Tular tentang ada lelaki muat naik di twitter padam semua gambar Hannah Delisha lepas dia dah kahwin. Sekali tiba tiba selamba je tuan badan masuk komen.

Artis

Sejak minggu lalu industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita perkahwinan pelakon kesayangan ramai, Hannah Delisha. Malah sejurus selepas pelakon drama Tercipta Satu Ikatan itu mengumumkan khabar gembiranya, nama Hannah terus sohor kini dalam Twitter.

Meskipun dihujani ucapan tahniah, terselit juga kata-kata sedih daripada peminat lelakinya kerana pelakon cantik itu telah menjadi milik Imam Shah. Rata-rata mengakui terkedu dan berduka apabila mendengar berita itu.

Paling menarik perhatian, apabila seorang peminat bernama Amirdauz dalam Twitter memuat naik sekeping foto yang memaparkan keputusannya memadam semua foto Hannah dalam galeri telefon bimbitnya. Difahamkan, tindakan tersebut kerana kecewa dan ingin move on selepas artis kesayangannya itu secara rasmi sudah menjadi milik orang lain.

Tidak terhenti di situ, ciapan tersebut mendapat perhatian Hannah, sebelum itu mengulang kicau foto berkenaan. Hannah juga turut tinggalkan komen, dia sangat menghormati tindakan lelaki itu. ” Saya respect (tabik) adab awak,” tulis Hannah.

Mungkin foto tersebut hanya usikan tetapi tiba-tiba Hannah pula yang balas. Pasti Amir tidak sangka bukan. Harap lebih ramai jejaka di luar sana yang sedang berduka lara cepat-cepat move on ya. Bunga bukan sekuntum. Terdahulu Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch menerusi kapsyen Instagramnya berkata, penantian lima tahunnya untuk bergelar isteri kepada Imam yang juga seorang pelakon di Singapura menjadi kenyataan.

”Akhirnya selepas lima tahun. Alhamdulillah, saya cintakan awak Imam Emy (disertai tanda pagar) #imampadahannah,” katanya. Pernikahan itu berlangsung di negara kelahiran dua mempelai itu. Sementara itu, Imam menerusi Instagramnya juga memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana majlis tersebut berlangsung dengan lancar.

”Ianya sentiasa awak. Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. ”Saya cintakan awak, Hannah Delisha,” katanya dalam entri yang memaparkan gambarnya sedang memakaikan cincin ke jari manis Hannah.

”Alhamdulillah, kata-kata sahaja tidak mencukupi untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas semua harapan, doa dan sokongan anda semua.” Itu status pertama ditulis oleh pelakon jelita Hannah Delisha di Insta Story, Instagram beliau selepas dua hari melangsungkan pernikahan dengan jejaka bernama Imam Shah.

Pemilik nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch ini sebelum itu mengejutkan para peminat di Malaysia dan negara kelahirannya Singapura apabila berkongsi gambar pernikahannya. ” Terima kasih rakan, rakan sekerja, media dan pengikut, terima kasih banyak kerana sangat memahami dan menghormati privasi kami.

”Saya teruja untuk memulakan perjalanan baru ini dan berharap agar sampai ke setiap destinasi bersama-sama dengan ‘sahabat saya’ ini. ” Syukur dan segala puji bagi Allah kerana izinNya ia menjadi kenyataan dan semoga Allah memberkati anda membaca ini dikurniakan kebahagiaan dan kesihatan yang berpanjangan.

” Sekali lagi, dari lubuk hati kami, terima kasih.” tulis Hannah. Terdahulu, Hannah yang selamat diijabkabul dengan Imam yang juga seorang pelakon, disifatkan oleh rakan-rakan sebagai seorang yang sangat berahsia terutama mengenai kisah peribadi.

Siapa sangka, Hannah dan suami sudah 5 tahun menjalin hubungan cinta dan tarikh perkahwinan mereka pada 18 Februari 2021 merupakan hari ulangtahun hubungan mereka. Dalam pada itu, Hannah memberitahu dia mengenali Imam Shah sejak berlakon bersama menerusi satu drama di Singapura lima tahun lalu. Kata Hannah, suaminya yang banyak mendorongnya ke arah keagamaan.

