Untung dapat isteri muka lawa tapi suami langsung tak nak bagi nafkah. Disebabkan isteri gaji besar dia yang kena tanggung semuanya sampai duit belanja suami pun isteri bagi. Isteri nekad mintak pisah tergamam ini jawapan yang suami bagi.

Kisah Rumah Tangga

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Untuk makluman kaum wanita yang ingin berkahwin dan mahu memilih bakal suami, seharusnya anda lebih berhati hati. Ini kerana perkahwinan itu akan menentukan hala tuju kehidupan serta bukannya sehari dua untuk hidup dengan seorang lelaki yang bernama suami.

Kaum perempuan kena baca sampai habis. Baca dan jadikan cerita ini sebagai pegajaran. Ini text yang i dapat di Telegram dari seorang pengikut. Ada seorang wanita ni,ibu muda berkongsi cerita pasak dia punya perkahwinan. Ladies, ini adalah sebab utama kenapa anda perlu cari lelki yang bertanggungjawab.

It’s okay kalau pasangan anda kurang dari segi akademik atau gaji sikit, yang penting mesti kena ada tangungjawab dan kena hati-hati sebab lelaki sekarang pandai ambil kesempatan, guna perempuan untuk mereka punya financial security.

Ini cerita macam mana seorang lelaki lepas tangan pada anak bini. Nfkah tak bagi, apa semua isteri yang tanggung. Sebab apa? Alasan dia gaji isteri lagi tinggi, duit dia pergi buat benda lain. Bila isteri minta berpisah, dia kata isteri tak sanggup hidup susah dan cnang kat family.

Padahal A sampai Z semua duit isteri yang keluar dan Isteri minta berpisah sebab tak than dengan sikap suami yang tak ada tangungjawab. Seriously, wanita ni memang cantik tapi itu pun lelaki tak hargai.Lelaki jenis macam ni ada di mana-mana, jadi kalau anda nak kahwin sila berhati-hati pilih pasangan.

Lelaki days adalah lelaki yang suka makan duit hasil dari usaha isteri. Perkongsian dari Auni Ameera. Saya baru berpisah dengan suami. Dulu, suami saya hanya belajar sampai SPM dan terus bekerja. Saya pula belajar sampai peringkat ijazah.

Selama kami berkahwin, saya yang kena tanggung semuanya dari A sampai Z. Bukan niat saya untuk burukkan suami sebab dia belajar setakat SPM. Cuma sebagai perempuan, kita perlu fikir betul-betul kalau nak cari suami. Kadang-kadang bila suami belajar setakat SPM dan gaji kecil, mereka suka ambil kesempatan.

Mereka berkahwin semata-mata untuk cari orang yang boleh support dan tanggng segalanya supaya mereka boleh buat apa yang mereka suka. Nafkah tak bagi, soal rumahtangga pula semua isteri yang buat. Mereka hanya tahu balik rumah dan minta nfkah btn daripada isteri.

Dan bila tak bagi, mereka persoalkan tentang kewajipan isteri untuk tunaikan tanggungjawab. Sekarang ni, kakak saya pun alami benda yang sama. Suami dia SPM, dia pula ada ijazah. Suami dia buat hutang kemudian paksa kakak saya buat pinjamn bank untuk langsaikan hutang dia.

Entahlah, mungkin wanita sekarang kena berhati-hati bila memilih suami. Kadang-kadang lelaki ni hanya nak cari penyelamat masa depan mereka je. Bila dah dapat isteri yang bekerjaya, terus lepas tangan dan anggap isteri boleh bagi segalanya.

Bila isteri minta nak berpisah, mereka akan cakap isteri tinggalkan mereka masa susah. Padahal mereka tak sedar selama ini mereka susah pun si isteri juga yang menanggung. Dalam kes saya pulak, bila saya nak berhenti kerja, suami saya tak bagi. Dia cakap siapa nak tolong dia sara keluarga.

