Warga emas ni pernah tular tinggal di rumah usang. Sekali akhirnya terbongkar identiti makcik ni. Rupanya miliki aset hampir jutaan ringgit.

Berita

Warga emas yang ditular tinggal di rumah usang didakwa memiliki aset yang bernilai hampir RM1.7 juta dengan mengambil kira hartanah dimiliki keluarganya. Keluarga Rokhimah Ismail, 67 turut memiliki enam rumah dengan nilaian semasa hampir RM2 juta.

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) pula memberitahu warga emas terbabit juga merupakan penerima bantuan zakat bulanan daripada pihaknya. ”Rokhimah atau dipanggil Mak Ngah tidak pernah berkahwin dan tidak mempunyai anak. Sebelum ini dia tinggal bersama saudara-maranya.

” Keluarganya juga mempunyai beberapa rumah yang lengkap dengan kemudahan asas terletak berhampiran rumah uzur yang ditularkan baru-baru ini,” kata LZNK. Baru-baru ini tular seorang warga emas dikatakan terabai dan tinggal keseorang di sebuah rumah usang di Alor Setar.

LZNK turut menjelaskan ada di antara rumah milik keluarga tersebut masih tidak berpenghuni kerana dijadikan rumah sewa yang lengkap dengan bekalan elektrik dan air. Bagaimanapun katanya Mak Ngah Rokhimah mengambil keputusan untuk tinggal semula di rumah usang bersebelahan rumah milik keluarga berkenaan.

” LZNK cuba memujuk warga emas itu supaya berpindah ke rumah lain milik keluarganya namun dia menolak,” katanya di sini. Malah perkara itu juga diakui seorang anak saudara Rokhimah yang dikenali sebagai Shariman.

” Kami sudah cuba memujuk Mak Ngah untuk tinggal di rumah lain milik keluarga tetapi Mak Ngah berkeras nak tinggal di situ (rumah usang). ” Saya bagi pihak keluarga memohon supaya orang ramai tidak salah sangka dengan berita yang diviralkan di media sosial kerana sedikit sebanyak ia memberi kesan kepada imej kami sekeluarga,” katanya.

LZNK juga menjelaskan pihaknya turut menawarkan penduduk terbabit tinggal di sebuah Pondok Pengajian yang berada di bawah seliaan lembaga itu yang lengkap dengan kemudahan asas. Namun malangnya warga emas terbabit menolak tawaran tersebut.

Rokhimah merupakan penerima bantuan kewangan LZNK secara bulanan sebanyak RM200 bermula sejak 2018 sehingga 2020. Selain dia juga pernah menerima bantuan kewangan zakat sekaligus sebanyak RM300 pada Disember tahun lepas.

Menurut anak saudaranya Rokhimah turut menerima bantuan ‘Food Bank’ melalui Penolong Amil dan Imam Kariah Masjid. Di samping itu Bantuan Warga Emas daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah sebanyak RM500 sebulan.

Terdahulu, pada 31 Januari lalu, kisahnya pernah tular di media sosial apabila terpaksa mendiami rumah pusaka yang daif dan hanya menunggu masa untuk menyembah bumi di Lorong Ayer Puteh, Jalan Pegawai, Alor Setar.

Ketika itu, Rokhimah berkata, rumah yang didiami sejak 1973 itu semakin rosak dimakan anai-anai dan sebahagian besar bumbung rumah bocor. ” Saya selalu terjatuh akibat terpijak lantai rumah yang reput. Keadaan dalam rumah basah setiap kali hujan.

”Tapi apakan daya saya tidak mempunyai wang untuk bina rumah baharu kerana hanya mengharapkan bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) sebanyak RM350 dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) RM200 sebulan untuk kelangsungan hidup,” katanya.

Rokhimah berkata, wang itu hanya cukup untuk menampung kehidupannya membeli makanan dan barangan keperluan serta membayar bil elektrik dan air. Katanya, dia lebih senang tinggal di situ walaupun pernah diajak berpindah ke rumah salah seorang adiknya di Jitra.

