Wanita tampil baca jampi bantu berubat pesakit diganggu makhluk halus secara online. Sekali ramai pulak yang was was dengan tindakannya.

Viral Wanita

Sejak pandemik melanda dunia, sememangnya wadah utama untuk berniaga adalah secara atas talian atau online. Dari membeli makanan, keperluan rumah, ubat-ubatan dan juga pembelajaran, semuanya hanya di hujung jari sahaja. Namun tidak sangka ada juga rawatan alternatif yang dilakukan secara online sahaja untuk mengubati pesakit. Hal ini pasti menjadi tanda tanya orang ramai sama ada ia berkesan ataupun tidak.

Lain macam cara berubat

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @mustakim_ismail, dia telah memuat naik semula satu video seorang peramal perubatan alternatif sedang melakukan ritual secara atas talian. Menerusi video yang dikongsikan pengguna Twitter yang diperoleh daripada aplikasi TikTok, dapat didengar seorang wanita bertelekung sedang mengubati pesakitnya dengan menggunakan kalimat Allah S.W.T dan seolah-olah sedang berinteraksi dengan ‘sesuatu’

Adakah ini sy1rik?

Hal tersebut membuatkan warganet berasa pelik dengan kaedah rawatannya memandangkan ‘rawatan’ tersebut dilakukan secara live di aplikasi TikTok. Ramai yang beranggapan bahawa tindakan tersebut agak bertentangan dengan ajaran Islam dan boleh disifatkan syirik menurut kata warganet.

Berubat, berubat juga, filter jangan lupa

Sekarang semua business kena online

Ilmu hitam guna hembus2 dekat TikTok je

Kalau internet slow macam mana?

Sumber: Twitter @mustakim_ismail

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.