Tular kejadian yang terjadi kat Princemeed selepas dia buang kotak tersebut. Seorang lelaki ini pula muncul dedah dybbuk box sebenarnya tak pernah wujud

Viral

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kotak Dybbuk menjadi sangat popular dan tular di Youtube yang mendakwa ia berhantu.Terdapat kemungkinan bahawa kotak Dybbuk ini adalah p4lsu, sama seperti saluran paran0rmal Youtube yang memuat naiknya.Dalam tempoh 5 bulan sahaja, beratus-ratus video telah muncul dengan menyatakan bahawa mereka mempunyai kotak “s3etan berh4ntu” yang sebenar, dari saluran Youtube popular seperti Omargoshtv dan Proving Demons.

Beli Dybbuk Box Di eBay Dapat ‘Pakej Hantu’, Princemeed diganggu.YouTuber yang terkenal dengan video-video belian barangan aneh dan pelik di internet dengan akaun YouTube bernama ‘PrinceMeed LIVE!’ dikatakan diganggu entiti mi-stik berasal dari kotak berhantu yang dibelinya.

Kotak berh4ntu, Dybbuk Box yang dibelinya di eBay pada tahun 2019 berisi dengan benda pelik seperti telur berwarna hitam yang didalamnya terdapat rambut dan kotak kecil yang usang.Menurut Princemeed, sejak dia membeli kotak misteri tersebut pada bulan September 2019, dia mula diganggu dan beberapa ahli keluarganya ja4tuh s4kit secara tiba-tiba.

Dalam videonya, dia menceritakan pengalamannya dig4nggu seperti bunyi-bunyi yang aneh dan patung-patungnya yang disusun di atas almari jatuh secara tiba-tiba.Ekoran kejadian tersebut, Princemeed bertindak membuang kotak berh4ntu berkenaan di sebuah kawasan hutan di Karak untuk mengelakkan dirinya dari dig4nggu oleh entiti mis-teri itu lagi.

Namun, setelah setahun berlalu, Princemeed masih lagi diganggu dengan entiti mistik tersebut walaupun kotak itu telah dibuang.Dia yang tidak tahan diganggu mula mencari bantuan daripada beberapa ustaz untuk mengusir entiti tersebut.

Pada 13 Disember 2020, Princemeed memuat naik video dia meminta pertolongan daripada seorang ustaz, Ustaz Shafie, bagi mengesan keberadaan entiti mistik di rumahnya.Menerusi klip video berkenaan, setelah Ustaz Shafie memandang ke arah satu sudut rumah tersebut, dia memberi reaksi muka dan menitiskan air mata seolah-olah dia mengesan ada sesuatu yang tidak kena di dalam rumah itu.

Sangat misteri!

Menurut Princemeed, Ustaz Shafie menitiskan air mata ketika melihat sudut berkenaan. Sumber : Youtube Princemeed
Terbaru, seorang ustaz dari Pusat Rawatan Al-Idrus, Ustaz Shafiq, berkunjung ke rumah Princemeed bagi menjalankan prosedur mengusir entiti yang menghantui hidup Princemeed secara perubatan islam.

Dalam video rakaman di Facebook Pusat Rawatan Al-Idrus, Ustaz Shafiq meminta bantuan salah seorang anak muridnya, Abu, sebagai perantara untuk berhubung dengan jin yang mengganggu Princemeed.Ustaz Shafiq menyatakan memang benar bahawa entiti daripada kotak berhantu, Dybbuk Box, yang mengganggu Princemeed!Setelah beberapa jam berlalu, berakhirlah episod perubatan secara Islam tersebut dan rumah Princemeed di’cuci’ bagi mengelakkan perkara itu berulang.

Satu Malaysia Kena Tipu : Dybbuk Box Sebenarnya Tak Pernah Wujud

Kecoh baru-baru ini apabila seorang YouTuber Malaysia mendakwa telah dig4nggu entiti setelah membuka Dybbuk Box yang dibeli olehnya menerusi laman jual beli dalam talian eBay. Video yang nampak meyakinkan itu dikuatkan lagi penampilan individu dan kanak-kanak yang menguatkan dakwaan g4ngguan yang dialami olehnya.