” Saya pernah memohon rumah daripada LZNK pada Ogos tahun lalu dan sangat berharap rumah pusaka ini akan dapat diganti dengan rumah lebih selesa,” katanya.

Sumber: harakah dan hmetro

Lepas Tular Tentang Ibu Yang Ambil Koolfever Dan Makanan Untuk Anak Tu. Tiba Tiba Lembaga Zakat Selangor Bongkarkan Status Sebenar Wanita Tu. Rupanya Ini Pihak Zakat Dedahkan.

Mengambil tanpa izin itu satu kesalahan, tetapi untuk menghkm keluarga miskin yang sedang kelaparan juga adalah sesuatu yang tidak betul. Itu kata-kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal, yang turun padang membantu seorang ibu dalam kesusahan yang dikatakan mengambil Koolfever dan makanan untuk anak-anaknya.

Menurut Penolong Pesuruhjaya Polis itu, dia dimaklumkan semalam bahawa polis daerah menerima laporan tersebut yang berlaku di sebuah pasar raya. Bagaimanapun, katanya, ada sesuatu pada kes berkenaan yang menggangu fikirannya.

Wanita itu ditahan kerana disyaki mengambil kek pandan, sosej dan dua pek Kool Fever untuk anak-anaknya. “ Jadi saya pun berasa terpanggil, untuk pergi berjumpalah dengan wanita ini. Saya percaya dia ada masalah, kalau tidak dia takkan buat perkara-perkara macam itu,” katanya pagi tadi.

Nik Ezanee bercakap menerusi siaran langsung Facebook di laman Facebook Polis Daerah Petaling Jaya, memaparkan dia dan sekumpulan pegawai pergi melawat keluarga di sebuah flat kos rendah di daerah berkenaan. Polis membawa bersama bakul hadiah dan sebungkus beras daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, selain beberapa barangan keperluan untuk keluarga itu.Tidak ketinggalan, beberapa pek Kool Fever turut disumbangkan.

Memang asnaf berdaftar

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengesahkan wanita yang tular di media sosial selepas ditahan kerana tidak membayar kuih, sosej dan ‘KoolFever’ di sebuah pasar raya merupakan asnaf berdaftar di bawah agensi itu.

LZS menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook pada Khamis memaklumkan keluarga tersebut telah berdaftar sejak tahun 2018 dan menerima bantuan kewangan bulanan, perayaan dan keperluan sekolah. “Namun begitu, prihatin dengan apa yang berlaku, kami akan melihat semula keperluan keluarga ini dan permasalahan mereka,” katanya pada Khamis.

Terdahulu, Polis Daerah Petaling Jaya memberi bantuan kepada wanita berkenaan pada Rabu. Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu, namun tiada tindakan lanjut diambil ke atasnya. Laporan Sinar Harian berkenaan wanita ditngkap kerana tidak membayar kuih, sosej dan ‘KoolFever’ di sebuah pasar raya yang kisahnya tular di media sosial baru-baru ini.

Nama Asisten Komisioner Nik Ezanee tular sekelip mata

Nama Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal viral sekelip mata selepas beliau turun padang membantu seorang ibu dalam kesusahan yang dikatakan ambil Koolfever dan makanan untuk anak-anaknya.

Malah kata-kata ‘ambil tanpa izin itu satu kesalahan, tetapi untuk menghkm keluarga miskin yang sedang kelaparan juga adalah sesuatu yang tidak betul’ yang diucapnya begitu menusuk kalbu warganet. Seorang wartawan berpengalaman, Syahril A. Kadir turut tampil mendedahkan perangai sebenar pegawai polis itu.

Berikut antara perkongsian beliau: Ada yang minta saya komen pasal tindakan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal, yang tadi turun padang membantu seorang ibu dalam kesusahan yang dikatakan ambil Koolfever dan makanan untuk anak-anaknya.