Bila minta berpisah dikatanya macam-macam. Sampai keluarga saya sendiri buang saya sebab dia jaja cerita yang saya minta berpisah sebab ada lelaki lain. Dia cakap saya kena faham kerja dia. Kononnya sekarang ni dia tengah usahakan bisnes jadi semua duit gaji dia labur pada perniagaan.

Bertahun-tahun satus sen pun dia tak bagi. Masa untuk keluarga tak ada, nafkah zahir tak ada, tapi bila bab nafkah tu pandai pula dia minta sebab tanggungjawab isteri. Masa saya mengandung 5 bulan, dia ajak pergi KL dari JB sebab ada kenduri. Saya kata saya tak larat sebab tak sihat.

Dia boleh pulak kata saya menipu sebab tak nak pergi dengan keluarga dia. Petang t saya drive sorang pergi klinik, doktor kata saya ada chicken pox. Lepas tu saya terpksa check in di h0spital berseorangan tanpa suami sambil bwak pervt yang besar tu. Semua staf h0spital tanya saya datang sorang je ke.

Lepas dah bersalin, anak saya kena kuning. Tapi suami saya lebih rela pergi meeting daripada bawak anak pergi hospital sebab dia kata meeting lagi pentlng. Dia balik waktu Maghrib dan nak bawak anak pergi h0spital tapi saya tak bagi sebab dah malam.

Terpaksa hold sampai esok pagi. Bawak pergi h0spital swasta the next day, bil sampai beribu saya yang bayar semua. Bila depan orang suka cakap besar kon0nnya dah berjaya buat itu ini tapi sebenarnya saya yang tanggvng semua benda.

Duit belanja dia pun saya bagi selama bertahun-tahun sedangkan dia kerja. Sekarang ni bila dah berplsah,, duit anak langsung dia tak bagi satu sen pun. Dah macam mengmls kalau nak suruh dia jumpa anak. And the worst part is, dia beritahu semua orang yang saya nak berplsah sebab tak sanggup hidup susah bersama sebab dia kerja gaji SPM dan saya gaji ijazah.

Kalau tak boleh hidup susah, baik dari dulu saya mintak untuk berplsah. Buat apa nak tanggung dia lama-lama. Orang lelaki ni, disebabkan eg0 mereka tak nak berubah. Tolong ingatkan lelaki-lelaki kat luar sana, kalau dapat isteri bekerja please jangan ambil kesempatan.

Kebanyakan orang sekarang berplsah sebab ini lah. Kahwin nak, tapi tanggungjawab tak nak jalankan. Lepas tu salahkan isteri tak boleh hidup susah bersama. Saya jaga anak macam nak apa je sorang-sorang dari awal bers4lin sampailah anak dah besar.

Saya sakit terl4ntar dan penrt lelah semuanya dia tak ambil tahu. Masa anak merah lagi langsung tak nak jenguk dan jaga. Bila anak dah pandai main dan sihat, baru nak meng4ku anak. Dulu lepas dah habis pntang 44 hari barulah saya boleh pergi buat surat beranak anak saya.

Ayah dia terlalu busy dengan bisnes juta-juta dia tu. Susah hidup saya masa tu. Saya bertambah struggle bila terpksa keluar dari rumah bawak pakaian je. Dah lah kena tanggvng hut4ng dia pakai nama saya. K3s kakak saya pulak dah bertambah tervk.

Suami dia ambil pisu dan pksa kakak saya mengasari dia sebab minta berplsah. Kakak saya dah tak larat dan dah tak mampu lagi nak tolong dia selesaikan msalah hut4ng dia. Padahal kakak saya dah buat loan sampai 50k semata-mata nak lngsaikan hut4ng keliling pinggang dia tu.

