Tersalah pilih bidan untuk bersalin tiba tiba hari ke 4 lepas melahirkan mak menjerit tgk bayi muka biru. Cairan merahnya seperti disedut. Mata hitamnya pula ke atas. Akhirnya ini yang berlaku.

Kisah Rumah Tangga

Kali ni aku nak cite kisah yang dialami oleh keluarga aku selepas tersalah jumpa bidan. Waktu tu aku baru 13Tahun (anak tunggal), and baru nak dapat adik kedua. Bile mak aku da lame tak mengandung, tuptup mengandung, dia rase macam sengal2 badan dan rasa nak berurut. Kami duduk area Puchong.

Bidan yang kami kenal kebetulan balik kampung selama 3bulan. So terpaksa la cari bidan lain kat area situ. Waktu kandungan lebih kurang 7 bulan, ayah aku carilah sorang bidan dekat kawasan Puchong Kg Seri Aman (kot) , and finally dapat. Keesokannye ayah pun bawa lah mak tu pegi rumah bidan tu.

Waktu mak aku berdiri depan pintu tu, bidan tu beria2 gosok perut mak aku dan suruh mak aku masuk rumah dia dan baring. Suasana dalam rumah die macam kelam, macam berasap dan semacam (macam gua). Mulanya bidan tu tak kasi ayah aku tengok die urut mak tu, tapi ayah berkeras nak teman mak sampai bidan tu marah2, cakap degil lah ape lah.

Last2, waktu bidan tu nak ambik minyak kat dapur, mak aku rase tak sedap hati terus ajak ayah balik. Dorang kasi macam2 alasan tapi bidan tu tak kasi balik sampai dia kejar mak ayah aku sampai ke tanah depan rumah die sambil cakap “awak semua jangan menyesal”. Bile dorang kelua je dari kawasan rumah, ade sorang pakcik tu tegur, ” Kenapa lah pergi kat dia, dia tu membela.”. Allahu, mana la nak tahu kan. Da nama pun terdesak.

KEJADIAN SEBELUM BERSALIN..

Jadinye, start dari hari tu, macam2 berlaku dekat rumah kami termasuk mak aku dan kandungannya. Seminggu lepas tu, mak aku pergi check up and doctor cakap baby songsang and need to do something nak avoid czer or ape2 keburukan. Puas la tunggu bidan yang kami betul2 kenal tu balik Puchong untuk betulkan balik kedudukan baby.

Sewaktu di rumah pula, macam biasa mak akan duduk sorang sebab aku pegi sekolah dan ayah keje shift (security). Nak dijadikan cerita satu hari ni, dalam tengah sorang2 duk rumah tu, tibe2 ayah aku balik dari keje awal dan duduk diam tak bertegur depan ruang tamu.

Mak aku tanya langsung berjawab. Elok sebelum aku nak balik dari sekolah, ayah tu keluar dari rumah tu tanpa kata sepatah pun dekat mak aku. Mak aku pelik, call la handphone ayah aku sbb nk tanye gi mane kan. Ye la, da la balik awal tetibe, pastu kelua tak bagitau pape. Rupe2nye orang yang balik tadi tu bukan ayah aku sbb ayah aku tengah busy training kat tempat keje die. So, siapa la yang balik tadi kan?

Dalam masa yang sama, dalam rumah kami, mak aku selalu jumpe belalang hinggap sebelah mak aku dan mak aku selalu mimpi ade orang datang dekat die lalu ambil baby tu. Kitorang ni bukannye tahu sangat belalang ke pelesit ke. Da memang tak tahu. Bile waktu malam pulak, aku selalu tido dengan mak aku, die selalu mengadu katil yang kitorang tido tu bergerak macam ade orang tarik.

Tapi aku takde rase pulak camtu. Maybe sebab tido tak sedar diri. Yang aku selalu dengar kat kaki katil tu selalu ade bunyi macam orang ketuk2. Tapi takde la takut sngat sebab tido dengan mak kan. Macam2 cara da buat nak bagi keduudukan baby tu normal tapi malangnya tak ada perubahan walaupun bidan yang kitorg kenal tu tolong betulkan. Sehingga la pada tarikh due bersalin, mak aku takde rase nak bersalin even da lebih hari. Last2 Dr suruh czer sebab takut baby makan najis.

