Video makcik ni terkejut duit terbang dari surprise box. Tapi rupanya ini cerita sebenar.

Viral

Sebagai seorang anak, kita mesti ada keinginan untuk buat kedua ibu bapa senang dan bangga dengan diri kita. Selain tu juga, dah semestinya kita mahukan ibu bapa kita happy dengan berikan mereka hadiah ataupun dengan membuat surprise untuk mereka. Kadang-kadang tu juga, kita sebagai anak ni mesti ada ‘akal’ untuk kenakan orang tua kita sama macam kisah kali ini.

Teruja dapat duit, tapi…

Baru-baru ini, sebuah video menunjukkan aksi seorang emak yang seakan ‘terkejut’ apabila mendapat suprise daripada anaknya. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @tabzamri, menunjukkan dia memberi surprise box kepada ibunya. Selepas ibunya membuka simpulan riben pada belon tersebut, keluarlah deretan wang RM 100 dan RM 50 yang telah di kepilkan bersama.

Namun lain pula jadinya, apabila wang tersebut rupanya tak melekat pada kotak berkenaan dan terus terbang pergi. Ibunya yang nyata bingung, hanya mampu melihat pada duit yang sudah terbang tinggi itu. Selepas beberap ketika, si ibu nyata lihat masih buntu dengan apa yang jadi lepas fikirkan betapa besarnya nilai duit yang terbang tersebut.

Walau bagaimanapun, sebenarnya duit tersebut hanyalah wang palsu yang memang dah dirancang untuk sengaja buatkan si ibu jadi bingung. Lalu ibunya disuruh untuk menarik sekuntum bunga yang terdapat di kotak tersebut, dan barulah deretan wang sebenar yang keluar sebagai hadiah untuk dirinya. Terkejut dengan deretan wang yang ada di dalam surprise box tersebut, ibunya terus menjerit keriangan.

“Eh panjangnya.. “Aku punya banyaknya duit!” jerit seronok si ibu. Perkongsian video berkenaan telah menjadi bualan ramai, dan sehingga kini ia telah meraih lebih dari 148k tontonan di TikTok.

“Tengok muka mak dia, kesian tau..”

Di ruangan komen, tindakan lelaki itu yang sengaja mengenakan si ibu nyata mengundang pelbagai reaksi dari warganet. Ada yang seakan dah tahu bahawa duit terbang itu adalah duit palsu yang sengaja diletakkan. Selain itu juga, ramai yang kesian bila melihat reaksi si ibunya sewaktu deretan wang itu terbang.

Kesian betul tengok reaksi mula-mula tu. Tapi bila tengok makcik tu seronok, min pula ikut terhibur! Siapa masih ada ibu bapa tu, hargai mereka betul-betul ya.

https://www.tiktok.com/@ujangtalib83/video/7007726069440679194?sender_device=pc&sender_web_id=6990217675675272705&is_from_webapp=v1&is_copy_url=0

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.