Jadi, budak-budak muda sekarang janganlah slbuk sangat fikir nak kahwin. Ingat semua happy ending ke? Kebanyakannya kecndang di tengah jalan. Kawan-kawan saya yang tak kahwin lagi sibuk fikir pasal kahwin sebab takvt ketinggalan jadi anak darra tua.

Tapi diri sendiri tak m4tang untuk berkahwin. Ramai jugak yang tanya kenapa saya tak sedlh langsung sebab berplsah pada umur muda. Jawapan saya senang. Saya beritahu kawan-kawan saya yang hidup single lebih happy daripada kahwin dengan lelaki yang salah. Alhamdulillah, hidup saya lebih gembira sekarang dan saya dah tak kisah langsung pasal lelaki sebab dia yang ajar saya hidup berseorangan tanpa suami.

Sumber: Auni Ameera

Hampir Lima Tahun Jadi Ibu Tunggal Tiba Tiba Nikah Pulak Dengan Laki Orang. Ingatkan Hidup Senang Sikit Rupa Rupanya Ada Permainan Yang Disorokkan Sebelaik Hubungan Ni.

Assalamualaikum… trkasih jika sudi post kisah ini… sekadar ingin meluahkan…betapa skitnyaa untuk bertahan dalam sebuah perhubungan. selepas 5 tahun menjanda akhirnya saya di lamar suami orang kami nikah tanpa pengetahuan isteri dia tapii benda macam ni tak bole simpan lama2 akhirnya di tahu jugaa..

waktu saya jadi isteri simpanan tu memang dah skit sangat.. hanya yang melalui akan paham. jodoh saya. kami tak bercintaa. mungkin dia rasa simpati ke atas saya… saat itu hidup saya daif sangat… di perlakukan suami pertama.. bekas suami kaki pkl, pemalas, saya tggung anak2 dari sejak lahir lagi…

Dia tempat saya mengadu… kerana itu memang kerja dia.. untuk membantu ibu2 tunggal macam kami… bukan niat nak merampass… dulu pun saya ngeri tengok orang bermadu2… sapa tahu akhirnya jadi kat saya… tapii alhmdulillah isteri prtma suami… terima saya sebagai madu… masa tu hanya kami2 je yang tahu…

mak mertua pernah marah saya… sebab family mereka smua sayang kat isteri pertama suami… nak di jadi kan cerita… kadang kami elok kadang kami makan hati.. BERMADUU… hanya yang mengalami akan tahu… saya hidup tanpa ada nafkah dari suami sekarang apa lagi anak2 bukan daging suami… saya tanggung makan minum kami sndiri… suami pertama dah lebih entah ke mana.. tak dapat di jejaki…

saya kerja biasa2.. duit gaji dari mula kahwin suami saya pegang. saya kerja siang malam. dia cuma bagi semingu rm 50 sahaja untuk bekal… makan hati juga laa. sampai lah ada satu tahap saya brbalah dan minta sekeras2nyaa kad atm saya… selama 6 tahun juga dia simpan.

Tapi isteri pertama asyik cakap nafkah dia anak beranak tak cukup dia banyk iri hati dengan saya… dia buruk sangka dia cakap suami banyk lebihkn saya… padahal harta d rumah semua milik saya sndiri bukan suami… hasil duit saya… kalau ada pun mintk suami belikn.. lepas tu saya bayar sikit2… sebab kad dia dah pegang…

sedang madu saya simpan duit snyap2. tapii dia cerita kat saya tak suruh bagi tahu kat suami kami. ok laa tak ape. tapi isteri dia still cakap duit nafkah tak cukup padahal gaji saya dengan suami semua di laburkn pada anak2 dia dengan dia.

