Inilah Rupa Tulisan Tangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee Yang Sungguh Mempersonakan.

Artis Hiburan inspirasi Kehidupan Selebriti Seni

SIAPA tidak mengenali seniman lagenda ini, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang mempunyai pelbagai bakat dari berlakon, mengarah filem, menyanyi dan bermain instrumen muzik. Ini membuatkan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee kekal sebagai seniman agung tanah air dan kewujudannya tiada galang ganti sehingga kini.

Selain daripada boleh bernyanyi, berlakon, mengarah filem dan bermain alat muzik, Allahyarham P. Ramlee turut dikurniakan bakat tulisan yang amat berseni dan cantik.

Tulisan tangan Allahyarhan P. Ramlee telah dimasukkan di dalam sebuah buku meja kopi atau Coffee Table Book yang bertajuk Gemilang 50 Tahun Orkestra RTM sempena ulang tahun penubuhan Orkestra RTM yang ke-50 (1961-2011).

Tulisan Allahyarham ini didedahkan sendiri oleh editor, perunding konsep dan penyelaras buku tersebut di laman Facebook peribadi beliau iaitu Rosli Mohd Nordin.

Antara kandungan buku tersebut ialah surat tempahan tulisan tangan P. Ramlee yang merupakan keterangan tentang undangan beliau kepada ahli Orkestra RTM bagi menjayakan rakaman di King’s Studio, Petaling Jaya.

Berikut merupakan foto-foto tulisan tangan seniman agung itu di dalam buku Gemilang 50 Tahun Orkestra RTM tersebut.

Dapat dilihat penulisan Allahyarham ini sangat cantik dan mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Wajarlah beliau digelar seniman lagenda sepanjang zaman kerana bakat yang dimilikinya tiada galang ganti walaupun ramai anak seni yang lahir selepasnya.

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: