Tular kanak kanak lukis doodle kat kereta keluarganya. Warganet terpukau dengan bakat yang dimiliki kanak cilik ini

Viral

Setiap orang ada bakat terpendam. Ada yang pandai bermain alat muzik, ada yang pandai menukang dan ada juga mahir melukis.Ada satu posting di Facebook yang viral dimana seorang kanak-kanak melukis doodle pada kereta keluarganya. Doodle yang dilukisnya sangat cantik sehinggakan ramai warganet terpukau dengan bakatnya. Korang boleh tengok posting Ahmad Farid Ashraf kat bawah ni.

Kreatif betul!Serius admin terpukau tengok bakat adik ni. Doodle yang sangat cantik dan kemas. Boleh buat bisnes ni dik. Mesti ramai orang nak.Memang mahal sebab dia lukis guna tangan. Bukan dah siap guna stencil atau sticker. Terbaik lah dik!Admin kadang jealous tengok orang ada bakat melukis macam ni. Adik ni memang gifted dengan bakat lukis doodle. Teruskan usaha dik.

Ni dah besar boleh kot mula melukis kat meja sendiri dulu. Kalau nak lukis kat kereta, minta kebenaran dulu ye.Takpe, masih belum terlambat untuk asah bakat. At least jadi bentuk binatang walaupun binatang lain. Admin kalau lukis anjing entah bentuk apa lah jadinya.

Baru Sahaja Berusia 25 Tahun Sudah Jadi Isteri Ke 5 Paling Muda. Wanita Ini Kongsikan Kisah Dirinya Dan Madu Madunya Yang Lain

Walaupun dibenarkan dalam agama, tidak semua wanita sudi untuk dimadukan atau menjadi madu dalam sesebuah perkahwinan. Namun jika sudah menjadi takdir untuk hidup berkongsi suami, siapalah manusia untuk menolak jodoh. Walaupun jarak umur masing-masing sangatlah jauh, ia bukan menjadi penghalang untuk mencapai kebahagiaan yang hakiki. Baru berusia 25 tahun, seorang gadis ini nampaknya gembira berkongsikan tentang kisah rumah tangganya secara terbuka.

Menerusi TikTok saudari Karina, dia mendedahkan telah menjadi ‘orang rumah’ kelima iaitu yang paling muda di antara madu-madu lain. Isteri pertama telah pergi buat selamanya menghadap Ilahi, yang keempat pula sudah melalui episod perpisahan manakala 3 orang daripadanya masih mempunyai ikatan sah. Meskipun dengan jarak umur 24 tahun, mereka tidak langsung kekok malah bahagia dalam membina rumah tangga.

Pastinya menjadi isteri yang kelima bukanlah satu hal mudah. Akan tetapi, Karina tidak mengganggapnya sebagai suatu masalah besar asalkan suami yang berusia 49 tahun itu berlaku adil dalam membahagikan masa sesama mereka. Malah dia begitu gembira kerana tidak disisihkan sebaliknya sering diajak keluar bersama selain diberikan perhatian yang sama banyak.

Gadis Ini Sebak Lihat Lelaki Uruskan Ibunya Yang Sakit Dan Sempat Merakam Video Sehinggakan Ia Tular Di TikTok. Ini Rupanya Cerita Di Sebalik Rakaman Video Tersebut Dibuat

Rakaman video oleh Umi tular di aplikasi TikTok.RAKAMAN memaparkan seorang lelaki sedang menguruskan ibunya yang sakit ternyata mengundang air mata warganet .Dalam rakaman tular yang meraih hampir 100,000 tontonan itu, lelaki berkenaan sedang menyuap makanan kepada ibunya yang sedang terlantar di katil sebuah hospital di Terengganu.

Menurut pemilik video, Umi Qazrina, 24, dia tidak mengenali lelaki itu dan hanya membuat rakaman dari jauh sewaktu berada dalam wad sama untuk menjaga ibunya, Mehrunisah, 58, yang baru sahaja menjalani operasi kaki.

