Tular tentang pusat Tahfiz Aaron Aziz terpaksa dirobohkan tanpa sebab. Terkejut bila tiba tiba wanita ini tampil bersuara lantang bongkarkan puncanya buat warganet terkedu.

Artis

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa pelakon, pengarah dan pengacara terkenal, Datuk Aaron Aziz mempunyai satu pusat tahfiz di Pulau Langkawi. Dalam satu entri Aaron di Instagram miliknya, dia berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukkan satu bangunan yang telah dipecahkan dinding dengan keadaan yang berterabur.

“Kasihan Tahfiz saya di Langkawi dirobohkan. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan di sana. Asrama anak-anak semua harus dibina semula. @journey_to_insyirah “Please jangan tanya kenapa. Anggap benda yang tak dapat kami kawal. Beyond my control,” tulis Aaron yang ternyata kecewa dengan apa yang berlaku.

Seorang wanita tampil memberikan penjelasan mengenai isu pusat tahfiz dirobohkan di Pulau Langkawi, Kedah yang didakwa milik pelakon Datuk Aaron Aziz. Sebelum ini, Aaron meluahkan rasa sedih selepas pusat tahfiznya terpaksa dirobohkan namun tidak dijelaskan situasi sebenar yang terjadi.

Ketika dihubungi Gempak, wanita bernama Fosiyah Md Din, 62, mendakwa tanah itu merupakan milik adik beradiknya dan kini dalam proses untuk pembahagian supaya setiap seorang mendapat hak masing-masing. “Tanah tu dibahagikan kepada tujuh orang adik beradik. Kami dalam proses untuk pecah bahagian supaya dapat seorang satu geran.

“Kami dah buat pengukuran tanah. Bahagian abang saya untuk wakaf itu diberikan kepada pihak terbabit untuk dibuat tahfiz. “Bangunan itu sebenarnya sudah dibina atas jalan. Kami dapat surat dari pejabat tanah yang permohonan untuk mendapatkan geran tidak diluluskan sebab ada pembinaan yang dilakukan atas jalan.

“Saya dah bagitahu tiga kali dekat pihak terbabit untuk tidak melakukan apa-apa pembinaan atas jalan, tetapi mereka degil. Dah empat tahun kami memohon geran untuk pembahagian tanah tapi masih tidak diluluskan. “Saya minta diruntvhkan kalau nak dapat geran untuk tanah yang diwakafkan itu. Kalau tak buat, memang tak dapat kelulusan daripada pejabat tanah,” dakwanya.

Tegas Fosiyah lagi, bukan keseluruhan tahfiz itu dirobohkan, tetapi hanya bangunan yang dibina atas jalan sahaja. “Bangunan yang diruntuhkan hanya bahagian yang dibina atas jalan sahaja, bukan keseluruhannya. “Bukan saya sendiri runtuhkan, tapi ia mengikut ukuran yang telah diberikan oleh pejabat tanah,” dakwanya lagi.

Dalam pada itu, dakwa Fosiyah lagi, tanah itu milik abang sulungnya dan tahfiz itu masih belum ada permit. “Kalau diikutkan tahfiz itu tidak sah. Tanah itu pemiliknya adalah abang saya yang sulung. “Pada Rabu lalu, baru saya tahu bila keluar berita mengenai Aaron kesal kerana tahfiz dirobohkan. Ramai warganet yang kritik kami tanpa mengetahui cerita yang sebenar.

“Tahfiz itu tak ada permit. Geran tanah pun belum dapat sebab ada bangunan atas jalan. “Geran yang yang ada sekarang terkandung nama kami semua tujuh adik beradik, geran yang tertulis atas nama setiap seorang masih tak dapat lagi.

“Tapi kami sebagai tuan tanah tak akan berundur. Bangunan itu dirobohkan untuk kami dapat geran. Kalau tak, sampai bila-bila pun kami tak dapat. “Anak-anak kami nanti apa cerita? Kami semua dah tua, kenalah fikir masa depan pewaris kami,” katanya mengakhiri perbualan.

Sementara itu, Gempak juga telah menghubungi Aaron dan pelakon itu enggan memberikan komen lanjut mengenai perkara ini. Namun ada juga rakan-rakan artis yang rapat bertanyakan hal tersebut di ruangan komen, dan ramai peminat yang mendoakan agar segalanya akan menjadi lebih baik terutamanya untuk anak-anak tahfiz yang menjadi mngsa dengan apa yang berlaku.

