Untung dapat isteri solehah. Satu hari suami dia mula berubah sampai sanggup cabar bini dia letak tangan atas pemanggang. Mengejutkan ini yang terjadi kat bini dia

Kisah Rumah Tangga

Assalamualaikum semua, Hari ini aku nak buka luahan hati kecil aku sebagai seorang lelaki. Ya, aku menaip ejaan dengan penuh bagi memudahkan mereka membaca luahan aku ini. Aku sudah pun berkahwin. Dan kemungkinan ramai yang mengkritik aku setelah apa yang aku luahkan. Aku jadikan ia sebagai satu pengajaran bagi aku dan semua. Aku berkahwin dengan seorang wanita. Baik orangnya. Bertudung labuh. Berpurdah. Sangat cantik di mata aku. Lagi lagi dia berlesung pipit di pipi gebunya itu. Setiap kali memandang ada iras iras juliana evans Itu bukan kisah yang aku nak ceritakan.

Kami bertemu di masjid kampung aku. Waktu itu bulan puasa 4tahun lepas. Dia pergi sembahyang tarawih di masjid itu begitu juga aku. Hati aku berkenan melihatnya. Aku senyum setiap kali dia terpandang aku, Tapi dia menjeling kepada aku. Lalu aku menyatakan hasrat aku untuk jadikan dia zaujah dunia akhirat aku. Aku ringkaskan saja. Punya lama aku mahu dapat si dia. Akhirnya Allah berikan aku jua dia kepada aku. Aku ni tak baik mana. Aku selalu minum, pergi kelab. Menjual barang tak dibenarkandadah sana sini. Tapi aku bukan kak1 perempuan. Sejhat jhat aku, aku belum lagi berziina. Kenaklan aku itu saja. Itu semua kerana aku salah pilih kawan.

Tapi itu dulu, Aku sudah pun bertaubat. Bulan demi bulan. Aku dinikahkan dengan si dia. Perkahwinan kami tahan selama 4 tahun sahaja. Dalam masa itu, aku tahu aku banyak buat kesalahan. Dia? Jalankan tanggungjawab dia sebagai seorang isteri, Masakkan dia sungguh memberi aku selera bertambah. Kawan kawan aku yang rasa setiap masakkan dia. Penuh dengan memuji. Isteri aku memang pandai memasak. Membuat kuih kek dan sebagainya, Dan dia tidak pernah meninggikan suara dia apatah lagi lawan cakap aku.

Ya, banyak kali aku menngking dia. Tapi dia? Senyum dan memujuk aku. Sejuk hati aku. Sangat tenang melihat raut wajahnya. Dan selama perkahwinan kami. Setiap kali aku menngking dia hanya satu sebab saja. Dia tak kasi aku keluar melepak dengan sahabat aku. Yalah. Aku kenal kawan aku dulu dari dia. Itu kata aku setiap kali dia memujuk ku agar tidak keluar dari rumah. Dan sampailah satu tahap. Aku terlalu geram. Waktu itu dia sedang membkr satay yang diperapnya. Aku laju melulu ke pintu tanpa menoleh sikit pun pada dia.

Dia mencapai tangan aku dan menarik tangan aku. Ayat dia selalu ungkap pada aku “abang.. Sudahlah tu pergi keluar. Dah malam. Janganlah tinggal saya seorang abang. Temanlah saya malam ni”. Aku geram. Ya aku terlalu geram. Sampai aku memberontk kepada dia. Sambil malam itu aku mencabar dia. Ya Allah Kijam sangat aku terhadap isteri ku, Aku menyuruh dia letakkan tangan di atas pemnggang satay jika betul dia tidak mahu mengizinkan aku keluar. Lalu apa yang dia buat? Malam itu dia letakkan tangan dia di atas pemanggang itu.

Aku penuh memki hamn pada dia. Dan menyatakan dia tiada akal. Lalu aku pun pergi keluar seperti biasa pada malam itu. Tanpa Hiraukan kesakitan dia itu. Aku tidak mempunyai anak. Kerana aku rancang. Aku belum sedia mempunyai anak. Dan aku tak berapa suka budak². Aku pun balik waktu subuh. Ya, aku buat perangai lama aku balik. Ini semua sebab kawan. Aku melihat isteri aku tengah solat di bilik. Dalam keadaan sujud. Aku biarkan. Dan aku mandi lalu terus menjunam ke katil. Biasanya isteri aku lepas saja solat. Dia akan datang pada aku. Memberi segelas minuman air 30juz. Itu isteri aku buat sendiri.

Ya, dia seorang hafizah. Penghafal al quran. Aku tahu, aku tak layak. Sungguh aku tak layak buat dia. Dia bidadari syurga manakala aku ahli ner4ka. Dari segi nafkah, aku abaikan. Isteri aku jenis bukan suka meminta minta. Dia mahu, dia usaha. Jadi aku tahu dia ada duit. Ya duit dia menang pertandingan hafazan. Setiap kali dia lawan hafazan di mana mana. Jadi selama aku makan. Dia yang belikan. Duit aku? Aku minum, j0li sana sini dengan perempuan.