Makan hati jugak laa dah istri ke 2. telan jelah, sapa suruh erkk… sebab dah kejap2 elok. BERMADU. akhirnya dia meminta untuk di lepaskn dengan alasan suami tak mampu..senyap2…habis jee tempoh iddah dia terus nikah dengan lelaki yang sebaya anak sulung dia orang dengan suami, dia jemput kami ke majlis kahwin tu…

mula la bersambung kisah hidup saya yang perit lagi skit… anak dia 6 orang suami saya ambil ahli untuk jaga mereka semua.. alasan dia bekas istri dah lupa anak2 asyik dengan suami dia yang mudah tu… tak berenggang dah smpai anak2 semua asyik kebuluran d rumah…

Dah laa anak2 saya sndiri saya tanggung hidup diaorang… ape salahnya korang berbahagi jaga anak2… ramai tuuu semua serah kat saya. Saya ade bawa mereka bincang. tapi masuk kanan keluar kiri. takde makananya… semua dengan ego masing2.. akhirnya saya akurr, saya terima smua, saya dah anggap macam anak2 saya jugaa, dengan kerja dari pagii smpai ke malam.

tak apelaa mungkin ini rezekii kami lagi pun saya dah biasa hidup susah, yup suami pun dah berduit…saya pun begituu gaji ade laa sikit2… alhmdulillah…CUMA MASALAHNYA SEKARANG…SUAMI SUKA MENGASARI ANAK2 SAYA…ANAK SAYA SMUA DALAM KETAKUTAN KADANG LARI TUMPANG RUMAH KAWAN DORANG… selama 10 tahun mereka dalam ketakutan tak pernah bebas di rumah sendiri, untuk pengetahun dari dulu lagii dia suka skiti anak2 saya…

suami seorang yang sangat bengis…mula kenal dia watakanyaa sangat lemah lembut,.tak sangka pecah tembelang bila dah kahwin, kadang dia pernah mengasari anak2 sebab saya belikn anak sulung hand phone, lepas tu ke 6 semua anak2 dia belikn fon juga… niat nak suh dia anggap anak2 saya macam anak kandungnya sendiri tapii sapa la saya untuk memaksa malah dia mengasari mental dn fizikal anak2 saya.

Skittt ya Allah… satu dugaan aku tempuhi…entah mungkin sehingga nafas ini terhenti… saya dah takut untuk berpisah… tapi dalam masa yang sama…dia semakin dn semakin mengasari anak2 saya… dia semakin benci kat anak2 saya…hilang arah saya di buatnya skrg ni…

Sekarang anak2 saya pun dah mula panjang langkah tak nak balik rumah dgn alasan rasa tak seronok tinggal di rumah, suami lagi bertmbah ego bila anak2 tunjuk besar kepala, memang saya buntu sgt dgn sikap suami. Kalau ikutkan hati mmg saya nk minta dilepaskan. Saya tak sanggup hadapi semua ni. Tolong doakan saya agar sy kuat.

Tak Suka Dengan Biiini Sendiri Sbb Lemak Dan Bau Busuk Lepas Bersalin. Laki Sendiri Sampai Cari Orang Lain. Tergamam Akhirnya Ini Yang Berlaku Pada Isterri Buat Suami Menyesal.

Assalamualaikum admin dan warga krt mohon hide kan profil anak sedara saya sebab saya tak ada facebook. Saya berumur 35 tahun. Saya berkenalan dengan seorang perempuan. Anak angkat pak sedara saya. Dia seorang anak yatim piatu. Seorang wanita yang cantik dan solehah. Kami kenal dari kecil. Dulu perasaan hanya sekadar kawan namun tiba2 perasaan cinta itu muncul.

Aku luahkan padanya kalau aku suka dia. Tak sangka dia terima dan kami terus terang pada org tua. Dan secepatnya kami bernikah kerana usia pun sudah lanjut.. Dengan hanya hantaran 2k dan mas kawin. Kami sah bergelar suami isteri. Kami bahagia, aku sayang isteriku dan isteriku sayang aku..

