Tingkap rumah diketuk dan solat pun kena ganggu serta mandi lagi rasa diperhatikan. Ini penjelasan dari pihak pengamal perubatan Darussyifa sendiri susulan kejadian tersebut

Viral

Salam admin. Harap admin boleh siarkan kisah dalam rumah tangga saya sekarang. Habis ikhtiar dah saya ni.Saya dan suami beli rumah tahun 2018. Awal tahun. Kami hias rumah cantik cantik, deko sana sini. Semuanya ok sangat sangat sampailah awal tahun ni.

Sejak awal January tahun ni, kami mula dignggu. Bukan kaleng kaleng gngguan dia yeee. Ni saya sedang menaip ni pun dia tengah ketuk ketuk tingkap bilik.Mula mula kami kerap dengar orang mnangis diselang seli dengan ketawa. Almost hari hari dengar.

Satu hari tu, saya nampak anak sulung saya masuk bilik untuk tidur. Saya yang tutup lampu bilik dia sebab dia dah tertidur dulu. Tiba tiba pergi ruang tamu, saya nampak anak sulung saya.Saya tanya buat apa kat sini? Tadi mama nampak dah masuk bilik. Masa bila turun?

Dia kata, “Mama ni suka la mengusik. Abang ada kat sini dari tadi”. Berlari saya pi bilik dia. Kosong bilik. Tak ada orang. Itu tak seram sangat.Lepastu, saya dan suami selalu terdengar orang ketuk tingkap bilik kami. Rumah kami dua tingkat. Siapa nak ketuk malam malam ni.Suami saya kata sabar jangan layan. Ok saya sabar. Dia ketuk lagi saya sabar lagi. Pastu dia ketuk lagi. Saya terus jerkah, “kau nak apa”.

Tiba tiba dia mengiiIai seumpama mengej3k sayaaa.. Then ketawa. Kemudian dia ketuk lagi, lama lama then hilanggg tak ada dah.Baru baru ni awal bulan 6 je suami dah dipanggil bertugas. Saya dah mula risau. Mula takut balik sebab suami takde.Suami saya bekerja shif. Dalam seminggu mesti ada kerja malam. Satu pagi tu, saya siapkan sarapan. Buat kopi dalam teko yang memang dah lama dengan keluarga saya.

Tapi pagi tu teko tu pecahhh retak seribu. Saya cuba husnuzon. Saya buat kopi dalam teko lain. Pecah juga.Kemudian macam biasa suara mengiiIai lagi sekaliii seolah mengej3k. Saya sampai dah tak tahan saya mnangis. Tapi bila saya mnangis, hantu tu pun ikut mnangis. Lagi sayu pulak dari saya yang mnangis pecah 2 teko.Mntal betul rasa. Saya dengan suami panggil macam macam orang dah datang tengok. Elok sekejap jee. Pastu jadi balik.

Tengah solat pun kena kacau..

Saya sampai str3sss sangat sangat. Kalau saya nak bersama dengan suami memang rasa ada orang perhatikan. Kena tutup semua lampu sampai tak nampak apa barulah selesa.Kalau nak solat, bacaan selalu ke laut sebab terdengar je kat telinga dia ketawa mengej3k. Tengah mandi lagi lah rasa diperhatikan. Hilang privasi sungguh sungguh..

Satu hari saya duduk fikir dari mana datang gngguan ni. Fikir punya fikir barulah saya teringat.Memang sah inilah punca gngguan. Gngguan ni bermula lepas suami saya yang suka sangat bergurau, suka main main ni buat sesuatu yang dia rasa lawak kot.

Malam tu saya suami dan anak anak tengok movie hantu kat ruang tamu. Tiba tiba dengar orang ketuk pintu. Padahal pintu kayu belah dalam terbuka.Grill je tutup. Kalau ada orang ketuk pintu memang nampak lahhh… Mula mula bunyi ketuk tu kami semua diam.

