Tular isu kartel daging di kalangan rakyat. PPIM mula bongkar tentang isu ini dan harap semua maklum dengan maklumat yang disampaikan

Berita

Baru baru ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mendakwa mereka dihubungi syarikat-syarikat rangkaian kartel daging untuk ‘berbincang’ mengenai isu berkenan.Pengerusi PPIM Nadzim Johan bagaimanapun berkata pihaknya tidak berminat untuk melayan cadangan tersebut.

“PPIM ada maklumat, kartel menghubungi kami tapi saya malas nak layan,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.Hadir sama aktivis PPIM Sheikh Abdul Karim Said Khadaied.Ketika diminta mengulas lanjut apakah kartel daging itu mengajak berunding, Nadzim berkata dia tidak melayani permintaan mereka untuk berjumpa kerana tidak mahu terbabit dalam isu itu.

Isu kartel daging import mula mendapat perhatian ramai selepas media melaporkan kegiatan menyeludp daging sejuk beku dari luar negara sebelum membungkus semula daging berkenaan dengan menggunakan logo halal dan menjualnya di pasaran seluruh Malaysia.

Perkara itu dibongkar oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) yang mengenal pasti tiga jenama popular produk daging sejuk beku keluaran Australia yang diproses di sebuah kilang sejuk beku.

Nadzim turut mendedahkan ada pihak sengaja memainkan isu bahawa Malaysia tidak sesuai menjadi hab penternakan lembu.Menurut Nadzim, berdasarkan semakan, dakwaan itu datang daripada rangkaian kartel yang turut terbabit dalam isu yang dibangkitkan kebelakangan ini.

Selain itu, Nadzim juga mendedahkan maklumat diterima pihaknya mengenai kewujudan daging kanggaru menggunakan status halal sejak 1981 lagi.Katanya, perkara berbangkit mengenai halal perlu diselesaikan pihak berwajib kerana ia membabitkan imej negara sebagai peneraju pensijilan halal.

“Saya dihubungi menerusi nota dari rakan luar negara bertanyakan isu ini. Imej kita terjejas. Kita semua perlu melakukan sesuatu bagi mengatasi perkara ini,” katanya.Menurut Nadzim lagi berdasarkan maklumat yang diterima PPIM sehingga kini kegiatan mengimport ekor kanggaru masih ada. – 31 Disember 2020 (@Malaysiakini)Isu kartel daging sejuk beku nampaknya terus menggoncang negara selepas pendedahan akhbar Sinar Harian sejak November lalu.

Kartel daging c4lar imej Malaysia hub halal dunia

Isu kartel daging sejuk beku nampaknya terus menggoncang negara selepas pendedahan akhbar Sinar Harian sejak November lalu.Satu demi satu pembongkaran akhbar ini kini telah berjaya merungkai betapa besarnya perniagaan kartel daging itu yang telah berleluasa dan berakar umbi di Malaysia.

Ternyata angkara perbuatan penguat kuasa korup yang bersekongkol dengan dalang kartel, ia telah mencalarkan nama Malaysia sebagai hub halal di mata dunia.Walaupun pahit untuk ditelan, kita terpaksa menerima hakikat bahawa isu kartel daging sejuk beku ini membuktikan betapa lemahnya kawalan kita terhadap bekalan makanan halal di Malaysia.

Lantas, ia membawa kita kepada banyak persoalan lain mengenai bekalan makanan halal di negara ini. Adakah kita boleh mempercayai status halal makanan-makanan lain terutamanya yang diimport dari luar negara?Dan sejauh mana kita boleh mempercayai juga penguat kuasa dan agensi yang selama ini mengawal pintu masuk negara dalam proses import eksport makanan?

Yang pasti, kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh berdiam dan berpeluk tubuh lagi. Walaupun ada beberapa agensi yang mungkin bersikap tuding jari untuk mengelakkan kesalahan diletakkan ke atas bahu mereka, hakikatnya ini bukanlah masanya berbuat demikian.Ini adalah masa untuk semua pegawai kerajaan bangun dan berjuang habis-habisan.

