Tular gambar menteri tak ikut SOP. Ini penjelasan dari Menteri ini dan penganjur akui silapnya dan minta maaf

Berita

Terbaru, penganjur program pertanian bandar yang dihadiri oleh Annuar Musa yang merupakan Menteri Wilayah Persekutuan memohon maaf kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard PKP. Dan Kelab Pencinta Alam Kolam Takungan Banjir Sungai Midah memohon maaf kepada Annuar dan orang ramai kerana gagal mematuhi SOP semasa menjemput menteri melawat tapak projek komuniti mereka.

“Saya bagi pihak masyarakat di sini meminta minta maaf kepada Tan Sri (Annuar) dan rakyat Malaysia. Kita akui itu keIemahan kita.“Bila Tan Sri datang kita jemput dia minum di pondok kebun pertanian dalam bandar kita, itu pun sekejap saja.“Tan Sri dah ingatkan (gambar tak patuh S0P) nanti akan tuIar, sebab itu dia cepat-cepat berlalu,” kata pengerusinya, Zainuddin Amran ketika dihubungi Malaysiakini.

Difahamkan semalam, Annuar sekali lagi dikatakan tidak mematuhi S0P PKP selepas gambarnya bersama enam yang lain duduk di dua meja jamuan terseb4r di media sosial.Foto itu memaparkan sepanduk menyambut Annuar ke majlis program pertanian bandar bertarikh semalam.

Jika dirujuk S0P semasa, makan bersama dibenarkan, tetapi terhad kepada dua orang bagi setiap meja serta dengan jarak satu meter.Lepas memberi penjelasan berkenaan gambar itu, Annuar berkata dia cuma duduk sebentar di situ.“Tadi semasa di ladang, saya duduk sekejap dan pindah kerana penganjur tak ikut S0P.

“Bukan tak sudi atau tak hargai tuan rumah, tetapi perlu ikut S0P. Saya p0hon maaf, diharap tlada yang tersinggvng,” katanya di Facebook.Dalam pada itu Zainuddin berkata pihaknya menjemput Annuar untuk melihat kolam takvngan bnjir dan kebun bandar.“Program sekejap saja Tan Sri singgah, S0P lain kami patuhi,” katanya, sambil memaklumkan pihak poIis telah menghubunginya untuk mengambil keterangan berhubung kejadian itu.

Dah Kena Denda Sebab Ingkar SOP Dan Pekerja Terlibat Dengan Kejadian Yang Tidak Diingini. Siti Sarah Tampil Bongkar Hal Sebenar Yang Berlaku

Baru baru ini,Siti Sarah yang merupakan penyanyi tampil memohon maaf di atas kekhilafannya tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sehinggakan menyebabkan suami Shuib Sepahtu dikenakan kompaun sebanyak RM1000 pada Jumaat.

Jelas Sarah di IGnya dia menjadikan perkara itu sebagai pengajaran dan berharap orang ramai sentiasa mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).“Kami mohon maaf. Ini pengajaran untuk kami dan diharap menjadi pengajaran untuk orang lain agar sentiasa ikut SOP.

“Apa yang penting, kami jadikan ia sebagai pengajaran dan sama-sama kita ikut semua saranan kerajaan okey?” katanya.Sarah dan Shuib didenda selepas mereka tidak mengikuti SOP yang tidak membenarkan lebih daripada dua orang makan di satu meja yang sama.

Bagi mereka melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Lipis, Pahang.Selain Sarah dan Shuib, dua lagi individu yang turut sama semeja dengan mereka turut dikenakan kompaun. Jelas Sarah, dia singgah sebentar di restoran itu untuk menjamu selera ketika dalam perjalanan menuju ke Kelantan bagi perasmian dua cawangan terbaharu premis minuman mereka, Bubble Bee di Kubang Kerian dan Kota Bharu, Kelantan.Kami mohon maaf. Ini pengajaran untuk kami dan diharap menjadi pengajaran untuk orang lain agar sentiasa ikut SOP.

Jelanya dalam perjalanan tersebut, Sarah berkata dia berdepan dugaan apabila kereta pekerjanya terlibat dalam kejadian yang tidak diingini .Menurut Sarah, dia bersyukur pekerjanya tidak mengalami sebarang keced3raan serius.

