Tonyoh muka dengan timun beku trending di tiktok untuk lembapkan kulit. Ini jawapan dari pakar.

Kecantikan Kesihatan Tips & Petua Wanita

SIAPA yang tidak mengimpikan kulit muka yang lembap dan kelihatan segar bermaya?

Rupanya menggunakan timun yang dibekukan, masalah kulit wajah kasar dan kering dapat diselesaikan.

Trending di laman sosial TikTok rawatan wajah di rumah menggunakan sayuran tersebut menerusi hashtag #frozencucumber.

Jika dilihat, trik berkenaan tentunya dicuba ramai susulan tontonan mencapai sehingga 12.8 juta kali.

Timun mempunyai pelbagai manfaat kepada kulit. Antaranya ialah kandungan vitamin C yang mengurangkan iritasi pada kulit.

Ia juga sarat dengan air sehingga 96 peratus dan mampu menghidrasi kulit dengan baik.

Selain itu, timun juga sesuai dijadikan sebagai terapi rambut dan face mask kerana ia bersifat sejuk dan lembap.

Dalam pada itu, pakar dan ahli dermatologi turut menyokong tip yang dikongsikan di laman sosial berkenaan.

Pengguna TikTok yang juga pakar dermatologi turut berkongsi cara paling berkesan menggunakan timun yang telah dipotong hujungnya dan dibekukan di dalam peti sejuk.

Dr Azi dalam video yang dikongsikan tip #frozencucumber menerangkan kebaikannya seperti berikut:

  1. Mengurangkan penampilan kesan hitam pada bawah mata.
  2. Memberikan kulit bahan antioksidan dan vitamin C.
  3. Melancarkan penghasilan kolagen.
  4. Mencerahkan kulit secara semula jadi.
  5. Membantu mengurangkan dan menghilangkan jerawat.

Sifat sejuk dan melembabkan membuatkan timun bagus untuk kulit. Semoga saranan Dr Azi ini memberikan manfaat buat kita semua.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.