” Saya kenal Imam ketika kami menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Faculty di Singapura lima tahun lalu. ” Imam seorang yang sangat penyabar, penyayang dan kelakar.” Dialah yang sebenarnya banyak mendorong saya untuk lebih cenderung ke arah keagamaan. Alhamdulillah saya sekarang sedikit sebanyak adalah hasil bimbingan Imam juga,” katanya.

Dalam pada itu, Hannah turut memohon peminat supaya mendoakan rumah tangganya dan terus menyokong kejayanya. Ujarnya, dia akan mengumumkan majlis bersanding kelak. ” Saya pohon semua untuk mendoakan kebahagiaan rumah tangga kami dan teruslah menyokong kerjaya saya.

” Majlis bersanding kami akan umumkan nanti. Insya-Allah, kami buat secara bersederhana sahaja untuk keluarga dan teman rapat. ” Mengenai tarikh, saya tak boleh nak beritahu lagi sebab biarlah kes COVlD-19 yang sedang menular di seluruh dunia ini tamat dahulu. ” Bila keadaan kembali normal, barulah kami akan kongsi tarikh majlis bersanding,” katanya.

Berwarganegara Singapura dan beragama Islam, Hannah kacukan Inggeris-Melayu. Bapanya berbangsa Inggeris manakala ibunya pula berbangsa Melayu Singapura. Untuk rekod, Hannah pernah menganggotai kumpulan duo Delisha bersama adiknya, Mia Delisha. Kumpulan ini terbit dengan sebuah single berjudul ‘Retak’.

Hannah kemudiannya bergelar penyanyi solo pada 2015 menerusi single ‘Anugerah’ ciptaan Akir dan Frozen daripada kumpulan Hyperact. Ibu Hannah, Noor Ashikin Ahmad merupakan penyanyi era 80-an yang juga dikenali dengan gelaran ‘Kakcik Wujud’ kerana terlibat dengan ahli krew Wujud di mana mereka aktif dalam penerbitan beberapa CD dan DVD ekspedisi realiti sera.m.

Sumber:IG Hannah dan iluminasi

Baru Je Kahwin Tiba Tiba Hannah Delisha Tampil Bersuara Luahkan Sesuatu Buat Ramai Yang Sebak. Tak Sangka Sampai Macam Ni Sekali Dia Luahkan.

Kuala Lumpur: “Saya minta maaf sebab memang kurang selesa berkongsi hal peribadi,” kata pelakon Hannah Delisha mengenai majlis pernikahan dengan suami, Imam Shah di Singapura, semalam. Hannah, 25, atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne-Birch berkata,

selama ini dia mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi di laman sosial mengenai kisah peribadi. Malah, untuk majlis pernikahan itu, Hannah dan suami yang juga pelakon di Singapura memilih untuk melaksanakan perkara wajib dahulu.

“Alhamdulillah saya sangat gembira dan bersyukur kepada Allah kerana semuanya berjalan dengan lancar. Saya memang tak pernah nak muat naik dalam media sosial yang saya bercinta selama ini. Ini kerana bagi saya, biarlah kita sah dahulu barulah kita nak kongsi. Kita dahulukan yang wajib. Itu yang lebih utama,” katanya.

Terdahulu, pernikahan pasangan itu didaftarkan di Registry of Marriage Singapore atau Biro Lesen Perkahwinan Singapura. Majlis secara kecil-kecilan yang diadakan di negara kelahiran Hannah itu dibuat secara tertutup dengan hanya dihadiri beberapa ahli keluarga dari kedua pihak saja.

Hannah berkata, dia sudah lama mengenali Imam Shah sejak mereka berlakon bersama di Singapura lima tahun lalu. “Saya kenal Imam ketika kami menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Faculty di Singapura lima tahun lalu.

“Imam seorang yang sangat penyabar, penyayang dan kelakar. Dialah yang sebenarnya banyak mendorong saya untuk lebih cenderung ke arah keagamaan. Alhamdulillah saya sekarang sedikit sebanyak adalah hasil bimbingan Imam juga,” katanya.

