Muat naik gambar dengan anak tapi ada pula yang kritik wajah ank. Rupa rupanya sampai macam ni sekali individu tu komen sampai ramai yang marah.

Artis

Baru-baru ini, pelakon jelita Mawar Rashid berkongsi beberapa keping gambar anak perempuannya, Raden Seri Rosabella Cinta yang kini berusia dua bulan untuk tatapan para peminat di laman sosial Instagram. Menerusi gambar-gambar tersebut, Mawar dilihat tersenyum gembira saat memegang dan mendukung anaknya yang memakai baju berwarna merah jambu bersama reben comel di kepala.

Aww. Comel sangat!. Tidak dinafikan lagi, ramai peminat yang teruja melihat perkongsian pelakon berusia 26 tahun itu dan memuji kecomelan bayinya. Malah, ada yang menyatakan pendapat anaknya itu mirip bapanya, Raf Yakob.

Komen tidak berasas

Namun dalam ramai yang memuji, ada seorang warganet yang kurang sopan tinggalkan komen tidak berasas mengkritik wajah kedua-dua anaknya, Raden Rosabella serta anak lelaki Mawar iaitu Raden Muhammad Rafael yang disifatkan tidak secantik dan setampan ibu bapa mereka. “Kenapa anak dia dua-dua tak comel padahal ‘mommy daddy’ cantik dan ‘handsome’,” tulis warganet itu di ruangan komen.

Budak pun nak ‘body shming’ ke?

Berikutan komen negatif daripada individu berkenaan, ramai peminat dan pengikut Mawar tampil mempertahankan anak-anak Mawar Rashid. Mana tidaknya, masing-masing masih kecil lagi. Tiada hati perut sungguh kritik ciptaan Allah! Bawa mengucap sebelum menghna. Kecil hati Mawar kalau baca komen. Kalau tiada benda baik nak diluah, lebih baik diam

Mawar berkahwin dengan suami, Raden Ahmad Faizal Yaakob yang juga merupakan adik kepada penyanyi dan cef selebriti terkenal, Fazley Yaakob pada 9 November 2017. Hasil perkahwinan, Mawar dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta manakala dua lagi adalah anak tiri.nya.

Jarang ‘upload’ foto bersama anak tiri, Mawar Rashid minta warganet tak menggelbah – “Saya sayang mereka… Allah sahaja yang tahu”

PERKONGSIAN foto pelakon Mawar Rashid bersama suami dan anak-anaknya di laman Instagram pada Sabtu mengundang pertanyaan segelintir warganet. Mawar menerusi laman InstaStory memuat naik paparan skrin komen warganet yang mempersoalkan kenapa aktres tersebut jarang berkongsi foto bersama dua orang anak hasil perkahwinan pertama suaminya, Raf Yaakob.

Terima beberapa komen yang sama, Mawar menjelaskan dia tidak pernah mengetepikan anak tirinya iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela yang kini menetap bersama ibu mereka. “Saya terima beberapa komen kata kenapa tak post Rayyan dan Raysaa. Ni jawapan dia, pertama mereka duduk dengan mak mereka. Jadi, mereka tak ada kat rumah saya.

Mawar beri penjelasan menerusi Instastory pada Sabtu. “Kalau setiap waktu mereka kat rumah kami, sudah tentu kami akan masukkan mereka. Ingat saya dan Raf ni, mak bapa yang kjm ke tak nak masukkan anak yang lain.

“Kedua, saya pun tak nak post banyak-banyak atau lebih-lebih. Saya tak perlu jelaskan perkara itu,” kata Mawar. Pertanyaan tersebut timbul selepas Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid memuat naik gambar bersama seluruh ahli keluarganya di Instagram.

Selain komen pertanyaan itu, pelakon berusia 25 tahun ini turut berkongsi paparan skrin mesej positif daripada warganet yang memintanya mengabaikan sahaja perkara tersebut. Cukup-cukup buat dsa. Jangan nak cepat hkm seorang ibu tiri.

Dalam pada itu, pelakon filem Ibu, Kasih Suci ini menegaskan dia tidak perlu memberi penjelasan atau membuktikan kasih sayangnya terhadap keluarga kepada orang luar. Bagi Mawar, hanya Allah yang mengetahui isi hatinya dan turut menganggap wanita yang bergelar ibu tiri akan mendapat pahala yang banyak dengan menjaga dan mendidik anak-anak dengan baik.