5 bulan selepas pernikahan isteriku di sah kan hamil. Bahagia nya aku ya Allah. Namun selepas isteriku hamil, dia mula menolak bila aku ajak bersama. Katanya sakit. Namun aku tidak peduli. Yang aku tahu dia kena layan aku.. sebelum isteriku hamil pun. Aku selalu minta dia melayanku walaupun dia tengah datang bulan. Ya Allah berdosa nya aku..

Selepas isteriku melahirkan anak. Dalam keadaan lepas berpantang. Aku minta dia melayanku. Dia menolak kerana ada kesan jahitan namun aku meminta dia melayanku melalui belakang. Dia akur dengan permintaanku. Aku terlalu sayang isteriku.. pernah sekali isterku mengadu sakit di bahagian bawah. Aku cakap mungkin sakit lepas bersalin jadi aku hanya urut2 isteriku dengan minyak.

Selepas isteriku habis berpantang aku rasa ada sesuatu yang aneh pada tubuhnya perut isteriku berlemak. Punggung mengelebar aku mula rasa geli. Bila bersama, lemak itu bergoyang2. Aku mula kurang sentuh isteriku. Selepas dia melahirkan anak. Badan dia mula mengeluarkan bau semacam. Kepala dia bau, lemak ketul sini sana. Akhirnya aku kenal dengan seseorang.

Lepas kenal gf aku, aku mula abaikan isteriku. Dia sms aku tak balas, dia call aku tak jawab. Gf ku ni janda anak 2. Walaupun dia janda tapi tidak seperti isteriku anak 1 tapi badan lagi teruk dari janda.. Setelah kami berkenalan agak lama. Akhirnya kami terlanjur. Aku dan gf aku terlanjur. Dia pandai layan aku berbanding isteriku yang hanya pasang baring seperti batang pisang dan gf aku layan aku bermacam2 bentuk.

Akhirnya aku hanyut dengan dunia aku. Bukan sekadar janda aku kenal tapi anak dara dan isteri orang pun ada. Aku mula abaikan isteri dan anak aku. Dalam keadaan isteriku hamil aku abaikan dia. Aku dah mula benci tengok mukanya.. aku ada niat nak lepaskan dia.

Pernah sekali aku kantoi ngan isteri aku. Isteriku minta aku lepaskan dia. Dan aku cakap lepas anak lahir aku lepaskan kau. Allahuakbar. Aku tau aku salah min. Aku tak fikir kan perasaan isteri aku. Aku biarkan dia jaga anak sorang2, bangun malam sorang2 buat kerja sorang2 solat sorang2. Aku dah tak ada perasaan masa tu..

sampai satu tahap aku keluar rumah, aku tinggal rumah awek aku. Isteri aku call semua aku tak angkat siap block dia. Tiba2 ada seorang wasap aku. Dia cakap isteri aku kat hospital. Aku tak tengok langsung isteri aku.. Keluarga cari aku pun aku tak peduli. Akhirnya aku dengar dari kawan aku sendiri kalau isteriku keggran dan sekarang isteriku tak sedarkan diri dan dia juga mengidap sakit rahim tahap 4 dan mungkin tidak dapat diselamatkan.

Penyakit nya dah lama tapi dia rahsiakan dari aku dan dia juga tidak menjalani apa2 rawatan sampailah dia pengsan d rumah semasa dia kejar aku dan masa tu aku tolak dia sampai jatuh. Nasib ada jiran nampak dia pengsan di ruangan parking. Ya Allah bersalahnya aku. Sekarang aku yang jaga anakku. Isteriku masih tak sedarkan diri. Makan tak boleh, bangun tak boleh, bercakap tak boleh. Tolong doakan isteri aku sedar. Aku nak cium kaki dia. Aku nak minta maaf ya Allah..

Sumber : KRT

Hargai Suami & Isteri Anda, Mungkin Esok Lusa Salah Seorang Akan Pergi

Ingatlah bahawa yang paling berharga di rumah kita bukan perabot, bukan peralatan elektronik, komputer, barang-barang antik atau barang perhiasan. Tetapi yang paling berharga ialah manusianya, yakni pasangan hidup kita. Dialah “modal insan” yang wajar dihargai lebih daripada segala-galanya.