Hannah yang juga pelakon drama Tercipta Satu Ikatan memohon doa peminat dan orang ramai. “Saya pohon semua untuk mendoakan kebahagiaan rumah tangga kami dan teruslah menyokong kerjaya saya. Majlis bersanding kami akan umumkan nanti. Insya-Allah, kami buat secara bersederhana sahaja untuk keluarga dan teman rapat.

“Mengenai tarikh, saya tak boleh nak beritahu lagi sebab biarlah kes Covid-19 yang sedang menular di seluruh dunia ini tamat dahulu. Bila keadaan kembali normal, barulah kami akan kongsi tarikh majlis bersanding,” katanya. Dalam perkembangan lain, Hannah berkata, tahun ini dia fokus kepada bidang nyanyian dan V-Log di YouTube.

“Saya sebenarnya sedang sibuk mempromosikan single terbaru berjudul Terlalu Mudah. Untuk bidang lakonan saya takkan tinggalkan, cuma akan lebih memilih naskhah yang sesuai dengan penampilan sekarang. “Saya juga nak cuba rezeki dalam bidang perniagaan pula.

Insya-Allah, tak lama lagi saya akan keluarkan rangkaian pakaian RTW dan Exclusive berjenama Délicia. Sekarang masih dalam peringkat pemilihan material dan rekaan. Saya jangkakan dalam beberapa bulan lagi akan siap sepenuhnya,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: HM

Lebih Suka Sikap Yang Rendah Diri Dan Tak Mahu Jaja Kisah Peribadi. Hannah Delisha Dedahkan Tak Pernah Risau Tentang Rezeki Selepas Berhijab. Rupa Rupanya Ini Punca.

PERNAH dikatakan sukar memberi kerjasama dengan teman media, pelakon Hannah Delisha tampil menepis tanggapan tersebut dengan mengatakan dirinya masih sama dari mula menjejak kaki ke dunia hiburan.

Menurut Hannah, tujuan dia menceburi industri seni untuk menghiburkan peminat dengan hasil kerja yang dilakukan dalam bidang lakonan, nyanyian mahupun perniagaan. Kata Hannah, dia lebih selesa berkongsi mengenai kerjaya sahaja memandangkan dirinya seorang yang tidak gemar menjual kisah peribadinya kepada umum.

“Dari dahulu sampailah sekarang, saya tak rasa ada perubahan yang besar pun. Saya masih Hannah Delisha yang sama. Fokus utama saya pun lebih kepada dalam soal kerja sahaja. “Saya nak hiburkan peminat dengan hasil kerja dilakukan. Baik lakonan, nyanyian atau perniagaan sekalipun. Pada yang kenal saya, tahu diri ini lebih bersikap ‘low profile’.

“Saya pun tak suka nak kecoh-kecoh. Saya pun tak biasa nak kongsi hal peribadi. Kalau saya rasa nak kongsi, pasti saya sedia berbuat demikian. Begitulah sebaliknya,” kata Hannah kepada mStar. Sebelum ini, tindakan pelakon drama siri Cinta Sekali Lagi itu memadam lebih 800 foto dirinya memakai pakaian kurang sopan di laman Instagram menerima pujian daripada warganet.

Rata-rata peminat di laman sosial meluahkan rasa gembira melihat perubahan pelakon berusia 25 tahun itu kini yang lebih mengutamakan kepentingan menjaga aurat. Dalam pada itu, pelakon kelahiran Singapura ini memberitahu dia sepatutnya ingin memberi tumpuan semula kepada bidang nyanyian namun hasratnya tergendala disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Biarpun terpaksa melupakan hasratnya buat sementara waktu namun Hannah sentiasa terbuka menerima tawaran berlakon yang bersesuaian dengan imejnya terkini. “Sepatutnya saya nak kembali fokus kepada bidang nyanyian. Tapi ia tergendala sebab situasi semasa. Malah pada masa sama saya juga akan lancarkan perniagaan baju rekaan modest untuk wanita,

“Bab berlakon kalau ada rezeki lagi, saya berserah. Saya tak pernah bimbang dan risau dengan rezeki saat membuat keputusan bertudung. Apa yang penting saya akan buat yang terbaik dengan amanah kerja lakonan diberikan.