“Apa-apa pun, saya tak perlu beritahu anda semua apa-apa tentang sayang saya terhadap keluarga saya, janji saya bahagia dengan kehidupan saya dengan suami dan anak-anak. “Saya sayang mereka. Allah saja yang tahu. Jadi, tolong jangan nak menggelabah sangat. Bukannya tak post langsung gambar berenam. Cuba scroll bawah kat IG saya, jangan ftnah la!

“Cukup-cukup buat dosa. Jangan nak cepat hukum seorang ibu tiri. Besar pahala mak tiri ini… tolong besarkan, mendidik anak-anak sedangkan orang di luar sana mencci. “Besar pahala mak-mak tiri ini. Jangan risau mommies, saya bersama anda. Saya okey, gembira sebab Allah kan ada. Saya tak perlu bukti kepada sesiapa pun,” ujarnya.

Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael, 2 dan Raden Seri Rossabella Cinta yang hampir berusia dua bulan. Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9 dan Raden Seri Raysaa Chanela yang berusia lima tahun.

Sumber: Instagram Mawar Rashid

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Dilahirkan Secara Normal Dan Dia Sangat Bersyukur Dengan Kurniaan Tersebut. Raf Yaakob Dedahkan Sesuatu Tentang Anaknya Di Instagram

Pelakon kelahiran Kelantan, Mawar Rashid telah selamat bersalin anak keduanya bersama Raf Yaakob.Hal tersebut dimaklumkan sendiri oleh suaminya menerusi Instagram dengan memaklumkan bahawa bayi dan Mawar berada dalam keadaan sihat.

Menurut Raf Yaakob, bayi perempuan mereka telah dilahirkan secara normal dan dia sangat bersyukur dengan kurniaan tersebut.Adik kepada chef selebriti terkenal, Datuk Fadzley Yaakob itu juga sempat mengucapkan rasa bangganya kepada isteri tersayang apabila selamat menjalani proses bersalin. Dalam pada itu, Raf juga turut mendedahkan nama anak perempuannya iaitu Raden Seri Rossabella Cinta.

“Macam tak suka anak tapi sibuk bunting lagi!” – Mawar Rashid beristighfar dikatakan malas jaga zuriat sendiri, lepas tangan kepada ‘maid’


TINDAKAN 
pelakon Mawar Rashid menghantar anak sulungnya yang belum mencecah usia dua tahun ke prasekolah mengundang kritikan warganet . Mawar menerusi Instastory berkongsi paparan skrin mesej daripada individu yang menganggap aktres itu seakan-akan malas menjaga anaknya iaitu Raden Muhammad Rafael sejak kecil lagi.

Malah, individu tersebut juga mendakwa pelakon berusia 25 tahun itu seperti tidak menyukai anaknya sehingga menyerahkan tanggungjawab penuh kepada pembantu rumah dan ibunya sendiri.Antara mesej negatif dan positif yang diterima Mawar.“Mawar malas nak jaga Rafael ke suruh hantar sekolah? Kesian dia kecil lagi, baru setahun. Perasan juga daripada Rafael kecil, Mawar macam tak jaga dia.

“Pembantu rumah dan mak Mawar yang jaga. Mawar macam tak suka anak… tapi sibuk bunting lagi,” tulis individu tersebut.Sebelum ini, pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid ini berkongsi video di Instastorymemperlihatkan anak sulungnya itu kelihatan teruja untuk melakukan aktiviti di sebuah prasekolah.

Mawar juga pernah menjelaskan dia terpaksa menghantar anaknya ke prasekolah kerana mahu mencari rezeki seperti menguruskan perniagaan dan kerja dalam bidang seni.Dalam pada itu, pelakon telefilem Penaklukan Syaitan berkenaan berkata dia sudah memaafkan dan mendoakan agar Allah membersihkan hati individu tersebut.

Biarpun menerima kritikan dan mesej negatif, namun isteri kepada Raf Yaakob ini tetap meluahkan rasa syukur kerana masih ramai peminat yang memberi kata-kata positif kepadanya.“Astaghfirullah… semoga Allah bersihkan hati awak. Apa-apa pun, saya maafkan awak dan saya doakan awak untuk banyak buat dan cakap tentang kebaikan.