Siapa ketuk tu, masuklah…Lepas lagi satu ketukan tu, suami saya boleh main main cakap sambil gelak gelak. Dia kata, “Siapa ketuk tu, masuklah. Buat apa duk kat luar tu.. Mehla masuk buat macam rumah sendiri”.Saya ingat, saya marah suami saya giila giila sebab cakap benda macam tu. Tapi malam tu tak jadi apa apa. Tapi sejak dari tu la semua gngguan ni terjadi.

Suami saya memang baik, happy go lucky, sembahyang memang tak tinggal tapi tulah suka bergurau bukan bukan..Saya nak pesan, janganlah buat main benda benda macam ni. Jangan jadi macam suami saya yang happy go lucky entah apa apa.Dan satu lagi sesiapa yang tau orang pandai berubat, pandai tengok tengok, tolong lah letak no telefon atau alamat orang tu kat ruangan komen.Sumber:Kisah Rumah Tangga

Ini Kenyataan Dari Pihak Pengamal Perubatan Tradisional Darussyifa

Gangguan misteri ketukan pintu dan gegaran jeriji besi yang ‘mengacau’ empat negeri di beberapa kawasan perumahan sejak pertengahan bulan lalu ‘bukan kerja manusia’.Misteri itu yang sedang diteliti Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa’) yakin gangguan itu dilakukan makhluk halus, jin atau syaitan.

Sehingga kelmarin, Johor menjadi negeri keempat yang penduduknya diganggu ketukan pintu tengah malam dan dinihari, selepas isu sama melanda Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.Berkongsi dengan Mingguan Malaysia, Pengerusi Darussyifa’, Abdul Rahman Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung gangguan misteri berkenaan di beberapa kawasan dan setakat ini mendapati tiada kelibat lembaga, entiti atau kesan tapak kaki.

Ini sekali gus katanya, membuktikan gangguan itu bukan kerja manusia.Menurut beliau, gangguan berkenaan mungkin disebabkan keadaan ’emosi’ atau persekitaran kawasan tertentu yang kurang mengamalkan kehidupan berasaskan ajaran agama Islam.

“Kami meneliti kes tersebut seperti yang dilaporkan dan didapati tiada pula kesan tapak kaki manusia atau haiwan, bayangan atau lembaga hitam yang kelihatan menunjukkan ini kerja manusia. Jadi, kami yakin ini adalah gangguan makhluk halus, jin dan syaitan.

“Kita tidak menolak, gangguan emosi ketika pandemik, keadaan setempat yang kurang mengamalkan kehidupan Islam boleh menjadi punca insiden misteri itu boleh berlaku,” katanya ketika ditemui Khamis lalu.Gangguan misteri yang pertama kali menghantui penduduk Sabak Bernam kini sudah merentasi Melaka, Johor dan Negeri Sembilan.

Bukan sekadar itu, bermula dengan hanya ketukan pintu rumah dan gegaran jeriji besi, misteri itu turut melibatkan ketukan pintu bilik tidur serta gegaran di bumbung rumah.Sementara itu, Ketua Lajnah Tarbiyyah, Disiplin dan Tatatertib Darussyifa’, Abdul Rashid Ahmad berkata, tujuan gangguan itu hanyalah sekadar untuk menakut-nakutkan dan mengacau emosi masyarakat.

“Gangguan makhluk halus, jin dan syaitan ini bertujuan membuatkan kita takut. ‘Mereka’ mahu kita rasa takut, risau dan jiwa kacau. Bukan untuk tujuan pukau atau mencuri.“Tetapi kita perlu kembali semula kepada Allah SWT. Hidupkan kembali ibadah dan kehidupan berasaskan Islam. Selalu berjemaah solat hajat dan bacaan Yasin beramai-ramai terutama dalam rumah bersama keluarga,” katanya.Sumber : Utusan Online

Ketukan Pintu Menular Pula Di Pahang. Wanita Ini Langsung Tak Buka Pintu Dan Terus Berselimut Di Rumah Malah Demam Serta Tak Pergi Kerja. Mengejutkan Sekali Wanita Ini Dedahkan Bau Yang Dia Hidu

Antara rumah penduduk kampung yang diketuk dalam kejadian pada Jumaat lalu.SELEPAS beberapa negeri dilaporkan mengalami kejadian misteri ketukan pintu, ia kini dikatakan menular di Pahang.Seorang pembantu kedai travma selepas terkejut dengan ketukan misteri di rumahnya pada Jumaat lalu ketika dia sedang melayari media sosial mengenai kejadian berkenaan.