Berhubung dengan video tular tersebut, maka ramai warganet dan YouTuber Malaysia tidak mahu ketinggalan mengulas dan beradu pengetahuan dalam perkara ini. Masing-masing mengeluarkan cerita dan ‘kajian’ masing-masing bagi menyokong cerita Dybbuk Box ini.

Tambah melucukan, ada juga video yang mengatakan dengan penuh keyakinan, beberapa siri kejadian yang menimpa artis luar negara adalah berpu-nca daripada semangat Dibbuk daripada Dybbuk Box yang dibuka semasa merakam sebuah rakaman rancangan realiti televisyen. Satu analisis yang panjang lebar, tapi sayangnya seolah lebih t4kut h4ntu daripada tuhan.

Lain pula ceritanya apabila tular lagi sebuah hantaran dan beberapa siri ciapan di Twitter oleh individu yang mendakwa dirinya adalah pencipta asal Dybbuk Box. Dybbuk Box sebenarnya hanyalah sebuah kotak kayu yang digunakan untuk menyimpan w4in. Penciptanya, Kevin Mannis, seorang Y4hudi, mendakwa segala cerita dan latar belakang Dybbuk Box adalah 100% cerita rekaannya semata-mata.

Warganet Mula Persoal Kesahihan Youtuber Ini Diganggu Oleh Sesuatu. Akhirnya Ustaz Ini Tampil Dengan Kata Kata Yang Tak Disangka Oleh Orang Ramai

Seperti yang kita tahu,sebelum kita mulakan apa yang terjadi,hendaklah kita tahu bahawa memang wujud makhluk lain selain dari manusia yang diciptakan oleh Allah s.w.t. Makhluk tersebut memang wujud. Dan baru baru initular di media sosial dimana seorang Youtuber yang bernama PrinceMeed telah diganggu dengan satu entiti atau makhluk halus selepas diia membeli sebuah kotak bernama Dybuk Box.

Princemeed,seorang youtuber yang terkenak dengan membuat content video berkaitan dengan misteri dan konspirasi. KAta beliau.dia mula diganggu sejak membeli kotak Dybuk dari Ebay tahun lalu. KErana kerap diganggu dia telah membuang kotak tersebut di satu lokasi hutan di jalan Karak Lama

Selepas dia membuang kotak tersebut gangguan menjadi semakin teruk sehingga dia sendiri tidak berani untuk tidur di bilik dia sendiri.Gangguan seperti bunyi tapak kaki, troli bergerak dan macam macam lagi telah membuat dia menjadi sangat dalam ketakutan.

Pusat Rawatan Al Idrus telah datang untuk membantu Princemeed dalam membuang apa yang sedang menggangu dia sebelum ini.Pusat Rawatan Al Idrus telah membuat satu sesi ruqyah LIVE dan waktu sessi tersebut salah seorang ahli dari Pusat Rawatan Al Idrus telah dirsuk.

Menurut entiti yang merasuk, mereka marah kerana Princemeed telah buang kotak tersebut. Bukan satu entiti tetapi ada entiti lain.Ustaz dari Pusat Rawatan Al Idrus memberitahu Princemeed juga mempunyai saka. Selepas upacara ruqyah tersebut, Princemeed memberitahu bahawa dia dapat tidur dengan nyenyak.Video sesi tersebut kami letak di bawah artikel ye ..

ADAKAH APA YANG BERLAKU BETUL ATAU TIPU?Seorang ustaz yang agak terkenal dalam perawatan Islam telah tampil beri kenyataan tentang apa yang terjadi kepada Princemeed.Dia membuat kenyataan selepas ramai yang ‘tagged’ Ustaz Norazri Medzlan untuk komen apa yang terjadi kepada PrinceMeed.“Ramai yg tagged saya, tanya pasal benda ni; “kotak dybbuk.” baiklah saya komen sikit je. Pada saya, ini hanyalah kotak biasa yg dijual dalam ebay, cuma disertakan benda² pelik & dihias bagi seram sikit.