“Mak saya masuk wad. Sewaktu berada dalam wad, saya tertarik melihatnya sebab dia tolong buatkan air untuk mak dia dan suapkan makanan.”Lap rambut dengan air dan sebagainya. Saya rasa teruja sebab dia anak lelaki tapi dia boleh layan mak dia macam tu.”Sebab tu saya rakam dan kongsi di TikTok, tak sangka pula tular. Lagipun saya rakam senyap-senyap,” ujarnya kepada mStar.

Rakaman ini sudah menerima hampir 100,000 tontonan di TikTok.Mesra disapa Umi, gadis dari Pengadang Baru, Kuala Terengganu itu mengakui turut sebak melihat sifat penyanyang lelaki berkenaan yang disifatkan cukup bertanggungjawab terhadap ibunya.

Jika berkesempatan, dia juga mahu bertemu lelaki itu dan menceritakan mengenai video yang telah dirakamnya itu.”Rasa sebak dan terharu sebab dia lelaki, jaga mak dia. Jarang sangat anak lelaki jaga mak dia macam apa yang saya nampak ni.

“InsyaAllah saya nak slow talk dengan tuan yang saya rakam. sebab video dia dah tular.”Masa tengok dia, saya cakap dalam hati. Untung siapa dapat dia. Mak sakit pun dia layan macam tu apatah lagi isteri kan?”Tak semua lelaki dapat buat macam dia buat. Macam saya ni jaga mak sakit juga, tapi saya perempuan rasa normal lah bila kita layan mak kita macam dia layan mak dia tu.

“Sebab dia lelaki, nampak wow, hebat… untung mak dia,” kata Umi lagi.Dalam pada itu, Umi mengakui keadaan kesihatan ibunya juga beransur pulih.Ibunya yang juga penghidap diabetis baru sahaja menjalani operasi untuk merapatkan tulang sendi pada kaki dan dimasukkan ke hospital itu pada 18 November lalu.

Di kesempatan sama, Umi memohon orang ramai agar turut sama mendoakan kesembuhan ibunya serta ibu lelaki tersebut.Malah, dia juga sempat menitipkan pesan kepada semua individu agar mencontohi sikap yang dipamerkan lelaki dalam video itu.”Nasihat saya kepada anak-anak diluar sana, hargailah ibu bapa sementara mereka masih ada di dunia ini.

“Jangan sakiti hati mereka dengan perbuatan kita. Moga kisah lelaki itu mampu menjadi inspirasi kepada anak-anak muda semua,” ujarnya mengakhiri bicara.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Tidak Pernah Lupa Akan Satu Wasiat Besar Yang Disampaikan Oleh Bapanya. Gadis Ini Dedahkan Sesuatu Tentang Perkongsian Videony Yang Tular Di TikTok

Syasya (tudung merah jambu) membuat perkongsian video mengenai meja baharu yang dibeli untuk adiknya.PEMERGIAN bapa tercinta yang maut dalam kejadian kejadian yang tidak diingini 11 tahun lalu ternyata memberi impak cukup besar buat gadis ini.

Menurut Nurulayu Natasha, 19, dia juga sama sekali tidak pernah lupa akan satu ‘wasiat’ besar yang disampaikan oleh bapanya, Mohd Azahari Khan Mohd Sidik pada hari dia pergi buat selamanya. “Abah bekerja sebagai pemandu lori penghantaran. Lori abah dilnggar sehingga dia tercmpak keluar dari cermin depan dan terhntak di tiang lampu.

“Saya masih ingat pada pagi kejadian, saya merajuk dengan abah. Tapi saya lupa apa punca merajuk.”Abah pesan supaya jaga dua orang adik. Petang tu dapat call kata abah dah tiada. Saya baru bangun tidur, rasa macam tak percaya. Saya fikir ia satu guruan,” ujarnya kepada mStar.

Imbas gadis itu lagi, dia yang agak ralat kerana enggan bersalaman dengan bapanya pada pagi kejadian nekad menjaga amanah yang disampaikan kepadanya.Syasya (kiri) bersama adiknya, Nurulana Nabila (kanan).Malah, pemergian bapanya turut menyebabkan timbulnya minat dalam bidang perniagaan dengan azam untuk membantu keluarga.

“Ada rasa menyesal masa tu, sebak. Pagi tu kali terakhir dapat tatap muka dia. Walaupun masa tu saya sekolah rendah lagi, saya berazam nak buat sesuatu.”Nak bekerja keras, beri kebahagiaan kepada adik. Saya yang kena buat sebab abah dah tiada.