Aku menunggu dia datang menerpa aku. Tapi.. Tidak.. Aku sangka mungkin dia merajuk pada aku.. Aku pergi ke bilik satu lagi.. Aku membuka pintu. Ya Allah, Isteri aku tak gerak gerak dari sujudnya. Aku goyangkan dia. Akhirnya j4sad dia terjatuh tenat. Aku seakan tak percaya. Apa kah dia tinggalkan aku. Apakah dia sanggup tinggalkan aku. Ya Allah. Banyaknya kesalahan aku buat pada dia. Sampaikan dia sepatah pun tidak pernah ingkar cakap aku.

Itu saja kisah ringkas aku. Aku menaip dengan air mata. Aku tak sanggup taipkan apa kesalahan aku pada dia lagi. Aku tak sanggup tenanglah wahai istri aku. Tenanglah kau di sana. Assalamualaikum.

Sumber:kisahjalanan

6 Bulan Diperantauan Mencari Rezeki, Suami Excited Untuk Pulang Jumpa Isteri. Tapi Setibanya Dirumah Terus Hilang Mood Melihat Isterinya Kusam.

Kisah suami yang bekerjaya tinggal berasingan dengan si isteri tercinta setelah 6 bulan di perantauan mencari rezeki, suami pulang dengan hati yang gembira akhirnya dapat bertemu anak2 & isteri tercinta. Setelah sampai di rumah, si isteri menyambut kepulangan suami dgn menyambut salam. muka suami tiba-tiba berkerut dan berkata di dalam hati ” kenapa kasar sangat tangan bini aku” dengus suami di dalam hati. Hilang separuh mood gembira pulang jumpa isteri.

Beberapa hari kemudian, suami termenung jauh sambil memandang si isteri memasak. kenapa tangan isteri aku xmulus? kenapa dia nampak penat walaupun selalu tersenyum? Duhai suami, sepanjang ketiadaan kamu. dua tangan isteri itula urus segalanya. tangan dia kasar sebab terlalu banyak buat kerja. Si isteri urus segalanya agar anak2 hidup dengan baik. Dapat makan dapat rehat dan bermain dengan bahagia.

Kau pernah nampak tandas rumah ko berkulat? pernah kau sental x sepanjang kau balik? xde kan. sebab isteri kau selalu sental tandas nak pastikan anak2 dan suami selesa bila menggunakam tandas.Dulu dia mungkin seorang pengotor tapi dia berubah untuk sediakan rumah syurga untuk suami & anak2. Kau pernah nampak sampah sarap dalam rumah kau sepanjang kau balik? xde kan. Sebab isteri kau lah menyapu & mengemas & mengemop selalu bagi bersih dan wangi bagi memastikan anak2 dan suami selesa berada di rumah. Dia berusaha menjadikan rumah kau bagai syurga.

Waktu makan dia hidang semua di atas meja dengan cantik agar anak2 dan suami berselera nak makan. Ada kau tolong kemas balik meja setelah habis makan? tak kan? kau blah pi landing main game. Lagi2 bulan puasa. Kau biar bini kau kemas balik semua sehinggakan dia lewat untuk solat maghrib. Suami jenis ape kau nie. Syurga bawah telapak kaki kau tapi kau perangai macam ib1is. Bertolak ansur la dgn isteri.

Dia kusam. Pernah kau beli vitamin2 untuk dia jaga diri dia? x pernah kan? nafkah bulanan belum tentu kau bagi. Duit barang dapur barang anak itu bukan termasuk dalam. Nafkah utk seorang isteri eh. tolong faham. lepas tu kau tanya kenapa dia kusam. Kalau boleh sental dengan clorox dia akan buat kalau boleh. Kau pernah nampak isteri kau tidur sebelum kau dan anak2 tidur? Tak pernah kan? Mungkin bila dia dah tak bernyawa baru kau dapat tengok dia tidur sebelum kau.

Kau penah nampak dia keletihan melayan perangai raja kau tu? Dia mungkin ikhlas buat semua tu. Tapi hati dia mungkin remvk. isteri bukan mahukan harta kekayaan semata2 dari suami. Kasih sayang dan perhatian mereka dahagakan. Berilah mereka. Suatu hari bila Allah menjemput dia. Kau akan rasa betapa kau perlukan seorang isteri sebaik dan setabah dia utk melayan perangai dajal kau tu. Kau tanya kenapa tangan bini kau xmulus? kau muhasabah diri kau. Duhai suami, isteri itu amanah. Bukan hmba. Kekurangan dia kau lengkapilah. Kelebihan dia kau hargailah.

Sumber:kisahjalanan