“Semalam dapat DM negatif ini tapi satu ini saja la yang negatif macam ini. Semua DM lain sangat positif. Terima kasih semua,” balas Mawar yang kini sedang hamil lapan bulan.Mawar sekeluarga tidak sabar menantikan kelahiran cahaya mata perempuan.

Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf pada 9 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael yang kini berusia setahun.Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9 dan Raden Seri RaysaaChanela yang berusia lima tahun.

Tak Cukup Satu Tapi Nak Dua. Mawar Rashid Tanpa Ragu Kongsi Status Dia Luahkan Pada Suaminya Tentang Impian Dia Yang Satu Ini Sehinggakan Meraih Perhatian Warganet

Pelakon Mawar Rashid tampil menjelaskan mengenai status gurauan yang dimuat naik oleh suaminya Raf Yaakob yang mengakui tidak pernah cukup dengan satu dan mahukan dua.Menurut Mawar, 25, suaminya itu memang gemar mengusik dan mendedahkan Raf sebenarnya memasang impian untuk memiliki dua buah kereta berjenama mewah untuk kegunaan harian.

“Raf bukan nak isteri dua, dia berangan nak ada kereta lagi satu… tak apa dia berangan jauh sebab nanti dia akan usaha dan kerja lebih keras untuk dapat benda tu.“Berangan ni macam doa, kalau ada rezeki dia, apa salahnya. Saya sebagai seorang isteri memang akan sokong 100 peratus pasangan saya selagi benda tu tak mematuhi ajaran Islam.

“Selagi Raf mampu, tahu kewajiban dan sebagainya… tak ada masalah jika dia mahu dua atau tiga kereta.Mawar Rashid bahagia lalui kehidupan rumahtangga dengan Raf.“Saya pun memang selalu bergurau dengan suami kerana dia selalu cakap nak dua tapi kita faham apa maksud dan gurauan dia itu,” katanya.

Menerusi IG, Mawar memuat naik video dan menulis kapsyen Raf sering menyebut tidak cukup satu dan mahukan dua.Jika ada warganet yang komen bukan-bukan kerana gurauan di media sosial itu saya menggangap mereka sengaja mahukan perhatian.Dalam pada itu, pemenang Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH33 ini berkata sokongan dan penghargaan terhadap pasangan merupakan kunci kebahagiaan dalam sesebuah ikatan perkahwinan.

Malah, dia cukup menghargai pengrbanan suami yang sentiasa memberikan kata-kata positif ketika dia hampir patah semangat kerana ujian dalam karier seni dan perniagaan.“Bagi saya, jika ada warganet yang komen bukan-bukan kerana gurauan di media sosial itu saya menggangap mereka sengaja mahukan perhatian atau mungkin masih belum matang.

“Sebagai seorang artis, saya tak boleh cepat melatah, anggap sahaja itu adalah asam garam dalam industri seni.“Orang luar tak tahu apa susah senang saya dan suami lalui untuk mencari rezeki… biarlah orang nak kata apa pun, saya dah biasa dengan komen negatif,” ujarnya yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael.Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9 dan Raden Seri Raysaa Chanela, 5.

Bijak Atur Strategi

KEMENANGAN pelakon Mawar Rashid dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33 (ABPBH33) pada Jumaat lalu menimbulkan persoalan dalam kalangan warganet .Enggan membiarkan warganet berterusan mempertikaikan kemenangan itu, Mawar menjelaskan keputusan tersebut berdasarkan undian peminat yang dikira mengikut sistem yang disediakan pihak penganjur.

Menurut Mawar, 25, penjelasan yang dibuat ini bukan untuk mempertahankan dirinya namun ingin menghargai usaha keras peminat dan keluarganya.Mawar pertahankan usaha keras peminat.“Semua sedia maklum kemenangan dalam ABPBH ini berdasarkan undian peminat. Undian dikira paling tinggi dengan mengikut sistem yang disediakan pihak penganjur.

“Ramai yang tidak tahu proses undian berpuluh ribu itu datang daripada pembelian satu peranti telefon selain dari proses scan QR code dengan jumlah 700 setiap kali scan.“Jadi, boleh bayangkan tak bagaimana usaha mereka. Sebagai contoh, kenapa orang pertikaikan 22 juta undian Haqiem, sedangkan peminat dia mengundi mengikut apa yang sistem ABPBH laksanakan.

