkan dengan sebuah rice cooker sahaja. Dengan rice cooker itulah mereka masak nasi, masak lauk- pauk atau pun air. Tidurlah mereka anak beranak di atas lantai tanpa sebarang alas pun. Sementara menunggu gaji pertama, mereka hanya diberi sepuluh-dua saja untuk wang belanja atas alasan restoran belum ada pelanggan.

Keadaan mereka saat ini, sangatlah perit namun kekuatan mereka ialah menghitung hari menunggu saat akhir bulan untuk mendapatkan gaji yang dijanjikan majikan. Majikan membelikan Encik Khairullah sebuah motosikal dengan janji bayaran bulanannya dipotong gaji. Setelah menerima gaji pertama, ditolak sewa rumah dan bayaran bulanan motosikal, jumlah yang diterima ternyata jauh beza dari yang dijanjikan namun mereka tetap bersyukur.

Bagaimana pun selepas tiga bulan .. majikan tiba-tiba memaklumkan dia tidak ingin lagi meneruskan perniagaan di restoran itu dan berhajat hendak berpindah ke KL. Mereka ditinggalkan begitu sahaja terkontang-kanting.

Lebih malang .. tidak lama kemudian, pemilik rumah sewa juga datang dan mengusir mereka keluar dari rumah kerana tidak membayar sewa rumah. Mereka diusir keluar dari rumah itu tengah malam setelah tuan rumah membuat laporan polis. Keadaan malam itu riuh rendah bila tuan rumah enggan lagi memberi tempoh kepada mereka. Kekecohan itu sampai kepada pihak masjid qariah.

Pihak masjidlah yang menguruskan mereka berpindah ke sebuah rumah baru atas ehsan pemiliknya pada malam itu juga. Encik Khairullah akhirnya berjaya mendapat pekerjaan sebagai tukang masak di sebuah restoran lain. Hidup mereka yang suram sebelum ini kembali bersinar. Terasa mereka seakan kembali bernafas semula setelah tercungap hampir kelemasan sebelum ini.

Tetapi ternyata .. keindahan itu tidak berpanjangan. Mereka anak beranak diuji lagi. Baru beberapa bulan bekerja .. Encik Khairullah telah terlibat dalam satu kejadian jalanraya pada 18 Jun tahun lalu. Sejak itulah keperitan hidup mereka bermula lagi. Encik Khairullah terpaksa bertrng nyawa selama tiga bulan di wad dan kakinya nyaris diptng .

Beliau menjalani dua siri operasi untuk membuang isi yang sudah rosak dan terkena jangkitan kuman sehingga ke paras paha. Saat itu .. Puan Akma pula baru saja hamil anak ke tiga. Dalam keadaan anak-anak yang masih kecil, Puan Akma mengharapkan belas ehsan orang sekeliling untuk menjaga dua orang anaknya yang masih kecil bila dia terpaksa menjaga suami di wad.

Hanya ini yang mampu disediakan untuk anak-anak yang kelaparan setelah setelah terputus bekalan barang dapur … Sejak kejadian itu … mereka hilang sumber pendapatan kerana suami bergaji hari. Puan Akma memutuskan untuk keluar bekerja sebagai tukang masak di sebuah kedai makan.

Encik Khairullah pula … setelah keluar wad, sudah tidak mampu bekerja lagi. Tinggallah dia di rumah menguruskan anak-anak. Tugas menyara kehidupan sepenuhnya di bahu Puan Akma sehinggalah diarahkan berhenti oleh majikan kerana telah sarat.

12 Januari lalu .. Puan Akma telah selamat melahirkan anak ke tiganya. Alhamdulillah .. bil hospitalnya dijelaskan oleh seorang doktor yang bersimpati dengan nasibnya. Pulang ke rumah .. tidak dapat dibayangkan kesedihannya. Dia terbaring kerana di dalam pantang .. suami pula terbaring kerana kejadian sebelum ni.

Peti sejuk yang kosong …anak yang masih menyusu botol pula hanya minum air teh menggantikan susu. Pernah terdetik di hati ibu untuk menyerahkan bayi ini kepada orang kerana buntu dan desakan hidup … namun bila menatap wajah yang tidak berdosa ini .. dia tidak sampai hati …

Encik Khairullah tidak dapat menuntut apa-apa pampasan kerana kenderaan yang melnggrnya tidak mempunyai cukai jalan. Motosikalnya yang tersadai di tempat kejadian ketika kejadian juga telah hilang. Encik Khairullah juga tidak dilindungi apa-apa sekim PERKESO. Ini keadaan kaki Encik Khairullah ketika kejadian dan terkini …

Prihatin dengan nasib mereka anak beranak .. Sedekah Jumaat kita bertujuan untuk mengembalikan punca pendapatan kepada mereka suami isteri yang pandai memasak ini dengan menyediakan sebuah gerai buat mereka berniaga di hadapan rumah.