“Kalau ada tawaran berlakon yang kena dengan penampilan dan perwatakan, saya sedia cabar diri. Andai dapat lagi tawaran watak antagonis sekalipun sudah bertudung, saya sedia mempertimbangkannya kembali.

“Watak jahat itu tak boleh kita nilai daripada zahir dan penampilan saja. Ada saja wanita bertudung yang boleh pegang watak jahat. Saya serahkan kepada skrip dan watak,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Mstar

Nampak Cantik Dengan Imej Baru. Terkini Hannah Delisha Tetapkan Satu Syarat Untuk Dia Terima Tawaran Berlakon. Tak Sangka Bila Dah Bertudung Sampai Macam Ni Sekali Dia Tetapkan Syarat.

Penghijrahan pelakon jelita, Hannah Delisha yang kini bertudung menarik perhatian ramai pihak dan rata-rata mereka meluahkan rasa syukur serta mendoakan agar dirinya terus istiqamah. Menurut pelakon berusia 24 tahun itu, dia tidak terlepas daripada persoalan sama ada penampilan barunya itu akan memberi kesan kepada kerjayanya sebagai seorang pelakon.

“Pernah terlintas dalam fikiran, selepas saya bertudung, bagaimana dengan urusan kerja? Mungkin ada kerja tertentu yang saya terpaksa tolak. “Namun, saya yakin bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah. Jadi, tak perlu timbul rasa risau kerana saya sentiasa serahkan bab rezeki kepada-Nya,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Malah, selepas bertudung, Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch turut mengakui dia kini berasa semakin tenang menjalani kehidupannya. “Saya tak perlu lagi risau mengenai rezeki dan sebagainya kerana semuanya sudah diatur dengan baik oleh Allah. Sejujurnya, kehidupan saya juga kini menjadi lebih tenang dari semua sudut,” ujarnya.

Selain itu, Hannah juga menjelaskan dia akan mengehadkan penerimaan watak tertentu selepas ini. Walau bagaimanapun, dia tetap akan memilih watak antagonis kerana ingin meneroka watak sebegitu lebih jauh. “Walaupun kini saya sudah bertudung, itu tidak menjadi penghalang untuk saya terus berlakon dan menerima watak antagonis. Dalam dunia realiti, kita semua sedia maklum bahawa ada juga orang yang bertudung, tetapi memiliki hati yang jahat.

“Sekiranya lakonan watak yang saya bawakan itu mampu memberi pengajaran kepada penonton, tentunya saya akan terima. Apa pun, semuanya berbalik kepada skrip. Sekiranya skrip itu menarik dan saya minat, tentunya saya akan teruskan,” katanya.

Malah ketika ditanya mengenai babak intim yang akan dilakonkan selepas ini, pelakon dari Singapura itu memiliki prinsip tersendiri. “Untuk melakukan sesuatu babak romantik, pelakon tidak semestinya perlu bersentuhan. Yang penting adalah bagaimana situasi romantik itu dibawakan dan paling penting adalah teknik kamera,” katanya. Terdahulu, lakonan Hannah bersama Nelydia Senrose dan Saharul Ridzwan menerusi drama Cinta Sekali Lagi yang bersiaran di Slot Akasia TV3 merupakan drama terakhir sebelum mengenakan hijab.

Sumber: Harian Metro (Syafil Syazwan Jefri)

Ramai Yang Terkejut Dengan Penampilan Terkini Hannah Delisha. Rupanya Dalam Diam Dia Dah Mula Berhijab Pada Bulan September. Akhirya Hannah Tampil Luahkan Sesuatu Buat Warganet Sayu.

Membuat keputusan untuk berhijab pada September lalu, pelakon Hannah Delisa mengakui dia pernah terfikir tentang soal rezeki selepas dia memilih untuk berhijrah. Bagaimanapun, Hannah berkata dia tidak perlu risau kerana dia percaya dengan ketentuan dan segala rezeki adalah daripada Allah. Ujarnya, apa yang penting baginya dia sudah menjalankan tugas sebagai hambaNya.