“Banyak dugaan sebelum sampai ke Kelantan, 12 jam perjalanan. Bukan datang bercuti sebaliknya dapat kebenatan rentas negeri menguruskan pelancaran pembukaan kedai.“Mulanya, staf kami terlibat dalam kejadian yang tidak diingini. Kereta mereka terbabs naik ke atas bukit akibat jalan licin.

“Berderau darh saya apabila dapat berita terbabit. Alhamdulilah syukur sangat kerana hanya kereta sahaja yang rosak, mereka tak alami keceder4an serius,” ujarnya.Sarah juga menjelaskan perjalanan mereka merentas negeri ke Kelantan adalah disebabkan urusan perniagaan dan sudah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

“Bukan untuk datang bercuti, sebaliknya kami ke Kelantan dah dapat kebenaran rentas negeri untuk menguruskan dua baby (cawangan) baru Bubble Bee,” katanya.Sebelum itu, seorang individu memuat naik gambarnya bersama pasangan selebriti tersebut menjamu selera di dalam premis terbabit di Facebook miliknya.Kerajaan menetapkan bermula 10 Februari lalu hanya dibenarkan dua individu semeja sahaja ketika menjamu selera di kedai makan dan restoran.

Kecoh Tentang Shuib Dan Siti Sarah Ingkar Sop Pkp. Mengejutkan Sekali Ini Tindakan Yang Diambil Oleh Pihak Polis Buat Ramai Yang Tak Sangka.

LIPIS – Pasangan selebriti, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Mohamad dan isterinya, Siti Sarah Raissuddin masing-masing dikenakan RM1,000 seorang selepas didapati ingkar prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah premis restoran pada Jumaat

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pasangan yang juga usahawan itu dikenakan kompaun kerana didapati duduk di sebuah meja melebihi dua orang serta tiada penjarakan fizikal di premis terbabit.

Menurutnya, dua lagi pelanggan yang turut duduk semeja bersama pasangan itu turut dikenakan kompaun. “Turut dikenakan tindakan ketika rondaan pasukan Task Force Op Covid-19 Balai Polis Kuala Lipis kira-kira jam 9 malam itu ialah pemilik restoran terbabit.

“Kompaun dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkt 1988,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. Sebelum itu, seorang individu memuat naik gambarnya bersama pasangan selebriti menjamu selera di dalam premis terbabit tersebut di Facebook miliknya. Kerajaan menetapkan bermula 10 Februari hanya dua individu semeja ketika menjamu selera di kedai makan dan restoran. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Baru Je Kerajaan Umumkan Keputusan Pkp Tak Akan Disambung Lepas Februari Ni. Sekali Najib Razak Tampil Bersuara Dengan 3 Soalan Ni.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, kecuali Sarawak yang dijadual berakhir pada 4 Februari ini, tidak akan dilanjutkan. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata keputusan itu diambil bagi mengelak kesan negatif terhadap ekonomi negara, susulan pelaksanaan PKP.

Sehubungan itu, katanya, PKP yang dijadual berakhir pada 4 Februari ini akan disambung dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). “Semalam, kerajaan kata PKP separuh masak yang bermula pada 12 Januari tidak akan diperketatkan.

Malah, PKP tidak akan disambung pada 4 Februari selepas berjalan 23 hari supaya Tahun Baru Cina boleh disambut dengan harapan bahawa kes Covid baru setiap hari akan stabil pada paras 3,000 kes sehari pada hari itu sebelum menurun kepada angka 2 digit dengan perlaksanaan PKPB.

Selepas PKP berakhir, mereka akan balik kepada perlaksanaan PKPB pula. Selangor, KL, Putrajaya, Sabah dan beberapa negeri lain sudah berada dalam PKPB sejak bulan Oktober lalu – iaitu lebih 3 bulan sebelum ianya diperakui telah gagal sehingga kita terpaksa melaksanakan darurat dan PKP pada bulan Januari.

Dengan itu, persoalan yang perlu ditanya adalah:

1. Jika kita hentikan PKP dan melaksanakan semula PKPB yang terbukti telah gagal sebelum ini, adakah kita akan menghadapi PKP 3.0 sekali lagi pada masa depan? Kenapa nak ulang benda yang telah gagal 7memandangkan kerajaan menyasar 70% penduduk Malaysia hanya akan menerima vaksin pada akhir tahun 2021?