Baru Tular Pusat Tahfiznya Diroboh Dan Sampai Ada Yang Beranggapan Negatif. Ini Penjelasan Dari Aaron Aziz Sendiri Berkenaan Dengan Pusat Tahfiz Miliknya

Selepas memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan satu bangunan dipercayai pusat tahfiz miliknya yang telah dirobohkn, Datuk Aaron Aziz tampil menjelaskan situasi sebenar. Tidak mahu sebarang spekulasi yang tidak betul diperbesarkan, bintang asal Singapura ini ada berkongsi satu potongan video di Instagram berkaitan hal yang telah berlaku pada institusi yang terletak di Langkawi itu.

Jelas Aaron dia tidak menyalahkan mana-mana pihak dan ia tidak mempunyai kaitan dengan polit1k atau permit. “Saya perlu buat video ini, berkenaan dengan pusat tahfiz saya. Tolong kepada warganet yang buat andaian sendiri, jangan buat spekulasi.

“Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak, sebab itulah saya kata ia di luar kawalan dan tidak boleh berbuat apa-apa. “Benda itu sudah pun berlaku. Kalau mungkin ada yang mungkin patut disalahkan pun, sayalah. Saya salah… Tidak periksa betul-betul atau apa.

“Tapi tidak mengapa, tiada masalah. Benda itu bukanlah teruk mana pun. Kenapa saya kongsi ia, sebab saya harus umumkan hal tersebut. “Kalau saya saya bina sekali lagi, para penderma akan tanya, kenapa kena bila lagi. Jadi saya cuma nak beritahu saja. Bukan nak salahkan mana-mana pihak.

“Tidak ada kena mengena dengan kerajaan, polit1k, atau lesen serta permit. It just happend to be like that. Saya pun tak nak cerita banyak dan orang lain buat doa dengan membuat andaian sendiri sehingga timbulnya ftnh. “Tolong jangan spekulasi apa-apa. Benda ni dah selesai pun dan kita akan bina semula, insya-Allah,” katanya. Pelakon filem Pisauu uini juga turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan ramai dan mendoakan agar semuanya dipermudahkan.

“Terima kasih semua, rakan wartawan yang nak ambil tahu saya tak boleh cakap banyak. Terima kasih atas keprihatinan. Doakan pihak kami dipermudahkan segala urusan. “Jangan kita rumitkan keadaan lagi. Tiada siapa yang harus dipersalahkan. Kalau nak salahkan siapa-siapa, salah saya,” katanya panjang lebar.-mediahiburan

Ada Pusat Tahfiz Miliknya Di Langkawi. Aaron Aziz Dedahkan Pusat Tahfiznya Dirobohkan Sehingga Meraih Perhatian Warganet Dengan Ekoran Satu Perkongsian Ini

Ramai tidak tahu bahawa pelakon Datuk Aaron Aziz mempunyai sebuah pusat tahfiz di Pulau Langkawi. Baru-baru ini, Aaron berkongsikan gambar menunjukkan satu bangunan yang telah dipechkan dinding. Menerusi perkongsian itu, Aaron meluahkan rasa kecewa apabila pusat tahfiz miliknya itu dirobohkn. Enggan mengulas lanjut sebab mengapa ianya dirobohkn, Aaron berkata ia berada di luar kawalannya.

Sedih melihat keadaan tersebut, Aaron berdoa dan berharap agar segala urusan di sana dipermudahkan dan asrama untuk anak-anak tahfiz itu perlu dibina semula. Diruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat bertanyakan hal tersebut. Malah, ramai yang mendoakan agar semuanya baik-baik sahaja terutama untuk anak-anak tahfiz yang menjadi mangsa dengan apa yang berlaku.

Tidak kurang juga peminat turut memberikan kata-kata semangat kepada Aaron Aziz agar terus tabah di atas ujian tersebut kerana jalan untuk menuju kebaikan banyak halangan dan yakinlah bahawa ada hikmah disebalik semua kejadian.-rotikaya

Isu Yang Melibatkan Aliff Aziz Berbalah Mulut Di Singapura. Aaron Aziz Mula Masuk Campur Bila Tindakan Warganet Ini Yang Buat Dia Bertindak Untuk Menegur

Aliff Aziz membuat pengakuan bersalah atas dua kes di Mahkamah Negara Singapura pada Jumaat. KECEWA dengan sikap warganet yang sering menyebarkan a1b seseorang di laman sosial, pelakon Datuk Aaron Aziz meminta orang ramai agar tidak mempersndakan masa silam seseorang.

Aaron, 44, membuat teguran itu selepas melihat pelbagai posting di laman Facebook yang melemparkan kata-kata buruk terhadap seorang selebriti yang berhadapan proses mahkamah.”Saya nak nasihat sikit… saya nampak di Facebook banyak orang kongsi tentang hukumn seorang artis yang masuk mahkamah dan mungkin akan dijatuhkn hukumn bulan September ni. Semua orang ketawakan.

“Kalau benda tu dalam Facebook, biarkan saja. Kalau orang lain dapat tahu, biar mereka tahu sendiri. Aliff berbalah mulut dengan beberapa individu di sebuah restoran di Singapura.”Jangan nak mempersendakn orang yang dah bertaubat… yang dah kena hukumn dunia. Ia tak kelakar. Semua orang buat salah… itu saja saya nak cakap,” ujarnya.

Teguran tanpa merujuk secara khusus kepada mana-mana individu itu dipercayai berkaitan kepada proses mahkamah yang dilalui penyanyi dan pelakon kontroversi, Aliff Aziz.Ia susulan pada Jumaat lalu Aliff mengaku bersalh di Mahkamah Negara Singapura atas dua kes mengambil barang tanpa izin dan berkelakuan tidak senon0h di tempat awam.

Manakala, satu lagi kes diambil dalam pertimbangan.Aaron menasihati warganet agar tidak menyebarkan kisah silam seseorang yang sudah bertaubat.Menurut kertas yang dibacakan, tuduhn pertama adalah bagi mengambil wang sebanyak S$300 (RM915) dan 1 juta rupiah (RM285) milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia.

Kes kedua adalah bagi kelakuan tidak senon0h dengan menjerit dan menunjukkan isyarat menggunakan tangan semasa berada di tempat awam.Hakim Victor Yeo menetapkan, bagi kes kedua ini, Aliff boleh dikenakan dnda tidak melebihi S$2,000 (RM6,101) atau tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Kes ketiga yang diambil dalam pertimbangan adalah mengambil sekotak rokk Marlb0ro dan pemetik api.Aliff akan kembali dihadapkan ke mahkamah pada 14 September depan bagi keputusan kes.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!-mstar

Aaron Aziz Imbau Satu Video Tapi Tular Satu Benda Ini Raih Perhatian. Tak Sangka Ini Sikap Sebenar Dia

Pelakon Datuk Aaron Aziz dan isterinya, Datin Diyana Halik baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-17. Istimewanya kali ini, Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 44, mengimbas kembali kenangan mereka dengan memuat naik video akad nikah menerusi akaun Instagramnya. “17 tahun dahulu. Sebelum danish anaqi aaron sebelum dwi ariana aaron sebelum dahlia arissa aaron.

“Cepat betul masa berlalu. Semoga Allah berkati rumahtangga kami diyana halik. Happy Anniversary Dar,” coretnya. Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberikan ucapan ulang tahun kepada pasangan sweet ini. “Amboi tok kadi punya hayun tangan suruh sambut lafaz, bergetar,” usik farain zinodin. “Dia punya hayun tangan bila lepas sah aarondwiaziz. Anyway, happy anniversary,” komen ayang ibrahim.

“Lain macam dia punya shakehand bang… Risau pulak nengoknya, Happy anniversary both of you,” tulis seorang warganet. Tidak kurang juga ada yang mengucapkan rasa gembira dan bersyukur kerana perkahwinan Aaron dan Diana semakin utuh. “Tak sangka dah 17 tahun dah bergelar suami isteri. Harap kekal hingga ke Jannah,” ucap ahmadnazhan2002. Aaron mendirikan rumah tangga dengan Datin Diyana Halik pada Ogos 2003. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Danish Anaqi, 16, Dwi Ariana, 14 dan Dahlia Arissa, 10.

Aaron Aziz berlakon filem Hong Kong

Beliau tampil dalam filem Undercover, sebuah filem aksi Hong Kong yang diarahkan oleh Philip Lui dan Frankie Tam. Filem yang sudah ditayangkan sejak semalam ini turut menampilkan barisan pelakon popular yang berpengalaman Hong Kong seperti Philip Ng, Andy Onimal, Van Ness WuKitty Jiang, Feng Wen Juan, Aka Chio, Chi Shuai, Jia, Lam Suet, Susan Shaw dan pelakon Malaysia iaitu Aaron sendiri.