“Saya pernah terfikir adakah akan terganggu sesetengah kerja setelah berhijab? Tetapi bila fikir balik apa yang penting saya berhijab untuk siapa? Untuk Allah. “Rezeki pun datang dari Allah, Dia yang tentukan dan izinkan rezeki datang kepada kita. Jadi saya tak perlu risau, yang penting saya dah buat kerja sebagai hambaNya dan berasa lebih tenang,” katanya.

Enggan memikirkan sangat mengenai soal rezeki, Hannah berkata dia ada menerima tawaran daripada satu jenama tudung terkemuka dan akan mengumumkan tentang hal tersebut di masa akan datang. “Saya tak nak tertekan sangat fikir pasal rezeki. Dari dulu saya berserah pada Allah. Sykur Alhamdulillah saya ada terima tawawan daripada satu jenama tudung terkemuka. Saya akan bagitahu lebih lanjut nanti,” katanya.

Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch berkata dia percaya dengan ketentuan Allah. “Saya pernah terfikir adakah akan terganggu sesetengah kerja selepas membuat keputusan berhijab? “Tetapi bila fikir balik apa yang penting saya berhijab untuk siapa? Untuk Allah.

Sumber: rotikaya/gempak

Setelah membuat keputusan untuk berhijrah. Hannah Delisha kongsikan perasaannya kepada orang ramai sehingga meraih perhatian warganet dengan perkongsiannya itu. Ternyata ini cabaran yang dihadapinya.

Pastinya setiap orang hadapi masalah untuk buat sesuatu keputusan. Membuat keputusan untuk berhijab awal September, pelakon Hannah Delisha meluahkan rasa syukur keputusannya untuk berhijrah itu mendapat reaksi positif dan ramai mendoakan semoga dirinya terus istiqamah.

Menurut Hannah, dia mula tergerak hari untuk berhijab pada penghujung Ramadan lalu namun terpaksa menangguhkan hasratnya itu memandangkan ada komitmen kerja yang perlu diselesaikan. Namun dia akui kini berdepan ujian sama ada dia cukup bersedia atau tidak untuk menutup aurat.

“Sebenarnya, penghujung Ramadan lalu saya sudah tergerak hati mahu bertudung. Saya pasang niat selepas tamat penggambaran drama Cinta Sekali Lagi, saya akan bertudung. “Selepas tamat penggambaran, saya bertanya kepada diri sendiri betulkah saya bersedia untuk bertudung? Biasalah, apabila sudah pasang niat baik, ada sahaja bisikan yang mengganggu.

“Tak sangka pula dapat reaksi luar biasa. Apabila baca komen-komen, banyak yang positif dan mendoakan saya terus istiqamah,” katanya. Tidak dapat menggambarkan perasaan apabila membuat keputusan untuk bertudung, Hannah berkata dia lebih tenang selepas berhijab.

Ujarnya dia hanya mahu menjadi hamba yang lebih baik. “Ramai yang bertanya apa sebab saya memutuskan untuk bertudung. Tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan, namun rasanya memang sangat indah. Ada rasa perasaan bercampur baur antara tenang, rasa kurang selamat, sayu sebab saya hanya cuma mahu jadi hamba Allah yang baik,” katanya.

Ada berkongsikan sebab mangapa dia bertudung menerusi saluran YouTube miliknya, Hannah berharap perkongsiannya itu akan menjadi inspirasi kepada wanita Islam lain yang berdepan keraguan sama. “Tiada siapa yang boleh menilai iman kita kecuali Allah.

Saya harap kisah ringkas saya ini boleh menjadi inspirasi kepada wanita lain yang rasa masih persoalkan diri, tercari jawapan sama ada mahu pakai tudung atau tak. “Insya-Allah, apabila kita sentiasa jaga hubungan kita dengan Allah, semuanya akan terjaga. Cuma ingat, apabila Allah tarik nyawa kita, kita sudah tidak fikir pendapat orang lain. Kita hanya perlu fikir apa yang Allah fikir mengenai kita,” katanya.

SUMBER: ROTIKAYA

Baru sahaja meraih tumpuan warganet kerana imej berhijabnya. Kini Hannah Delisha sekali lagi mendapat perhatian warganet gara gara sesuatu ini. Rupanya ini yang yang terjadi.