ADAKAH KITA BENAR-BENAR SAYANG PASANGAN?

Soalnya, adakah kita telah benar-benar menghargai isteri atau suami lebih daripada barang-barang yang berada di rumah kita? Cuba renungkan, betapa ramai suami yang lebih prihatin tentang kereta berbanding isteri mereka. Batuk isteri yang berpanjangan semacam tidak kedengaran tetapi “batuk” kereta sedikit sahaja sudah segera dihantar ke kedai untuk  diperbaiki.

Bila enjin kereta “anh” sedikit sahaja bunyinya, cepat-cepat diusung ke bengkel, dibetulkan, ditune semula agar bunyinya  kembali normal. Sebaliknya, isteri yang batuk-batuk, lenguh dan pucat mukanya dibiarkan saja. Alasannya, itu sudah adat, badan sudah tu. Itu belum dikira lagi suami yang “kaki pancing” yang setiap hujung minggu berkepit dengan joran dan umpan, tega membiarkan isteri kesepian di rumah. Isteri juga apa kurangnya?

Ada para isteri yang leka dengan orkid dan barang antik, dibelek dan dikelek siang malam, sedangkan suami terbiar tanpa ditanya perasaan dan didengar luahan hatinya. Ada juga suami yang workaholic, bekerja siang malam, tidak mengenal istilah cuti dan rehat. Apabila ditanya mengapa begitu sibuk dengan kerja? Jawabnya, demi isteri dan anak-anak. Ironinya, dia bekerja sampai ke tahap mengabaikan isteri dan anak-anak.

Ya, mencari duit sehingga tidak sempat menikmati duit itu. Gigih mencari wang, tidak kira siang atau malam. Malangnya, apabila duit wang sudah terkumpul, kesihatan pula tergadai, rumah tangga berkecai, isteri dan anak-anak terabai.

Tegasnya, hargailah isteri dengan tindakan. Bukan hanya dengan ucapan. Jika benar ingin membahagiakan isteri, luangkan masa, krbankan tenaga dan tumpukan seluruh perhatian untuk membahagiakannya. Jika ada yang bertanya, bagaimana kita boleh menghargai pasangan kita di tengah kesibukan dunia moden yang begitu hebat? Jawabnya, insya-Allah, bila ada kemahuan pasti ada jalan.

Dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. Kata orang, kasih, cinta dan sayang umpama aliran air, sentiasa tahu ke arah mana ia hendak mengalir. Mulakan memandangnya dengan pandangan kasih. Mungkin wajah isteri kita sudah kedut tetapi insafilah mungkin separuh daripada kedutan di wajah itu kerana memikirkan kesusahan bersama kita.

Uban telah memenuhi kepala pasangan kita tetapi itu bukan uban sebarang uban tetapi ubat yang tumbuh kerana kesusahan memikirkan kebahagiaan kita dan anak-anak. Pandanglah wajah pasangan kita dengan pandangan mata hati (bukan semata-mata dengan mata biasa). Kalau dulu semasa bercinta, pandangan kita dari mata turun ke hati. Tetapi kini, biarlah pandangan kita lebih murni. Bukan lagi dari mata turun ke hati tetapi dari hati turun ke mata.

Dengan ini, yang kita lihat bukan bodynya lagi tetapi hati budinya. Yang kita pandang seharusnya bukan lagi urat, tulang dan daging tetapi suatu yang lebih murni dan hakiki, yakni kasih, kasihan, cinta, sayang, mesra, ceria, duka, gagal, jaya, pengrbanan, pendertaannya yang sekian lama telah dilalui bersama kita!