SYASYA

“Dari zaman sekolah saya berniaga. Jual pemadam, tabung, baju, kasut, makanan dan macam-macam lagi.”Tahun ni saya mula jual produk kecantikan dan Alhamdulillah ia memberi rezeki buat saya untuk bahagiakan adik-adik,” ujarnya.Terbaharu, tular video memaparkan Syasya membuat kejutan membelikan sebuah meja buat adik perempuannya.

Menurut Syasya, dia simpati melihat adiknya, Nurulana Nabila yang mengulang kaji pelajaran di atas lantai kerana meja lama sudah patah. “Saya tengok adik study atas lantai. Dia kata meja patah. Meja tu sebenarnya meja saya, sekarang diturunkan kepada dia.

“Saya buat bisnes pun untuk bantu keluarga, jadi dengan rezeki yang ada, saya belikan meja baharu untuk dia.”Masa mula-mula bawa pulang, saya minta dia angkat dari kereta ke dalam rumah.”Dia macam malas nak angkat, dia fikir itu barang perniagaan saya. Lepas pusing baru tahu ia meja baharu. Dia pun sangat gembira,” kata penuntut bidang Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah, Melaka itu.

Paparan skrin video yang dikongsi.Menurut Syasya, dia dan adiknya yang berusia 16 tahun menetap bersama nenek mereka di Melaka.Seorang lagi adiknya menetap di Johor bersama ibunya yang bertugas di sana.Selain itu, Syasya turut mempunyai seorang abang dan kakak, hasil perkahwinan terdahulu ibunya.

Dalam pada itu, video kejutan meja baharu oleh Syasya untuk adiknya sehingga kini menerima lebih 80,000 tontonan menerusi aplikasi TikTok.Malah, ia turut dihujani pelbagai komen yang memberikan kata-kata semangat agar dia terus cekal berniaga demi membantu keluarga.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar

Guru Ini Sedih Tiada Seorang Pun Calon SPM Hadir Ke Kelas Online. Mengagumkan Sekali Anak Kepada Guru Ini Sanggup Tularkan Situasi Ayahnya Dan Ini Tindakan Yang Diamil Oleh Warganet

Penutupan sekolah susulan Cov1d-19 yang melanda negara, memerlukan para guru dan pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian di rumah.Namun, salah satu masalah yang dihadapi oleh para guru ialah apabila pelajar mengambil mudah dan tidak mengikuti kelas yang diadakan.

Dianggap umpama ‘cuti sekolah’, sebilangan pelajar tidak peduli akan tanggungjawab mereka sebagai pelajar seperti kisah yang dikongsikan di Twitter oleh individu yang dikenali sebagai Nuha.Dia tampil menceritakan pengalaman bapanya yang menunggu pelajar untuk masuk ke dalam kelas online tetapi hampa apabila tiada seorang pelajar pun yang hadir dan memberikan kerjasama.Lebih menyedihkan, mereka menutup telefon ketika bapanya cuba menelefon pelajar itu seorang demi seorang untuk meminta mereka hadir ke kelas.

Malah, menurut Nuha, ada pelajar yang memberikan alasan mereka berkerja, sedangkan pelajar tersebut akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Februari depan.Dia yang tidak sampai hati melihat bapanya diperlakukan sedemikian, kemudian bertindak mendaftar masuk ke kelas tersebut untuk menghiburkan hati bapanya yang sedih.

Menurut Nuha, pada awal, bapanya begitu teruja meminta mereka mengajarnya membuat kelas secara online menggunakan aplikasi zoom dan google meet.Sudah tentu bapanya merasa sebak, apabila pelajar tidak hadir dan menghargai jasa guru yang bersungguh-sungguh dalam menyampaikan ilmu.

Setelah posting tersebut tul4r, terdapat beberapa akaun daripada warganet yang mendaftar masuk ke kelas bapanya sebagai usaha memberikan semangat dan menggembirakan hati guru tersebut.Bapanya yang dikenali sebagai Mustakim, turut berterima kasih kepada semua warganet di Twitter yang memberikan semangat kepada beliau.