Adakah banyak lagi sektor-sektor selain sektor pembinaan dan pembuatan seperti pelancongan, pendidikan swasta, pengangkutan swasta (seperti bas sekolah), sukan, ekspo, runcit dan sebagainya yang melibatkan jutaan rakyat tidak akan terkesan jika PKPB dilaksanakan secara berpanjangan.

2. Adakah PKPB yang telah terbukti gagal mampu menurunkan jumlah kes baru melebihi 3,000 kes sehari sekarang kepada angka dua digit seperti dirancang kerajaan? 3. Adakah ianya jauh lebih elok untuk kita buat PKP yang seketat-ketatnya tanpa kelonggaran kepada sektor-sektor pembinaan dan

kilang-kilang untuk tempoh 2 hingga 4 minggu dengan bantuan kerajaan seperti PKP pertama tahun lepas untuk memberi kesan yang paling maksima terhadap penularan Covid tempatan agar Rakyat tidak perlu menghadapi PKPB yang berterusan serta risiko PKP 3.0 akhirnya akan terpaksa dilaksanakan pada bulan-bulan mendatang?

Bukan ke pengorbanan untuk seketika jauh lebih baik berbanding mudarat yang berpanjangan? Orang putih kata “Short term pain, long-term gain”. Sebelum ini Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan tindakan kerajaan kerana tidak menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara lebih ketat.

Menurutnya, PKP secara lebih ketat perlu disegerakan dan kerajaan tidak boleh membiarkan rakyat menderita terlalu lama bawah PKP seperti sekarang. “Kenapa tak laksanakan secara ketat tanpa kelonggaran awal-awal lagi pada PKP 2.0 seperti disaran saya dan ramai lagi?

“Kenapa hanya cadang nak buat selepas PKP 2.0 selama 23 hari telah dibazirkan? “Jika nak buat secara ketat dengan melarangkan sektor kilang dan pembinaan, buatlah ‘all-out’ sekarang. Jangan tunggu dan paksa rakyat mendrita lagi lama di bawah PKP,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Ahad.

Ahli Perlimen Pekan itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (EuroCham Malaysia) bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) memberi cadangan untuk melaksanakan PKP 3.0 yang amat ketat (termasuk larangan ke atas sektor kilang dan pembinaan) selepas PKP 2.0 berakhir pada 4 Februari sekiranya angka jangkitan Covid-19 masih tinggi.

Mengulas lanjut, Najib berkata, peningkatan kes Covid-19 akan terus berlaku sehingga 4 Februari memandangkan kluster terbesar Covid-19 adalah sektor-sektor yang sama dibenarkan beroperasi seperti biasa pada PKP ini. “Jika PKP 3.0 berlaku, sektor-sektor lain tidak berkaitan yang terpaksa sia-sia berkorban 23 hari untuk PKP 2.0, nak ‘claim’ kerugian dari siapa?,” katanya

Terkini Kerajaan Umukan Keputusan Pkp Tidak Akan Disambung Lepas 4 Feb Ini. Sekali Dr Noor Hisham Tampil Bersuara Lantang Jelaskan Sebabnya Buat Warganet Terkedu.

PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, kecuali Sarawak yang dijadual berakhir pada 4 Februari ini, tidak akan dilanjutkan. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata keputusan itu diambil bagi mengelak kesan negatif terhadap ekonomi negara, susulan pelaksanaan PKP.

Sehubungan itu, katanya, PKP yang dijadual berakhir pada 4 Februari ini akan disambung dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

“PKP pada asalnya dijadual untuk dilaksanakan dalam tempoh dua minggu (sejak 13 Januari lalu) dan kesan pendekatan ini memerlukan masa. “Justeru, kita lanjutkan sehingga Februari, tetapi kita tak nak panjangkan PKP kerana beri kesan terhadap ekonomi. Kita kena seimbangkan kepentingan ekonomi dan kesihatan.

“Kalau kita laksanakan PKP selama empat minggu, sampai awal Februari, ia kemudian disusuli PKPB bagi tempoh tiga bulan akan datang. “Menerusi pendekatan ini, dijangka pada Mei, kita akan dapat turunkan kes (kadar jangkitan harian) kembali ke dua angka,” katanya pada sesi taklimat bersama media yang diadakan secara dalam talian, hari ini.