Nak komen apa, memang dah tu perangainya. Sebelum ni pun bukan main ramai bekas pegawai polis yang dah pencen, yang susah di PJ ni dia pergi jenguk, tanya khabar. Ah So yang jual kuih pau pun dia pergi jenguk. Ini bukan publicity stunt brader. Dia adalah dia. Strict sangat pun dia. Banyak menolong masyarakat pun dia. Itulah dia. Nak kata apa lagi.

Sumber: Syahril A. Kadir

Persoalan Sama Ada Pengeluaran Wang I Sinar KWSP Perlu Dizakatkan Atau Tidak. Pengurus Unit Syariah Tampil Jawab Persoalan Tersebut

Ada pelbagai persoalan yang menjadi tanda tanya tapi ini antara yang kerap ditanya. Adakah pengeluaran menerusi program i-Sinar dan i Lestari perlu dizakatkan? Zakat adalah ibadah yang memiliki 2 dimensi iaitu sebagai ketaatan kepada Allah dan kewajiban kepada sesaa manusia.. Tambahan pula, ia turut terkandung dalam rukun Islam keempat yang mana menjadi satu kewajipan bagi umat Islam untuk menunaikan ibadah itu.

Manakala dari sudut bahasa pula, zakat bererti bersih, suci, subur, berkat dan berkembang.Sementara itu dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu untuk diberikan kepada asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.

Semenjak pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia, ramai terkesan akibat virus itu termasuk hilang sumber pendapatan, perniagaan terpaksa ditutup selain dibuang kerja oleh majikan.Bagi membantu mengurangkan beban golongan yang terkesan, kerajaan memperkenalkan pelbagai bantuan termasuk kemudahan pengeluaran wang daripada program i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membolehkan pencarum memilih untuk mengeluarkan RM500 sebulan selama 12 bulan daripada Akaun 2 mereka.

Pengurus Unit Syariah Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Ahmad Husni Abdul Rahman.Baru-baru ini pula, kerajaan memperkenalkan program i-Sinar melalui Akaun 1, KWSP dengan jumlah pengeluaran minimum RM10,000 ke RM60,000 mengikut kriteria kelayakan ahli.

Persoalannya kini, adakah pengeluaran menerusi program i-Lestari dan i-Sinar itu perlu dizakatkan?Pengurus Unit Syariah Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Ahmad Husni Abdul Rahman menjelaskan secara asasnya apa-apa jumlah wang dikeluarkan daripada KWSP berdasarkan kriteria tertentu adalah wajib dizakatkan khasnya apabila jumlahnya melebihi nisab.

Pengeluaran seumpama ini meskipun tidak mencukupi nisab, ia perlu ditaksir bersama sumber pendapatan yang lain bagi melengkapkan nisab untuk tujuan zakat.Bagaimanapun Ahmad Husni memberitahu, disebabkan oleh pandemik wabak covid-19 pengeluaran yang tidak melebihi nisab (jumlah batasan pemilikan seorang Muslim selama satu tahun untuk wajib mengeluarkan zakat) adalah dikecualikan dari zakat jika pemiliknya benar-benar terkesan dengan keadaan tersebut.

“Pengeluaran i-Lestari atau i-Sinar KWSP dalam keadaan terpaksa dan terkesan teruk akibat terjejas sumber pendapatan, maka zakat tidak diwajibkan.”Seperti i-Lestari pengeluaran RM500 selama 12 bulan masih dibawah nisab yang tak wajib dizakatkan,” katanya.

Pengeluaran wang KWSP menerusi i-sinar dapat meringankan beban mereka yang terkesan akibat pandemik.Sementara itu, bagi pengeluaran atas pilihan dan bukan kerana darurat serta masih mempunyai sumber pendapatan serta tidak terjejas keperluan asas hidup dan tanggungan serta melebihi nisab, zakat diwajibkan ke atas keseluruhan pengeluaran dilakukan.