Rumah sewa mereka terletak berhampiran jalan besar di sebuah taman perumahan, berpotensi untuk menarik pelanggan apatah lagi keduanya mempunyai kepakaran memasak. Mereka boleh berniaga sambil menguruskan anak-anak.

Kita andaikan keadaan Encik Khairullah akan bertambah baik selepas tiga bulan lagi dan semuanya akan kembali stabil selepas enam bulan. Buat masa ini, sewa rumah mereka ( sebulan RM400 ) sudah tertunggak dua bulan. Kita berhasrat untuk membayar selama 6 bulan agar mereka tidak terbeban dalam tempoh itu.

Semoga Sedekah Jumaat yang kita niatkan untuk membantu Encik Mohd Khairullah Bin Abdul Rahim ini mampu membantu mereka untuk bangun semula. Jumaat yang barakah … semoga Allah permudahkan urusan kita sebagaimana kita mempermudahkan urusan orang lain , InsyaAllah ..

SEDEKAH JUMAAT
KEPERLUAN RM7K
GERAI & SEWA RUMAH
SUMBANGAN MAYBANK NATIPAH ABU
552107617521

Nak Tolong Orang Susah Dan Tak Suka Tengok Orang Susah. Adik Afi Sanggup Ambil Duit Tabung Dan Beli Sesuatu Dan Bapanya Tampil Dedah Mengenai Afi

KUALA LUMPUR, 24 Dis — “Nak tolong orang susah, tak suka tengok orang susah,” itu kata Muhammad Afizal Nor Afizan, seorang penyumbang cilik dari Petaling Jaya.Baru berusia sembilan tahun, Muhammad Afizal yang mesra dipanggil “Afi” bukan kanak-kanak biasa.

Kelmarin, beliau menyampaikan hasrat kepada bapanya yang juga ahli perniagaan Nor Afizan Ayub, 35, untuk turut sama menyumbang, membeli sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Starex untuk dijadikan van jnzh wakaf Amal Valley.Untuk itu, Afi telah memechkan tabung simpanannya untuk membeli MPV yang akan diwakafkan sebagai van jnzh Amal Valley, yang juga badan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan khidmat pengurusan jnzh secara percuma.

“Saya nak ikut walid (ayah), nak buat apa yang walid buat,” kata Afi ketika ditemubual Bernama di Teratak Amal Valley di Bandar Baru Bangi dekat sini, sempena simbolik penyerahan kunci van wakaf itu.Sekali imbas, Afi kelihatan seperti anak-anak biasa tetapi ketika mendengar cerita bapanya, ternyata anak sulung daripada dua beradik itu amat istimewa.

“Pernah dia balik rumah tanpa baju, bila saya tanya mana baju, Afi jawab dia bagi pada orang yang dia tak kenal.“Dia memang tak boleh tengok orang susah, orang tak cukup makan,” kata Nor Afizan yang mula mendedahkan anaknya (Afi) dengan kerja-kerja kebajikan (pengurusan jnzh) sejak usia empat tahun.

Tidak seperti kanak-kanak lain, Afi juga tidak merasa takut untuk membantu bapanya yang juga penyumbang utama dan sukarelawan Amal Valley, untuk menguruskan jnzh.“Kadang-kadang dia tunggu hingga malam, bantu saya uruskan jnzh,” kata Nor Afizan yang menyifatkan sikap anaknya itu berkemungkinan diwarisi daripada rutin keluarganya, termasuk bapanya Ayub Ghani yang selalu membuat kerja kebajikan setiap hujung minggu.

Nor Afizan berkata bapanya baru hembuskan nafas terakhir dua minggu lalu selepas selesai solat Subuh.Sepanjang sesi temu bual dengan Afi, penulis merasa amat terkesan dengan perkongsian dan hasrat Afi untuk membantu golongan susah dan memerlukan.Saat beliau bercerita tentang dua sahabat baiknya di sebuah sekolah di Kota Damansara yang dia cuma namakan sebagai Muiz dan Tawfiq, penulis dan bapanya mengalirkan air mata apabila melihat Afi sebak berkongsi tentang dua rakan karibnya itu.

“Muiz dia anak yatim, selalu tiada duit nak makan jadi saya belanja dia makan. Tawfiq samalah macam Muiz (orang susah),” kata Afi yang kelihatan sebak.Nor Afizan berkata beliau berkongsi cerita anaknya bukannya untuk menunjuk-nunjuk, tetapi ingin membuktikan bahawa umur tidak seharusnya menjadi penghalang untuk seseorang itu membuat kebaikan.

