Cerita pasal cov19 malu pulak. Tapi bangga dengan kontroversi. Tiz Zaqyah perli pelakon terkenal.

Artis Hiburan Keselamatan

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan satu produksi pengambaran yang dikatakan lari balik ke Kuala Lumpur setelah tujuh daripada kru produksi tersebut didapati positif Covid-19 di Perak.

Susulan daripada itu, ramai yang meluahkan rasa bengang dengan tindakan tidak bertanggungjawab produksi tersebut kerana merasakan ia satu perbuatan mementingkan diri sendiri  selepas hanya mendiamkan perkara ini berlaku.

Ramai yang penah kena

Beberapa selebriti dan juga orang industri telah menyatakan rasa ralat mereka terhadap apa yang berlaku dan pastinya memberi impak kepada pekerja seni yang lain di masa hadapan.

Salah seorang yang menyelar tindakan kurang cerdik tersebut adalah pelakon terkenal, Tiz Zaqyah apabila meluahkan rasa geramnya di Twitter merujuk kepada para selebriti yang enggan mengaku dijangkiti Covid-19.

Ramai yang menyokong

Ciapan ringkas tapi padat ditulis oleh Tiz Zaqyah telah mendapat perhatian umum dan masing-masing menyokong apa yang dikatakan pelakon tersebut.

Ada juga yang bersangka baik dengan menganggap tujuan mereka merahsiakan dijangkiti Covid-19 ini bagi mengelakkan mendapat kritikan dari warganet.

Sumber: Twitter @TI25AQYAH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.