Undian dikira paling tinggi dengan mengikut sistem yang disediakan pihak penganjur.“Mereka yang mempertikaikan kemenangan ini ada hak untuk bersuara. Tapi saya mahu jelaskan perkara ini sebab nak pertahankan usaha keras kelab peminat dan keluarga saya,” katanya kepada mStar.Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Warganet Tertanya Tanya Filem Yang Mawar Berlakon Sampai Boleh Menang Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular. Rupa Rupanya Filem Ini Yang Mawar Rashid Pernah Berlakon.

Warganet tertanya tanya filem yang Mawar berlakon sampai boleh menang Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular. Rupa rupanya filem ini yang Mawar Rashid pernah berlakon.Mawar Rashid mencipta kejutan apabila memenangi trofi Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, malam tadi. Mawar atau nama penuh, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid meleburkan harapan pelakon popular wanita lain seperti Mira Filzah, Nur Fazura, Nabila Huda dan Erra Fazira.

Ini adalah kemenangan sulung Mawar di pentas ABPBH selepas beberapa kali tercalon. Mawar yang sedang hamil anak kedua hasil perkahwinannya dengan usahawan, Raf Yaakob mula berhijab sejak sambutan Maal Hijrah, Ogos lalu.

Pada awal pembabitannya, dia pernah digelar ‘Mawar GST’, ketika bersaing pada program pencarian Dewi Remaja, kira-kira lima tahun lalu. Antara drama lakonan Mawar adalah Tundukkan Playboy Itu, Suamiku Paling Sweet selain filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium dan Bu, Kasih Suci.

“Syukur, Alhamdulillah, saya sebenarnya dalam industri ini ada jatuh bangun. Bagaimanapun, saya terharu kerana ini kali pertama dalam tempoh tujuh tahun dalam industri, saya menang anugerah.“Saya sangat sebak kerana kemenangan ini adalah disebabkan peminat yang tidak jemu menyokong saya.

“Bagi saya, trofi ini sangat bermakna. Saya berhasrat untuk mengembangkan bakat yang ada, seterusnya membina nama dalam industri. “Ini adalah rezeki bayi dalam kandungan yang sekarang sudah tujuh bulan. Doakan saya ya.

“Terima kasih kepada peminat yang undi Mawar, TV3 dan rakan media,” katanya. Pun begitu, sejak diumumkan sebagai pemenang ramai yang mencetuskan tanda tanya filem apakah yang dibintangi pelakon itu sehingga berjaya mengangkat popularitinya. Pening warganet cari filem apa Mawar Rashid berlakon


Setelah dicari dan mencari, kami berjaya jumpa filem yang dikatakan punca Mawar Rashid menang anugerah tersebut. Filem itu berada di pawagam pada tahun 2019 dan namanya adalah Bu, Kasih Suci “Bu Kasih Suci” tiga cerita dalam sebuah filem

Tetapi tidak dapat dipastikan adakah betul 100% filem ini sebenarnya tetapi rasanya ini sahaja filem yang mawar rashid berlakon pada 2019. Turut mendapat tumpuan adalah Mawar Rashid yang merangkul anugerah Pelakon Filem Wanita Terbaik. Selaku tulang belakang, suami meluahkan rasa bangga melihat pencapaian isteri dalam bidang seni. Dalam pada itu, Mawar juga sempat berlakon dalam telefilem s3ram berjudul Penaklukan Syaiitan pada 2019

Selepas Hampir 2 Tahun Berehat, Mawar Rashid Kembali… Tapi Kali Ini Lebih S3ram!

Pelakon Mawar Rashid kembali memeriahkan industri lakonan selepas hampir dua tahun tidak menjayakan sebarang watak. Menurut Mawar, dia bersedia untuk kembali ke set penggambaran selepas anak sulungnya, Raden Muhammad Rafael berusia tujuh bulan.

“Sebenarnya, sudah hampir dua tahun saya tidak berlakon. Saya mendirikan rumah tangga, selepas itu melalui proses kehamilan dan kini sudah mempunyai seorang anak. “Sejujurnya, saya tak tetapkan masa bila saya mahu berlakon semula kerana saya mahu melahirkan bayi. Saya sendiri tak tahu perasaan menjadi seorang ibu bagaimana.