Pun begitu jelas Ahmad Husni, situasi itu bergantung kepada keadaan sesama individu memandangkan pelbagai perkara boleh berlaku dalam tempoh pandemik.”Katakan pencarum adalah seorang majikan atau pemilik syarikat, dia mengeluarkan wang KWSP menerusi program i-Sinar dan wang tersebut digunakan sepenuhnya untuk melangsaikan hutang-piutang serta gaji pekerja, maka ia tidak perlu dizakatkan.

“Bagaimanapun sebab-sebabnya kena jelas dan memang terbukti digunakan untuk menyelesaikan hutang,” katanya.Dalam pada itu amaun nisab bagi tahun 2021 menerusi kalkulator zakat PPZ-MAIWP ialah RM20,299. Ini bermakna, jika pengeluaran wang i-Sinar melebihi jumlah itu, individu terlibat perlu membayar zakat dengan syarat dia tidak terjejas daripada sumber pendapatannya.Sebarang pertanyaan mengenai zakat boleh menghubungi melalui talian zakat di 1-300-88-5757 atau melalui emel info@zakat.com.my

Isu I Sinar Dalam Kalangan Rakyat Malaysia. Warganet Merayu Untuk Luluskan I Sinar Tanpa Syarat Lepas Umum PKP 2.0

Ketika Belanjawan 2020 diumumkan Oktober lalu, kerajaan telah mengumumkan yang Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dikeluarkan melalui program i-Sinar.Pun begitu, pengeluaran dari Akaun 1 KWSP ini hanya boleh dikeluarkan sekiranya ahli tak mencarum sekurang-kurangnya dua bulan atau ahli yang masih bekerja tapi gaji pokok dikurangkan sebanyak 30% ke atas.

Sementara itu, ahli yang mendapat pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% bermula Mac lalu juga boleh keluarkan duit dari Akaun 1 jika dapat berikan surat sokongan seperti slip gaji.Dikatakan, untuk ahli kategori 1 yang layak dan permohonan dah diluluskan, KWSP telah pun mula mengeluarkan wang sejak hari ini manakala kategori 2 dah pun boleh memohon sejak semalam.

Pun begitu, semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan yang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikuatkuasakan mulai esok.Ekoran pengumuman ini dan pengisytiharan Proklamasi Darurat pagi tadi, ramai warganet telah merayu dan meminta agar Muhyiddin dapat memberikan kelulusan i-Sinar kepada semua orang tanpa syarat bagi membantu mengurangkan beban lagi-lagi dengan keadaan ekonomi sekarang.

Sebelum Memohon I Sinar KWSP. Ini Antara Perkara Yang Anda Patut Ketahui Sebelum Membuat Keputusan Untuk Keluarkan Duit Di Akaun 1 KWSP.

Bermula 21 Disember 2020 haritu meriah di media sosial, sampai jadi viral apabila permohonan KWSP i-Sinar sudah dibuka untuk kategori 1. Untuk yang belum tahu, i-Sinar ini adalah satu inisiatif kerajaan membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan duit dari akaun 1 mereka. i-Sinar ni khas untuk mereka yang mengalami kesempitan kewangan dan pendapatan terjejas ketika pandemik Covid-19.

Rasanya semua tahu, kenapa selama kita bekerja, kita perlu mencarum dengan KWSP. Ya, betul untuk dana persaraan korang nanti selepas umur 55 tahun. Yelah, korang dah bersara nanti mesti memerlukan duit untuk kelangsungan hidup, penjagaan kesihatan, bayar bil-bil utiliti rumah dan mungkin masih ada hutang-hutang yang perlu dibayar. Sebab korang mungkin tidak mampu lagi untuk bekerja selepas umur 60 tahun. Tambahan pula, jangka hidup rakyat Malaysia sekarang makin meningkat. Selepas bersara, macam mana nak tampung kehidupan kalau tiada simpanan?