PKP Perlu Imbangi  Ekonomi Dan Kesihatan

Keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua dengan memberi kelonggaran tertentu, terutama bagi sektor ekonomi, adalah sesuatu yang sukar tetapi perlu dibuat untuk mengimbangi aspek kesihatan rakyat dan ekonomi.

Bagi Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, PKP kali ini melihat kepada kepentingan ekonomi tidak kira melalui syarikat gergasi mahupun peniaga kecil-kecilan, dan pada masa sama perlu menumpukan kesihatan rakyat.

“Kita tidak mahu rakyat pergi menghadap illahi akibat COVID-19, dan kita juga tidak mahu mereka pergi menghadap illahi kerana tidak makan,” katanya dalam satu temu bual eksklusif dengan Bernama, baru-baru ini. Beliau berkata, ada pihak mempertikaikan pelaksanaan PKP kali kedua yang dikatakan lebih longgar, namun dari konteks lebih luas, negara boleh muflis kalau PKP dilaksanakan bertahun-tahun.

Syor PKP dilonggar untuk beberapa sektor. “Ketika PKP dulu, negara rugi RM2.4 bilion setiap hari. Kerajaan juga perlu memfokus rakyat yang bergantung pada pendapatan harian bagi menampung hidup. “Oleh itu pada PKP kali ini, kita membenarkan sebahagian besar sektor ekonomi untuk beroperasi. Kita fikir kebajikan rakyat dan keselamatan mereka juga sama penting,” katanya.

Ismail Sabri menjelaskan, biarpun pelbagai bantuan disalurkan kepada rakyat, kerajaan tidak boleh memberi bantuan selama-lamanya dengan mengambil kira kesan jangka panjang. “Bantuan one-off (sekali bayar) diberikan hanya RM3,000 bagi perusahaan kecil dan sederhana.

Dengan membenarkan sesetengah sektor beroperasi, sebagai contoh, peniaga kecil-kecilan yang ada gerai tepi jalan juga boleh berniaga bagi menampung keperluan harian,” katanya. Beliau menegaskan, sektor perkilangan pula dibuka bukan untuk menjaga hati ‘tauke besar’, namun kerana rantaian ekonomi yang membabitkan operasi syarikat dan nasib pekerja harus diutamakan.

“Warganet kata kita jaga tauke besar, namun ia adalah berkaitan pekerja mereka. Kalau tauke besar rugi akibat kilangnya tidak beroperasi, akhirnya sasaran ialah pekerja yang bergantung pada pendapatan itu,” katanya. Hari ini, genaplah setahun negara dibadai pandemik COVID-19, apabila kes pertama membabitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura, dilaporkan pada 25 Januari 2020.

Ketika gelombang pertama, ia membabitkan majoriti kes import dan bukan rakyat Malaysia, manakala gelombang kedua jangkitan pula membabitkan penularan tempatan, dengan kes pertama COVID-19 dilaporkan pada 4 Februari 2020.

Susulan gelombang kedua, kerajaan telah melaksanakan PKP sejak 18 Mac tahun lalu dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Apabila jangkitan menunjukkan penurunan selepas beberapa bulan, kerajaan mula melonggarkan sedikit SOP dengan pengenalan PKP Bersyarat (PKPB) mulai 4 Mei, diikuti lebih banyak kelonggaran melalui PKP Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun.

Ketika gelombang ketiga melanda, kerajaan terpaksa melaksanakan PKPB di kebanyakan negeri mulai Oktober. Apabila kes semakin meningkat pada tahun ini, kerajaan terpaksa melaksanakan semula PKP bermula dengan enam negeri dan kemudian di seluruh negara, kecuali Sarawak.

Ketika ditanya sama ada Malaysia akan berjaya melandaikan keluk COVID-19 selepas PKP ini, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, jumlah kes akan menurun tetapi mengambil sedikit masa. “Cara terbaik untuk memutuskan rantaian COVID-19 ialah dengan tiada pergerakan langsung tetapi buat masa ini, ia (pergerakan orang ramai) masih berlaku.

