Terserempak dengan ular sawa batik yang sedih kat tengah jalan. Zizan buat sedikit perkongsian tentang ular tersebut sehingga meraih perhatian warganet

Artis

Zizan memang terkenal dengan telatah lucu dan menghiburkan. Tidak hairanlah posting-posting beliau dan video yang di muat naik di IG rasmi beliau mendapat capaian dan reaksi yang tinggi di kalangan pengikut beliau.Dalam posting terbaru, Zizan ada berkongsi rakaman di mana beliau terserempak dengan ular sawa batik yang sedih melintas jalan di lebuh raya

Zizan memberanikan diri merakam aksi Ular Sawa tersebut yang kelihatan agak besar.Dengan kereta yang lalu lalang, aksi mendebarkan Ular tersebut menarik perhatian ramai.Menurut Zizan lagi, badan Ular tersebut terkena sedikit tayar kereta tapi masih lagi dapat menyeberang jalan dengan selamat.Berikut rakaman yang di kongsi oleh Zizan

Zizan pernah selamatkan kura-kura.Sebelum ini, dalam satu video telah dikongsi menunjukkan dia terjumpa seekor kura-kura melintas jalan selepas plaza tol.Zizan mengambil kura-kura itu pulang ke rumahnya sebelum melepaskan kura-kura tersebut di tasik Shah Alam. Telatah Zizan bersama kura-kura tersebut sungguh mencuit hati para warganet

Usia Sudah Menjengah 36 Tahun. Zizan Razak Buka Mulut Tentang Isu Jodoh Dan Jawab Soal Isu Jodohnya Menjadi Perbualan Warganet

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pengacara, Zizan Razak bengang apabila soal jodohnya pula dipersendakan warganet selepas reaksinya melihat pelakon, Kamal Adli melamar kekasihnya, Uqasha Senrose menerusi Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020), baru-baru ini.

Reaksi wajah yang ditunjukkan Zizan ketika siaran langsung AME2020 itu juga hangat diperkatakan dalam media sosial, sekali gus kisah percintaannya yang tidak menjadi dengan beberapa selebriti wanita seperti Che Puan Juliana Evans, Emma Maembong dan Mira Filzah turut diperkatakan. Lebih dramatik, semua bekas kekasihnya sudah mendirikan rumah tangga.

Pelakon filem Polis Evo itu sekali lagi menegaskan, soal jodoh bukan terletak di tangannya.Zizan berkata, dia tidak menolak hasrat untuk menamatkan zaman bujang, memandangkan usianya sudah menjengah 36 tahun, bagaimanapun jodoh adalah rahsia Allah.

“Bagi saya, tiada manusia yang tiada perasaan mahu kahwin, sama juga saya. Namun, segala-galanya, saya serahkan pada Allah. Saya percaya jodoh, ajl Allah yang tentukan.”Saya mohon maaf atas apa yang berlaku, ia bukannya dirancang. Saya hanya cuma memberi respon yang ‘sporting’ untuk membuatkan program lebih menarik,” katanya kepada BH Online.

“Saya sudah hidup selama 36 tahun. Saya tak mahu memperjvdikan kehidupan pada orang yang saya tak cinta. Saya risau tak mampu bertahan,” katanya.Katanya, dia enggan membuang masa menjalinkan hubungan yang tidak pasti.”Tak guna terus membuang masa, saya bukannya muda lagi. Saya mahu terus berkahwin sekiranya ada yang berkenan di hati. Jika keluarga kedua-dua pihak sudah merestui, semuanya okay, saya boleh berkahwin bila-bila masa.

“Saya rasa buang masa keluar dating, berjanji bulan bintang seumpamanya, tetapi hubungan tidak menjadi.”Tak dinafikan, ada juga yang berkenan di hati. Bila melihatnya ada juga timbul perasaan suka, tetapi nanti dahululah jika mahu mencuba. Saya takut merosakkan persahabatan kami.

“Saya takut hubungan tak menjadi, lalu persahabatan pun hancur. Akhirnya, jadi kawan sahaja. Jujurnya, saya memang ada sifat buaya, tetapi sekarang tiada lagi,” katanya.Zizan turut menjelaskan berita yang mengaitkannya dengan selebriti muda seperti Uyaina Arshad dan Hawa Rizwana hanyalah gosip liar.

“Saya anggap mereka seperti adik sahaja. Saya ada dengar ura-ura yang mengatakan ada yang marah. Saya nak jelaskan, mereka hanya adik, saya langsung tiada perasaan.”Sebab, jika saya nak ‘mengorat’ tak perlulah tunjuk dalam Instagram. Saya ada nombor telefon peribadi mereka, saya boleh mesej atau hubungi untuk ajak keluar. Apa yang saya letak dalam media sosial sekadar hiburan,” katanya.Justeru, Zizan memohon peminat mendoakan yang terbaik dan tidak membuat kesimpulan negatif mengenai soal jodohnya.

Kecoh Pasal Kamal Adli Lamar Uqasha Senrose Masa Live Malam Tadi. Tiba Tiba Jodoh Zizan Pulak Yang Jadi Perbualan Hangat Warganet. Sekali Ini Respon Dari Zizan

Memang betul-betul kejutan dan tiada siapa menjangka Kamal Adli akan melamar Uqasha ketika siaran langsung. Akhirnya Kamal Adli dan Uqasha Senrose mengakhiri spekulasi hubungan asmra mereka apabila aktor itu membuat kejutan dengan melamar aktres tersebut untuk berkahwin sebentar tadi.

Lamaran tersebut dibuat Kamal Adli selepas mereka berdua menjadi penyampai anugerah dalam Anugerah MeleTOP 2020 (AME 2020). ” Uqasha Senrose sudikah awak menjadi isteri saya?” tanya Kamal Adli sambil berlutut.

Meski demikian, Uqasha meminta Kamal untuk mengulang lamaran tersebut. ” Uqasha Senrose sudikah awak menjadi isteri saya?” ulang Kamal Adli. ” Yes,” jawab Uqasha yang memakai pakaian dengan warna sedondon hitam.

Diketahui, Uqasha menerima sebentuk cincin tajaan dari Habib Jewels. Spekulasi hubungan mereka hangat diperkatakan sebelum ini. Ia selepas keduanya sering berganding dalam drama, termasuk yang terkini Perempuan Tanpa Dosa.

Zizan Kena Trll

Dalam pada itu, Zizan terus jadi bahan sindiran dan meme oleh warganet di media sosial selepas Kamal melamar Uqasha. Umum mengetahui yang Zizan masih hidup membujang walapun rakan-rakan artis yang sebaya sudah pun menempuhi alam perkahwinan.

Menyedari jodoh beliau menjadi perbualan hangat di kalangan warganet, Zizan tampil memuat naik satu status yang jodoh adalah rahsia dan milik Allah. Zizan juga kelihatan tidak selesa dengan sindirin seperti itu. “Melihat apa yang berlaku malam ni menjadi perbualan dimedia sosial tentang jodoh saya dimedia sosial selepas KAMAL ADLI melamar UQASHA SENROSE dipentas Ame 2020 malam tadi.

Maaf saya katakan apa yang berlaku malam tadi pun bukan plan saya dan saya tidak tahu dan cuma memberi respon yang sporting untuk memberikan program nampak best. Dan bila sebut bab jodoh saya tidaklah sebngst itu dan seperti yang anda sangkakan. Segalanya saya serahkan pada Allah. Kerana jodoh ajal maut itu bukan urusan kita dan semestinya dia”

Digelar ‘penjaga jodoh’ orang, warganet doakan Zizan cepat kahwin

Sebelum ini Zizan Razak  dikaitkan memandangkan sebelum ini ada gosip yang mengatakan dia pernah mempunyai hubungan istimewa dengan Mira Filzah. Tolong jaga ‘jodoh orang’. Akan tetapi mengimbau kembali gosip-gosip cinta Zizan, ramai yang perasan kesemua artis wanita yang pernah dikaitkan dengannya sudah pun berkahwin.