Siti Fatimah Ghazali, 37, dari Kampung Perias, Jerantut Feri di Jerantut memberitahu, rumahnya antara dua buah kediaman di kampung yang terlibat dengan ketukan misteri.Menurutnya, kejadian berlaku pada pukul 9 malam ketika dia sedang tidur di dalam bilik.

“Saya memang mengetahui kejadian itu di Selangor dan Melaka melalui media sosial dan akhbar. Ketika ketukan berlaku saya sedang melayari Facebook dan membaca mengenai misteri itu.”Ketika berharap semoga tiada kes seperti itu tiba-tiba terdengar bunyi ketukan di pintu. Saya tidak membuka pintu kerana takut dan terus berselimut,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Tambahnya, ketika kejadian dia tinggal seorang diri manakala dua anaknya berusia 16 tahun sedang bekerja dan seorang lagi berusia 12 tahun berada di rumah jiran.Siti Fatimah mengakui dia sangat takut dan sehingga kini masih demam dan tidak mampu pergi kerja.

Menurutnya, kini dua anaknya ketakutan dan tidak boleh tidur sendirian terutama selepas mengetahui jirannya, Habibah Sulong, 57, juga berdepan situasi sama selepas itu.Sementara itu, Habibah berkata, kejadian ketukan selama lima minit kira-kira pukul 9.30 malam itu berlaku ketika dia dan suami, Jamaludin Sulaiman, 61, serta tiga anaknya berada di dalam rumah.

Katanya, mereka hanya terfikir remaja nakal di kampung itu mengetuk pintu tetapi tiada sesiapa di depan rumah selepas diintai.”Lebih menakutkan kami berbau sesuatu yang amat busuk seperti bngkai,” jelasnya.

Beliau memberitahu, selepas ketukan berakhir suami dan anak-anaknya membuka pintu dan tiada kelibat atau kesan kehadiran tetamu atau individu tetapi masih tinggalkan bau busuk.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan mengesahkan pihaknya ada menerima laporan polis mengenai kejadian tersebut. – Sinar Harian

Lepas Tular Pasal Ketukan Misteri Kali Ni Brader Ni Berjaya Rakam Entiti Misteri Masa Tengah Lepak Depan Rumah. Mengejutkan Benda Tu Siap Pusing Kepala Lagi.

Menerusi Kelab Cerita Hantv Malaysia, seorang lelaki berkongsi pengalaman seram ternampak kelibat mahklus halus di depan rumahnya. Pada mulanya lelaki itu terbau hanyir di kawasan rumah diikuti dengan bunyi sayup-sayup orang menangis. Namun selepas diperiksa rupanya ada sesuatu sedang memerhati.

Lebih menyeramkan apabila video tersebut memaparkan jelas entiti tersebut berpusing ke arahnya. Ok semua, Abang Man akan susun balik pengalaman ni untuk dikongsi. Bukan niat nak mena.kutkan sesiapa, tapi sekadar nak berkongsi pengalaman abang malam tu berdepan dengan makhluk ni.

Malam tu abang dengan anak lelaki abang tengah rehat-rehat depan rumah mertua abang ni sambil isap rkok. Tiba-tiba terasa sunyi semacam. Sebelum dia betul-betul muncul, memang abang dah terasa lain macam suasananya dengan angin yang datang sepoi-sepoi.

Mula-mula terbau hanylr macam bau siang ikan keli tu. Tiba-tiba abang terdengar bunyi macam ada orang perempuan ketawa, abang abaikan sebab mungkin jiran, sebab kejiranan teres kan.  Sekali terdengar pulak bunyi tu bertukar jadi nans teresak-esak. Sayup je bunyi tu..angin terus datang kuat. Time tu baru abang terperasan ada bayang kabur-kabur macam asap kat kawasan pokok kemboja depan rumah tu.