Presiden Amal Valley Dr Azfar Hussin, yang menerima sumbangan van bagi pihak Amal Valley berkata, van wakaf bernilai RM60,000 yang sebahagiannya hasil sumbangan Afi itu, merupakan van ke-15 di bawah kendalian Amal Valley.Beliau turut menyifatkan sumbangan itu sebagai istimewa, kerana penyumbangnya baru berusia sembilan tahun tetapi sudah mahu mengikuti jejak bapanya sebagai penyumbang dan sukarelawan, bagi membantu golongan memerlukan.

“Dia (Afi) bukan saja mendengar cerita ayahnya bekerja sebagai sukarelawan tetapi berada di dalam, melihat dan membantu, menguruskan jnzh.“Anak ini tak takut, seterusnya bila dia memberi dia pech tabung sendiri itu yang kita nampak, elemen itu menyetuh hati kami sebagai sukarelawan. Sebenarnya apa kita buat bukan untuk orang lain, tetapi kembali kepada kita sendiri,” kata Dr Azfar.Sebelum mengakhiri sesi temubual dengan Afi, penulis bertanya apakah cita-cita beliau apabila dewasa kelak, Afi menjawab, ‘perdana menteri’.

Demam Pun Keluar Cari Line Internet. Atuk Sampai Tertidur Teman Cucu Cari Line Semata Nak Siapkan Tugasan Dan Ramai Luah Rasa Simpati Dengan Usaha Yang Dialami Oleh Gadis Tersebut

Gara-gara pandemik Covid-19 yang melanda negara pada ketika ini, bukan sahaja urusan pekerjaan, malah urusan pembelajaran juga dilakukan secara atas talian.Kedengaran menyeronokkan bagi sesetengah pelajar disebabkan tidak perlu lagi terlewat bangun untuk ke kelas atau tidak perlu bersusah payah berkejar untuk pergi ke kelas disebabkan kelas boleh ‘diakses’ melalui rumah masing-masing sahaja.

Namun, hakikatnya ‘jauh panggang dari ap1’ apabila tidak mudah sebenarnya untuk menjalani kelas online sekiranya line internet di kawasan perumahan pelajar mengalami masalah dan tidak berapa memuaskan terutama di kawasan kampung.

Namun, masalah capaian internet yang bermasalah ini sedikit pun tidak mematahkan semangat seorang gadis ini untuk tetap mengikuti kelas secara online yang diadakan oleh pensyarahnya.Masalah capaian internet di kampung

Klip video yang dimuat naik oleh seorang pemuda ini di akaun TikToknya @dhuanmilos_ mendedahkan bahawa anak saudaranya itu telah mengalami masalah untuk mengikuti kelas online gara-gara capaian internet di kampung mereka yang agak perlahan.Sumber: Instagram @Dhuan Yacob

Demam pun keluar cari line internet.Difahamkan walaupun berada dalam keadaan yang tidak berapa sihat, namun gadis itu tetap gigih untuk keluar dari kampung semata-mata ingin mencari line internet untuk mengikuti kelas online. 

Lebih mengharukan, si gadis tidak berkeseorangan apabila dia turut ditemani oleh datuknya itu dalam misi ‘menjejak’ capaian internet tersebut sehinggalah mereka berhenti di tepi jalan yang dipenuhi semak samun untuk meneruskan kelas online.

Atuk sampai tertidur teman cari line .Mungkin penat selepas seharian memandu untuk mencari kawasan yang mempunyai capaian internet yang agak stabil, si datuk kelihatan tertidur pula sementara menunggu cucunya itu selesai dengan tugasannya.Sumber: TikTok @dhuanyacob

Alahai, atuk pun sweet je tunggu cucu siap kerja. Video ini akhinya tular di media sosial sehingga berjaya meraih perhatian warganet yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati dengan ‘struggle’ yang dialami oleh gadis tersebut demi masa hadapannya.Tidak kurang juga ada yang turut memuji keberuntungan gadis tersebut yang memiliki seorang datuk yang gigih melakukan apa sahaja demi cucu kesayangan walaupun kudrat sudah tidak seberapa.

Guru Ini Sedih Tiada Seorang Pun Calon SPM Hadir Ke Kelas Online. Mengagumkan Sekali Anak Kepada Guru Ini Sanggup Tularkan Situasi Ayahnya Dan Ini Tindakan Yang Diamil Oleh Warganet

Penutupan sekolah susulan Cov1d-19 yang melanda negara, memerlukan para guru dan pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian di rumah.Namun, salah satu masalah yang dihadapi oleh para guru ialah apabila pelajar mengambil mudah dan tidak mengikuti kelas yang diadakan.

