Usaha selama 13 tahun berbaloi, ank selamat dilahirkan lepas 6 tahun benih suami dibekukan

Penantian 13 Tahun Berakhir, Bayi Selamat Dilahirkan Selepas 6 Tahun Benih Dibeku. Setiap pasangan berkahwin sememangnya mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga yang dibina. Namun, tidak semua pasangan bernasib baik dalam melayari bahtera rumah tangg

a untuk memiliki zuriat mereka sendiri. Terbaru, penantian sepasang suami isteri selama 13 tahun untuk mendapatkan zuriat akhirnya menjadi kenyataan dengan kelahiran cahaya mata lelaki hasil daripada menggunakan kaedah In Vitro FertiIisation (IVF) atau dikenali bayi tabung uji.

13 tahun penantian zuriat

Menerusi Bernama, cahaya mata sulung kepada pasangan Mohd. Yuhairi Haniff Yoon dan Noor’adn Muhammad selamat dilahirkan di Pusat Rawatan Ibu dan Bayi (PRIBA), Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Apa yang lebih membanggakan apabila bayi lelaki

tersebut yang diberi nama Muhammad Syaqif Mutaqqin merupakan bayi pertama yang dilahirkan menggunakan kaedah pemindahan embrio beku atau Procedure Frozen-Thaw Embryo Transfer (FET) selepas enam tahun dibekukan di hospital berkenaan.

Kehilangan bayi kembar pada tahun 2013

Susulan itu menerusi Harian Metro, ibu bayi ini mula menjalani rawatan sejak tahun 2012 namun, kandungannya itu tak dapat diselamatkan kemudian pada usia kandungannya masuk dua bulan. Saya sudah beberapa kali menjalani rawatan IVF, namun kandungan tak dapat diselamatkan termasuk sepasang kembar pada Julai 2013 ketika usia kandungan 20 minggu.

Selepas kehilangan bayi kembar pada 2013 itu, memang saya sedikit tr4uma untuk meneruskan rawatan, setelah berbincang dengan suami, kami sepakat mahu mengambil masa selama lima tahun untuk berehat agar benar-benar bersedia mentaI dan fizikal untuk rawatan seterusnya.

Percubaan kali keempat

Tambahnya lagi, sejak berlakunya kegugguran sebelum ini dia mengambil langkah berhati-hati dengan mengamalkan pemakanan sihat, mengelak perjalanan jarak jauh serta mengambil cuti tanpa gaji bagi memastikan kandungannya pada kali ini selamat dilahirkan.

Selepas mengalami dua kali kehilangan (terakhir 2013), saya mulakan lagi rawatan dengan embrio beku dimasukkan pada Disember 2018 namun gagal. Siapa sangka dalam percubaan kali keempat iaitu pada 27 Januari 2019, barulah saya disahkan hamil dua minggu kemudian

Enam tahun pembekuan

Sementara itu menurut Ketua pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Dr Nasuha Yaacob berkata kebiasaannya prosedur FET ini mengambil masa purata antara satu hingga tiga tahun dari tempoh pembekuan, dengan maksimum selama lima tahun.

Sebenarnya proses pembekuan ini tidak ada tempoh tamat. Cuma, ini adalah garis panduan Kementerian (Kesihatan) untuk menggalakkan ibu memindahkan embrio dalam masa lima tahun. Pasangan ini bertuah kerana selepas dibekukan enam tahun, embrio ini masih berkualiti dan berjaya dilahirkan.

Allah swt makbulkan doa

Dalam pada itu, Noor’adn meluahkan rasa syukur dengan kurniaan terindah ini serta mengucapkan terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan pihak hospital yang banyak membantunya sepanjang rawatan ini. Allah swt telah makbulkan doa kami. Saya dan suami amat gembira kerana penantian untuk memiliki zuriat selepas 13 tahun berkahwin menjadi kenyataan. Saya juga berharap bayi kami ini membessar dengan sihat.

Sumber: Bernama, Harian Metro, Utusan Online

Hamil Di Usia 40an, Risiko Dan Tahap Kesihatan

Ada rakan saya bertanya, samada saya mengalami apa- apa isu kesihatan selepas kelahiran anak ketiga saya, dalam tahun 2015. Ketika itu saya berusia 37 tahun. Saya cuba untuk ingat semula sebarang kejadian membabitkan kesihatan selepas bersalin tetapi setakat yang saya ingat :

Selepas bersalin, pada hari ke-3, ujian cairan merah mendapati anak saya ada kuning dan kami terpaksa check in semula di hospital selama 3 malam. Semasa di wad, saya menjaga anak seorang diri, kerana anak kedua saya demam di rumah. Mujur ada emak menjaganya dan suami berulang alik antar hospital dan rumah.