Tapi sejak Covid-19 melanda negara ni, isu pengeluaran duit KWSP sering diperdebatkan di media sosial khususnya. Pada yang dah bercadang nak memohon i-Sinar ni, fikir dua tiga kali, fikir sampai ‘masak’ supaya bila korang dah bersara nanti, pengeluaran hari ini tidak menjadi beban korang di kemudian harinya. Jika tiada keperluan dan pendapatan bulanan tidak terjejas, sebaik-baiknya duit dalam akaun 1 korang tu tak diusik untuk korang guna lepas bersara nanti.

Menyimpan dalam KWSP ni banyak manfaatnya, duit yang korang simpan akan dilaburkan dalam pelbagai pelaburan. Makin lama, simpanan korang makin bertambah kerana setiap tahun KWSP akan memberikan dividen dari hasil pelaburan yang mereka buat. Jika banyak korang menyimpan, lagi banyak lah yang korang boleh dapat. Sampailah masa bersara nanti, boleh keluarkan semua duit simpanan ini untuk enjoy hari tua korang.

Selain itu, kerajaan juga ada menyediakan pelbagai bantuan untuk isi rumah, bujang, peniaga kecil dan juga syarikat-syarikat yang terjejas. Apa kata korang manfaatkan dulu bantuan kerajaan yang korang layak untuk memohon dan jadikan pengeluaran KWSP menerusi program i-Sinar ini sebagai pilihan terakhir. Ini memang duit korang, tapi duit untuk persaraan, bukan untuk hari ini.

Tapi, jangan salah anggap, tiada langsung niat untuk melarang korang keluarkan duit akaun 1 tu. Cuma, jika tiada keperluan adalah lebih baik korang biarkan duit dalam akaun 1 tu terus bertambah untuk korang ‘tuai’ bila sampai waktunya nanti.

Rata Rata Kecewa Dengan Syarat I-Sinar Dikatakan Menyusahkan Dan Sukar. Ini Penjelasan KWSP Yang Ramai Rakyat Tak Tahu Dan Harap Semua Maklum

BERIKUTAN pelbagai persoalan timbul daripada masyarakat mengenai kemudahan skim i-Sinar, iaitu pengeluaran caruman daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), agensi itu tampil memberikan jawapan demi memastikan manfaatnya sampai kepada golongan terjejas.

Soalan (S): Bagaimanakah KWSP menetapkan mekanisme dan kriteria i-Sinar?Jawapan (J): Perincian i-Sinar ditetapkan berikutan perbincangan rapat dan berterusan selama beberapa bulan berserta perundingan dengan pihak berkepentingan utama dari sektor awam dan swasta, termasuk Kementerian Kewangan.

Kriteria dan mekanisme itu ditetapkan selepas mempertimbangkan keutamaan keperluan harian dalam menghadapi cabaran COVID-19 serta mengimbangi mandat KWSP untuk melindungi simpanan ahli untuk persaraan mereka pada masa hadapan.

Bantuan i-Sinar ini juga dipertimbangkan dalam konteks bantuan yang sudah disumbang KWSP sejak Mac lalu dan juga bantuan lain.Kerajaan melalui pakej rancangan ekonomi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Kerangka Inisiatif Tambahan, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KitaPrihatin), bertujuan mengurangkan beban aliran tunai serta tanggungan individu dan isi rumah.

S: Ahli KWSP rata-rata kecewa dengan syarat i-Sinar dikatakan menyusahkan dan sukar. Komen KWSP?J: i-Sinar tidak bersyarat dan apa dicirikan adalah kriteria untuk memastikan permohonan selari dengan data sedia ada KWSP yang akan membolehkan proses kelulusan dipercepatkan dengan mudah dan selamat.ADVERTISING

Proses pengesahan diperlukan untuk mengelakkan penipuan dan pengeluaran i-Sinar secara haram oleh pihak ketiga.Ahli memenuhi kriteria, permohonannya akan diluluskan secara automatik. Permohonan ahli juga dibuat dalam talian hanya memerlukan pengesahan amaun maksimum sahaja. Permohonan bermula daripada 21 Disember.