Sebenarnya dalam rawatan islam, tak ada kaedah seru jin masuk pada badan seseorang semata-mata hanya utk berdialog. Pasti ke jin, syitan, iblis lakntullah itu berkata benar? Pasti ke? Ini buang masa & menjrumus talbis.Stop. Sentiasalah berfikiran positif. Selagi dilayan selagi itu tiada kesudahan”Jadi apa pendapat anda? Betul betul ke Princemeed kena kacau? Apa pun layan dulu video di yt

Dikatakan Terima Gangguan Selepas Membeli Dan Melakukan Unboxing Sebuah Kotak Yang Dibeli Daripada Laman EBay. Terkini Ini Yang Berlaku Kat Youtuber PrinceMeed

Semenjak dua menjak ini, admin ternampak beberapa orang warganet kerap membincangkan tentang Youtuber terkenal Malaysia, PrinceMeed yang katanya mengalami masalah gangguan mistik dan kini sudah mendapatkan rawatan Islam. 

Bagi yang tak kenal siapa PrinceMeed ni, dia boleh dikatakan agak terkenal jugalah di laman Youtube kerana sering muncul dengan content berkisarkan misteri, unboxing kotak atau barang yang dibelinya daripada dark web dan bercakap mengenai teori konspirasi macam Illumnati dan Freemason.

Mula terima gangguan mistik lepas beli kotak ‘dybbuk’? Menurut Youtube channel PrinceMeed LIVE!, PrinceMeed mula menerima gangguan mistik selepas dia dikatakan membeli dan melakukan unboxing sebuah kotak sihir yang dibelinya daripada laman eBay tahun lalu.

Menerusi video pertama kejadian tersebut di Youtube PrinceMeed, dia menerangkan bagaimana dinding rumahnya berubah jadi kehijauan dalam semalaman selepas unboxing kotak berkenaan.“Aku ingat satu benda, aku ingat apa yang aku beli dekat eBay dulu. Aku ingat beli sesuatu lepastu aku punya apartment macam ada hal la lepas tu.

“Ada kesan dekat dinding dalam masa semalaman. Juga guys dalam masa semalaman itu aku tak tahu macamana dia berlaku tapi aku menangis sekejap dan aku sangat takut,” katanya.Kotak dybbuk yang disebutkan Youtuber tersebut ialah sebuah kotak penyimpanan ark dan berkaitan dengan sebuah dongeng bangsa Yhudi. Ia juga ada kaitan dengan sihir pemvjaan kaum tersebut.

Kotak dah dibuang tapi masih kena ganggu .Walau bagaimanapun, selepas membuat sesi unboxing dan menceritakan pengalamannya diganggu entiti, PrinceMeed telah membuang kotak tersebut di sebuah kawasan dekat Karak. Video tersebut pula dirakam pada tahun lepas.

Jadi rasa-rasanya dah selamat lah kot kan? Rupanya tidak! PrinceMeed kembali merakam video yang dia telah diganggu oleh beberapa entiti dan semuanya dimuat naik ke dalam akaun Youtubenya. BAnyak video yang boleh buat bulu roma korang merinding.

Admin ingatkan awal-awal kalau lemah semangat, please jangan tengok ye! Dapat bantuan rawatan Islam .Setelah setahun mengalami masalah gangguan ini, PrinceMeed akhinya mendapat bantuan rawatan secara Islam oleh sekumpulan pengamal perubatan yang disiarkan secara langsung di Facebook.

Perawat daripada Pusat Rawatan Al Idrus ini telah ke rumah Youtuber berkenaan untuk bersemuka dan membuang makhluk halus yang mengganggu hidup pesakit ini.Video yang ini pun admin nak kasi peringatan, kalau lemah semangat jangan tengok ye! 

Menurut Ustaz Shafiq yang merawat PrinceMeed, entiti yang mengganggu Youtuber berkenaan merupakan jin yang mengganggu manusia yang beriman dengan Allah. Tak sampai 5 minit bersiaran, murid ustaz tersebut dah mula jadi perantara kepada jin yang ganggu PrinceMeed selama ini.Dalam banyak-banyak jin sebelum ini, ini first time hilang mata hitam abu. Tinggal mata putih sahaja,” kata Ustaz Shafiq.