KEJADIAN SELEPAS BERSALIN..

Alhamdulillah selamat bersalin baby girl. Pada hari ketiga, mak and baby da boleh discharge (balik rumah la). Sampai je rumah, ayah letak baby dekat atas katil, tibe2 baby tu menangis macam tercekik. Bayangkan kalau budak tercekik makan sesuatu, macam mane suara die. Macam tu la baby tu menangis.

Bile ayah solat sebelah dia, mengaji, baru die senyap dan tido lena. Elok ayah aku habis mengaji die akan bangun balik. Lepas tu, baby tu macam berinteraksi dengan sesuatu tau kat bucu ceiling rumah. Selalu kalau baby baru lahir kan tdo je, mane reti nk berinteraksi. Senyum pun tak reti lagi.

Tpi adik aku ni lain, die sampai berinteraksi (macam “eh eh” dalam keadaan tutup mulut), sampai ayah tutup mata baby dengan tangan die. Esoknya hari keempat, still bende yang same jadi. Tapi kali ni mak aku berdua dengan baby. Yang kesian mak aku la, da la czer bukan boleh gerak banyak, tambah adik aku meragam macam tu. Aku sekolah, ayah keje. Maghrib tu, ayah aku jemput la orang surau untuk buat bacaan yassin sebab gangguan adik aku tu. Alhamdulillah elok je baby tu tido.

Tapi, bile da habis je bacaan yassin dan semua orang balik, semuanya berubah. Bile adik tu da lena, ayah pun baringkan adik kat sebelah mak sebab ayah nak ke dapur. Elok ayah datang ke depan, betapa terkejutnye bile mak aku jerit panggil ayah aku suruh tengok adik aku. Tahu tak, muke dia jadi biru pucat macam ada benda sedut cairan merah die. Nampak mata hitam dia keatas . Ibu aku kaku sebab dia rasa macam ada yang tahan dia dari bergerak.

Cepat2 ayah aku bawak pegi hospital tapi malangnya baby pergi buat selamanya waktu dalam perjalanan ke sana. Doktor pun tak dapat explain penyebab pemergian adik aku. Cerita pun dorang macam tak percaya. Esoknye bile baby dibalik kerumah untuk urusan, . Setelah selesai semuanya, ada ustaz yang datang melawat.

Waktu tu jugak ustaz tu cakap kalau boleh dia nak kami pindah dari rumah tu sebab dia sendiri pun tak sanggup nak masuk dalam rumah kami. Ayah terkejut dengan apa yang ustaz tu cakap. Ustaz tu cakap ” gayanya ade orang marah sangat dengan kamu dan isteri sebab halang die dapatkan kandungan tu.

Macam2 dia hantar, dekat katil ada sekor, dekat dapur aada sekor, dekat tandas ada, dekat ceiling ada. Saya tak sanggup nak pandang”. Tapi tu la, nak pindah pun bukan time tu boleh dapat rumah. Kami stay dalam seminggu dua kat rumah tu. Start da tahu rumah tu berpenghuni, waktu tido memang tak tenteram. Kadang2 bunyi budak menangis, aku nampak orang baju hitam lalu lalang kat ruang tamu.

Alhamdulillah seminggu lepas tu kami pindah dari rumah tu. Sebelum masuk rumah baru tu, ayah bawak mak pegi berubat sebab taknak benda mengikut sekali. Tapi tak lame lepas tu, ada orang lain menyewa rumah sewa lame kami tu, dan pergi buat selamanya selepas beberapa hari duduk situ (jiran lama punya cite). Semoga kita dijauhkan dari segala kejahatan dan dilindungi dari gangguan mereka yang ingin menyesatkan.

Artikel lain : Baru Kahwin Dua Bulan Dah Disahkan Mengandung Dua Bulan. Lepas Isteri Bersalin Terkejut Tengok Ank Rambut Kerinting Dan Berkulit Gelap. Tak Sama Macam Ayah Dan Mak Dia. Akhirnya Terbongkar Segala Perbuatan Isteri Selama Ni.

Asalamualaikum dan selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia, mohon admin hidekan profil aku, aku bernikah tahun lepas, isteri aku seorang perempuan yang cantik, lemah lembut, reti masak, pandai jaga makan minum aku, hormat mak ayah aku, pandai mengaji, pandai solat, serba serbi pandai.