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pelakon kecil molek, Hannah Delisha dimana dia diantara selebriti wanita yang semakin mendapat perhatian ramai. Rasanya kemunculan pelakon ini menerusi drama Mencintaimu Mr.Photographer membuatkan dia juga menjadi tumpuan dikaca televisyen dimana disaat itu dia bergandingan dengan pelakon, Syafiq Kyle sehingga menjadi bualan ramai.

Terkini Hannah Delisha sekali lagi mendapat perhatian warganet selepas kapsyennya di Twitter tentang kucingnya yang merajuk: “Bila kucing you merajuk sebab tak bagi main luar”. Rata-rata warganet terhibur dengan gambar kucingnya yang seakan

kena dengan kapsyennya itu. Ini komen mereka. ” Bila kucing you merajuk sebab tak bagi main luar “. “Kucing Hannah comel”. “Lawonya Hannah srs tak tipu”. “pandai dia buat muka merajuk”. Sebelum ini, Hannah Delisha yang baru sahaja berhijrah terus mendapat sambutan baik orang ramai sehingga ramai yang mendoakan kepada dirinya itu.

Mengejutkan perubahan Hannah Delisha bukan sahaja meraih perhatian warganet malah dari kalangan selebriti juga.

Foto berhijab dengan kapsyen ‘Bismillah’ buat Hannah Delisha jadi perhatian>. Pelakon cantik, Hannah Delisha yang mencipta nama di Malaysia dengan drama Mencintaimu Mr. Photographer dilihat semakin aktif melebarkan sayap lakonannya di negara ini.

Sering muncul sebagai watak heroin, wajah cantik seperti anak patung membuatkan Hannah menjadi pilihan pengarah-pengarah drama dan filem bagi menambah seri garapan mereka. Hannah pakai tudung ke? Namun begitu, Hannah telah menarik perhatian warganet apabila memuat naik satu gambar dirinya mengenakan hijab di Instagram dengan menulis kapsyen ringkas ‘Bismillah’.

Ramai yang memuji. Menerusi perkongsian foto tersebut, rata-rata warganet telah tinggalkan komen dengan memuji penampilan Hannah yag terlihat sangat cantik. Ada juga yang mendoakan agar pelakon tersebut kekal berhijab dan terus istiqomah andai dia benar-benar sudah memakai tudung walaupun tiada kenyataan rasmi daripada pihak Hannah sendiri. Semoga istiqomah kak. Awak nampak cantik sangat! Sejuk mata memandang.

Ini kerana, perkongsian dia yang mengenakan hijab ini mengundang orang ramai mendoakan dirinya dan rakan selebriti turut mendoakan yang terbaik buat dirinya. Menerusi perkongsian, Hannah Delisha yang tidak menulis kapsyen panjang itu membuatkan ruangan komen memuji penampilan pelakon

berkenaan dimana dia menerima lebih 2 ribu reaksi positif daripada peminat dan juga rakan-rakan selebriti. Dalam pada masa yang sama, foto Hannah Delisha berhijab membuatkan dia meraih hampir 180 ribu tanda suka dalam masa yang sekejap sahaja kerana ramai yang senang melihat penampilan pelakon jelita itu menerusi posting. “Bismillah! Moga dipermudahkan dan istiqamah! Aminn” “Sejuk mata memandang dan cantik bila Hannah Delisha bertudung”

SUMBER: HCL

Mengejutkan Hannah Delisha menangis menerusi satu videonya sehingga meraih perhatian warganet gara gara sesuatu ini. Ternyata ini punca situasi itu berlaku.

Umum sedia tahu baru-baru ini seorang lagi selebriti wanita bernama Hannah Delisha sudah pun berhijab sepenuhnya. Berita baik tersebut mendapat perhatian ramai selepas pelakon jelita ini memuat naik satu foto dirinya berhijab dengan kapsyen ‘Bismillah’ minggu lalu. Perkongsiannya itu telah meraih perhatian pengikutnya di laman tersebut dan ramai juga rakan selebriti yang mendoakan penghijrahannya itu. Baru-baru ini Hannah Delisha berkongsikan kisahnya berhijab menerusi satu video yang dimuat naik di saluran Youtube milik selebriti ini.