Kategori 1 adalah untuk ahli tiada caruman untuk dua bulan berturut-turut ketika permohonan dibuat, suri rumah dan ahli yang lama tidak mencarum dengan data dalaman KWSP digunakan untuk mengesahkan perkara ini.Kategori ini juga dibuka kepada ahli bekerja sendiri dan dalam sektor ekonomi gig. Oleh itu, tiada keperluan untuk mereka memberi dokumen sokongan ketika permohonan.

Kategori 2 pula adalah untuk mereka mengalami penurunan pendapatan tetapi tiada cara untuk KWSP mengesahkan kedudukan mereka tanpa dokumen sokongan. KWSP hanya dapat mengesan pengurangan gaji pokok (melalui caruman) tetapi tidak dapat mengesan pengurangan pada elaun, gaji bekerja lebih masa dan lain-lain.Disebabkan setiap situasi ahli adalah unik, kategori 2 memberi ruang untuk KWSP mempertimbangkan situasi ahli berdasarkan dokumen sokongan. Mereka hanya perlu memohon secara dalam talian.

S: Mengapakah KWSP tidak memberi kelulusan automatik i-Sinar bagi mereka yang memohon i-Lestari?J: Situasi ketika KWSP melancarkan i-Lestari dan i-Sinar sangat berbeza, negara berada dalam situasi berlainan ketika itu dan pada masa sekarang.Aktiviti ekonomi terhenti sepanjang tempoh PKP (mulai Mac). Kini, sektor ekonomi dibuka semula dan sebahagian besar pekerja kembali bekerja serta mencarum semula dengan KWSP.

Bagaimanapun, KWSP memahami situasi ekonomi berbeza bagi setiap ahli dan bergantung kepada sektor pekerjaan dan industri masing-masing. Justeru, i-Sinar tersedia untuk membantu ahli berkenaan.

S: Sebilangan ahli tidak mengalami pengurangan 30 peratus tetapi memerlukan wang tunai untuk menampung kehidupan dalam wabak ini, terutama golongan B40 dan M40. Bolehkah mereka dipertimbangkan?J: Masih ada ruang di bawah Kategori 2 untuk mempertimbangkan permohonan ahli terkesan. Sekiranya ahli mengalami pengurangan pendapatan atau gaji dan mempunyai dokumen sokongan sebagai bukti, mereka digalakkan memohon pada 11 Januari depan.KWSP akan mempertimbangkan permohonan itu. Ini bagi memastikan pintu tidak tertutup dan memberi peluang kepada seramai mungkin ahli memohon i-Sinar, dianggarkan hingga 8 juta pemohon.

S: Mengapa KWSP menetapkan pembayaran berperingkat enam bulan untuk i-Sinar sedangkan anggota memerlukan wang dengan cepat? Mengapa tidak boleh dibuat secara one-off?J: KWSP ingin memastikan ahli dibantu untuk tempoh selama mungkin dan memahami bulan pertama adalah penting untuk ahli membayar tanggungan serta perbelanjaan awal tahun seperti persekolahan anak.

Oleh itu, pendekatan berperingkat berdasarkan beberapa pertimbangan, iaitu pertama, data semasa tanggungan ahli KWSP; kedua, perlunya memanjangkan tempoh bantuan kerana ketidaktentuan tempoh penularan pandemik COVID-19 dan ketiga, bagi mengimbangi aliran tunai dan struktur pelaburan sedia ada KWSP.Untuk peringatan, pembayaran pertama i-Sinar adalah sehingga RM5,000 (bagi mereka mempunyai baki Akaun 1 RM100,000 dan ke bawah) kerana KWSP memahami banyak perbelanjaan diperlukan pada awal tahun seperti bayaran persekolahan anak.