Tambah ustaz tu lagi, bila kita sudah terambil satu barang dan kita sudah ‘akad’ barang tersebut seperti keris atau barang lama, kita sudah menjadi tuannya. Cara untuk membuangnya ialah dengan tuan dan jin tersebut buat ikrar pemutus. Uish rumit ni! 

Walau bagaimanapun, dipendekkan cerita ustaz terbabit berjaya keluarkan semua jin dalam rumah PrinceMeed dan dia akui semua jin ini adalah jenis yang baru dan tak pernah dia berdepan lagi sebelum ini.Apa-apapun Ustaz Shafiq menasihatkan supaya apa yang berlaku kepada Youtuber ini dijadikan iktibar dan pengajaran kepada kita semua supaya jangan ambil barang lama atau sihir yang tak diketahui sejarah atau asal usulnya.Semoga kita semua tidak tergolon dalam golongan yang menyekutukan Allah. 

Tular Di Media Sosial Apabila Rumah Peninggalan Neneknya Ini Diganggu Makhluk Halus. Kini Pemilik Rumah Ini Tampil Menceritakan Kisah Yang Sebenar.

Memang tak dapat dinafikan, gangguan jin boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuklah di rumah. Kadangkala, kehadiran ‘mereka’ ini turut dirasai oleh penghuni rumah berkenaan. Terbaru, seorang pengguna Twitter ada berkongsi pengalaman seram yang dialami oleh mereka sekeluarga ketika menetap di sebuah rumah.

Kisah seram rumah peninggalan

Menerusi perkongsian daripada Azwnznl94, dia memberitahu apabila rumah yang pernah didiami pada suatu ketika dahulu ‘diganggu’ makhluk halus. Malah, rumah tersebut telah pun dijual oleh bapanya.Menurut individu ini, rumah tersebut merupakan peninggalan neneknya dan mereka sudah menetap di situ hampir 20 tahun. Namun kejadian seram kerap berlaku sehinggakan terdapat lebam dan kesan gigit pada kaki ibunya itu. Mereka kemudian mencari seorang bom0h untuk datang memeriksa keadaan rumah tersebut dan rupa-rupanya tanggapan mereka adalah betul. Rumah itu turut ‘dihuni’ oleh makhluk halus.

B0moh itu kemudian memulakan ‘r4watan’ dengan memec4hkan telur dan apa yang mengejvtkan telur itu telah pec4h dan seakan mengeluarkan cecair. Tidak terhenti di situ, kakak individu ini turut dirasuk sehingga tidak sedarkan diri sepanjang r4watan dilakukan. Oleh hal yang demikian, b0moh telah memagar rumah berkenaan.

Semasa rawatan di lakukan, makhluk halus itu memberitahu tujuan dia datang ke rumah itu kerana telah dihantar oleh seseorang untuk menghancurkan keluarga tersebut dan ingin melukakan seseorang sambil menuding jari ke arah ayah individu ini. Malah barang-barangan antik yang terdapat di dalam rumah itu turut dibuang.

Lebih mengejutkan apabila b0moh meminta mereka untuk menggali satu kawasan itu dan alangkah terkejvt apabila mendapati terdapat satu bungkusan berwarna kuning yang ditanam di bawah pokok rambutan. Paling tidak tahan adalah bau yang dikeluarkan dari bungkusan itu tersangatlah busuk. Akhirnya, mereka sekeluarga membuat keputusan untuk menjual rumah tersebut.Menjengah ke ruangan komen, ada seorang pengguna Twitter mendakwa rumah yang dijual itu telahpun dibeli oleh bapanya. Tambahnya lagi, mereka langsung tidak tahu mengenai ‘kisah’ di sebalik rumah terbabit.