Hal ini kerana, kartel daging merupakan masalah yang kini menghantui jutaan umat Islam Malaysia yang selama ini meletakkan kepercayaan kepada kerajaan dan agensi-agensinya.Apatah lagi daripada tinjauan wartawan akhbar ini di seluruh negara, rata-rata kebanyakan peniaga kedai makan, memang menggunakan daging import atas faktor harga yang jauh lebih murah.

Maka, rakyat kini menanti dengan penuh harapan, pertamanya untuk melihat dalang kartel daging dikemukakan ke mahkamah dan keduanya, janji kerajaan untuk memastikan bekalan makanan halal di Malaysia tidak lagi diragui.

Kartel daging: Apa yang kita tahu setakat ini

Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan isu penyeludupan daging yang menyalahgunakan logo halal adalah langkah terbaik bagi menyiasat isu tersebut. – Gambar hiasanPADA 2 Disember lalu, Sinar Harian membongkar modus operandi kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia dalam serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai.

Berikut apa yang kita tahu tentang kartel daging import:Kartel daging import terbongkarKegiatan itu dipercayai dijalankan sejak beberapa tahun lalu dengan menjadikan gudang tersebut sebagai lokasi untuk membuat label dan cap palsu yang akan ditampal pada kotak daging yang telah dibungkus semula sebelum dijual di pasaran tempatan sebagai daging halal.Sejumlah 1,500 tan daging sejuk beku bernilai RM30 juta telah disita dalam operasi yang diketuai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu.

Jakim jelaskan hanya benar import daging rumah smbelih diluluskan veterinarBerikutan pendedahan Sinar Harian itu, pada 5 Disember, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Abdul Aziz Jusoh memaklumkan pengimportan daging dan produk daging hanya dibenarkan daripada rumah smbelih atau loji pemprosesan yang diluluskan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jakim sahaja.Mengulas isu tersebut, Abdul Aziz berkata daging dan produk daging yang diimport juga perlu pengesahan halal dari badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jakim.

Menteri sahkan tiada daging bbiAkibat pendedahan itu, ramai yang meragui status halal daging itu dan timbul dakwaan bahawa terdapat daging bbi yang dijual sebagai daging halal.KPDNHEP memaklumkan pihak berkuasa tidak menemui sebarang daging bbi di lokasi kejadian berkaitan kes kartel daging import haram di Johor, baru-baru ini.Bagaimanapun, Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pegawai penyiasat dalam proses mengumpul bukti-bukti, mengambil keterangan dan rakaman percakapan saksi-saksi berkaitan kes berkenaan.Jelas beliau, siasatan dilakukan di bawah Perenggan 8, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Gantung AP jika bersekongkol dengan kartel daging import haram palsu label halalPemegang Permit Import (AP) yang terbukti bersekongkol dengan kartel daging import haram akan dikenakan tindakan tegas termasuk digantung lesen, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee.Buat masa ini, katanya siasatan berhubung kartel daging import haram itu termasuk sekiranya terdapat pemegang AP dan penjawat awam terlibat sedang dijalankan oleh pihak berwajib.SPRM buka kertas siasatanBerikutan pendedahan tentang kartel daging import, Suruhanjaya Pencegahan Rsuah Malaysia (SPRM) Johor telah membuka satu kertas siasatan berhubung isu penyeludupan daging import atau kartel daging import.

Menurut sumber SPRM, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 16 dan Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rsuah Malaysia 2009.Jakim jadi sasaran kemarahanSelepas pendedahan Sinar Harian, semakin banyak media yang mendedahkan tentang kartel daging import hingga terdapat laporan daging daging kuda dan kanggaru diimport.Malah terdapat laporan yang mengatakan sindiket ini telah beroperasi sejak 40 tahun lalu.