Selepas 2 bulan nikah, isteri aku disahkan hamil 2 bulan ada ke patut? Bila malam pertama je aku dah tahu memang dia pernah disentuh, bila aku tanya kenapa boleh jadi macam ni? Pertama dia tak mengaku, aku paksa dia mengaku akhirnya dia pun mengaku. Dia cakap masa aku pergi ke umrah dia pernah terlanjur dengan seorang lelaki yang dia kenal di media social dan masa tu kami sudah pun bertunang.

Dan aku tanya berapa kali? Dia cakap dah banyak kali sampaikan tak terkira. Dan masa aku dah balik dari umrah pun dia masih berhubung dengan lelaki itu. Allahuakbar. Sejak malam tu aku dah mula berubah, aku tak boleh terima dia buat macam ni kat aku, aku tak pernah sentuh mana mana perempuan, tapi kenapa ini yang aku dapat.

Sejak malam pertama kami bernikah tu, aku jadi benci tengok dia, walau dia cuba ambil hati aku, tapi hati aku dah hancur berkeping keping. Aku selalu bayangkan bila bersama dia, macam tu lah dia bersama orang lain. Jangan salahkan aku sebab dia lah aku jadi macam ni.

Aku tak sangka perempuan sebaik dan sesolehah dia rupa rupanya sudah rosak. Jangan salahkan aku kalau aku berfikir seperti ini sebab masa aku nikah, isteri aku sudah bukan perawan. Selepas kami nikah, adalah aku sentuh dia dalam 3 kali je, tu pun selepas dia buat pengakuan memang aku rasa jijik nak sentuh dia. Dah 3 kali sentuh je takkan dah hamil? 2 bulan nikah, 2 bulan juga dia hamil? Tak masuk akal kan?

Jangan jangan masa nikah dengan aku dia memang dah hamilkan anak orang lain. Aku ada tanya dia, kenapa hamil terlalu awal? Orang lain ke hamilkan dia? Dia menangis kata kata tu anak aku, katanya dia nak berpisah lepas lahirkan anak, sebab aku tak hargai dia.

Aku tak hargai dia? Kalau dia hargai aku, dia tak akan layan lelaki lain di saat kami sudah pun bertunang. Kenapa min? Aku jaga dia sebaik mungkin. Aku tak pernah buat benda jahat, aku hormat dia, aku nak jaga kesucian dia, tapi ini yang dia balas kat aku. Aku sedih campur kecewa.

Nak berpisah dia tu tak mungkin sebab aku nak dia jadi pasangan aku sampai bila bila sebab hanya dia seorang sahaja wanita yang aku cinta. Tapi kenapa dia buat semua ni? Ya Allah Walaupun dia buat semua ni min, aku masih layan dia baik, nafkah zahir dia memang aku bagi, cuma nafkah batin je aku tak bagi sebab bila bersama dia, aku terbayang bayang dia akan bersama orang lain. Aku jadi trauma.

Bukan aku tak pernah nak sentuh dia. Tapi bila nak sentuh, aku teringat benda tu. Bukan senang aku nak dapatkan dia, ayah dia tak berapa nak suka aku, yelah aku kerja biasa biasa je. Walaupun kerja gov gred aku renda takat spm je. Sedangkan mereka semua keluarga terhormat. Mak ayah dia dah balik haji berkali kali. Isteri aku khatam al quran berkali kali. Mereka dari keluarga yang hebat. Kaya raya dan terhormat.

Sedangkan aku. Hanya lelaki kampung yang datang ke kota hanya untuk mencari rezeki. Aku tahu aku salah sebab buat dia begini. Tapi aku cuba lupakan semua ini. Lagi lagi bila dia mula sarat dan nak bersalin. Rasa sayang aku pada dia mula nak kembali. Aku nak cuba lupakan kisah silam dia.

Yang jadi masalah min, lepas isteri aku melahirkan anak, anak tu kulit gelap, rambut keriting dan rupa anak tu tak sama macam aku. Lagi lagi aku ni berkulit cerah isteri aku pun sama, rambut kami lurus tapi anak itu kulit gelap rambut dia keriting.