Bercerita mengenai penglibatannya dalam filem ini, Aaron berkata, selain barisan pelakon yang mantap, dia juga ingin mencuba kelainan dalam kerjaya lakonannya. “Semuanya berjalan dengan lancar sepanjang penggambaran dan layanan yang diberikan kepada semua pelakon juga adalah sama rata. “Cuma memandangkan penggambaran banyak dilakukan di pelabuhan dan banyak kontena, keadaan agak panas, sedikit kurang selesa dan ia memberikan cabaran buat saya,” ujarnya.

Tambah Aaron, sepanjang penggambaran kebajikannya turut dijaga dengan baik. Malah, dia turut disediakan dengan makanan halal oleh pihak produksi. Aaron berkata, dapat beraksi dengan filem luar seperti Hong Kong merupakan satu peluang yang tidak harus dilepaskan sama sekali. “Walaupun terdapat perbezaan terutama dari segi bahasa namun mereka masih memberi peluang kepada pelakon Melayu seperti saya untuk berlakon dengan mereka.

“Itu adalah salah satu sebab juga saya bersetuju berlakon untuk filem ini dah mahu membuktikan yang pelakon-pelakon kita juga boleh menembusi pasaran antarabangsa,” ujarnya. Filem ini berkisar mengenai seorang polis yang menyamr terpaksa bekerjasama dengan sekumpulan pasukan khas yang menentang barang terlarng. Antara lain yang menarik mengenai filem ini adalah penglibatan Gordon Chan sebagai penerbit filem.

Gordon Chan kini dikenali sebagai penerbit ketua generasi baru filem Hong Kong kerana mempunyai gaya filem yang pelbagai dan tersendiri. Manakala gabungan Philip Lui dan Frankie Tam pula sememangnya diketahui sebagai antara senior dalam bidang perfileman di Hong Kong. Philip Lui berjaya membuka pasaran filem China dengan tajuk Chasing the Dragon. Frankie Tam pula telah dicalonkan sebagai penulis skrip terbaik di Anugerah Filem Hong Kong 2011.

Bercerita lanjut mengenai pembikinan filem ini, Philip Ng yang memikul peranan sebagai watak utama dan juga pengarah aksi memberitahu perancangan untuk penggambaran filem ini sudah pun dilakukan agak lama. Philip Ng yang mahir dengan seni mempertahankan diri sejak usia 7 tahun menggunakan pengalamannya untuk menghasilkan pengalaman visual yang luar biasa buat penonton. “Undercover merupakan filem pertama saya sebagai penerbit, pelakon dan pengarah aksi. Malah, tidak dinafikan ia merupakan satu perjalanan yang sukar.

“Bagaimanapun, ia sangat memberi kepuasan terhadap saya kerana diberi kebebasan dalam koreografi yang belum pernah saya dapat sebelum ini,” ujarnya dalam satu kenyataan media. Tambahnya, semua yang terlibat telah memberi sepenuh hati mereka dalam menjayakan projek ini termasuk dirinya bersama Andy Onimal dan Van Ness Wu yang telah berbincang perkara ini setelah sekian lama.

“Kami juga sangat berbangga kerana akhirnya dapat bergabung untuk menghasilkan projek penerbitan filem ini dengan barisan pelakon yang hebat,” ujarnya. Undercover mengisahkan pengintip Wu terlibat dalam perdagangan barang terlarng dengan gengnya. Semasa transaksi, anggota pasukan khas masuk campur operasi tersebut.

Banyak Sangat Masalah Sampai Rasa Macam Nak Putus Asa. Lepas Ni Tak Lagi Jumpa Dengan Orang Tersayang. Terkedu Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi Pada Aaron Aziz.

Pelakon Datuk Aaron Aziz akuii rasa seperti mahu puttus asa selepas pelbagai masalah dihadapi. Lebih-lebih lagi, menurut Aaron selepas ini dia tidak lagi berjumpa orang yang disayang. Bagaimana pun itu semua hanya luahan hati untuk wataknya sebagai Hamzah dalam drama bersiri Jalan Sesat Ke Syurga.