“Kini, anak sudah menginjak usia tujuh bulan dan saya sudah bersedia untuk kembali menerima tawaran lakonan. Saya juga tak risau kerana ibu membantu untuk menjaga anak saya. “Alhamdulillah, saya kembali ke set penggambaran menerusi telefilem seram yang bersiaran di slot Citra Exclusive berjudul Penaklukan Syaitan arahan Michael Ang,” kata Mawar.

Tambah isteri kepada Raf Yaakob ini, dia menerima tawaran ini kerana mahu bekerja bawah arahan Michael. “Bila dapat tawaran, saya berfikir sejenak. Lebih-lebih lagi karya ini merupakan karya seram. Saya pula sudah lama tidak muncul di kaca televisyen.

“Tiba-tiba. kembali berlakon dengan naskhah seram arahan Michael. Dia pula merupakan seorang pengarah yang teliti. “Tapi, disebabkan saya nak sangat bekerja dengan Michael, saya terima sahaja tawaran ini. “Dulu, saya hampir bekerjasama dengan Michael menerusi drama bersiri Hero Seorang Cinderella tetapi akhirnya saya terpaksa tolak kerana kekangan jadual,” katanya lagi. Dalam perkembangan lain, Mawar bakal digandingkan dengan pelakon Hisyam Hamid dalam sebuah drama bersiri 20 episod yang bakal menjalani penggambaran tidak lama lagi.

Fakta Menarik Mengenai Mawar Rashid

1. Berketinggian 1.60 meter. 2. kacukan Melayu-Siam. 3. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2014. 4. Bekas peserta pertandingan Dewi Remaja 2014/15 yang mana ketika itu turut disertai Raysha Rizrose, Puteri Aishah, Mimi Lana, Deeba Halil, Balqish Maarif dan Syamim Farid. Mawar meraih undian tertinggi untuk memenangi kategori peserta kegemaran.

5. Pernah tular gara-gara tidak dapat menjawab soalan wartawan berkaitan maksud sebenar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ketika awal perlaksanaannya. Berikutan itu, ada segelintir warganet yang menghentam kononnya dia adalah ‘bimbo’ yang bermaksud ‘cantik tetapi bdh’. Mawar memohon maaf kerana ketidakpekaannya terhadap perkembangan ekonomi negara.

6. Meminati seni tarian. 7. Sukakan nasi dan masakan pedas. 8. Menyifatkan dirinya seorang yang manja dan mudah terhibr. 9. Takutkan lipas hingga boleh menangis! 10. Pandai bermain gitar. 11. Pandai bercakap dalam bahasa Thai dengan baik. 12. Beberapa drama dibintanginya ialah Super Gameboy, Tundukkan Playboy Itu, 2000km Ke al-Haram, Suamiku Paling Sweet, Dia, Kalis Kasih, pncri Cinta Kelas Satu, Isteriku Mem Besar dan Raisha 2.

13. Telefilem lakonannya menerusi Rajuk, MTI, Imam Samar-Samar, Cinta Bersegi-Segi dan Pok Ya Cong Codei: Siti Di Hati.14. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium. 15. Menerima pencalonan dalam kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 dan Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

16. Bertunang dengan pelakon dan ahli perniagaan, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf Yaakob yang juga merupakan adik kepada penyanyi dan cef Fazley Yaakob pada 7 Julai 2017 sebelum mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017.

Sumber : BHARIAN ONLINE / IMDB via ASN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Mengejutkan Mawar Rashid Muatnaik Sesuatu Di Ig Nya. Kalau Syg Tapi Tk Jaga Hati Buat Apa. Rupa Rupanya Ini Yg Terjadi Dgn Rumahtangganya.

Pelakon, Mawar Rashid ada memuat naik sekeping foto menerusi laman media sosial Instagram miliknya. Di samping berkongsi swa-foto bersama suami, bintang berusia 24 tahun ini ada memberi kata nasihat untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.

“Saya percaya dengan cinta setulus hati, cinta yang memberikan kebahagiaan dan keberkatan dalam dunia & akhirat. “Dan bukan cinta yang hanya berlandaskan ‘sayang’. Kalau stakat sayang, tapi tak jaga perasaan buat apa kan? “Slalu jugak dengar orang cakap, kalau dah ‘sayang’ tu, kita kene tahan dengan sikap dia. No no. Itu bukan namanya ‘sayang’ atau ‘cinta’.