Aku cuba bersangka baik, aku cuba sayang anak tu dan anak tu pun manja dengan aku. Panggil aku daddy, sayang aku, jadi penghibur dan pengerat kasih sayang kami. Tapi aku masih rasa tak selesa. Lagi lagi bapak mertua selalu sindir sindir kenapa rupa anak tu lain? Katanya pak mertua mesti keturunan saya rupa macam tu sampai cucu dia lahir jadi macam tu. Allahu aku terpaksa telan hinaan itu.

Isteriku pun sekarang sudah tidak bekerja. Sebab aku nak dia duduk rumah jaga anak. Nafkah dia pun aku tunaikan. Aku dah mula mula nak sentuh dia cuma aku masih curiga dengan anak itu, anak perempuan yang dibinti nama aku.

Perlu ke aku senyap senyap buat test DNA? Kalau terbukti anak aku. In sha Allah aku terima kalau sebaliknya? Ada kah aku boleh jadi wali anak itu, macam mana dengan surat lahirnya yang di bin nama aku? Aku buntu. Aku taknak berpisah tapi aku tak tahu nak buat apa. Aku masih sayangkan dia. Cuma aku rasa tak selesa macam ni. Keluarga aku semua tak tahu pasal ni. Mak ayah aku sayangkan anak tu. Tolong aku…

Reaksi warganet

Khairul Hamdi – Buat lah..😌 Bayangkan berapa Tahun nak HIDUP dalam tanda tanya. Sebab awak sendiri yang tahu, yang rasa. Berkenaan pasangan sendiri.. Wallahua’lam ( Moga Allah ampunkan d0sa perbuatan terkutuk isteri) aminn 😥😥 Tuan seorang pemaaf, moga syurga buat tuan Aminn 👏👏💓

Mashitah Mashi – Anak saya yang no2 berkulit gelap. Yang sulong putih melepak. Yang no 3 pun tak segelap yang no2. Anak anak saya ketiga tiga muka tak seiras. Cuma yang samakan mereka cuma tanda lahir… Saya dan husben kulit tak gelap pun. Ok dekat sini boleh nampak tak. Warna kulit tu tak semestinya ikut mak ayah… Memang susah nak terima sebab dalam tempoh bertunang dia boleh buat perangai macamtu. Ini awak tak lunaskn nafkah batin dia. Tak takut ka kalau dia cari orang lain secara diam2? Fikir sebaik mngkin…

Nur Ain Rahim – Ye, nak yang terbaik buatlah DNA test. Lepas tu senang nak cerita soal harta keturunan dsb. Disebabkan awak lelaki yang baik, mungkin itulah ujian untuk awak. Sabar, ujian Tuhan takkan sama. Jika isteri nak berubah dan insaf terimalah dia dan jangan sia siakan. Siapa kita untuk menepis semua ujian Tuhan, jadi berusahalah baiki rumahtangga sebaiknya. Walaupun mungkin suatu masa keputusan dna menyatakan anak itu bukan anak awak sekalipun, layan dia dengan baik. Dia tak salah dalam hal ni.

Mohd Firdaus Makhtar – Yang terbaik adalah dna test. Ianya menjawab teka teki selama ini. Makin lambat buat, makin terabai nanti tanggungjawab atau kasih sayang yang sepatutnya awak bagi. Tidak adil bagi mereka. Jika sebaliknya, awak telah teraniaya dan TIDAK ADIL bagi awak juga.. Rujuklah kepada pakar. Yang salah tetap salah, mohon kuatkan iman untuk hadapi semua ini. Kepada Jabatan Warganet, jika didapati bersalah, hendaklah semua pihak ambil teladan dan pengajaran dari kisah ini… We cannot always be nice all the time and back up benda yg x betul..

Enk Wonderland – Bias betol commentar kat cni. Kalau laki buat benda terkutuk time bertunang, suruh si isteri maafkan sebab si Suami dah Insaf. Tapi kalau si isteri yang buat benda terkutuk komen kritik si isteri tu. Patutnya kena adil la.. Siapa yang buat benda terkutuk tu dan khianat pasangan kena kritik la tak kira perempuan mahu pun lelaki. Kpd tt, check je dna. Xsalah pon. Yang penting kalau dah decide nak teruskan perkahwinan, kalau boleh jangan mengungkit isu ni. Sebab tt dah decide untuk terima kekurangan si isteri.

Sumber : Kisah Rumah Tangga

Sungguh tabah si suami. Moga segala urusannya dipermudahkan. Apa pula kata anda.