Dua kali makhluk ni cuba tunjukkan diri dia. Yang pasti memang dia mula jelas kat pokok bunga kemb0ja tu. Tu yang abang man dapat snap dua gambar, tapi masih kabur jugak macam camera hp ni takmau focus.

Pusingkan kepala

Tu yang abang man dapat snap dua gambar, tapi masih kabur jugak macam camera hp ni takmau focus. Abang tunggu je, baru je nak duduk balik terus dia jelas. Terkejut campur takutt campur nekad,abg on camera/video, bangun dan terus rakam.

Nauzubillah minzalik, mukanya buruk, pucat habis, mulutnya tak ada, bajunya lusuh buruk dengan macam bertanah-tanah, rambutnya panjang menggerbang. Bila abang cuba zoom in, camera ni tendang balik zoom out, abang zoom balik terus jadi pecahh gambar tu tak tau kenapa.

Sedangkan video-video lain abang ambik time malam masa dengan family, elok je clear. Abang pakai A51s je. Masa start dia jelas, dia dah mula pusingkan kepala dia 360 darjah. Abang kuatkan semangat baca ayat dan surah, terus dia toleh muka abang sambil mula peletakkan kepala kebelakang.

Time tu abang dah mere.mang tahap habis dah, kaki ni macam tak rasa pijak lantai, jantung jangan cakapla. Laju macam orang baru lepas lari pecut 100meter. Video dan gambar ni abang sharekan untuk korang nilai sendiri bahawa benda ni memang wujud kalau di izinkan Allah kita nampak.

Kalau tak jelas jugak cuba cari tempat gelap yang mana handphone korang tak silau dari cahaya pada screen tu, tengok ulang-ulang kali. Amati betul-betul rupa dia. Ada yang kata mcm pakai mask, sebenarnya yang jelas depan mata abang memang benda ni tak ada mulut. Lepastu korang dengar betul-betul saat ke 0.40.

Dia mengilai, kalau tak dengar cuba gunakan earphone dan kuatkan volume tu. Abang mintak maaf pada semua kalau ada yang tetap tak boleh nampak, abang tak berani nak cakap apa-apa atas sebab apa korang tak boleh nampak.

Kat sini abang kongsikan sekali gambar waktu siang tempat tu, l0kasi kejadlan abang man terpaksa rahslakan atas fakt0r kesela.matan. Apa yang abang mintak do’a kalian semua moga-moga abang dan keluarga serta kalian semua dijauhkan dari segala muslbah dan sentiasa dilindungi Allah SWT…Aminn.

Sumber : Man Manz/OhBulan

Kes Ketukan Di Sabak Bernam Belum Habis Lagi. Kali Ni Di Klang Pulak Yang Kecoh. Tengah Hari Pun Boleh Kena Gegar. Rupa Rupanya Ini Punca Kenapa Rumah Tu Kena Ganggu Begitu Teruk Sekali

TIDAK lagi berlaku misteri ketuk pintu di Sabak Bernam, namun kini menular pula ke Alor Gajah, Melaka dan terbaharu di Klang, Selangor, lapor Kosmo! Jika sebelum ini misteri ketukan tanpa salam hanya berlaku di pintu depan rumah, namun kini gangguan tersebut kini turut menyasarkan pintu bilik tidur.

Kejadian tersebut dialami penduduk di Jalan 4, Jalan 12, Jalan 78 dan beberapa jalan lain di Pandamaran Jaya di sini yang menjadi lokasi baharu misteri ketukan tersebut selepas Sabak Bernam, Selangor dan Alor Gajah, Melaka.