Daripada pandangan mata hati itulah akan lahir sikap dan tindakan yang membuktikan rasa cinta. Justeru, cinta itu tindakan. Tindakan yang tidak mengenal jemu dan lelah. Bak kata penyair; bila sudah cinta, ingin dipintal awan gemawan untuk dijadikan kerongsang, ingin dijadikan rembulan untuk menjadi lentera teman beradunya dan mahu dijadikan mentari sebagai sinar dalam duka dan laranya.

Ah, manusia sebenarnya tidak perlu diajar jalan membelai dan mempamerkan rasa cintanya. Apabila sudah ada rasa cinta yang mendalam dalam jiwa, jalan untuk menzahirkannya akan datang dengan sendirinya. Justeru, cinta itulah yang menyalakan kemahuan. Kemahuan itulah yang mencari jalan!

Mungkin si kaya pulang bersama cincin permata untuk menghargai si isteri. Sebaliknya, petani hanya membawa sebiji mangga untuk dimakan bersama permaisuri hatinya. Masing-masing dengan cara dan kemampuan sendiri. Itu bukan masalahnya, selagi ada cinta.

Buruh yang pulang bersama keringat disambut senyuman dan dihadiahkan seteguk air sejuk oleh isteri, tentunya lebih bahagia berbanding seorang jutawan yang hanya disambut di pintu vilanya oleh orang gajinya. Begitulah ajaibnya cinta yang dicipta Allah SWT, ia hanya boleh dinikmati oleh hati yang suci. Ia terlalu mahal harganya. Intan, permata tidak akan mampu membeli cinta!

Hargailah sesuatu yang dekat dengan kita. Mlangnya, kita selalu terlepas pandang kepada sesuatu yang “terlalu dekat”,  ada kalanya jauh lebih sukar untuk dilihat berbanding yang jauh. Begitulah. Isteri di depan mata, keberadaannya ada kalanya kurang dihargai dan dirasai kerana … sudah terlalu dekat.  

Kajian menunjukkan bahawa para suami di Amerika lebih banyak meluangkan masa menonton televisyen berbanding bercakap dengan isteri. Di negara kita, apa kurangnya. Tiga jam menonton bersama, namun sepatah kata pun tidak terkeluar untuk berbual. Suami dan isteri sibuk melayani fikiran masing-masing walaupun mereka duduk berhampiran.

Lebih-lebih lagi apabila duduk berjauhan. Mereka seolah-olah terlalu lokek untuk  bertanya khabar apalagi bertukar-tukar cerita. Ada kalanya, bertanya khabar kepada teman-teman jauh lebih banyak berbanding dengan isteri sendiri. Namun, bila isteri atau suami sakit – katalah hilang keupayaan bercakap dan bergerak, maka ketika itu timbullah penyeslan yang tak sudah. Puaslah menangis kerana tidak dapat mendengar suaranya lagi. 

Pada waktu itu barulah kita duduk di tepi katil hospital, merenung mata isteri atau suami, yang hanya mampu berkelip-kelip, tanpa kata, tanpa suara … “Bersuaralah isteriku, bercakaplah dengan suamimu,” rintih hati. Tetapi, rintihan tinggal rintihan. Segalanya sudah tidak berguna lagi.

Hidup terlalu singkat dan hidup hanya sekali. Yang pergi tidak akan kembali. Kata pepatah, patah tumbuh, hilang berganti tetapi tidak semua yang patah boleh tumbuh semula. Adakah anak, isteri, suami yang pergi, akan pulang semula? Justeru, hargailah selama semuanya masih ada. Pulanglah

ke rumah dengan ceria, tebarkan salam, lebarkan senyuman. Hargai dan sayangi isteri atau suami kita. Mungkin esok, kita tidak pulang atau dia yang tidak pulang. Cinta sewaktu senja sebenarnya sedang berlmba dengan nywa. pemergian boleh datang tiba-tiba. Mungkin kita yang “pergi” atau dia yang “pergi” dulu.

Sumber : Ustaz Pahrol Mohammad Juoi