Tidak sabar juga mahu melihat Zizan menamatkan zaman bujang, rata-rata warganet mendoakan agar pelawak tersebut segera bertemu jodoh. Sebelum itu kisah pasangan sama cantik, sama padan yang sedang hangat di ulik cinta, Kamal Adli, 34, dan Uqasha Senrose, 28, sudah menghadiri kursus kahwin di sebuah negeri, baru-baru ini.

Pembongkaran dilakukan oleh pengarah, Michael Ang yang sedang melunaskan penggambaran drama Perempuan Tanpa Dosa membabitkan Kamal dan Uqasha menerusi entri Instagramnya. Menerusi satu video yang dimuatkan, pengarah yang terkenal dengan sikap selamba itu mendapatkan kepastian dua bintang berkenaan.

Kamal dilihat mengelak memberikan jawapan dan kepastian yang ingin diketahui Michael. Manakala, Uqasha pula selepas beberapa kali didesak terpacul perkataan berbunyi ‘kursus je…’, sekali gus mengiyakan kebenaran yang tersebar.

Ramai yang menganggap gosip cinta Kamal dan Uqasha sekadar gimik untuk menghangatkan siaran drama berkenaan yang kini bersiaran di Astro Ria. Michael berkata, dia tiada niat langsung nak bikin gimik atau menghangatkan kisah cinta mereka.

” Ceritanya, saya ada terdengar Kamal dan Uqasha pergi kursus kahwin ketika di lokasi penggambaran drama. ” Jadi, saya tanya mereka sejauh mana kebenaran cerita. Sikap saya memang selamba kalau rasa nak tanya apa sahaja.

” Jika dilihat dalam video yang dikongsi, Uqasha ada menyebut ‘kursus jer…’, rasanya betullah mereka sudah pergi kursus kahwin. ” Jika betul pun, apa salahnya. Ini untuk kebaikan mereka menambah ilmu pengetahuan, sebelum melangkah ke fasa perkahwinan. Andai betul jodoh mereka kuat dan merancang ke fasa seterusnya, doakan yang baik-baik. Percayalah, ada jodoh tak ke mana.

” Saya memerhatikan mereka ketika berlakon dalam drama arahan Setelah Terlafaznya Akad dan Perempuan Tanpa Dsa. Mata dan mulut saya tidak akan menpu. ” Mereka memang menjalinkan cinta lokasi atau cinlok. Saya dengar mereka pernah putus, sambung balik. Biasalah, adat bercinta,” katanya kepada BH Online.

Zizan Muat Naik Gambar Uyaina Dengan Kapsyen Tarik Perhatian Ramai. Sekali Kekasih Uyaina Tampil Balas Komen Memang Buat Zizan Tergamam.

Zizan muat naik gambar Uyaina dengan kapsyen tarik perhatian ramai. Sekali Kekasih Uyaina tampil balas komen memang buat Zizan tergamam.

Kepada yang mengikuti perkembangan pelakon dan pelawak Zizan Razak pasti tahu kebelakangan ini pelawak itu  sering digosipkan bersama pengacara Wanita Hari Ini iaitu Uyaina Arshad. Zizan sebelum ini dilihat sering memuat naik foto bersama Uyaina sehingga ramai yang beranggapan pelawak itu sedang mencuba mengambil hati pengacara wanita itu.

Terbaru, Zizan sekali lagi memuat naik foto mereka bersama di set penggambaran sebuah drama lakonan Uyaina. “Usu sakinah bersama usul periksa yang dia dah berpunya ke belom??? Ade warganet boleh info??? @uyainaarshad #sekadarbercanda”

Tampil berani dengan kapsyen seakan bertanya adakah Uyaina sudah berpunya atau pun tidak, nampaknya pertanyaan itu dijawab oleh pengacara jelita itu. Untuk yang mengikuti Uyaina pasti tahu beliau kini dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang pelakon baharu iaitu Raja Syahiran.