Wanita Ini Tampil Berani Berpakaian Seperti Watak Dalam Sebuah Filem Seram. Rupanya Ini Cerita Di Sebalik Pemakaian Wanita Itu Di Dalam MRT Singapura

Di kala beberapa pihak dilihat sukar untuk mematuhi arahan wajib memakai topeng muka, kelibat watak seram dalam filem The Nun, Valak dikesan memakai topeng muka di dalam MRT Singapura. Gambar ini dikongsikan sendiri oleh seorang lelaki warganegara Singapura di Facebook Page COMPLAINT SINGAPORE. Gambar-gambar menarik ini mendapat sehingga 2,000 perkongsian dan hampir 400 komen daripada warganet.

Lelaki yang dikenali sebagai Ong itu pada mulanya sedang dalam perjalanan menuju ke Stesen Newton dengan menaiki MRT, apabila dia ternampak seorang wanita sedang berehat dan memejam mata di kerusi MRT.Namun, dia mula berasa pelik apabila melihat pakaian yang dipakai wanita tersebut seolah-olah menyerupai watak Valak dalam filem The Nun. Lebih melucukan, wanita tersebut siap pakai topeng muka!

Hasil penelitian warganet mendapati, wanita yang memakai kostum Valak itu mungkin sedang meraikan sambutan Halloween yang disambut pada 31 Oktober lalu. Mungkin terlalu penat menjadi hantu, wanita tersebut akhirnya mengambil keputusan untuk berehat di dalam MRT tanpa menghiraukan persepsi orang lain.“Hantu Halloween pun tidak mahu ambil risiko disaman $300”, ujar salah seorang warganet yang terhibur dengan gambar wanita tersebut.Sumber: Rayz Ong

Sanggup Buat Seorang Doktor Tempat Bayar 335000 Dolar Semata Untuk Lampu Ajaib. Namun Akhirnya Terbongkar Aktiviti Mereka Setelah Doktor Itu Buat Sesuatu Ini

Dilaporkan dua orang India dari negara bahagian Uttar Pradesh, India ditngkap minggu ini kerana didkwa mnipu seorang doktor tempatan untuk membayar $335,000 dolar kepada mereka hanya kerana tertarik dengan lampu ajaib yang didakwa ‘mampu mengabulkan segala permintaannya.’ Doktor dari daerah Khairnagar, di kota Meerut itu pertama kali bertemu dengan dua orang tersebut pada tahun 2018, ketika mengunjungi rumah pesakit untuk memberikan rawatan luka setelah operasi.

Suatu hari, ketika berada di rumah pesakit, doktor itu menemui  ‘tantrik’ yang digambarkan mempunyai kekuatan magisnya, dan kemudian berjanji untuk menjadikan doktor tersebut sebagai jutawan. Tantrik tersebut segera memperkenalkan doktor itu kepada pasangannya dan kedua mereka menawarkan untuk menjual Aladdin Ka Chirag (Lampu Aladdin) untuk memenuhi hajat dalam kehidupan sebenar dengan hanya 2.5 juta ($ 335,000). Doktor itu pun bersetuju.

Tert1pu kerana membeli lampu Aladdin, doktor tersebut mendkwa bahawa kedua-dua mereka itu sangat meyakinkan, kerana menggunakan minyak wangi untuk men1pu dia untuk berfikir bahawa jin (jin) keluar dari lampu.Dia kemudian menyedari bahawa jin ajaib itu sebenarnya seorang individu, tetapi pada masa itu dia telah membayar secara ansuran hampir semua wang yang telah mereka persetujui .

Setelah membuat berkali-kali pembayaran, doktor itu meminta untuk membawa pulang lampu Aladdin tersebut bersamanya, tetapi kedua lelaki itu terus memberitahunya bahawa itu adalah pntang larang, jika seseorang menyentuh lampu aladdin itu, maka akan menyebabkan perkara buruk terjadi kepadanya. Setelah permintaannya ditolak beberapa kali, doktor tersebut akhirnya menyedari dia dit1pu dan membuat laporan polis untuk menahan kedua-dua orang itu.

Individu serta seorang rakannya ditngkap polis, dan lampu “ajaib” itu dirmpas. Malangnya, polis tidak dapat ‘meyakinkan jin untuk keluar dari benda tersebut’. Mereka kini mencari seorang lagi individu, yang ternyata adalah isteri individu tersebut.