“Sektor penting diberi kebenaran untuk beroperasi atas dasar kepentingan ekonomi. Walaupun PKP ini tidak ‘lockdown’ sepenuhnya, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah percaya (kes) akan berkurangan tetapi mengambil masa sedikit,” katanya.

Dr Noor Hisham sebelum ini dilaporkan berkata, negara memerlukan sekurang-kurang empat minggu untuk mengurangkan jangkitan COVID-19 kepada antara 500 hingga 1,000 kes sehari. Dr Noor Hisham memaklumkan, usaha melandaikan semula lengkungan graf jangkitan COVID-19 di negara ini dijangka berhasil pada Mei atau Jun depan dan pada masa sama, PKP tidak boleh terlalu lama kerana memberi impak negatif terhadap ekonomi negara.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menolak dakwaan wujud dwistandard antara ahli politik dengan rakyat biasa dalam tindakan penguatkuasaan SOP PKP, contohnya dalam isu pergerakan secara bebas seperti rentas negeri. “Bagi kerja ahli politik atau Ahli Parlimen, kita ada kawasan masing-masing. Apabila rakyat ditimpa bncna, wakil rakyat perlu menjalankan tanggungjawab kepada mereka.

“Sama seperti perkhidmatan kerajaan, sektor swasta, iaitu khidmat diberikan kepada orang lain. Tugas ahli politik ialah berjumpa dengan rakyat. “Kalau seseorang wakil rakyat tiada di lapangan ketika rakyat susah, maka ahli politik itu gagal melaksanakan tugasnya,” katanya. – BERNAMA

Sumber : BHARIAN ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Terkini Dr Noor Hisham Dedahkan Pkp Akan Dilaksanakan Selama 4 Minggu Je Kalau Rakyat Terus Buat Benda Ni. Rupanya Tak Susah Pun Syarat Yang Ditetapkan.

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata perintah kawalan pergerakan (PKP) selama dua minggu yang bermula hari ini akan dilaksanakan sekurang-kurangnya empat minggu. Beliau berkata, kerajaan sedar kesan ekonomi susulan pelaksanaan kawalan pergerakan itu namun penularan virus berkenaan hanya dapat dikawal jika semua individu kekal di rumah untuk tempoh dua minggu PKP.

“Kita sudah laksanakan PKP bersyarat bermula 14 Okt hingga kini tetapi kita rasa ia tidak sesuai dan perlu gunakan kaedah yang lebih drastik. “Oleh itu, kita nasihatkan untuk laksanakan PKP bagi tempoh dua minggu atau jika perlu selama empat minggu,” katanya pada sidang media

Penguatkuasaan semula PKP melibatkan Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan), Melaka, Johor dan Sabah untuk tempoh 14 hari hingga 26 Januari ini, Susulan peningkatan kes positif setiap hari terutama di enam negeri PKP, beliau berkata,

KKM kini sedang dalam perbincangan dengan pihak hospital swasta untuk bekerjasama membendung penularan Covid-19 menerusi penggunaan kapasiti dan kemudahan hospital berkenaan sebagai usaha menampung kekurangan petugas kesihatan dan kemudahan di hospital kerajaan.

“Penggunaan unit rawatan rapi dan ventilator kini dua kali ganda berbanding bulan sebelumnya. Kita juga kekurangan petugas untuk menjaga wad unit rawatan rapi yang semakin hari bertambah jumlah pesakit,” katanya. Dalam pada itu, beliau berkata, pelaksanaan PKP diharap mampu menurunkan kes positif harian kurang dari 500 dalam tempoh empat hingga lima minggu dari sekarang.

“Berdasarkan unjuran KKM, kita boleh landaikan kes Covid-19 seawal Mei ini jika semua rakyat patuh SOP dan duduk di rumah selama dua minggu ini,” katanya. Mengimbas permulaan gelombang ketiga hujung Sept lalu, Hisham berkata, jangkitan tinggi ketika itu melibatkan 63% warga asing manakala hanya 37% dikesan dalam kalangan warganegara.

“Namun, sekarang sudah berubah apabila 71% warganegara dijangklti virus itu manakala bakinya adalah warga asing,” katanya sambil menambah program saringan bersasar yang giat dijalankan terhadap pekerja warga asing antara penyumbang utama penurunan penularandalam kalangan mereka.

Sehingga kini, seramai 142,009 pekerja warga asing sudah menjalani ujian saringan Covid-19 dan daripada jumlah itu hanya 2,086 kes positif. “Angka itu menunjukkan hanya 2% mereka yang dijangkiti dan jangkitan dalam kalangan mereka masih terkawal,” katanya. – FMT

SUMBER/KREDIT:Tun Carlos/jirancakap

PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum tinggalkan komen anda disini. Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Wanita Terbang Dari Johor Dikenalpasti Sebagai Super Spreader Lepas Menjangkiti 37 Orang Dikesan Positif Covid 19 Di Rumah Panjang Di Sibu. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Punca.

SEBANYAK 37 kes baharu positif Covid-19 dikesan di sebuah rumah panjang di Sibu, Sarawak selepas seorang wanita pulang dari Johor untuk menghadiri pengkbmn bapanya di Pasai Siong dan menjadi ‘super spreader’ dalam kalangan penghuni di penempatan berkenaan.

“Mereka dikesan melalui hasil saringan ke atas kes seorang wanita yang kembali dari Johor (kes 1,175) pada 29 Disember 2020. Kes tersebut telah diumumkan oleh JPBNS pada 7 Januari 2021 melalui Kenyataan Media pada 7 Januari 2021,” katanya.

Siaw berkata wanita itu kini dirawat di Hospital Sibu. Menurutnya, wanita itu berlepas dari Johor Bahru melalui Kuala Lumpur dengan penerbangan Firefly FY1335 pada pukul 8 pagi. Dia kemudian mengambil penerbangan transit Malaysia Airlines MH2536 dari Kuala Lumpur ke Kuching pada pukul 1.35 petang pada hari yang sama.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, dia telah menjalani ujian calitan (swab) pertama kali dan hasilnya negatif. “Dia kemudian berlepas ke Sibu dengan penerbangan AirAsia AK6466 dari Kuching dan tiba pada pukul 8.50 malam. Dia diperintahkan untuk menjalani kuarantin di rumah panjangnya, Rumah Langi di Pasai Siong.

“Dia kemudian menghadiri pemkman bapanya di sebuah perkbran kira-kira 15km dari simpang Jalan Teku Pasai Siong,”katanya. Tambahnya, wanita itu kemudian menjalani ujian calitan kedua pada 5 Januari di Klinik Kesihatan Jalan Lanang dan disahkan positif pada 6 Januari.

Siaw berkata, keesokannya Kementerian Kesihatan menyaring 74 penduduk Rumah Langi dan keputusan pada 8 Januari mendapati seramai 37 individu dikesan positif Covid-19. Ujian saringan akan dilakukan di tujuh lagi rumah panjang lain di Pasai Siong pada Sabtu dan Ahad.

Ujarnya, polis telah membuat sekatan di simpang jalan masuk ke Rumah Langi, Pasai Siong, mulai jam 11.30 malam pada 8 Januari, dan kesemua penghuni lapan rumah panjang itu kini dikuarantin dan tidak dibenarkan keluar.

“Kemudahan makanan dan kesihatan akan diberikan kepada penduduk rumah panjang yang terjejas,” katanya lagi. Rumah panjang yang terlibat adalah Rumah Langi Ambau, Rumah Jelian Nayor, Rumah Ringgit Unchu, Rumah Pom Maja, Rumah Jeram Empin, Rumah Kely Chundau dan Rumah Nyambong Ajon.

Siaw juga menggesa sesiapa yang telah menghadiri upacara itu di Rumah Langi, Pasai Siong pada 29 Disember hingga 31 Disember untuk tampil membuat pemeriksaan dan saringan di Klinik Kesihatan Jalan Lanang atau Klinik Kesihatan Sibu Jaya. – THE STAR

Kes Naik Mendadak. Terkini Kkm Sarankan Pergerakan Rentas Daerah Dan Negeri Akan Diperketatkan Kalau Kes Covid 19 Terus Meningkat.

JOHOR BAHRU, 9 Jan – Kementerian Kesihatan (KKM) telah menyarankan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memperketat kawalan pergerakan rentas daerah dan negeri, sekiranya kes COVID-19 dalam negara terus meningkat.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata langkah itu perlu berikutan peningkatan kes COVID-19 akhir-akhir ini dipercayai berpunca daripada kebenaran merentas daerah dan negeri sejak Disember lepas. Selain itu, beliau berkata peningkatan kes turut disebabkan tindakan aktif untuk melaksanakan ujian saringan kesihatan ke atas semua pekerja asing di sektor perkilangan dan pembinaan bermula Januari.