Pendedahan ini menyebabkan pengguna kecewa dan marah dengan pihak berkuasa yang menyebabkan kartel daging import ini terus beroperasi sehingga ia didedahkan.Jakim didakwa gagal menangani isu kartel daging tidak halal hingga ada yang mencadangkan agar jabatan itu perlu dirombak secara besar-besaran dengan melantik mereka yang kompeten, berkebolehan dan berintegriti.Dewan Negara bahas usul isu daging haram

Pada 29 Disember, Dewan Negara membenarkan usul berkenaan isu kartel daging haram untuk dibahaskan.Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim berkata perkara itu akan dibahaskan mengikut Peraturan 17(1) dengan pihak pencadang dibenarkan untuk membahas tidak melebihi 30 minit dan pihak kerajaan untuk menjawab dalam tempoh yang sama.Tiada daging kanggaru, kuda dan bbi ditemuiKPDNHEP mengesahkan bahawa tiada daging kuda, kanggaru atau bbi ditemui susulan rampasan di sebuah gudang di Senai pada awal bulan ini.

Ketika menggulung perbahasan usul berkait isu kartel daging haram di Dewan Negara pada Selasa, Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid memaklumkan perkara itu diperoleh hasil laporan pensampelan yang dilakukan oleh Jabatan Kimia.Penubuhan RCI berkaitan isu penyeludupan dagingPenubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan isu penyeludupan daging yang menyalahgunakan logo halal adalah langkah terbaik bagi menyiasat isu tersebut.Dalam satu kenyataan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata usaha dan hasrat yang murni ini telah dipersetujui dengan pihak terlibat dan dilihat penting demi kemaslahatan umat Islam di Malaysia.

Senarai pengimport dikeluarkan awal JanuariMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan senarai pengimport daging yang diberikan lesen untuk memasarkan daging halal di negara ini akan dikeluarkan dalam tempoh seminggu.Beliau, berkata bagaimanapun pihaknya mungkin terpaksa mengambil lebih masa kerana perbincangan lanjut bersama pihak lain masih dijalankan.

Kartel daging: Jakim perlu diberikan lebih kuasa

Daging kambing sejuk beku import dari New Zealand yang mempunyai logo halal dan kod bar ketika lawatan kerja Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di sebuah gudang pembekal dan pengeluar makanan sejuk beku di Segambut, Kuala Lumpur pada Isnin.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu diberi lebih kuasa terutama membabitkan soal kemasukan daging halal ke negara ini.Ini berikutan Jakim tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan isu penyeludupan daging yang hangat diperkatakan disebabkan ia dikatakan di luar kuasa jabatan tersebut.

Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, sekiranya hanya Jakim bertanggungjawab dalam semua isu halal, ia lebih mudah dan fokus pada satu jabatan sahaja.“Berdasarkan penerangan dan penjelasan Jakim berkaitan carta aliran berkaitan daging import ini sehingga ia berjaya masuk ke negara ini, maknanya memang ada kelemahan.

“Prosedur dan prosesnya banyak lompong dan mudah disalahgunakan.“Selain itu, tiada mekanisme semak dan imbang untuk jejaki salah guna kuasa. Jika semak dan imbang tiada, bagaimana mahu jejak salah guna kuasa dan rsuah.“Isu bersekongkol juga menjadi punca kegagalan untuk menjejak kes rsuah. Jadi, kena rombak semua prosedur dan proses,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Isnin.

Daging kambing sejuk beku import dari New Zeland yang mempunyai logo halal dan kod bar ketika lawatan kerja Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di sebuah gudang pembekal dan pengeluar makanan sejuk beku Lucky Frozen Sdn Bhd mengenai isu kartel daging di Segambut, Kuala Lumpur pada Isnin.

Beliau berkata, sekiranya semua agensi terlibat dalam proses mengimport daging beku halal perlu dikekalkan, maka perlu ada semak dan imbang.“Maka Jakim boleh menjadi agensi semak imbang tersebut. Namun Jakim juga perlu sentiasa menilai semula proses mereka supaya tidak ada ruang salah guna kuasa.