Cikgu Mustakim turut meminta supaya semua warganet mendoakan pelajar-pelajar tersebut untuk hadir ke kelas dan berjaya di dalam SPM kelak.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Bakal Pengantin Perempuan Minta Kongsi Bajet Pelamin Jurufoto.. Padahal Duit Hantaran Dah Diberi RM 13000. Bakal Suami Ungkit Mana Perginya Duit Hantaran.

Seorang lelaki yang bakal mendirikan rumah tangga buntu dengan sikap tunangnya yang seolah-olah ‘demand’ melebihi kemampuannya. . Perbelanjaanuntuk sesebuah majlis perkahwinan tentunya memerlukan belanja yang bukan sedikit. Tambahan pula dengan trend terkini di mana kebanyakan pasangan lebih gemar menggunakan khidmat jurufoto atau juruvideo, katering atau perancang perkahwinan demi menjadikan hari bahagia mereka penuh bermakna. Namun bak kata pepatah, ujur baju di badan sendiri atau dengan kata mudahnya, berbelanjalah mengikut kemampuan masing-masing. Bagi pasangan yang memahami mungkin tidak menjadi masalah, namun tidak bagi lelaki ini apabila bakal isterinya boleh dikatakan agak ‘demand’ sehingga membuatkannya ‘pening kepala’.

“Sebenarnya tahun depan aku nak kahwin tapi aku nak buat simple je, jadi aku nak tanya perlu ke tak aku keluarkan duit untuk pelamin (RM3,500 tapi tunang minta share seorang RM1,500). Duit photographer dengan duit kad kahwin pun aku kena bayar separuh juga sedangkan aku dah bagi duit hantaran RM13,000. Lagi satu, majlis cuma buat belah perempuan je. Bukan nak cakap aku berkira tapi aku pun ada hak juga untuk bantah. Sebelum ini pun dia ada minta share buat bilik kat rumah mak ayah dia, seorang RM2,500. Aku setuju je lah sebab aku fikir nanti senang kalau balik rumah dia ada bilik nak tidur. Jadi boleh tak bagi aku pendapat?” demikian pertanyaan lelaki berkenaan. Pertanyaan itu dihantar kepada sebuah akaun Twitter, TwtWedding untuk meminta pendapat pengendali akaun berkenaan dan juga warganet.

“Kalau Lean, semua kelengkapan untuk majlis belah perempuan, biar perempuan yang tanggung, sepatutnya. Tapi jika lelaki nak support sikit, takde masalah tapi jangan sampai bebankan dia. Kalau belah lelaki takde buat majlis. Boleh je nak kongsi, tapi kena sama-sama kira bajet yang available. Lean cakap sekali lagi, jangan sampai membebankan kedua belah pihak. Lepas kahwin nanti lagi banyak nak pakai duit,” demikian pendapat pengendali akaun berkenaan.

Kalau perempuan tu dah berkerja, seeloknya mudahkan urusan lelaki. Yang lelaki tu dah bagi hantaran tinggi, janganlah sampai tambah extra beban dia.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata warganet turut memberikan pandangan yang senada dengan meminta pasangan berkenaan berbelanja mengikut kemampuan. “Kalau perempuan tu dah berkerja, seeloknya mudahkan urusan lelaki. Yang lelaki tu dah bagi hantaran tinggi, janganlah sampai tambah extra beban dia. Perempuan ni janganlah selalu rasa diri tu betul sampai menyusahkan orang lain,” komen seorang warganet.

Antara komen warganet yang menyuarakan pandangan berdasarkan situasi yang dialami lelaki berkenaan.

“Duit hantaran itulah kau nak buat majlis nikah, bukannya pengantin laki dah bagi duit hantaran lepas tu majlis nikah sanding semua duit laki juga kena keluarkan. Takutlah tengok orang zaman sekarang nak kahwin semua benda nampak tak cukup,” komen warganet lain pula. RM13,000 tu banyak kot. Aku dulu RM10,000 je my parent minta. RM6,000 duit sendiri untuk persiapan majlis, RM4,000 lagi buat sewa rumah and beli kelengkapan rumah. Waktu musim Covid ni boleh jimat tau, jangan expect nak buat mahal-mahal,” komen warganet lain pula.