Menceritakan kejadian itu, seorang sasaran, Nor Hidayah Salehudin, 29, mendakwa pintu bilik tidur di bahagian beranda luar menerima ketukan seba­nyak dua kali pada pukul 2 pagi kelmarin. Katanya, semasa kejadian dia tidur di tingkat atas, manakala bapanya di bahagian bawah di dalam rumah teres dua tingkat tersebut. “Ketukan kedua itu sangat kuat sehingga menyebabkan bulu roma saya meremang dan ini pertama kali berlaku gang­guan seperti ini.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

“Pada masa sama, saya terfikir insiden ketukan pernah berlaku di Sabak Bernam sebelum segera membuka bacaan ayat suci ­al-Quran di radio,” katanya kepada Kosmo! semalam. Jelasnya, ketukan itu membuatkannya tidak boleh tidur semalaman sebelum memaklumkan kepada bapanya yang tidak mendengari sebarang ketukan pada awal pagi itu.

Seorang wanita, Aryana Rosli, 35, pula mendakwa menjadi sasaran ketukan juga sebanyak dua kali sekitar pukul 1.40 pagi. “Saya beranggapan hanya rumah ini sahaja yang diketuk, rupanya banyak rumah turut mengalami insiden sama sehingga menjadi kecoh di Facebook,” katanya.

Bagi Mohd. Shahrul Ridzwan Mohd. Sani, 29, pula, dia memberanikan diri menyelak langsir rumah selepas menerima ketukan ketika dalam kejadian bermula pukul 1.15 pagi.“Bagaimanapun, tiada sebarang kelibat dengan pintu pagar berkunci rapat dengan mangga. Perkara ini sungguh pelik,” ujar­nya.

Tengah Hari pun Kena Gegar, Rumah ini Kena Ganggu Dgn Begitu Teruk Sekali

Mlsteri ketukan pintu kediaman tambah memblngungkan apabila kejadlan itu sebenarnya berlaku di kulim, kedah. Video kejadlan yang tular di media sosial itu menunjukkan jeriji besi kediaman berkenaan digegar dengan kuat berulang kali tanpa ada sesiapa melakukannya.

Malah, seorang lelaki yang juga pemilik kediaman dilihat berdiri berhampiran pintu gelongsor kaca sambil menlnjau pvnca kejadlan pelikk itu. Menerusi laman facebook Kulim Media TV, pihak mereka berjaya menemui keluarga seperti yang tular di dalam video tersebut. Dan jelaskan apa yang terjadi sebenarnya serta l0kasi kejadlan. Rakaman Terbaru Pada 11.30 Pagi

Sumber : https://budaksitu.pw/

Tiada Kes Terbaharu Dilaporan Selepas 18 Hari Heboh Tentang Ketukan. AKhirnya Brader Solo Rungkai Cerita Sebenar Ketukan Pintu

SABAK BERNAM: Selepas 18 hari menghantui penduduk di daerah ini, mlsteri gangg.uan ketukan pintu rumah pada waktu malam berakhlr apabila tiada lagi kess terbaharu dilap0rkan berlaku.Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superlntendan Agus Salim Mohd Alias ketika dihubungi, mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, pihaknya tetap melakukan kawalan r0ndaan di kampung dan taman perumahan meskipun gang.guan itu telah berakhir.“Kita juga menggalakkan penduduk supaya membuat r0ndaan di kawasan masing-masing bagi mengela.kkan perkara tidak dilngini berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Agus Salim menglngatkan masyarakat agar tidak memperbesarkan lagi lsu gang.guan ketukan pintu mlsteri itu.“Orang ramai diminta tidak men0kok tambah perkara sedia ada selain menyebarkan maklumat tidak sahlh hingga menlmbulkan ketidak.tenteraman kepada penduduk,” katanya.

Sebelum ini dilap0rkan, penduduk daerah Sabak Bernam dilanda tanda-tanya dan keta.kutan susulan gang.guan ketukan pintu mlsteri yang berlaku sejak 18 November lalu.Menerusi hantaran terbaru dari individu yang terkenal dengan keberanlan beliau menylasat dan menjejaki l0kasi-l0kasi secara berseorangan, solo ambush tampil beritahu apa yang beliau jumpa selama 2 hari beliau di sabak bernam.S0lo Ambvsh ( Rungkalan Mlsteri di Sabak Bernam)Ok geng ..seperti yg di janjlkan….Aku dah upload video di YouTube tentang data,analisls dan stra.tegy yg ringkas selama dua hari aku di Sabak Bernam.Ninndiaa..sila share dan beritahu semua ye.