Perlu diingatkan bantuan perlu dilihat dalam konteks menyeluruh, termasuk bantuan PRIHATIN, PENJANA dan KitaPrihatin yang bertujuan mengurangkan beban aliran tunai dan tanggungan individu dan isi rumah.Contohnya bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (Fasa 2) juga akan diberikan Januari depan dan Bantuan Pinjaman Bank seperti moratorium serta pengurangan bayaran juga tersedia untuk manfaat individu.

S: Bolehkah masa diambil untuk pemprosesan permohonan dipendekkan kerana ahli terdesak? Adakah aplikasi dalam talian untuk mengurangkan ahli ke cawangan?J: Bagi mereka dalam Kategori 1, KWSP mempercepatkan proses permohonan melalui kelulusan automatik menggunakan data dalaman. Dianggarkan ahli akan menerima pembayaran pertama pada pertengahan Januari depan.

Bagi mereka dalam Kategori 2, KWSP menganggarkan masa pemprosesan antara dua hingga tiga minggu dari tarikh permohonan, bagi membolehkan pengesahan dokumen dan pertimbangan kes demi kes. Dianggarkan ahli akan menerima bayaran pertama pada akhir Februari.

Anggota dikehendaki membuat permohonan dalam talian. Sebelum memohon ahli mesti melakukan perkara berikut: Pastikan i-Akaun aktif, pastikan nombor telefon dikemas kini untuk menerima nombor TAC (boleh dilakukan di kaunter KWSP atau kios) dan pastikan nombor akaun bank adalah aktif.

S: Apakah kaedah pengisian semula untuk i-Sinar?J: Bagi ahli memohon i-Sinar, semua caruman pada masa depan akan disalurkan ke Akaun 1 hingga jumlah dikeluarkan diisi semula. Setelah jumlah dikeluarkan diisi semula, caruman akan kembali kepada asal, iaitu 70:30 di Akaun 1 dan Akaun 2.

S: Bolehkah tindakan diambil terhadap majikan enggan bekerjasama dan memudahkan permohonan i-Sinar pekerja mereka?J: KWSP akan memastikan tindakan akan diambil kepada majikan yang tidak bekerjasama untuk memastikan permohonan i-Sinar ahli lancar.

S: Apakah impak i-Sinar kepada kedudukan kewangan KWSP?J: Berpandukan Alokasi Aset Strategik (SAA) kami, pelaburan KWSP terbukti mampu bertahan sejauh ini walaupun ada cabaran unik dihadapi pasaran ketika ekonomi lembap.

KWSP terus mempelbagaikan pelaburannya dalam pasaran domestik dan global dengan mempertimbangkan keperluan aliran tunai mencukupi setiap waktu, termasuk waktu melampau dan tidak diduga seperti wabak.Pada asasnya, KWSP ialah pelaburan jangka panjang dan setiap keputusan pelaburan dibuat akan terus mempertimbangkan tanggungjawabnya untuk mengekalkan dana anggota, walaupun dalam situasi belum pernah terjadi seperti wabak ini.Pada masa ini dan berpandukan struktur i-Sinar sedia ada, semua tindakan KWSP akan memastikan tiada impak kepada pasaran domestik.

S: Apakah kesan i-Sinar kepada persaraan masa depan ahli? Apa nasihat KWSP kepada mereka?J: Walaupun KWSP memahami keperluan ahli mengeluarkan simpanan untuk bertahan dalam waktu sukar ini, KWSP berharap ahli dapat membuat perancangan mengenai jumlah yang diperlukan agar dapat memenuhi keperluan hari ini sambil meminimumkan kesan persaraan masa hadapan.KWSP mengalu-alukan ahli untuk berjumpa Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) untuk mendapatkan nasihat kewangan