“Sejak 1 Jan lepas, kerajaan telah mewajibkan majikan di sektor industri dan pembinaan membuat saringan kepada warga asing. Jadi, apabila banyak ujian dibuat maksudnya kita akan mendapat banyak kes positif tetapi kita tidak sangka peningkatan kes yang mendadak ini berlaku begitu pantas.

“Ia terjadi kerana kita dapati ada unsur ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan semasa pembukaan semula sektor ekonomi,” katanya dalam sidang media sempena Majlis Penyerahan Projek Naik Taraf Pusat Pengumpulan Darah Fasa Dua di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini hari ini.

Ahli Parlimen Tenggara itu berkata kes positif COVID-19 yang direkodkan ketika ini membabitkan kes sporadik (kes berlaku dalam komuniti) dan kes bukan warganegara. “Nisbah peratusan antara kedua-dua kes ini adalah 50-50. Kes sporadik dijangkiti melalui  pergerakan rentas negeri dan juga kerana tindakan berkumpul atau berhimpun di sesuatu tempat,” katanya.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media memberitahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman khas pada Isnin mengenai tindakan bakal dilaksanakan kerajaan berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 yang menunjukkan trend peningkatan akhir-akhir ini.

Ismail berkata  kerajaan juga sedang memperhalusi dan menilai tindakan yang perlu diambil segera bagi mengawal penularan jangkitan COVID-19 termasuk mempertimbangkan SOP lebih ketat melibatkan sektor sosial bagi mengurangkan pergerakan dan risiko penularan COVID-19.

Kes Naik Kepada 3k Sehari. Dr Noor Hisham Nak Lakukan Pkp Semula Tapi Dengan Cari Lain. Mengejutkan Ini Cara Yang Dimaksudkan Oleh Dr Noor Hisham.

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bersasar bagi mengatasi tekanan pada sistem penjagaan kesihatan. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, negara kini berdepan dengan situasi yang sukar dan memerlukan solusi ‘pemutus litar’ dalam menurunkan jumlah kes Covid-19.

Menurutnya, perancangan tersebut perlu dilaksana mengikut keadaan dan situasi di sesetengah kawasan. “Ini pendekatan yang lebih bersasar. Daripada (melibatkan) seluruh negara seperti apa yang kita lakukan untuk PKP pada 18 Mac tahun lalu.

“Sekarang saya rasa strategi kita akan berubah, kita akan lebih (melihat keadaan) setempat dan disasarkan daripada segi pelaksanaan. “Perbincangan sedang berlangsung dan mungkin kita akan membuat beberapa keputusan secepat mungkin,” katanya dalam sidang akhbar pada Rabu.

Beliau berkata, sistem penjagaan kesihatan kini berada di tahap genting dan berhadapan dengan penambahan jumlah pesakit yang tinggi. “(Ini) kerana kes meningkat setiap hari. Kami mungkin tidak dapat menampung pesakit di kemudahan kami.

“Kami melihat bagaimana kami dapat meningkatkan sistem penjagaan kesihatan kita. Tetapi yang terbaik adalah bukan hanya meningkatkan sistem penjagaan kesihatan kita tetapi untuk mengurangkan beban,” katanya.

Selain itu, Noor Hisham menjelaskan strategi baharu itu melibatkan peraturan berbeza untuk setiap negeri.

“Kami sedang melihat keadaan di negeri hijau dan kuning untuk melihat bagaimana kami dapat melindungi mereka dan mengawal kes daripada meningkat. Ini sangat penting.

“Bagi negeri zon merah, tindakan lebih drastik akan diambil. Kita mungkin melaksanakan tindakan yang lebih disasarkan di negeri-negeri tersebut dengan melihat kluster-kluster di negeri itu.

“Kami juga akan memperketat kawalan sempadan dengan mel.arang orang melakukan perjalanan merentas negeri dan daerah berdasarkan perkembangan (kes) terbaharu,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: sinar harian via rentasasia