Reaksi Orang Ramai.lhamdulillah..semakin upgradee video SA..analisls SA memng tinggal tanda tanya bila terjumpe kotak r0kok yg sama,botol air dn tmpat lepak..kalau benar ia adalah perbvatan manusia patut la 2 hari SA kat sana tiada gang.guan sbb depa tau sifu menyelusurl setiap sudut. Takut terkant0i..tu pendapat sy kalau betul manusia…kalau sebaliknya memng seramm..apa2 pon semoga sabak bernam kembali aman seperti sedia kala..aamin.

Sepanjang men0nton bkn rlsau makhlvk haluss yg muncul tp risau ada blnatang buass/berblsa yg keluar and ada org pr0voke or buat sesuatu semoga dilindvngi selalu ya bro hani.Ketuk2 pintu ni sebelum sabak bernam pernah kec0h kt kampung sy di gunung semanggol. Pastu sampai ke rumah sy di bukit gntang ni. Rumah abg ipar sy 2 org kena ketuk. 1 umah kg 1 umah taman. Takutt org kg nk keluar mlam. Awal2 dah ketuk. Ketuk pulak x beragak..nk r0boh pintu.. pastu senyap jap..ni dengar balik kt sabak bernam.. pastu ada kata jalan p Selangor dah..ni kat melaka pulak.. sebenarnya yg ketuk tu nak apa.

Misteri Ketukan Pintu Beralih Ke Negeri Sembilan

BELUM reda misteri ketukan pintu di Sabak Bernam, Selangor, pada bulan lalu, kini khabar angin bertiup kencang mengenai kejadian itu berlaku di Negeri Sembilan dan Melaka.Menerusi satu mesej yang kini tular di media sosial termasuk aplikasi WhatsApp, penduduk di beberapa kawasan di Negeri Sembilan dinasihatkan supaya tidak membuka pintu sekiranya terdapat ketukan sebanyak tujuh kali.

“Minta penduduk di sekitar kawasan Ampangan, Sikamat, Panchor, Taman Tasik Jaya untuk tidak membuka pintu jika diketuk tujuh kali.“Ketukan misteri dari Sabak Bernam sudah ke Negeri Sembilan,” menurut dakwaan menerusi maklumat yang kini tular.

Maklumat tersebut turut mendakwa 25 penghuni kediaman di Taman Tasik Jaya di Seremban telah membuat aduan kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di lokasi berkenaan.“Betul ke bunyi ketuk-ketuk pintu sebanyak tujuh kali tu dah sampai Negeri Sembilan dan Melaka. Kalau dengar bunyi ketukan tu jangan buka tau,” tulis seorang pengguna Twitter menerusi satu ciapan, lewat Isnin malam.

Mesej yang tular di media sosial termasuk aplikasi WhatsApp.Bagaimanapun, kejadian misteri ketukan pintu itu dinafikan oleh Pengerusi KRT Taman Tasik Jaya, Abu Hassan Osman selepas dimaklumkan mengenai perkara tersebut.Menurut laporan Sinar Harian, Abu Hassan dipetik sebagai berkata, penduduk di sekitar Taman Tasik Jaya tidak perlu bimbang kerana maklumat yang tular itu adalah tidak benar.

“Saya telah membuat pemeriksaan, memantau dan bertanya kepada semua penduduk di taman ini mengenai perkara tersebut, namun tidak ada yang kena kacau.“Tiada pun orang ketuk pintu, misteri ketukan pintu tidak berlaku di taman ini, ada pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja mengada-adakan cerita,” katanya.

Kita tetap perlu mengambil langkah berjaga-jaga, sentiasa mengunci pintu rumah dan tingkap dengan kemas bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku ABU HASSAN OSMAN.Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduudk di sekitar taman tersebut supaya berhati-hati dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.