“Pemantauan penting kepada semua proses dan penjawat awam dalam agensi-agensi berkaitan. Kita tahu sekukuh mana pun proses dan prosedur, jika tiada semak dan imbang serta integriti diri, maka rsuah akan berlaku,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gudang kartel proses daging bbi

Jakim akan keluarkan senarai pengimport daging berlesen.Kartel daging: Ada pihak ciplak sijil halal Jakim.Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pengamal Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Malaysia, Noorazmir Zakaria berkata, Jakim sebenarnya punyai had kuasa yang amat terhad.

“Isu ini boleh ditangani dengan memperkenalkan Akta Halal.“Sebenarnya sudah lama kita desak kerajaan supaya percepatkan pembentangan Akta Halal. Khabarnya draf Rang Undang-Undang (RUU) Akta Halal ini sudah ada, tetapi kerajaan tidak berikan keutamaan.

“Melalui Akta Halal, pegawai Jakim yang berkaitan boleh diluaskan kuasanya dan peruntukan kewangan juga dapat diberikan untuk menambah pegawai khususnya pegawai penguat kuasa bagi memantau dengan lebih meluas produk daging yang diimport dari negara luar,” katanya.

Beliau berkata, memandangkan hal ehwal agama Islam tertakluk kepada negeri, maka kerajaan perlu turun dan memujuk negeri-negeri untuk bersama-sama merealisasikan Akta Halal.Dalam pada itu, peguam M Hafiz Zainol Abidin berkata, berhubung isu kartel daging seperti yang didedahkan sebelum ini, Jakim tidak boleh dipeesalahkan kerana bidang kuasa mereka terhad.

“Kemungkinan penyelewengan ini berlaku di peringkat di mana daging dari luar negara diterima masuk ke Malaysia.“Apabila sampai ke Malaysia, agensi yang bertanggungjawab melaporkan kepada Jakim tak boleh lakukan apa-apa kerana dokumen dan perakuan yang ditunjukkan kepada mereka adalah asli,” katanya.
Artikel Penuh :

Kartel daging import: Dedahkan syarikat terlibat 

SEREMBAN: Pihak berkuasa digesa mendedahkan syarikat-syarikat yang terlibat dalam kegiatan kartel daging import yang kini dilihat telah menggangu fikiran khususnya umat Islam di negara ini.Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Zaidy Abdul Kadir berkata, pendedahan itu penting supaya rakyat dapat berhati-hati dalam membuat pilihan ketika membeli daging sekali gus dapat mengelak daripada membeli produk-produk yang dikhuatiri status halalnya.

“Pihak berkuasa juga perlu dengan serta merta menarik semula semua produk-produk terlibat yang kini telah terlepas di pasaran. Disebabkan ia melibatkan darah daging, menjadi tanggungjawab kerajaan dan pihak berkuasa untuk memastikan setiap makanan benar-benar halal dan bersih.

 “Tindakan segera ini adalah amat perlu dan amat mendesak memandangkan ini juga melibatkan imej negara sebagai sebuah negara Islam yang sentiasa dihormati kerana sistem pentadbiran Islam yang efisien termasuk dengan status persijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang cukup diyakini di serata dunia Islam lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau berpandangan, kerajaan juga perlu mempertingkatkan penguatkuasaan supaya perkara sama tidak berulang dan sekiranya perlu anggota pengutakuasaan ditambah, ia perlu dilakukan.“Penguatkuasaan juga perlu lebih tegas dan telus, jangan dilindungi sesiapa pun yang menjadi dalang kepada sindiket kartel daging ini biarpun individu itu seorang kenamaan mahupun rakyat biasa. Mereka ini perlu dikenakan tindakan undang-undang yang setimpal kerana ini merupakan satu pengkhianatan kepada negara.

“Ambillah tindakan segera kepada isu kartel ini, pandanglah ia sebagai isu yang berat dan memerlukan satu pemerhatian serta tindakan segera. Sama-samalah kita pastikan supaya makanan halal di negara ini terus diyakini dan mendapat pengiktirafan dunia,” katanya. -UTUSAN ONLINE