Saya tidak mengalami sakit belakang seperti yang dialami semasa kelahiran anak pertama dan kedua. Saya jangka ini disebabkan saya sudah tahu cara yang betul untuk menyusukan bayi selepas bersalin operasi dan diberi tunjuk ajar cara bersenam oleh physiotherapist.

Lama juga saya cuba ingatkan kembali sebarang isu kesihatan sejak bersalin, Alhamdulillah memang tiada yang begitu serius. Eh, bila kali terakhir saya demam pun saya dah tak ingat! Rakan saya bercerita tentang satu isu kesihatan beliau, tapi maaf saya tak dapat kongsi di sini atas sebab- sebab peribadi.

Kami berbual tentang kesan kehamilan di lewat usia 30an, dan kami bersetuju yang kehamilan di penghujung usia 30-an ada sedikit berbeza. Bagi saya, untuk kehamilan pertama dan kedua, saya masih bekerja dan sangat kerap berurusan di luar daerah,

malah saya ke luar negara ketika sudah masuk 28 minggu. Berbeza dengan kehamilan anak ketiga, saya sudah pun bekerja dari rumah secara fleksibel. Saya punya lebih masa untuk berehat ketika kena “morning sickness” dan lebih tenang membuat persiapan menyambut kelahiran (secara c-section).

Kesuburan wanita merosot dengan pantas ketika menginjak usia 35 tahun, dan sekiranya pada usia ini wanita masih lagi sedang berusaha untuk memperoleh kehamilan pertama, ini adalah disebabkan oleh telur atau ovum yang semakin tua. Ovum yang merupakan sel terbesar di dalam tubuh wanita, secara semulajadi akan mengalami kemerosotan tenaga akibat penuaan.

Semakin ia tidak bertenaga, semakin ia sukar disenyawakan. Risiko penyakit cairan merah tinggi juga meningkat apabila wanita hamil pada penghujung usia 30-an. Penyakit cairan merah tinggi kena 10-20% daripada wanita yang hamil pada usia ini.

Masalah diabetes juga adalah salah satu daripada risiko yang boleh memberi kesan bukan saja kepada ibu tetapi juga kepada bayi yang dilahirkan. Risiko ini akan meningkat sekiranya wanita juga ada masalah berat badan sebelum dan semasa kehamilan. Kesejahteraan semasa kehamilan pada usia penghujung 30-an banyak bergantung kepada 2 perkara iaitu :

1- Tahap kesihatan dan kecergasan ibu sebelum kehamilan.

Sekiranya ibu mengamalkan diet yang seimbamg, kehamilan pada usia ini tidaklah begitu sukar dan berisiko. Sekiranya pada usia ini ibu sudah pun ada masalah tekanan cairan merah tinggi, kencing manis, obesiti, pernah melalui operasi c-section pada kelahiran yang lepas, ibu perlu lebih berhati- hati dan perlu ada pengetahuan yang lengkap untuk menguruskan kehamilannya.

2- Tahap kecergasan ibu

Ramai orang merungut kehamilan di usia 30-an, sehinggalah awal 40-an lebih memenatkan berbanding kehamilan pada usia yang lebih muda. Ibu kena tahu ia tidak semestinya begitu. Ibu yang aktif sebelum kehamilan, boleh kekal aktif bertenaga sepanjang kehamilan juga.

Ibu- ibu masih boleh bersenam seperti melakukan yoga, berenang, masih boleh berjogging, malah ada yang masih ke gym! Faktor lesu dan kepenatan ketika hamil di usia sebegini juga bergantung kepada kesibukan ibu menguruskan anak- yang lain,

terutamanya jika mereka masih di usia yang perlu dijaga dan dikawal sepanjang masa, ataupun di usia persekolahan yang sibuk dengan pelbagai aktiviti dan tuntutan harian. Bagaimana dengan pengalaman anda pula? Semakin mudah atau semakin mencabar kehamilan, selari dengan usia?

About ApamPink 1065 Articles
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah-ertikan, kami tidak akan bertanggungjawab. JIKA ANDA SUKAKAN SALAH SATU ARTIKEL, JANGAN LUPA SHARE...