Video ahli perniagaan yang tak sopan dengan seorang warga emas. Ini luahan Sherry Ibrahim.

Viral

Hari ini, viral sebuah video di media sosial memaparkan seorang lelaki dipercayai ahli perniagaan terkenal yang didakwa berlaku biadap terhadap seorang warga emas. Ahli perniagaan itu dipercayai bertanyakan beberapa soalan berhubung kehidupan masa lampau warga emas ini.

Video tersebut bagaimanapun, meraih pelbagai respon daripada warganet dan turut mendapat perhatian pelakon terkenal Sherry Ibrahim. ‘God send me to help you?’ Menerusi video pendek itu, ucapan yang disampaikan lelaki ini didakwa kurang sesuai kerana mempertikai masa lalu lelaki warga emas yang berada di hadapannya. Bukan sahaja menjatuhkan air muka warga emas tersebut, cara dia bercakap dengan nada tinggi juga dipertikai warganet.

Umur berapa? Saya tanya betul-betul masa muda dulu menyesal tak tak buat betul-betul. Masa muda dulu menyesal tak banyak main banyak tak buat betul-betul malas. Menyesal tak? Lelaki itu juga menjelaskan kepada orang ramai bahawa dia merupakan insan terpilih yang telah dihantar oleh Tuhan untuk membantu mereka semua.

VIDEO:

https://www.instagram.com/p/CR28OuSjemn/

Saya nak tanya korang, korang nak masa tua nanti baru menyesal ke? Pernah tak uols dream one day tak kisahlah you agama apa you pray to God show me the way how I’m going to change my life. Pernah tak?

What if today God send me to you guys. You wish your doa tu Tuhan how to change my life. Today God send me to help you. Video itu bagaimanapun telah dipadam di akaun Instagram ahli perniagaan tersebut namun sempat disimpan oleh pengikutnya sebelum viral di media sosial.

‘Sangat tak baik’. Ujar pelakon Syurga Yang Kedua, tindakan ahli perniagaan itu disifatkan sebagai ‘tidak wajar’ dan dia tidak sepatutnya berbuat demikian kepada sesiapa pun termasuk warga emas. Sherry memang pantang dengan orang yang tak pandai nak hormat orang-orang tua mcm ni. Tak perlu kot nak merendahkan orang mcm tu. Sangat tak baik.

Pada masa yang sama, Sherry sempat memberikan nasihat kepada ahli perniagaan itu supaya belajar untuk menghormati orang yang lebih tua dan mengubah sikapnya. Awak kena ubah sikap awak dan belajar untuk menghormati orang yang lebih tua daripada awak #KurangAjar. Terdahulu, viral sebuah video seorang lelaki yang menjelaskan kepada orang ramai bahawa dia merupakan insan terpilih yang telah dihantar oleh Tuhan untuk membantu mereka semua.

Sumber: Sherry Ibrahim Via OhBulan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.