Walaupun banyak kali muntah dalam kereta. Wanita kedah terharu kampung di Afrika dapat telaga air.

inspirasi Kehidupan Kisah Rumah Tangga Percintaan Perkauman Selebriti Wanita

Jikalau rasa mengeluh kerana belum kaya, hakikatnya ramai lagi orang di luar sana yang lebih miskin dari kita. Bagi yang mengikuti perkembangan influencer Fila Amir bersama suaminya Adama Mohamed Camara, pastinya dapat melihat banyak dugaan yang dilalui penduduk di Guinea, Afrika Barat.

Sebelum ni terpaksa beli air…sekarang boleh dapat di telaga & pam air sumbangan rakyat Malaysia.

Menerusi Instagramnya, Fila Amir berkongsi bahawa penduduk beberapa kampung di kawasan padalaman terpaksa membeli air demi urusan harian masing-masing. Justeru, dia bersama suami meluahkan rasa terharu susulan telaga dan pam air telah siap dibina di sana berkat sumbangan wakaf rakyat Malaysia.

Muntah tak henti, sampai separuh plastik hitam…tapi bila tengok pak cik mak cik happy dapat telaga memang tak menyesal

Dalam pada itu, wanita berumur 26 tahun berkenaan akui dirinya tidak boleh makan banyak sebelum merantau jauh untuk masuk ke bahagian pedalaman selain jalannya juga tidak rata. Namun setibanya di sana, dia tidak sampai hati menolak makanan yang disediakan. Gara-gara itu dia akhirnya muntah sepanjang perjalanan balik, namun langsung tidak menyesal apabila melihat wajah gembira penduduk tempatan selepas menerima sumbangan tersebut.

Sedih & terharu tengok mereka syukur dapat nikmat air…semoga pengorbanan terbalas dengan pahala.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh apabila melihat penduduk di sana teruja dapat air percuma. Selain berharap Fila kembali sembuh daripada mual, mereka turut memuji jasa pasangan suami isteri berkenaan menyampaikan amanah dari Malaysia bagi membantu masyarakat di sana.

Sumber: IG filaamir

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.