Apa yang lebih menarik perhatian warganet, apabila Raja Syahiran turut membalas hantaran yang di muat naik oleh Zizan di IG nya itu. Fuhhh pasrah betul komen Syahiran bila ‘buah hati’ kena usik ya! Sementara itu, Zizan dilihat membalas komen Syahiran dengan tenang mengatakan bahawa maksud bercanda yang ditulis di hantarannya itu adalah ditujukan kepada warganet, malah turut mendoakan kebahagiaan mereka.

Nampaknya macam dah terjawab persoalan kepada desas-desus perhubungan cinta Uyaina dan Syahiran ni. Kepada Zizan, It’s okay! Bunga bukan sekuntum. Kan? Kami di Hot FM mendoakan Zizan bakal berjumpa dengan buah hati tak lama lagi! Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : HOT.FM

Takut Bila Kes Covid 19 Makin Meningkat. Mengejutkan Bila Zizan Dedahkan Sesuatu Yang Terjadi Masa Pkp. Rupa Rupanya Sampai Macam Ni Sekali Jadi Pada Zizan Razak.

Jumlah penularan Covid 19 di Malaysia yang dilihat kembali naik dengan mencecah tiga angka  membuat banyak yang bimbang. Salah satu yang ikut meluahkan kebimbangannya setelah kes Covid 19 di negara merekodkan 150 kes baharu semalam dengan kes dikesan dari beberapa pusat beli belah terkenal di ibu kota, adalah aktor Zizan Razak.

“Kebelakangan ini sejak kerajaan mula memberi sedikit kebebasan semua boleh keluar atau melakukan aktiviti seperti biasa, kita lihat kes Covid 19 kembali naik. “Buat saya secara peribadi, ini adalah satu hal yang membimbangkan,” kata Zizan kepada Gempak.

Malah aktor itu mengatakan kebimbangannya terhadap musuh yang tidak kita nampak ini sempat membuat dia berasa tertekan saat perintah kawalan pergerakan atau PKP dilaksanakan kerajaan beberapa bulan lalu. “PKP yang berlaku tempoh hari buat saya tertekan. Ia membuat saya banyak berfikir tentang kehidupan.

“Jadi saya harap kepada rakyat Malaysia, apabila sudah diberi kebebasan sedikit ini, ikutlah SOP, pakai pelitup muka dan cuci tangan.  “Kita jaga kita, kita kawal balik keadaan. Jadikan Malaysia kembali kepada negara yang berzon hijau,” katanya.

Meski bimbang melihat angka kes Covid 19 yang kembali naik, Zizan kini tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai pelaku seni. Dia kini sibuk menjalani penggambaran filem terbaharunya, yang disutradarai oleh Afdlin Shauki, Baik Punya Ahlong.

Membawa watak sebagai Aloy, Zizan memberitahu penggambaran filem yang turut dibintangi oleh Adlin Aman Ramli dan sahabatnya, Johan ini masih dalam proses. “Setakat ini kami sudah melangsaikan sekitar 60 peratus penggambaran dan dijangka habis pada pertengahan bulan Oktober ini.

“Pengalaman bekerja di filem ini memang mengujakan, apa lagi saya memperoleh banyak ilmu dari aktor Adlin Aman Ramli dan Afdlin Shauki sendiri,” kata Zizan. Selain Baik Punya Ahlong, Zizan turut mempersiapkan diri untuk memasuki set penggambaran filem berjudul Juang.

Instagram: @zizanrazak869

‘Tak takut ke?’ – Zizan Razak

PELAWAK popular, Zizan Razak mempersoalkan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang masih berdegil dan ‘cuba-cuba’ pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri walaupun kerajaan melarang perjalanan merentas negeri bagi membendung penularan Covid-19.