Menerusi video berdurasi kurang dari 10 minit itu, kelihatan Hannah Delisha tidak dapat menahan sebak apabila berkongsikan perasaannya bila sudah berhijab. Berikut adalah video penuh yang dikongsikan oleh selebriti ini menerusi laman Youtube miliknya. Video Hannah Delisha berkongsikan kisahnya berhijab ini telah meraih lebih 15 ribu tontonan dan 2,700 likes sejak dimuat naik lebih kurang tiga jam yang lalu.

Rata-rata warganet yang menonton video ini memberikan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut: “Sedih mendengarkan kisahnya. Saya harap ini dapat beri inspirasi kepada semua untuk berhijrah”. “Dia nangis kita pun nangis. Semoga sentiasa di dalam lindungan Allah, dikuatkan iman untuk terus menjadi muslimah yang sejati”. “MasyaAllah. Bidadari Syurga”

SUMBER: HCL

Mengejutkan perubahan Hannah Delisha bukan sahaja meraih perhatian warganet malah dari kalangan selebriti juga. Orang ramai mendoakannya berkenaan perubahannya itu.

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pelakon kecil molek, Hannah Delisha dimana dia diantara selebriti wanita yang semakin mendapat perhatian ramai. Rasanya kemunculan pelakon ini menerusi drama Mencintaimu Mr.Photographer

membuatkan dia juga menjadi tumpuan dikaca televisyen dimana disaat itu dia bergandingan dengan pelakon, Syafiq Kyle sehingga menjadi bualan ramai.Meskipun begitu, perkembangan Hannah Delisha juga dapat dilihat menerusi laman Instagram peribadinya dimana dia telah diikuti 2.4 juta followers, namun terbaharu gara-gara satu perkongsiannya ini membuatkan dia dihujani pelbagai komen daripada peminat dan pengikut.

Foto berhijab dengan kapsyen ‘Bismillah’ buat Hannah Delisha jadi perhatian. Pelakon cantik, Hannah Delisha yang mencipta nama di Malaysia dengan drama Mencintaimu Mr. Photographer dilihat semakin aktif melebarkan sayap lakonannya di negara ini. Sering muncul sebagai watak heroin,

wajah cantik seperti anak patung membuatkan Hannah menjadi pilihan pengarah-pengarah drama dan filem bagi menambah seri garapan mereka. Hannah pakai tudung ke? Namun begitu, Hannah telah menarik perhatian warganet apabila memuat naik satu gambar dirinya mengenakan hijab di Instagram dengan menulis kapsyen ringkas ‘Bismillah’.

Ramai yang memuji. Menerusi perkongsian foto tersebut, rata-rata warganet telah tinggalkan komen dengan memuji penampilan Hannah yag terlihat sangat cantik. Ada juga yang mendoakan agar pelakon tersebut kekal berhijab dan terus istiqomah andai dia benar-benar sudah memakai tudung walaupun tiada kenyataan rasmi daripada pihak Hannah sendiri. Semoga istiqomah kak. Awak nampak cantik sangat! Sejuk mata memandang.

Ini kerana, perkongsian dia yang mengenakan hijab ini mengundang orang ramai mendoakan dirinya dan rakan selebriti turut mendoakan yang terbaik buat dirinya. Menerusi perkongsian, Hannah Delisha yang tidak menulis kapsyen panjang itu membuatkan ruangan komen memuji penampilan

pelakon berkenaan dimana dia menerima lebih 2 ribu reaksi positif daripada peminat dan juga rakan-rakan selebriti. Dalam pada masa yang sama, foto Hannah Delisha berhijab membuatkan dia meraih hampir 180 ribu tanda suka dalam masa yang sekejap sahaja kerana ramai yang senang melihat penampilan pelakon jelita itu menerusi posting. “Bismillah! Moga dipermudahkan dan istiqamah! Aminn” “Sejuk mata memandang dan cantik bila Hannah Delisha bertudung”

SUMBER: HCL