“Walaupun ini adalah sekadar maklumat palsu yang ditularkan dan diada-adakan, namun kita tetap perlu mengambil langkah berjaga-jaga, sentiasa mengunci pintu rumah dan tingkap dengan kemas bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya sambil menambah perkara itu telah dimaklumkan kepada pihak polis namun tiada laporan polis dibuat.

Menurut Abu Hassan, beliau dan beberapa penduduk KRT membuat rondaan di kawasan Taman Tasik Jaya pada Isnin, namun tiada sebarang kejadian yang mencurigakan berlaku.Ciapan yang tular di laman Twitter sejak Isnin.Bulan lalu, kecoh mengenai misteri ketukan pintu yang kuat sehingga mengejutkan penghuni rumah di beberapa kampung sekitar Sabak Bernam.

Selepas 18 hari menghantui penduduk di daerah itu, misteri gangguan ketukan pintu rumah pada waktu malam berakhir apabila tiada lagi kes terbaharu dilaporkan berlaku.Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias mengesahkan perkara itu sambil menambah pihaknya tetap melakukan kawalan rondaan di kampung dan taman perumahan meskipun gangguan itu telah berakhir.

Selepas ketukan misteri di Sabak Bernam, kejadian aneh itu turut dilaporkan menghantui penduduk di Alor Gajah, Melaka dan Klang, Selangor.Lebih menyeramkan, ketukan misteri tanpa salam itu bukan lagi hanya berbunyi di pintu rumah, malah dilaporkan berlaku di pintu bilik tidur.Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan rasmi berhubung perkara itu.Kredit : FBSoloAmbush/OM

Tular Satu Mesej Supaya Tidak Membuka Pintu Sekiranya Terdapat Ketukan Sebanyak Tujuh Kali. Pengerusi KRT Taman Tasik Jaya Tampil Beri Kenyataan Tentang Mesej Tersebut

BELUM reda misteri ketukan pintu di Sabak Bernam, Selangor, pada bulan lalu, kini khabar angin bertiup kencang mengenai kejadian itu berlaku di Negeri Sembilan dan Melaka.Menerusi satu mesej yang kini tular di media sosial termasuk aplikasi WhatsApp, penduduk di beberapa kawasan di Negeri Sembilan dinasihatkan supaya tidak membuka pintu sekiranya terdapat ketukan sebanyak tujuh kali.

“Minta penduduk di sekitar kawasan Ampangan, Sikamat, Panchor, Taman Tasik Jaya untuk tidak membuka pintu jika diketuk tujuh kali.”Ketukan misteri dari Sabak Bernam sudah ke Negeri Sembilan,” menurut dakwaan menerusi maklumat yang kini tular.Maklumat tersebut turut mendakwa 25 penghuni kediaman di Taman Tasik Jaya di Seremban telah membuat aduan kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di lokasi berkenaan.

“Betul ke bunyi ketuk-ketuk pintu sebanyak tujuh kali tu dah sampai Negeri Sembilan dan Melaka. Kalau dengar bunyi ketukan tu jangan buka tau,” tulis seorang pengguna Twitter menerusi satu ciapan, lewat Isnin malam.Mesej yang tular di media sosial termasuk aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun, kejadian misteri ketukan pintu itu dinafikan oleh Pengerusi KRT Taman Tasik Jaya, Abu Hassan Osman selepas dimaklumkan mengenai perkara tersebut.Menurut laporan Sinar Harian, Abu Hassan dipetik sebagai berkata, penduduk di sekitar Taman Tasik Jaya tidak perlu bimbang kerana maklumat yang tular itu adalah tidak benar.

“Saya telah membuat pemeriksaan, memantau dan bertanya kepada semua penduduk di taman ini mengenai perkara tersebut, namun tidak ada yang kena kacau.”Tiada pun orang ketuk pintu, misteri ketukan pintu tidak berlaku di taman ini, ada pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja mengada-adakan cerita,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduudk di sekitar taman tersebut supaya berhati-hati dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.”Walaupun ini adalah sekadar maklumat palsu yang ditularkan dan diada-adakan, namun kita tetap perlu mengambil langkah berjaga-jaga, sentiasa mengunci pintu rumah dan tingkap dengan kemas bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya sambil menambah perkara itu telah dimaklumkan kepada pihak polis namun tiada laporan polis dibuat.