“Rasa macam nak putus asa je ni. Banyak mas4alah dalaman yang saya harus harungi. “Orang yang saya sayang dah tak jumpa lagi dah selepas ini. Semoga Allah beri kekuatan pada diri ini,” katanya. Aaron berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi kapsyen entri tersebut, Aaron dalam bahagian tanda berpagarnya memberitahu dia hanyalah dialog dalam drama tersebut dan mintak peminatnya tidak berfikir yang bukan-bukan. Bagaimanapun, entri tersebut telah disalah anggap oleh pengikutnya yang rata-rata percaya Aaron sedang menghadapi m4salah.

“Allahu rabbi, semoga abang Aaron kuat lalui semuanya. Jangan berputus asa. Allah masih ada untuk segalanya. “Tak elok bad mood pagi-pagi. “Alaa jangan lah menangis,” antara komen dari pengikutnya. Pun begitu Aaron segera membalas komen mereka dengan memberitahu ia hanyalah watak yang dibawa dalam drama tersebut.

Selain Aaron, Jalan Sesat Ke Syurga yang dibintangi oleh Elizad itu ditayangkan menerusi slot Tiara secara eksklusif di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125) pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: GEMPAK @Teh Tarik Kaw

Aaronators FC sudah 9 tahun

“AARON Aziz tidak akan menjadi Aaron Aziz tanpa izin Allah dan anda semua,” itu kata pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz yang ditujukan kepada ahli Aaronators FC sempena ulang tahun kesembilan penubuhan kelab peminat itu, baru-baru ini.

Aaron, 44, berkata, dia bersyukur apabila peminat setianya itu sentiasa ada bersama dari awal pembabitan dalam bidang lakonan sehingga sekarang. Menurut Aaron yang juga pelakon filem KL Gangster, Aaronators tidak pernah jemu hadir memberikan sokongan pada setiap acara dan majlis anugerah membabitkan dirinya.

“Alhamdulillah, sudah sembilan tahun. Anda hati dan jiwa kerjaya saya. Ikhlas dari hati terima kasih kepada anda semua. Terima kasih kerana menjadi keluarga besar saya dan selalu datang bagi sorakan dalam apa saja acara yang ada. Terima kasih juga kerana memberikan semangat apabila saya rasa nak hentikan semuanya.

“Terima kasih kerana mengetahui cara bagaimana nak ambil hati saya dan keluarga. Sayang anda semua. Apa yang penting juga, kami antara pelopor dalam penubuhan kelab peminat,” katanya. Sepanjang hampir 20 tahun menempa nama dalam industri hiburan tempatan, Aaron dua kali merangkul Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular BH. Menerusi undian peminat juga, Aaron pernah memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Selebriti Lelaki Popular dan Bintang Filem MeleTOP.

Aaron Aziz dan isteri bantu hampir 1,000 orang

PELAKON popular Datuk Aaron Aziz melalui pertubuhan kebajikan yang diasaskan, Journey To Insyirah berjaya membantu hampir 1,000 individu dan keluarga yang memerlukan dengan anggaran RM50,000 sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Aaron berkata, sumbangan diberikan itu membabitkan beberapa kawasan di Pahang, Melaka, Johor, Perlis, Kedah, Selangor dan Kuala Lumpur. “Alhamdulillah, sejak pertubuhan ini beroperasi dua tahun lalu, banyak dana masuk daripada orang perseorangan untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

“Jadi, apabila wabak Covid-19 melanda negara dan PKP dilaksanakan, semakin ramai yang menghantar mesej termasuk kepada isteri saya bagi meminta bantuan. Jadi, dengan sumbangan yang ada kami perlu salurkan. “Itu semua adalah amanah daripada penyumbang dana. Saya perlu tunaikan. Sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang memerlukan pada masa sekarang,” katanya kepada Harian Metro.

Aaron yang juga pelakon filem KL Gangster berkata, ketika ini sumbangan terarah pula kepada susu dan lampin pakai buang. “Sebelum ini, banyak sumbangan diberikan berupa barangan keperluan harian. Sekarang, ramai pula minta susu dan lampin pakai buang. “Selepas ini nak fokus kepada pembelian ubat-ubatan pula. Sebab, ada juga yang mesej memerlukan perkara itu,” katanya.

Untuk rekod, pertubuhan itu sebelum ini membantu menyediakan tempat tinggal, membelikan van dan kelengkapan air bersih kepada sebuah pusat tahfiz di Langkawi, Kedah. Pertubuhan itu diasaskan Aaron bersama isteri, Datin Dayana Halik dan seorang lagi rakan mereka, Ustazah Khadijah