Dianggap umpama ‘cuti sekolah’, sebilangan pelajar tidak peduli akan tanggungjawab mereka sebagai pelajar seperti kisah yang dikongsikan di Twitter oleh individu yang dikenali sebagai Nuha.Dia tampil menceritakan pengalaman bapanya yang menunggu pelajar untuk masuk ke dalam kelas online tetapi hampa apabila tiada seorang pelajar pun yang hadir dan memberikan kerjasama.Lebih menyedihkan, mereka menutup telefon ketika bapanya cuba menelefon pelajar itu seorang demi seorang untuk meminta mereka hadir ke kelas.

Malah, menurut Nuha, ada pelajar yang memberikan alasan mereka berkerja, sedangkan pelajar tersebut akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Februari depan.Dia yang tidak sampai hati melihat bapanya diperlakukan sedemikian, kemudian bertindak mendaftar masuk ke kelas tersebut untuk menghiburkan hati bapanya yang sedih.

Menurut Nuha, pada awal, bapanya begitu teruja meminta mereka mengajarnya membuat kelas secara online menggunakan aplikasi zoom dan google meet.Sudah tentu bapanya merasa sebak, apabila pelajar tidak hadir dan menghargai jasa guru yang bersungguh-sungguh dalam menyampaikan ilmu.

Setelah posting tersebut tul4r, terdapat beberapa akaun daripada warganet yang mendaftar masuk ke kelas bapanya sebagai usaha memberikan semangat dan menggembirakan hati guru tersebut.Bapanya yang dikenali sebagai Mustakim, turut berterima kasih kepada semua warganet di Twitter yang memberikan semangat kepada beliau.

Cikgu Mustakim turut meminta supaya semua warganet mendoakan pelajar-pelajar tersebut untuk hadir ke kelas dan berjaya di dalam SPM kelak.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Bakal Pengantin Perempuan Minta Kongsi Bajet Pelamin Jurufoto.. Padahal Duit Hantaran Dah Diberi RM 13000. Bakal Suami Ungkit Mana Perginya Duit Hantaran.

Seorang lelaki yang bakal mendirikan rumah tangga buntu dengan sikap tunangnya yang seolah-olah ‘demand’ melebihi kemampuannya. . Perbelanjaanuntuk sesebuah majlis perkahwinan tentunya memerlukan belanja yang bukan sedikit. Tambahan pula dengan trend terkini di mana kebanyakan pasangan lebih gemar menggunakan khidmat jurufoto atau juruvideo, katering atau perancang perkahwinan demi menjadikan hari bahagia mereka penuh bermakna. Namun bak kata pepatah, ujur baju di badan sendiri atau dengan kata mudahnya, berbelanjalah mengikut kemampuan masing-masing. Bagi pasangan yang memahami mungkin tidak menjadi masalah, namun tidak bagi lelaki ini apabila bakal isterinya boleh dikatakan agak ‘demand’ sehingga membuatkannya ‘pening kepala’.

“Sebenarnya tahun depan aku nak kahwin tapi aku nak buat simple je, jadi aku nak tanya perlu ke tak aku keluarkan duit untuk pelamin (RM3,500 tapi tunang minta share seorang RM1,500). Duit photographer dengan duit kad kahwin pun aku kena bayar separuh juga sedangkan aku dah bagi duit hantaran RM13,000. Lagi satu, majlis cuma buat belah perempuan je. Bukan nak cakap aku berkira tapi aku pun ada hak juga untuk bantah. Sebelum ini pun dia ada minta share buat bilik kat rumah mak ayah dia, seorang RM2,500. Aku setuju je lah sebab aku fikir nanti senang kalau balik rumah dia ada bilik nak tidur. Jadi boleh tak bagi aku pendapat?” demikian pertanyaan lelaki berkenaan. Pertanyaan itu dihantar kepada sebuah akaun Twitter, TwtWedding untuk meminta pendapat pengendali akaun berkenaan dan juga warganet.

“Kalau Lean, semua kelengkapan untuk majlis belah perempuan, biar perempuan yang tanggung, sepatutnya. Tapi jika lelaki nak support sikit, takde masalah tapi jangan sampai bebankan dia. Kalau belah lelaki takde buat majlis. Boleh je nak kongsi, tapi kena sama-sama kira bajet yang available. Lean cakap sekali lagi, jangan sampai membebankan kedua belah pihak. Lepas kahwin nanti lagi banyak nak pakai duit,” demikian pendapat pengendali akaun berkenaan.