Menurut Abu Hassan, beliau dan beberapa penduduk KRT membuat rondaan di kawasan Taman Tasik Jaya pada Isnin, namun tiada sebarang kejadian yang mencurigakan berlaku.Ciapan yang tular di laman Twitter sejak Isnin.Bulan lalu, kecoh mengenai misteri ketukan pintu yang kuat sehingga mengejutkan penghuni rumah di beberapa kampung sekitar Sabak Bernam.

Selepas 18 hari menghantui penduduk di daerah itu, misteri gangguan ketukan pintu rumah pada waktu malam berakhir apabila tiada lagi kes terbaharu dilaporkan berlaku.Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias mengesahkan perkara itu sambil menambah pihaknya tetap melakukan kawalan rondaan di kampung dan taman perumahan meskipun gangguan itu telah berakhir.

Selepas ketukan misteri di Sabak Bernam, kejadian aneh itu turut dilaporkan menghantui penduduk di Alor Gajah, Melaka dan Klang, Selangor.Lebih menyeramkan, ketukan misteri tanpa salam itu bukan lagi hanya berbunyi di pintu rumah, malah dilaporkan berlaku di pintu bilik tidur.Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan rasmi berhubung perkara itu.

Ahli Paranormal Cuba Merungkai Ketukan Misteri. Akhir Sekali Polis Panggil Untuk Memberi Keterangan.

SABAK BERNAM – Polis sudah memanggil beberapa mangsa yang mendakwa diganggu dengan bunyi ketukan misteri bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian yang tular di beberapa kampung dan taman perumahan di daerah ini sejak tujuh hari lalu. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, penduduk termasuk ahli paranomal yang membuat rakaman secara ‘Live’ telah dipanggil untuk memberikan keterangan. Bagaimanapun, katanya, tidak semua mngsa ketukan pintu misteri dapat hadir ke balai polis bagi memberikan keterangan.

“Bagi mngsa yang tidak dapat memberikan keterangan di balai, kami (polis) pergi ke rumah mereka untuk mendapatkan maklumat berkaitan,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini. Mengulas lanjut, Agus Salim memaklumkan sehingga kini pihaknya hanya menerima satu sahaja laporan polis yang dibuat pemimpin peringkat kampung berhubung gangguan ketukan misteri itu.

“Kita menerima satu aduan yang dibuat pada 22 November lalu yang mendakwa rumahnya diganggu sebanyak dua kali termasuk 24 rumah penduduk di kampung terbabit,” katanya. Misteri ketukan pintu didakwa sudah sampai Kuala Selangor

Polis beri amaran tindakan tegas pihak cuba takutkan penduduk. Dengar jeriji pintu digegar, objek dilempar ke dinding rumah. ‘Dengar bunyi ketukan tapi tiada pelaku dalam CCTV’ Dalam pada itu, katanya, polis juga turut meningkatkan rondaan di beberapa kawasan kampung dan taman perumahan terlibat.

“Kita juga meminta kerjasama semua penduduk agar membuat rondaan di kawasan masing-masing bagi menangani isu ini,” katanya. Justeru, beliau menasihati orang ramai agar tidak menokok tambah atau menyebarkan perkara yang boleh menimbulkan ketakutan kepada masyarakat. Polis bimbang ada pihak yang cuba mengambil kesempatan atas isu ini. Jika ada maklumat, salurkan segera kepada pihak polis,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba menakut-nakutkan penduduk berikutan kejadian tular ketukan pintu yang mengganggu penduduk beberapa kampung di daerah ini pada waktu malam. Agus Salim menegaskan, pesalah yang melakukan perbuatan itu boleh dikenakan tindakan kerana mengundang ketakutan dan kegu-saran kepada orang awam.