“Tu namanya merosakkan jiwa sendiri dan tak memberi peluang kepada pasangan untuk menjadi yang lebih baik. “Kalau ada salah yang tak dapat dikawal antara suami isteri tu, seeloknya pergi la cari org yang lebih arif untuk meredakan jiwa dan ‘belajar’ perkara yang sebetulnya. Just sharing. I also still new in marriage,” tulisnya.

Selain itu, bintang drama bersiri TQ Captain ini menyarankan agar setiap pasangan suami isteri harus mempunyai sikap toleransi antara satu sama lain. “Saya percaya, kalau kita cinta, kita mesti belajar untuk jadi yang terbaik kan. Kita lahir lahir bukan nye dah tahu semua benda. Banyak benda nak kene belajar. Cinta bergantung kepada dua insan.

“Samasama lindungi fizikal & mental. Sama sama adil. Sama sama menasihati. Sama sama belajar untuk menjadi orang yang lebih baik dari yang sebelum ni. “Kita ni tak ada pun yang sempurna. Sebab tu kene slalu rendah diri kepada ilmu.

“lmu sesama pasangan tu paling penting sebenarnya. Sebab partnerlah actually our biggest supporters. “Thank you Abang kerna sentiasa ingin membuktikan apa itu maksud cinta. Thank you kerna sentiasa mencari ilmu demi ‘mendidik’ orang rumah.

“Semoga Allah sentiasa berikan keberkatan dalam hidup abang. Aminnnn,” tulisnya lagi. Imbas kembali, Mawar dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob berkahwin pada 9 November 2017 dan dikurniakan satu cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac lalu. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Foto: Instagram Mawar Rashid

Lama menyepi akhirnya Mawar Rashid tampil dengan penampilan terkininya yang berhijab. Mawar bongkarkan punca dia terbuka hati untuk bertudung.

“Sebenarnya saya nak tutup aurat dah lama sangat. Sudah tentu sebagai wanita beragama Islam ada impian untuk jadi muslimah yang beriman di hadapan Allah. Dah lama impian ini tersimpan. Tapi itulah… saya pun manusia biasa dan banyak kekurangan.

Hati saya pun rasa berbolak-balik, sebab itu masa Ramadan saya cuba untuk berhijab tapi rasa tak bersedia lagi. Saya tahu waktu itu hati tak kuat tapi Alhamdulillah, saya dapat hidayah selepas masuk kelas agama dan belajar lebih mendalam tentang Islam. Selama ini memang sentiasa ingat Allah tapi lepas masuk kelas, baharu saya belajar dan faham.

Sebenarnya saya ada lima orang adik-beradik perempuan dan semua kakak serta ibu saya memakai tudung. “Memang daripada dulu saya bersyukur, dan setiap kali solat mesti akan menangis… bukan sebab sedih tapi sebab Allah dah beri nikmat terlalu banyak tapi tak boleh tutup aurat.

Nak buat perkara wajib ada saja alasan,” katanya kepada mStar. Mawar memberitahu dia mula berhijab pada Isnin lalu dan memilih hari Jumaat untuk berkongsi berita gembira tersebut sempena Awal Muharram. Sebelum ini, pelakon drama Suamiku Paling Sweet itu memakai tudung sepanjang

bulan Ramadan namun selepas itu dia kembali dengan penampilann tanpa hijab. Dalam pada itu, Mawar berkata suaminya iaitu Raf Yaakob antara orang yang paling bahagia dan gembira dengan keputusannya untuk berhijrah.

“Raf orang yang sangat bahagia walaupun dia tak memaksa. Dia banyak bagi hint tapi saya cakap biar benda itu datang daripada diri sendiri. Alhamdulillah, saya tak rasa paksa diri tapi memang saya sedar ini tanggungjawab saya.

Dia sentiasa mendoakan semoga saya terus istiqamah dan paling gembira dia tak tanggung dosa sebab saya tak tutup aurat. Keluarga saya pun bersyukur dengan perubahan ini. Sebenarnya saya ada lima orang adik-beradik perempuan dan semua kakak serta ibu saya memakai tudung. Sebelum ini, memang saya seorang saja tak berhijab,” ujarnya.

SUMBER : Mstar