Zizan berkata, rakyat Malaysia sepatutnya mengambil iktibar daripada pengalaman sebelum ini yang mana berpusu-pusu pulang kampung ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru dilaksanakan. “Selepas terbaca petikan berita semalam dengan menyaksikan peningkatan kes baharu, adakah anda rasa berkeinginan untuk balik beraya di kampung lagi? Bukankah kita sudah diajar dari pengalaman lalu ketika mula-mula PKP dijalankan?

“Selepas ramai pulang ke kampung dan seluruh negeri di Malaysia terkena Covid-19, adakah ingin mengulangi kesilapan sama? Adakah anda mahu menjadi pembawa? Walaupun tidak pulang kampung kita masih lagi boleh beraya,” katanya. Zizan yang juga pelakon filem Polis Evo berkata, selain perlu memikirkan soal keselamatan diri sendiri dan keluarga, masyarakat juga perlu mengambil kira penat lelah petugas barisan hadapan.

“Fikirkanlah sekejap pada petugas barisan hadapan, polis dan tentera yang membuat sekatan jalan raya dan tak kira siapa yang bertugas ketika anda sibuk beraya. Tidakah berasa bersalah pada mereka? Tidakkah berasa akan membebankan diri dan negara ini lagi?

“Sudah lebih dua bulan kita bertahan dan penurunan kes nampak sangat bagus. Pujian diberikan dari negara luar buat kita sangat membanggakan dalam menangani penularan wabak ini. Adakah kita sendiri akan rosakan prestasi kita selama ini?” katanya.

Tiba Tiba Sahaja Rasa Sakit Semasa Melakonkan Watak. Zizan Dedahkan Punca Sakit Yang Dialaminya Dan Dia Beritahu Akan Bertemu Dengan Pakar Untuk Tahu Lebih Lanjut Dan Dia Harap Semua Doakan Dia Untuk Cepat Sembuh

Pelawak, pelakon dan penyanyi Zizan Razak mengalami luka pada bahagian kaki ketika melakukan babak aksi untuk filem terbaharunya, Baik Punya Ahlong. Ketika dihubungi Gempak, Zizan menyatakan rawatan

telah diberikan namun rasa sakit itu masih ada.“Semalam masa tengah scene berbalah tiba tiba rasa sakit. Tak tahu apa punca. “Medic ada bantu letak ubat. Abang yang buat stunt pun ada juga tolong tapi sekejap saja hilang rasa sakit. 

“Masa penggambaran rasa sakit tu datang balik. Insya-Allah takda apa-apa. Kalau sakit lagi saya terus jumpa pakar,” katanya.Sementara itu, Zizan juga mengaku terpaksa berjalan dalam keadaan terhincut-hincut dan meneruskan penggambaran seperti biasa.

“Saya boleh berjalan tapi terhincut-hincut sikit. Masa buat action memang macam orang tak sakit. Begitulah pengrbanan pelakon filem aksi,” katanya mengakhiri perbualan. Semalam, Zizan ada berkongsi beberapa keping foto terbaring sakit ketika di set penggambaran.

“Jackie Chan atau Jacky Sting aku yahoo mesti melalui proses seperti ini. Demi filem yang yang penuh dengan aksi untuk kepuasan anda. Semoga cepat sembuh Zizan Razak,” tulisnya di Instagram (IG).Dalam perkembangan lain, Zizan juga merupakan salah seorang juri di program terbaharu Astro Warna, The Masked Singer Malaysia.

Zizan bersama Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Nabila Huda, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak diberi penghormatan untuk menduduki kerusi juri tetap.Datuk AC Mizal yang merupakan pengacara tersohor menggalas tugas sebagai hos.

The Masked Singer Malaysia yang dibawakan oleh SK magic dan Oppo selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) iaitu pada setiap Jumaat, jam 9 malam.Program ini juga

boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral.Sumber: GEMPAK